Fresh from the owner...

25 June 2011

Semalam tak sempat nak post apa-apa. Huhuhu...



semalam sibuk sikit dengan si Azfar. dia hisap susu je kejap lagi keluar semula. nak sidai kain pun tak sempat. tambahan pulak Azfar ni 'panas' sikit dengan encik suami. masa kecik ni je la kot. dah besar esok lain la pulak. almost all the times la, kalau aku bagi Azfar kat encik suami dalam keadaan dia tengah tidur... kejap lagi encik suami datang la.

tengah mandi ke apa ke... macam hari tu, aku tengah sidai kain. tengah-tengah sidai kain dengar si Azfar ni menangis. alahai... nak sidai kain pun jadik tak senang. bukan menangis lapar susu. macam kena gigit benda je. bila aku naik atas rumah, ambik dia... letak kat bahu, tidur lena. 

lagi pulak, dia suka orang pegang dia. kalau letak atas tilam tu kejap je tidurnya. kalau kena peluk... huh, tidur tak hingat. hahaha... anak lelaki dengan anak perempuan ni lain fiilnya. Alya masa kecik memang tidur je. nak bagi susu pun kena kejut. kadang-kadang tu puas kejutkan tak nak bangun jugak.


Anis macam Azfar. kurang lena tidur. masa dalam hari lagi, masuk je pukul 12... dia pun berjaga la sampai pagi. tambahan pulak dia ada selesema. bunyi dia bernafas pun macam ada lendir kat tekak. macam misi sedut tak habis je lepas bersalinkan dia. masuk je dua bulan dia demam dan membawa pada cerita duka dia masuk PICU sebab pneumonia.

Azfar dah tak selesema. tapi tu la... macam Anis jugak. kalau bernafas tu macam boleh dengar ada lendir je kat tekak dia. masa bawak dia cucuk sebulan, aku ada tanya misi. tapi tak ada jawapan pulak daripada misi tu. ingat nak bawak sedut. tapi dia baby lagi. kesian la pulak. kalau dah orang tua pun tak tahan kalau kena sedut, inikan pulak baby. boleh luka tekak.

ingat nak bagi dia madu la untuk keluarkan segala lendir yang ada di tekaknya. atas izin Allah. kalau kita bertawakal dengan seikhlas hati, mungkin apa je yang kita buat tu akan jadik ubat.


my foot: around 5am tadi Azfar baru tidur semula selepas berbunyi je macam tak selesa dengan tekaknya. inilah pengorbanan seorang kan? apalah sangat tidur tu...

pics godek2 di Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. dni pon sma tak post pape hehe malas dah blogging ;p

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign