Fresh from the owner...

28 June 2011

Mood ada tapi timing tu tak ada...



mood nak update blog ada. tapi timing tu tak ada. Azfar tidur pun kejap-kejap je. ini pun baru je tidur. letak atas tilam tidurnya kejap sangat. kalau berpangku tu lama. tapi mana nak larat pangku dia sepanjang masa. kejap-kejap tu boleh la. kali ni letak atas tilam dia tidur lena pulak. mungkin sebab dia bangun pagi kot tadi. hai... berat dah anak teruna saya ni. dagu pun dah berlapis. hahaha... 

masa bersalinkan dia, the misis said, "Sampai besar la tak hilang pipi dia tu!" erk... hilang ke mana?! hahaha... tak hilang la montelnya pipi si Azfar ni la. bukan hilang kena curik. orang yang tengok pun kata tak macam rupa budak sebulan. tak tahulah saya. anak-anak sebelum ni kecik je. Azfar, baju yang kakaknya Alya pakai masa umur setahun, dia dah pakai masa umur sebulan ni. dah tu macam mana?

barut banyak dah tak muat. ada dua tiga je yang boleh pakai. dok ulang yang tu je la. masa my mom-in-law datang melawat tu hari... dia ada pegang. tapi kejap je. tu pun dia cakap dah lenguh tangan. anak teruna saya ni dah makin besar. ngeee....

actually, aku patut post benda alah ni on monday. tapi Azfar kurang sihat sikit. kena flu plus dia suka sangat tidur atas pangku instead of tilam. macam mana nak berblog kalau dok kena pegang dia? hahaha... macam kakak dia Alya tu jugak. Alya masa kecik pun suka tidur atas badan. Anis je tak ada masalah tidur. huhuhu...


my foot: aku pun patutnya tidur jugak time Azfar ni tidur. tapi mata tak berapa nak mengantuk la pulak. bila bangun je si kecik ni, mata pun sama naik la nak tidur. hmmm...

pic godek2 di Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign