Fresh from the owner...

30 June 2011

Ini entri yang terlewat. Ngeee...


dah 4 tahun usia rumahtangga kami yang kadang-kadang aman, kadang-kadang macam kena taufan. lengkap la dengan asam, garam segala perencah yang ada termasuklah MSG. 4 tahun usia yang masih baru. masih setahun jagung. masih jugak dalam proses pembelajaran.

dalam tempoh 4 tahun ni... ada 3 orang yang jadik buah hati pengarang jantung. first year celebration, Alya dah ada. 2nd and 3rd, Alya dengan Anis. 4th anniversary, ada pulak si kecik Azfar ni. due Azfar pun sebenarnya masa anniversary aku dengan encik suami. 26 Mei. tapi Azfar nak keluar awal, jadik tak ada hal la.

sepanjang 4 tahun ni la, encik suami selalu sakit kepala nak melayan karenah si isteri. kesian dia. sengsara jiwa dan raga. tapi nak buat macam mana. kadang-kadang dia boleh tahan. kadang-kadang menyinga jugak. opsss...!!! apa pun, like i said to you... I LOVE YOU tak kiralah apa pun yang jadik. susah senang, kita sama-sama la harungi dan tempuhi. tu kan dugaan buat kita.

harapnya jugak rumahtangga kita ni diberkati Yang Maha Esa...


my foot: tu coklat yang dibuat seorang kawan. sampai kat rumah esok harinya. sedap homemade chocs ni kan? hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign