Fresh from the owner...

18 June 2011

Dalam proses revising and updating...!!!


disebabkan mood nak berblog tu dah ada, walaupun bukan 100%... aku tengah nak susun atur semula blog ni. nak kemaskini apa2 je la yang patut. maklumlah dah bersawang. tak sempat nak kemas apa-apa lagi. lagi pulak, macam mana nak mengemaskini blog bila ada si kecik ni.

Azfar ni suka dipegang. kalau letak atas tilam, tidurnya sekejap sangat. lepas tu berjaga la dia. kalau pegang, tidur bukan main sedap lagi. cuit la macam mana sekalipun... memang susah nak bukak mata. anak lelaki kot. manjanya lebih sikit. hehehe...

kadang-kadang tu, bukak internet ni kejap je. baru tengok-tengok sikit dia dah berbunyi lebih. tapi dah namanya anak kan?! apalah sangat internet nih dibandingkan dengan anak. tak penting mana pun. huhuhu... orang lain yang tak dapat anak tu berebut-rebut nak anak. orang yang senang-senang dapat anak boleh pulak buat endah tak endah je dengan anak sendiri. dera la apa la... teruk manusia akhir zaman ni kan?

mood sekarang ni pun nak cerita pasal si Azfar and his sisters je. ye la... esok-esok dia orang dah besar, boleh baca apa yang ibu dia orang tulis pasal dia orang kan? manalah tahu ada termiss cerita yang best-best. dia orang baca dia orang tahulah. tak payah la mulut ibu ni nak bercerita berjuta-juta kali benda yang sama je kan? hahaha...


my foot: nak revise balik apa yang patut ada dan takde kat blog ni. then baru la boleh blogwalking sikit-sikit. berdikit-dikit la kan. sekurangkurangnya ada daripada tak ada langsung.


credit pic to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. salam ziarah sini :)

    sama lah kita...ummi pun tengah nak kemas2 teratak kami tu. rasa macam kurang berseri je...nak tukar kain langsir baru, sofa baru dan apa-apa yang patut. ingat nak cat sekali teratak kami tu...singgah lagi ke Teratak Mawaddah ya :)

    ReplyDelete
  2. Abah Yie & Ummi Na: sama la kita ek?!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign