Fresh from the owner...

20 June 2011

Bukan setakat ambulans… wad pun nak merasa jugak?!


ketiga-tiga si kecik aku ni kena jaundice. masa Alya tak tinggi sangat tapi sebab dia lahir premature, kena jugak la masuk wad 3 hari. 3 hari tu macam 3 tahun. bosan gila. Around 5-5.30am nurse datang ambik baby. nak ambik darah la. kebetulan masa Alya ada this 1 lady bersalinkan anak ke-3. baru sehari dah masuk wad sebab jaundice dia tinggi. kes anak lady tu nak refer ke HSNZ dah masa tu. kata doc kalau tak turun jugak kena salin darah. alahai… kecik lagi dah nak kena salin darah ke?! 


Anis masuk wad dengan jaundice yang agak tinggi. 300++. tu pun sebab nurse yang datang ke rumah tu macam tak sure pulak dia ada jaundice ke tak. nurse yang datang keesokkan harinya terus suruh checked. dah la masa masuk wad tu, aku je penghuninya. tak ada orang lain. huhuhu… nasib baik la bulan puasa. walaupun cuma aku seorang je masa tu tak ada la nak rasa takut ke apa ke. masa nak discaj lepas 3 hari berkampung kat wad, aku dapat hamper raya sebab ada lawatan orang besar ke hospital. rezeki anak! 


Azfar pun nak jugak duduk wad sebab jaundice. time dia masuk pun bacaan dalam 260++. tapi Azfar memang dah nampak daripada mula lagi dah. kalau aku masuk petang, ada seorang lady ni masuk malam. dia pulak time aku bersalin pagi, dia bersalin tengahari. tapi dia anak first. kekok sikit la. baby dia pun dok menangis je. lambat bagi susu sikit merajuk la. tak nak hisap lagi dah. 

the next day ada another lady. anak dia kena G6PD. kena pantang banyak benda la si mak, dan anaknya bila besar nanti. possibility untuk dapat G6PD lebih pada anak lelaki. Azfar nyaris sangkut ujian tu. first time checked darahnya duduk under ‘intermediate’. kena buat saringan kedua. Alhamdulillah… saringan kedua lepas. dan Azfar duduk wad akibat jaundice cuma 2 hari. nak merasa jugak cahaya lampu biru tu. 


my foot: macam-macam cerita dan gelagat manusia kita boleh tengok sepanjang duduk kat wad ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. ohhhh... sweetnya..
    suka tgk dia senyum... i like
    kiss for him

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign