Fresh from the owner...

22 June 2011

Baru je online dah ada bunyi...


geram je dengan Azfar ni. baru je online kejap ni ha... dah berbunyi dia. macam tau-tau je ibu dia tengah 
online. dia tak nak bagi la tu. tu pasal ada bunyi. hahaha...

tak kira la masa mana pun. asal tangan tengah pegang keypad, dia mesti berbunyi walaupun tak jaga sepenuhnya. kalau dah jaga tu, sure la kena mengadap dia. tak boleh nak buat benda lain dah. ini pun dia baru tidur. nak tidur atas pangku. kalau baring tu kejap je tidurnya. manja lebih ni.

semalam... masa aku diserang headache plus demam a bit, dia tidur je. tak meragam mana la. anak-anak ni kalau aku sakit alhamdulillah... tak meragam pun. baik je. sejuk perut mengandungkan dia orang. time Alya dulu pun macam tu jugak. masa dia 3 bulan, aku demam teruk jugak. bila aku tidur... dia pun tidur. tak ada la nak meragam ke apa ke.

ayah aku pulak bising-bising sebab aku demam masa dalam pantang. huhuhu... macam-macam la orang tua ni membebel. dah nama pun orang tua. dia ingat masa Azfar ni je aku demam. walhal dia tak tahu masa Alya dulu pun aku demam jugak. dua minggu lepas bersalinkan Alya. tapi mana dia nak tahu... Alya dengan Anis aku berpantang kat rumah mak mertua. yang ni je pantang sini.

eh... boleh pulak taip panjang-panjang tu!!! hahaha... nak bawak mandi anak-anak la pulak. hari pun dah petang. alhamdulillah... demam pun dah baik. dapat tidur lena semalam, hari ni dah okay.


my foot: esok dah 40 hari. lagi 4 hari cukup la 44 hari. tapi encik suami kata... ais kena pantang setahun. huhuhu... boleh ke? cuba je la ek!

story without piccas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign