✿ Rumah SalYa ✿: October 2010

Fresh from the owner...

13 October 2010

Ada sesiapa nak buat anak angkat si kecik ni? Hahaha...


comel tak? ada yang nak buat anak angkat? hahaha... budak kecik ni dah pandai berjalan sebenarnya. tapi bila budak kecik ni dapat kaki, dia tak mahu orang lain pegang dia. dan dia tak mahu duduk diam. penat la sikit dengan dia ni sebab sentiasa kena perhatikan ke mana dia nak pergi.

masa baru-baru berjalan tu, tempat pertama yang dia tuju was the toilet. tangan dah masuk. kaki je belum. sempat pergi ambil sebelum dia masuk betul-betul dalam bilik air. dan dia memang suka air. sangat suka. mandi la dia berapa kali sehari pun, dia okay je.

dan paling utama, dia suka makan. sangat suka makan. dia pantang nampak orang makan, dia mesti nak makan jugak. walaupun dia baru lepas makan dan dah sendawa, tapi kalau dia nampak ada orang makan depan dia... dia mesti nak jugak apa yang orang tu makan. 

dan ini jugalah budak yang mana masa dia berusia dua bulan lebih, di malam orang lain tengah takbir nak sambut raya haji... dia masuk ICU sebab pneumonia. alhamdulillah... dia makin sihat dan makin aktif. bulan 12 ni dia kena jumpa pakar lagi. nak tengok development dia.

inilah budak yang satu ketika dulu aku dengan encik suami cuma mampu berdoa je sebab doc kata keadaan dia kritikal dan bergantung pada dia untuk bertindak balas dengan antibiotik yang diberi. dan aku bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Ilahi. bersyukur kerana dugaan yang diberi tidak melemahkan kami.



my foot: Allah takkan bagi kita dugaan yang diluar batas kemampuan kita. bila ada ujian yang menimpa, bersabar dan redhalah. kalau kita rasa dugaan untuk kita tu teruk... ada orang lain yang menerima lagi teruk daripada kita kan?

12 October 2010

3 tahun yang lalu ini jugalah penyakitnya!!!



tiga tahun dulu ini jugalah penyakitnya. tapi disembuhkan oleh masa dan keadaan. sekarang ni datang lagi penyakit yang sama. aku tahu... ia akan sembuh juga oleh masa dan keadaan. mungkin tak lama lagi akan kembali pulih. kenapa penyakit ni kejap ada kejap tak ada?

untuk aku, sakit ni normal. walaupun kena empat tahun lepas... itu perkara biasa. hah!? sakit apa? sakit tak boleh nak tengok lappy lama-lama. nak mengadap je buat kepala sakit. dulu pun macam ni juga. tapi dulu terpaksa tengok. terpaksa dan memaksa diri. jangankan komputer, handphone pun tak boleh nak tengok.

hahaha... teruk kan bila sesekali sakit ni datang. tapi nak buat macam mana. aku redha dan sabar dengan ujian Allah ni. sebab tu jugak aku tak update blog. sebetulnya bukan malas. walaupun ada sikit-sikit rasa malas tu tapi tak jejas sebenarnya. still boleh update blog.

tapi bila penyakit macam ni datang... memang tak boleh nak buat apa. surrender je la. mujur jugak semut tak buat sarang sebab aku dah clearkan meja komputer daripada sebarang anasir-anasir yang tak patut ada diatasnya. segala khazanah yang tidak patut jugak telah dibuang.

apa yang tinggal cuma ubat-ubat aku dengan supplemen anak-anak. ada sebotol air jampi yang belum habis. ada suku lagi. air tu kepunyaan Anis. masa dia sakit sebab pneumonia dulu, ada pengamal perubatan Islam ni check nama dia. 

katanya, dia sakit bukan sebab sakit tu semata-mata. ada orang sent something tapi tujukan pada dia sebab dia paling kecik and senang dapat sakit. tujuan dia kalau kenakan pada si kecik boleh musnahkan the father kot. ye la... anak kan?! walaupun nampak tough tapi naluri ayah pun lembut jugak. ayah yang bersifat binatang tu tolak tepi la.

eh... eh... dah cerita benda lain pulak. ngeee... ni pun kebetulan rasa okay sikit. so boleh la update blog. huhuhu... pada yang ada melawat tu... TERIMA KASIH!!!


my foot: sakit itu indah kalau kita menerima dengan sabar dan redha...

pic from Google Image file

08 October 2010

Peluk isteri pun ada khasiat. Jangan tak tahu. Rugi la sesiapa yang tak peluk isteri. Hehehe...

sekadar renungan bersama. mungkin ada yang dah tahu. mungkin ada yang belum. berkongsilah apa yang kita tahu kan? tapi kadang-kadang tu bukan setakat suami, isteri pun malas nak peluk suami. masa bercinta bukan main lagi. dah kawin... huh! serba-serbi tak mahu buat. betul?

ni diambil daripada FB seorang kawan. tertarik dengan apa yang tertulis kat sini:

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

07 October 2010

Azizulhasni Awang... Satu dalam sejuta!!!


inilah wajah anak kelahiran Terengganu yang dibatalkan kemenangannya dalam acara keirin semalam. masih muda belia dan baru saja berusia 22 tahun.

memetik laporan akhbar atas talian:

Cuma, semalam saya dapat merakamkan satu aksi menarik yang boleh dianggap terbaik. Ia adalah sifat berani ditunjukkan Azizulhasni Awang - sesuatu yang saya jarang dapat lihat pada atlit negara lain ketika mereka dilontarkan cabaran.

Walaupun anak muda dari Terengganu itu dibatalkan kemenangannya gara-gara kesilapan teknikal menghimpit lawan, apa yang menarik tumpuan saya adalah perwatakan ikon sukan negara ini.

Pada usia 22 tahun, erti takut berdepan lawan lebih perkasa tidak timbul. Dia cuma tahu untuk berlumba dengan kayuhan terbaik dan memiliki mental untuk menang - baik di pentas Sukan Asia, kejohanan dunia atau pun Olimpik. 

Dia pernah melakukan gelagat sama ketika berdepan jaguh dunia dari Scotland, Sir Chris Hoy dalam saingan suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu sehingga mendapat pujian. 

Sebenarnya saya tidak pernah menyaksikan aksi Azizulhasni dari dekat di gelanggang pertandingan, tetapi sekurang-kurangnya pengalaman pertama ini memberi saya satu rumusan, atlit dengan ketinggian kira-kira 1.57 meter ini mungkin sukar ditemui bagi satu tempoh yang lama. 

Atlit negara lain yang terlepas peluang menang pingat emas mungkin duduk menangis atau bersifat emosi, gelagat berkenaan jauh daripada wajah pelumba kecil itu yang boleh berbual mesra dengan wartawan ketika diwawancara, semalam. 

Seperti kata pemenang emas acara keirin, Josiah Ng, semalam: “Azizul adalah seorang dalam sejuta di Malaysia yang dikurniakan bakat besar dan saya tidak tahu sama ada akan lahir seorang lagi sepertinya.” -Berita Harian Online.


Azizul masih ada acara. 200 meter pecut. harap-harapnya dia menang bagi menebus kekecewaannya dalam acara keirin. walaupun kita tak menang besar sebab berdepan dengan negara yang orangnya besar-besar tapi dengan semangat juang yang besar dah cukup. itu yang akan dipandang orang. betul kan? hehehe...



my foot: Malaysia Boleh!!! my friend ada jugak post yang mana pengulas kiwi tu cakap "Malay Beloh!". bengong kan? huhuhu...


pic from Google Image file

CG oh CG. Apa itu CG? Commenwealth Game la.


CG ni dah bermula dua tiga hari. tapi baru dua hari aku tengok. tu pun tengok kejap-kejap je. cuma semalam terbaca post seorang kawan dalam FB. sekarang ni dia dekat New Zealand. ikut suami sambung belajar. dia cakap pasal kiwi comentator yang sebut nama cyclist dari Malaysia bernama Ah Weng. puas dia fikir siapa la Ah Weng tu. bila tengok pada board, rupa-rupanya yang dimaksudkan Azizulhasni AWANG.


apa da... AWANG dengan Ah Weng sikit punya jauh sebutannya. dia orang kan guna nama bapak. kalau nama dia Azizulhasni pun tapi dah ayahnya nama Awang... orang sana sebut Awang instead of his true name. dan semalam jugak, aku tengok acara keirin. tengok kemenangan Azizulhasni sebelum dia being relegated... disqualified. kesian dia.


yang protes tu pun cyclist daripada New Zealand. dia kata Azizulhasni ni halang dia la... apa la... kalau tengok  event tu semalam, memang cara kemenangan Azizulhasni tu cool sangat. tengok dia mencelah antara dua cyclists lain... perh! orang lain belum tentu la boleh buat macam dia. tapi sebabkan itu jugaklah kemenangan dia ditarik semula. walaupun emas still pada Malaysia tapi still kesian Azizulhasni. huhuhu...


my friend yang kat negara kiwi tu marah bukan main marah lagi dekat cyclist NZ. dia kata kalau dah kalah tu, kalah je la. sibuk nak protes-protes pulak. tapi tu semua hakikat. dalam perlumbaan dan mana-mana perlawanan sekalipun mesti ada la yang tak kena. biasa la.


apa pun... Azizulhasni you rock man!!! hehehe...


my foot: melambung-lambung la orang puji Azizulhasni Awang. latihan 4 tahun kat Melbourne tu. penat dia berlatih. last-last regelated. tak apo la. tak ado rezeki kan Azizul?

pic from Google Image file

Bila Alya mula berkata-kata... Huhuhu...


Alya memang manja. especially dengan encik suami. kalau encik suami ada, dia mesti nak dukung. bila tanya mana kaki? dia akan jawab: "Tak ada!" huhuhu... itu kalau dengan abahnya la. kalau dengan aku, jarang-jarang aku dukung. mana nak dukung Anis. nak dukung dia lagi. berat!!! tak larat de...

dan Alya akan tentukan kat sebelah mana dia patut didukung. usually sebelah kanan. dan Anis sebelah kiri. pagi-pagi bangun tidur, kalau nak ke dapur... dia mesti nak dukung. dan selalunya aku pujuk la. cakap bebaik dengan dia... "Ni kan kak long. Kak Long boleh jalan sendiri." dan dia akan balas: "Adik tu?" dan aku akan jawab: "Adik kecik lagi. Baru nak belajar jalan." dan dia akan balas semula: "Kak Ngah la ibu!" okay la... kak ngah!

06 October 2010

Mood ini akan berlarutan agak lama. Sampai bila pun saya kurang pasti!!! Huhuhu...



tak ada mood sangat-sangat untuk update blog. nak mengadap lappy ni pun rasa macam malas. dah berapa hari tak bukak lappy, semut dah datang buat sarang. hahaha... menjawab la operasi semut kejap tadi. itu pun sebab nak tengok FB. nak tengok dah bersalin ke tidak seorang adik ni.

ari tu overdue. check-check tadi overdue lagi and the doc bagi sampai this saturday. kalau still tak deliver kena induce. my friend pun pernah kena induce. tapi dia tak lewat. betul-betul tarikh doc bagi. tapi entah la. kena induce jugak. dua kali pulak tu. 10 jam dalam labour room baru bersalinkan anaknya yan pertama. sekarang ni dia tengah pregnant second baby pulak.

aku? alhamdulillah. tak merasa bersalin on the dot tarikh doc bagi. dua-dua lahir masa usia kandungan 8 bulan. tak ada masalah jugak. sakit tak sampai sejam... dah bersalinkan si kecik yang dua orang tu. pengalaman bersalin orang ni berbeza-beza.

eh... eh... nak cerita benda lain tapi tercerita benda lain la pulak. aku still tak sihat. me having flu and slight fever. anak-anak pun dah start berjangkit flu. tapi minor lagi. belum tahap tak boleh nak tidur malam. kalau tak memang habis la aku. hahaha...


and last saturday... encik suami aku balik. dia kata nak balik this week. tapi macam biasa la... dia suka buat surprise. terjongol muka dia kat depan pintu malam ahad tu. tapi aku pun macam biasa jugak. dah boleh agak kalau dia nak balik. dan macam biasa jugaklah... the kids were very happy. excited tak hingat. budak-budak ni kalau dengan encik suami, memang macam tu.

Anis tengah tidur... dengar je suara abahnya terus bangun. Alya pun sama. malam tu dua kali bebudak ni jaga dengar suara abah dia orang. dah bangun tu encik suami la yang melayannya. aku tidur je la. hahaha... bila time Anis nak susu baru aku ambil. Alya dah tentu dengan botolnya.

thanks to encik suami sebab baru je lagi balik masa raya tu hari... dah balik semula sebab nak tengok anak-anak dengan isteri. appreciate it sooooo much!!! dan terima kasih jugak sebab perapkan ayam berempah untuk memenuhi selera tekak isteri awak ni. ngeee...



my foot: macam-macam berlaku. and still aku berada di awang-awangan. kepala ni tak berapa nak betul lagi. pada yang visit tu... thanks a million. will visit you later okay!!! huhuhu...

02 October 2010

Okay... Selain malas, susah sikit nak on lappy!!!


ini pun tengah beronline dengan si Anis merayap ke sana-sini.
alhamdulillah... Alya dah okay sikit nampaknya.
cuma kadang-kadang dia carik encik suami.
biasa la anak manja abah katakan.

tadi dia sempat ikut my sis pergi rumah orang kawin.
banyak jugak dia makan katanya.
balik-balik happy je.
tapi biasa la jugak.
sampai rumah je mesti panggil ibu.
hehehe...


aku dengan Anis tak ikut sebab tak muat.
kereta penuh dengan budak-budak je.
so tak ada hal sangat la.
ada jugak budak-budak yang tak pergi.


wah... nak cerita pasal malas online.
tapi tercerita pasal benda lain pulak.
ngeh...ngeh...ngeh...


my foot: nak bawak si kecik ni mandi la kejap. kalau rajin aku sambung lagi ek?!

Lagi bayi meninggal tesedak susu!!!



lagi berita menyedihkan. bayi berusia lima bulan tersedak susu dan meninggal duani di bawah jagaan si bapa. puncanya si bapa tertidur selama dua jam. bila sedar je bayi dah biru dan air keluar meleleh daripada mulut si baby.

nak buat macam mana. dah takdir. tapi kalau dah si bapa tu terlalu penat, cukup dengan bagi susu je. jangan bagi baring. anak baring, bapak pun sama baring. memang tertidur la alamatnya. biar tersengguk masa bagi susu daripada menangis tak berlagu kan?

bila dah tertidur tu, botol susu still dalam mulut baby. tu yang buat dia tersedak tu sebab dia kan kecik lagi. sendawakan baby pun penting. ahad lepas pun ada kes yang sama. hakikatnya... bawah jagaan siapa tu tak penting. yang penting, macam mana jaga.

kalau setakat baby tu diberi minum sendirian, baik tak payah. sebab tu gunanya orang besar untuk pantau. kalau baby dah boleh grip and hold botol tu sendiri lain la. cuai jaga memang ada la akibatnya walaupun tak ada niat ke arah tu.

tapi semua tu kuasa Allah. berpegang pada satu hakikat dah redhalah. daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jugalah kita kembali.

berita lanjut di sini


my foot: peringatan kita bersama!!!

pic from Google Image file and news from Metro Online

01 October 2010

Alahai... di manalah mood saya ni berada! Kamu ada jumpa?


ni entri pertama untuk hari ni.
october 1st.
dasar pemalas.
hahaha...

mood aku hilang entah ke mana.
puas cari tak betemu jua.
cewah...

actually, lepas Anis okay daripada demam...
Alya pulak demam.
biasa la kalau Alya demam.
meragam lebih sikit.


serba-serbi tak kena.
mengalahkan si adik.
mood yang dah sedia out tu memang out la.

kesian jugak kat dia.
nak mengadap lappy pun tak ada mood.
cuma tadi la pujuk dia tengok something dalam internet.
baru dia okay sikit.


sekarang ni tengah tunggu nasi air dari kedai.
nak bagi si kecik aku yang dua orang ni makan la.
Alya susah nak makan nasi.
bila pujuk nak belikan nasi air...
baru dia kata okay.

hopefully dia nak makan la.
kamu dah makan?


my foot: sebab apalah si kecik dua orang ni demam. mujur la tak meragam sangat. kalau tak pening jugak.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign