✿ Rumah SalYa ✿: September 2010

Fresh from the owner...

30 September 2010

Rasa macam nak buat GA "Rush Hours!!!". Agak-agak ada tak nak join? Hehehe...


hajat hati nak buat GA ni memang dah lama.
tapi entah la nape tak buat jugak lagi.
malas kot.
hehehe...

hadiah pun dah ada.
ingan nak buat macam dni la.
kalau dni buat 3 jam.
aku nak up sikit 5 jam. 
tak pun sehari.
boleh gitu?

ciplak idea awak ke sis?
hehehe...
plan dah lama cuma tak tau la.
baru-baru ni macam terfikir la jugak.
sesekali buat GA pun okay jugak.

asyik masuk GA orang je kan?
kamu setuju?
kalau ramai setuju boleh la buat GA.


my foot: masa belajar dulu banyak jugak kumpul hadiah bila melawat tempat-tempat orang or tengok barang je berkenan. dah ada tu boleh kasi kat follower sendiri kan? hmmm... still thinking!!!

Jom masak kek. Mood tengah baik nak buat kek ni. Hehehe...


mood untuk masak kek sangat la baik. bukan susah sangat pun buat kek. senang je. main campak-campak dah siap. nak buat kek kukus coklat ambik masa sikit. mengukus saja dah makan masa 2-3 jam. huh!!! tapi hasil memang lumayan. ada pulak ganache coklat. meleleh wa cakap lu.

hehehe... tapi hari ni buat kek bakar je. sebabnya kek bakar ni tahan la sampai dua hari. kalau kukus tu kejap je dah hilang. serdak pun tarak. ada pun lebihan ganache coklat tu je. huhuhu...


tengok pics. senang je kan? mula-mula masukkan dua cawan gula ising dengan dua cawan marjerin. pukul sampai kembang semangkuk. dua mangkuk pun boleh. lepas tu tambah esen vanilla. kasi wangi sikit kek. nak tambah parutan kulit oren pun boleh. ikut suka. lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji ( 7 biji semuanya. macam dragon ball la pulak! )


dah settle yang tu... kita start guna tangan pulak. jangan kacau guna tangan. habis jahanam kek tu nanti. guna la senduk kayu. masukkan tepung ( 2 cawan tepung gandum dengan 2 cawan self-raisin flour. ayak bersama-sama. ) kacau bentuk angka 8. test la nak tahu macam mana rupa angka 8 tu ye. ikut la nak letak pewarna ke tak. lenserkan loyang kek. letak la dalam tu. hentak-hentak sikit kasi mampat.


kek ni boleh dapat dua tau. satu aku letak bekas 4 segi. siap letak coklat urai sebagai hiasan. satu lagi bentuk bulat je. yang bulat tu kaleful sikit. ada hijau, ada merah. hasilnya? walah... cuba la kalau nak tahu. kalau rajin boleh letak krim. pemalas macam aku ni makan je macam ni. hehehe...

macam la ada yang nak cuba resepi aku ni kan? hahaha... tak apa. anak-anak dah besar nanti boeh tengok resepi kat blog ibu dia ni je.


my foot: mahu buat macaroni and cheese. my faveret. eleh... macam orang putis pulak!!! tapi tak tahu lagi bila nak buat. ngeh... ngeh... ngeh...

Sambungan kelebihan Selawat yang kita perlu tahu...

sambungan daripada entri ini.




16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

29 September 2010

Mood untuk berblog jatuh merudum!!! Kenapa ye?


sebenarnya aku tak berapa sihat. Anis pun tak sihat jugak. demam. sekarang ni mengadap laptop lama sikit buat kepala aku sakit. jadik malas nak mengadap laptop ni lama-lama. mujur jugak Anis demam tapi tak meragam. huhuhu...


post ni pun untuk semalam tapi tengah menaip, disconnect. pastu dah tak nak re-dial lagi dah. tutup laptop and tidur je la. hehehe... kebetulan pulak mood memang tengah out. ni kira okay sikit la ni. teuk kalau penyakit macam ni datang kan?


harap-harap tak lama la. macam mana dengan pagi kamu hari ni? okay?


my foot: mahu tidurkan Anis. baru boleh buat kerja lain lepas tu.

28 September 2010

Sata! Alahai... sedapnya!!!


siapa pernah makan sata? 
ada yang tak pernah ke?
sedap kan?
aku suka sangat sata.

tapi bukan semua orang buat sata sedap.
kebetulan ayah aku baru balik daripada Kuantan.
dia mesti lalui dekat Tanjung lumpur dan singgah beli sata kat situ.

sedap satanya.
panas-panas pulak tu.
kecur liur aku ni.
hehehe...


my foot: nak pergi makan sata lagi la. kamu nak jugak? moh le ke sini.

pic from Google Image file

Filem animasi Jepun bahaya!!! Kamu peminat filem animasi?


aku suka jugak tengok cerita animasi ni. tapi bukan semua cerita. ada yang boleh tengok. ada yang biasa-biasa je. memang orang Jepun ni suka buat kartun animasi agaknya. dan selalunya jugak, kalau kita tengok... si lelaki akan pakai full dress. yang perempuan memang seksi gila.

tarikan kartun animasi ni memang lebih kepada perempuannya la. tak tahulah kenapa. pemikiran dia orang dengan seksikan watak akan dapat tarik lebih ramai penonton kot.


KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.
"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.
"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam. -Kosmo! online

kamu suka tengok animax? kartun anime? jangan taksub animasi sudah la... hehehe...



my foot: jom layan upin ipin je la. ngeee...

pic from Google Image file and news from Kosmo! online

Anak sulung Sosilawati kecewa dengan laporan media. Kenapa ya?


anak sulung Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan laporan segelintir media yang membuat pelbagai andaian mengenai pembunuhan kejam ibunya serta penyebaran mengenai nilai aset yang dimiliki ibunya.

katanya lagi, ada spekulasi yang tersebar membuatkan dirinya tidak selesa kerana sumbernya tidak dirujuk kepada pihak polis tetapi datangnya daripada pihak lain. 


“Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami.
“Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya.
“Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya.
Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka. -mstar online

 betul la tu sepertimana yang dikatakan. bab-bab harta berjuta tu tak payahlah nak cakap dengan orang. tak payah sebarkan pun. daripada orang tak tahu, dah jadik tahu. walaupun benda tu betul sekalipun, ada benda yang tak patut jadik bahan berita utama.
boleh jejaskan keselamatan dia adik-beradik. penjenayah bukan ada seorang je kat Malaysia ni. bukan ada seorang je yang ganas. bukan ada seorang je yang berhati kering. tapi sebab benda tu bahan berita, kita tolak tepi faktor-faktor lain. tak patut kan?
apa-apa pun... buat anak allahyarham, kena sabar banyak-banyak. ni semua dugaan buat diri kamu.
berita tentang ini ada di sini.

my foot: setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan?!
pic from Google Image file
news from mstar online

27 September 2010

Alahai... cepatnya habis!!! Baru je minggu lepas beli.

Alya sekarang ni sangat kerap minum susu. kejap-kejap mintak susu. tak sampai 10 minit hisap susu, dia mintak susu lagi. nasi dia makan jugak tapi sangat sedikit dan sangat jarang. kadang-kadang tu kena paksa makan. kadang-kadang tu paksa pun dia tak makan jugak.

ikut suka dia dan mood dia macam mana. ada masa bila makan beramai baru dia nak makan. ada masa pulak dia memilih nak makan dengan siapa. itu yang susahnya tu. kalau dengan sepupu-sepupu dia tu memang susah sikit. jenis yang dah besar tu kita arahkannya je. dia orang mesti suap punya. kalau yang kecik?

huhuhu... hari ni ingat nak turun ke town kejap. nak belikan susu untuk dia. yang ada sekarang ni pun cukup untuk dua tiga kali buat je. lepas tu habislah. usually dia minum dugro coklat. sebarang jenama as long as coklat. yang lain dia memang tak nak.

yang ni la susu dia biasa minum. tapi ni perasa asli.

yang ni substitute kalau dugro tak ada...

daripada susu mahal sampai yang biasa-biasa semua aku dah tried bagi. last-last perasa coklat ni jugak yang dia nak. alhamdulillah... dia nak jugak minum susu formula. Anis pun sama. nak jugak minum susu formula walaupun sikit.

sekarang ni untuk Alya we plan nak tukar susu. susah sangat nak makan... kita carik susu yang ada extra makanan tambahan di dalamnya. macam ni:


tak tahu la berapa lama pulak boleh tahan. harap-harapnya dia tak ada masalah la minum sustagen junior ni. perasa coklat jugak. kalau dia minum... untuk Anis akan kekalkan dengan dugro ataupun dutch lady 123. sebab Anis suka makan. tak ada masalah pada si kecik tu. makan je kerjanya. 

huhuhu...


my foot: mahu pos barang dan survey barang jugak nanti!!!

pics from Google Image file







nnn

Bila si cantik manis Lisa Surihani bertudung!!!


cantik si Lisa ni kan?
manis je nampak kalau dia bertudung.
ini salah satu watak yang dipegang dalam Tudung Ekpres.
ramai yang mmuji penampilan si manis ini dalam drama bersiri tu.

peminat-peminat pun mengharapkan benda yang sama.
agar Lisa Surihani tampil bertudung secara permanent.
eh... eh... macam kerja pulak bunyinya.
tapi biarlah si cantik ini melakukan atas keinginan sendiri.

buat sebab orang pun tak ada guna.
buat sebab nak berfesyen pun sama jugak.
tak ada gunanya.

mahu tahu lagi? kamu boleh jengah ke sini tau...



my foot: kenapa ye untuk iklan-ikln produk pemutihan mesti ambik orang yang dah sedia putih kulitnya? dia orang ni nak tipu siapa sebenarnya? huhuhu...

pic from Google Image file

Siapakah artis veteran yang ditangkap khalwat itu?



akhbar atas talian melaporkan tentang artis terkenal era 80-an dan awal 90-an yang ditangkap JAWI atas tuduhan berkhalwat. artis berkenaan mendakwa beliau datang berhari raya di rumah wanita itu. okay... masih musim raya kan?

tapi kalau kena tangkap around 11.45 malam, tu nak beraya apa namanya? tak ada maknanya nak beraya sampai dekat pukul 12 malam. kalau betul datang beraya, bawaklah orang lain temankan. awak tu lelaki. dia tu perempuan. kan dah kena tangkap free. siapa yang malu? awak jugak...

berita lanjut di sini.


my foot: siapakah beliau???

pic from Google Image file

Installing Love... Install jangan tak install!!!





Tech Support: Yes, ... how can I help you?

Customer: Well, after much consideration, I've decided to install Love. Can you guide me through the process?

Tech Support: Yes. I can help you. Are you ready to proceed?

Customer: Well, I'm not very technical, but I think I'm ready. What do I do first?

26 September 2010

Berapa harga isteri kamu???



Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Allah... Jadi kilang manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cecacing siber paling bahaya: Stuxnet!!!


 cecacing siber paling berbahaya sudah menyerang 7 buah negara.
kali ni negara terbaru serangannya ialah Iran.
cecacing siber tu diberi nama STUXNET.
siapa la yang baik hati sangat cipta benda yang tak berfaedah ni?


TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.
Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.
Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.

sumber: Kosmo! Online.

my foot: bukan setakat virus pada alam maya tapi dalam dunia nyata ni macam-macam ada kan?

pic from Google Image file

Happy Birthday to all my beloved!!!


sepatutnya entri ni dipost semalam.
tapi akak ni la terlupa nak postkan.
hehehe...

semalam jugak birthday certain members in the family.
my brother, my nephew and my SIL.
ada 6 orang yang celebrate birthday dia orang bulan 9 ni.

my nephew memula sekali on the 2nd...
kemudian si kecik aku... Nur Anis Insyirah on the 5th.
my nephew again on 23rd.
lastly... yang tiga orang as I mentioned above.

tapi yang a bit kelakar pada aku la...
my bro dengan my nephew yang celebrate birthday semalam ni memang tak link.
aku pun tak tahu kenapa.

kalau dia nampak abang aku ni datang, sure dia lari.
bukan setakat lari cari pelindungan... tapi menangis.
tak serasi agaknya.
my nephew tu baru je masuk 2 tahun semalam.
and my brother is 40++.
my SIL pulak 30++.

and the the nephews yang celebrate birthday on the 2nd and 23rd tu... sebaya!!!
sama-sama ambik UPSR dan sama-sama ikut lawatan ke KL semalam.
macam kembar tapi bukan kembar.
hehehe...

Happy Birthday Guys!!!
Wish you all the best in life...


my foot: open house dengan birthday celebration tak jadik nak buat. pengurus sudah lari. hahaha...

pic from Google Image file

Bila kita sayangkan seseorang... sanggupkah kita???


The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21. Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US. Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.  In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of Chemo to end.


In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss. 



An unusual accessory at the wedding was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.  The other couple in the picture is Nick's parents. Excited to see there son marrying his high school sweetheart.


Katie, in her wheelchair with the oxygen tube, listening a song from her husband and friends.


At the reception, Katie had to take a few rest breaks. The pain wouldn't allow her to stand up for long periods.


Katie died five days after her wedding day. 

Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think..... Happiness is reachable, no matter how long it lasts. We should stop making our lives complicated. 


Life is short ...  kiss passionately, love truly, laugh constantly 
And never stop smiling no matter how strange life is 
Life is not always the party we expected to be 
but as long as we are here, we should smile and be grateful.


my foot: touching story, isn't it?

Husband Of The Year Awards go to... tadaaaa...

the honorable mention goes to:

THE UNITED KINGDOM!!!

... followed closely by

THE UNITED STATES OF AMERICA!!!

and then...

POLAND!!!

but 3rd plcae must go to...

GREECE!!!

it was very very close. but the runner up prize was awarded to...

SERBIA!!!

and the winner of the husband/partner of the year is.....

IRELAND!!!

ya gotta love the Irish. the Irish are true romantics. look... he's even holding her hand!!!

woman has MAN in it;
mrs. has MR. in it;
female has MALE in it;
madam has ADAM in it.

okay, okay!!! it all makes sense now. i never looked at it this way before...
Ever notice how all of women's problems start with MEN?



MEN tal illness
MEN strual cramps
MEN tal breakdown
MEN opause
GUY necologist
and ... when we have REAL trouble, it's a HISterectomy..



Send this to all the women you know to brighten their day.

Send this to all the men just to annoy them ......hahaha!!!



my foot: Malaysia belum masuk dalam senarai ye!!! ngeee...

DiGi iPhone 4 me


tak pernah masuk contest nuffnang pun sebelum ni. saja nak try luck walaupun tahu berduyun-duyun orang nak join dan menang contest ni. siapa yang tak nak iPhone 4 kan? gajet baru. paling latest. paling up-to-date. kalau dapat memang tayang seminggu la kat orang ramai. seminggu ke? berminggu-minggu la.


DiGi memang generous sebab nak bagi iphone free walaupun cuma untuk seorang nuffnanger yang bertuah. kenapa DiGi patut bagi iPhone tu pada saya? sebab saya tak pernah ada iPhone. hahaha... as if semua orang ada kan? the latest gadjet is soooo superb. gorgeous!!! marvellous!!!

iPhone 4 adalah teknologi masa depan. design dan kata-kata ini membenarkannya.


When creating iPhone 4, Apple designers and engineers didn’t start with a clean sheet of paper. They started with three years of experience designing and building the phones that redefined what a phone can do. iPhone 4 is the result of everything they’ve learned so far. And it’s all contained in a beautiful enclosure a mere 9.3 millimeters thin, making iPhone 4 the world’s thinnest smartphone. http://www.apple.com/iphone/design/


sakit mata tidak mengapa,
bentuk menawan idaman semua,
retina display penyelesaiannya,
kalau tak nampak lagi tak tahulah saya!

ambil gambar di sana sini,
bila tak jadi tension sekali,
blogger tegar perlukan ini,
5 megapixel memuaskan hati.

bermain air sesedap rasa,
orang tersayang tersenyum girang,
video dirakam setiap masa,
ada iPhone kerja pun senang.

designers Apple sakit kepala,
nak cipta iPhone 4 untuk semua,
siapa tak mampu boleh tengok saja,
telan air liur nak buat macam mana?

mujur ada si kuning ini,
DiGi namanya pengubat hati,
walaupun satu hadiah diberi,
berebut la orang nak barang free.

sekalung tahniah pada yang menang,
pada yang kalah jangan menyendiri,
kumpullah duit dari sekarang,
dah banyak nanti boleh la beli.

hehehe...

good luck to all contestants. iPhone4 adalah yang terbaik dari ladang. SAYA NAK iPHONE 4. iPHONE 4 NAK SAYA. walaupun saya tak menang... saya tetap nak iphone 4. boleh gitu? huhuhu...

25 September 2010

Taylor Swift - Today Was A Fairytale W/ Lyrics On Screen HQ + Download Link


ni satu lagi...
version same je...
beza pada orang yang buat benda alah ni la...

Today Was A Fairytale - Taylor Swift (Full Version)


inilah lagu yang ku cari-cari.
hehehe...
taylor swift yang nyanyi rupanya.

have fun mate!!!

Pengarah Siasatan Jenayah tegaskan Sosilawati tidak dirogol.

SIASAT...suspek utama sekali lagi dibawa ke pejabat guamannya, semalam.

salah satu tajuk akhbar muka depan atas talian yang mengeluarkan kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mana beliau menafikan dakwaan akhbar-akhbar tempatan yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol.





KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali. 

“Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.




berita lanjut di sini.


my foot: jika benar sekalipun... ia tidak perlu diwarwarkan. lain pulak jadinya nanti.

pics and info credit to Harian Metro

Belum lagi reda kes baby dan taska... dah ada kes baru!!!



baru je lagi keluar cerita pasal baby meninggal kat taska.
kali ni ada lagi baby yang meninggal.
kat taska jugak.
umur baru tiga bulan.
sebabnya tersedak susu.


dah ajal tu nak kata macam mana kan?
anak ni pinjaman atas dunia.
kalau dah ditakdirkan untuk diambil semula...
siapa kita nak halang?


takziah buat keluarga mangsa.
sudah ketentuan.
kita pun tak ada pilihan.
kena kerja.
siapa lagi boleh diharapkan kalau bukan taska.
entahlah...

beritanya di sini jika mahu tahu.




my foot: lepas susukan baby... tepuk belakangnya sampai dia sendawa. kalau dah sendawa tapi still tersedak memang tak boleh buat apa la...

pic from Google Image file

Asal-usul terkejut beruk!!!


hahaha...
kesian kat beruk ni.
dia terkejut tengok diri sendiri dalam cermin.
ni la asal usul terkejut beruk yang ori tau.

p/s: enjoy la ek!!!


my foot: nasib baik la cermin tu kecik je. kalau besar? mesti pengsan beruk tu agaknya. ngeee...


Entri dah lama. Lupa nak publish je. Ngeee...


akhirnya menang jugak GA 3 jam sahaja #9 dari cik dni yang comel.
nampak tak nombor 2 tu.
SAYA LA TU!!!
yeay...!!!
kalau dni tak mention...
sampai sudah la akak ni tak tahu.

sebetulnya masa dni umumkan pemenang tu...
bukan setakat lappy ni.
tapi internet pun jammed jugak.
memang panas la.
rasa macam nak tukar streamyx time tu jugak.
hehehe...

alhamdulillah... rezeki!!!
terima kasih dni...


my foot: mood nak masuk contest dengan GA tu ada. tapi syarat-syarat tu la yang malas nak ikut. hahaha...

Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin- Anak Pengasas NAZA.flv


wedding ni memang macam fairy tale.
nampak macam ada unsur-unsur orang greek gitu.
berduit tak apa.
macam kita ni jangan harap la nak buat macam ni.
mahu berhutang 30 tahun.
hahaha...

tapi yang menarik perhatian waktu lafaz akad nikah.
sekali lafaz je dah sah jadik pasangan suami isteri .
tapi ada ke orang tepuk tangan sebaik selesai lafaz akad nikah?
erk?! mungkin pemikiran kita tak sama.
hehehe...

apa pun semoga pasangan ni kekal bahagia ke akhir hayat.
pasangan yang sama cantik dan sama padan.


p/s: ada sesiapa tahu tak tajuk lagu latar video ni?


my foot: perkahwinan I pun sederhana je tahu. yang penting U and I bersatu dalam restu. ewaahhh....!!!

24 September 2010

Apa punya pemalas la encik posmen ni!!! Macam la tak berhenti kat rumah ni langsung...Huh!!!


aku ada order air gamat dengan seorang sis ni thru FB. semalam parcel tu sampai. tapi masalahnya bukan sampai kat aku. tapi sampai kat rumah my sis. dasar betul la si encik posmen ni. sekarang ni posmen yang sama je hantar surat area rumah aku ni. budak muda.

bab silap hantar surat tu pun biasa la jugak. dah mabuk surat agaknya sampai alamat rumah pun tak tahu. memang dalam seminggu tu ada la sekali dua salah hantar surat. dah tu kena menunggu pulak dia datang nak pulangkan balik surat yang salah tu. kalau yang tak penting tu tak apa la. kalau penting?


posmen ni jugak posmen yang sama pernah campak parcel aku ikut pintu pagar lepas tu hon. kalau pernah baca entri tu tahu la. kali ni lagi up-to-date encik posmen seorang ni. kenapa? ha... ceritanya begini ye saudara-saudari. ngeee...

semalam dia hantar surat kat rumah kakak aku. kebetulan area perumahan tu dengan rumah ayah aku ni dekat je. sebelah-menebelah. jalan kaki je boleh sampai. masa posmen tu hand in surat kat my sis... dia tanya boleh tak tolong terima barang tu bagi pihak aku? my sis cakap la boleh. padahal... posmen tu dah sah-sah akan lalu depan rumah aku jugak sebab ada surat untuk rumah ni.


alahai... pemalasnya kau nak hon ek?! aku report nanti baru kau tahu...


my foot: tak pasal-pasal aku kena menapak ke rumah my sis untuk ambik barang tu. sengal punya posmen!!!

pic from Google Image file

Apa punya menantu hantu la ni?! Masa nak mintak elok-elok. Bila dah dapat tak nak jaga baik-baik pulak tu!!!

gambar hiasan


dalam akhbar online hari ni ada cerita mengenai menantu hantu yang belasah mentua sampai berdarah. apa punya lelaki la sampai sanggup belasah orang tua. masa nak kan adank dia dulu, kau mintak sikit punya baik. bila dah dapat, kau buat anak dia macam punching bag.

pukul ikut suka hati kau je. kalau ras tak puas hati beli l punching bag satu. senang kau nak tumbuk-tumbuk. sekalipun dia isteri kau... nak bagi pengajaran ke... bukan dengan cara menumbuk, terajang atau belasah. itu bukan lelaki namanya kalau buat macam tu. huh!!!

kamu mahu tahu? klik sini.



my foot: bersyukurlah kalau dapat suami yang baik walaupun tak romantik.

pic from Google Image file

Kehebatan Selawat. Buat yang tahu dan juga yang tidak tahu!!!

15 daripada 30 kelebihan berselawat.



1. Sabda Rasullah saw: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

Pelajar Pintar Ditemui. Untuk Yang Berfikiran Positif Sahaja!!!



Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia.. Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita! Tahniah!!! Teruskan bacaan anda untuk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab: "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

23 September 2010

Wah... laptop pun ada jantina ke? Tak percaya? Cuba la... ^__^




aku jumpa ni dalam FB. saja nak share dengan kamu-kamu semua. seronok jugak bila buat. jangan tak tahu... laptop kita ni pun ada jantina. nak tahu tak jantina laptop yang selalu dingadap tiap-tiap hari tu? jantan ke betina!!! hehehehehe...

cuba dan ikut  je step kat bwh ni...


1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs


3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."



Cuba dengar betul-betul suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan? Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya. Enjoy!!! boleh gelak-gelak dan segarkan mata yang layu...


my foot: laptop aku ni jantan rupanya. patut la sengal je. hohoho... kamu???

pic from Google Image file

suka sangat tengok pasangan ni. kiut-miut. serasi je. tak banyak pulak kontroversi pun pasal dia orang ni. setakat yang baca dalam paper pun mana ada cerita yang tak elok pasal dia orang. semua okay-okay je. harap berkekalan la hendaknya. perkenalan yang singkat tu lagi berkma daripada kenal bertahun-tahun tapi penyudahnya perceraian.

kadang-kadang dah erlalu lama kenal pun jadik bosan jugak kan? entahlah. artis-artis yang lain contohi la pasangan bahagia yang macam ni. ada masalah pun selagi boleh settle sendiri, settle sendiri-sendiri je. kalau tak boleh tu baru bawak ke pejabat kadi untuk kaunseling.

to Vee dan Shidi... selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-10. semoga terus kekal bahagia ke akhir hayat. cerita tentang mereka ada di sini.


my foot: mahu jadik isteri yang terbaik dan juga solehah!!! insyaAllah...

pic from Google Image file

Anak-anak semacam apakah ini? Aduhai... tergamaknyalah mereka-mereka ini!!!

gambar hiasan


susulan tiga gadis hilang semasa keluar beraya yang lalu. aku sempat tengok tv. menangis mak-maknya merayu si anak pulang dan lupakan sengketa yang ada. mak-maknya ada cakap yang apa je kesalahan dia orang dah dimaafkan. 

sebetulnya bebudak tu bukan hilang tapi melarikan diri. alahai... kecik-kecik lagi dah pandai lari daripada rumah. advance betul budak sekarang. mungkin sebab mak-maknya tak setuju dia orang berpacaran kot. tak tahulah. tapi sampai menangis mak-maknya merayu balik. apalah bebudak tak cukup umur tu fikir agaknya.

dalam akhbar metro hari ni ada cerita pasal kes si budak kembar tu. maknya kata geram tengok gambar si lelaki jongos yang buat anak kembarnya macam tu. tapi nak salahkan budak lelaki tu tak boleh jugak. si kembar tu turut sama terlibat. hakikatnya... budak-budak lelaki tu salah sebab tak guna otak, dan si kembar tu pun salah jugak sebab... err... sebab apa ye? termakan pujukan? atau memang sama-sama bengap?

sekarang ni banyak kes budak lari daripada rumah... seks bebas dah jadi macam benda biasa pada budak-budak sekarang. takut pulak nak hadapi masa mendatang ni. tambahan pulak bila kita sendiri ada anak-anak perempuan. huhuhu...

ceruta lanjut tentang budak kembar tu ada di sini.


my foot: berusahalah untuk jadi ibu bapa yang baik. menjadi sahabat kepada anak-anak. bukan ibu bapa semata-mata. dilindungi Allah SWT sentiasalah hendaknya...

pic from Google Image file

Akhirnya... hukuman setimpal pada ulangtahun yang ke-28!!!


pembunuh adik Syafiah Humaira akhirnya ke tali gantung. inilah akibat daripada perbuatannya yang tidak berhati perut terhadap budak kecil seusia 3 tahun. apa sangatlah budak sebesar tu tahu. dipijak dan ditendang tu bukan perbuatan manusia. bukan jugak perbuatan haiwan. kalau pun ada... dah tentu namanya pun haiwan. tak ada akal berbanding dengan manusia yang Allah berikan kelebihan pelbagai ni.

yang menarik perhatian adalah kenyataan ibu mangsa yang menyatakan masih sayang kepada tertuduh. aduhai... si kekasih hati tu dah la membunuh anak yang dikandung selama ni. BUNUH! bukan pukul. ANAK SENDIRI. bukan anak kucing. tapi dia kata masih sayang.


“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.


mungkin dia ibu yang mudah memaafkan. tapi kalau akulah... tidak sama sekali. ini baru kekasih. kalau dah jadik suami mungkin tak kisah langsung agaknya. sedangkan kita, kalau suami sendiri yang bunuh anak tu... memang berkerat rotanlah. sampai mati agaknya kita berdendam. mungkin la kan. inikan pulak kekasih. huhuhu...

cerita panjang pun tak guna kan? boleh terus ke sini jika mahu tahu lebih lanjut.


my foot: barangkali sayangnya pada si kekasih lebih daripada sayangnya pada anak sendiri. wallahualam!!!

pic and story credit to mymetro online

Rindu pulak time belajar dulu. Huhuhu...


tiba-tiba teringat pulak time-time belajar dedulu. nak kata best sangat tu biasa la. mana ada best pun. hahaha… tipu la. zaman belajar la zaman paling enjoy. ye la… masa tu tak payah nak fikir apa-apa. fikir study dan macam mana nak score. score ke? score la untuk subject favorite tu. ngeee… 

aku dapat dua pengalaman berbeza time study dulu. satu masa ambik tesl. dan satu lagi masscomm. tapi aku lagi suka masa tesl. banyak sebabnya. tesl la banyak ajar aku tentang erti kawan, lawan… macam-macam benda. bila masuk masscomm, aku dah tahu macam mana life as a student. kalau nak bandingkan masa ambik tesl dengan masscomm berbeza sangat. 

22 September 2010

Siapa nak anak macam Asari? Mesti tension kalau dapat yang ala-ala macam tu...


ni lagi satu cerita favorite. kartunnya macam shin chan jugak. asari-chan. pernah tengok? comel je kartun budak perempuan ni. dia ada kakak. berbanding dengan kakaknya, asari-chan ni macam nobita la. kalau benda lain ok je. bab pelajaran memang out la. tatami si kakaknya memang pandai.

parents dia memang sayangkan dia. tapi kalau tengok nampak jugak yang asari ni lebih rapat dengan ayah berbanding mak. sebab mak lebihkan tatami. tapi yang kelakarnya dalam cerita ni ada seekor anjing. anjing tu pun nama asari. sama macama si asari ni. alahai...!!!

sesekali layan kartun tu seronok jugak. Detective Conan pun syok jugak tengok. sebab tu kalau ada chanel animax, encik suami akan berbunyi la sikit. asyik tengok krtun je. ngeee... bukan tengok selalu pun. kadang-kadang je.

kebetulan layan anak-anak, layan jugak la cerita yang dia orang tengok kat tv. tapi kalaucerita pasal baby... Alya suka sangat. jangankan cerita... nampak baby pun dia akan pergi tengok. huhuhu...


my foot: ingat nak ke pejabat penghulu la petang ni. nak kemas kini borang sikit.


pic credit to Google Image file

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign