✿ Rumah SalYa ✿: August 2010

Fresh from the owner...

31 August 2010

Selamat Ulangtahun ke-53 Malaysia...


macam biasa.
kita merdeka dah lama.
tapi pemikiran anak-anak muda kita ni macam mana?
(erk?! dah tua ke aku ni?! muda belia la...)


apa pun!!!
Malaysia is still the best.
hujan emas di negara orang... hujan batu tetap di negara sendiri kan?
perbanyakkan amal di bulan ramadhan.


merdeka tu merdeka jugak.
tapi still dalam bulan ramadhan ni.
hehehe..



my foot: walaupun tak failed sejarah masa SPM, dan tahu la sikit-sikit tentang sejarah... aku tetap syangkan MALAYSIA!!!

30 August 2010

Hah, ambik kau!!! Ingatkan seorang. Tapi empat yang kau dapat... ^__^


ntuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina. Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung.

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana. Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.
 

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu... ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru.

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!


Poskad itu berbunyi ...
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

ngeh... ngeh... ngeh...


my foot: mahu carik pasal? muahaha...

Saya mahu berehat seketika... Huhuhu...


yesterday was Sunday. hari ni dah Isnin. esok dah Selasa. penghujung bulan Ogos aka Hari Kemerdekaan yang ke-53. kejap je masa berlalu kan? sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung tahun. puasa pun dah tak lama mana lagi tinggal.

semalam hari yang menggembirakan aku dengan anak-aanak. kenapa ek? encik suami balik tak bagi tahu. macam biasalah. sedar-sedar je anak buah aku panggil. katanya encik suami ada ni. aku ingatkan kat phone. so i asked her to pass me the phone la.


tapi dia cakap encik suami balik. sangat teruja la. sebab kalau diikutkan... dia tak balik langsung sepanjang bulan puasa ni. bila tanya, dia kata rindu nak berbuka dengan family kecik dia ni. awww... so sweet!!!

macam biasa jugak, kalau dah encik suami balik... anak-anak la yang paling excited sekali. memang tak tidur si Alya dok mengadap abahnya. Anis pun sama. tapi aku cakap kat encik suami tidurkan dia walaupun sekejap. nanti dia tak la meragam nak tidur time berbuka.


still tooooo excited and happy dapat berbuka and bersahur dengan encik suami. hohoho...



my foot: belum mampu untuk blogwalking kerana line masih tak menentu. tapi akan gandakan usaha untuk blogwalking. maaf pada yang belum sempat aku jengah ye. maaf sesangat!!!

29 August 2010

Hujung-hujung bulan semacam inilah ia. Selalu membuatkan saya patah hati. Huhuhu...


selalunya begitulah.
dah hujung-hujung bulan ni mesti jadik.
nak blogwalking memang susah.
jadi aku minta maaf kalau ada blog kengkawan yang belum sempat aku jengah kembali.



dengan broadband ni macam tu la.
bila tengok iklan wimax rasa macam best la pulak.
tapi tu la kan...
best masa iklan dan promosi je.
lepas tu hampeh.



mahu cuba blogwalking.
walaupun susah kawan-kawan harus dijengah kan?
berjaya atau tidak kena berusaha juga.
huhuhu...



my foot: kena berperang dengan line je. kejap-kejap disconnected.

28 August 2010

Lawak yang sudah biasa kita baca... Sengaja untuk menghiburkan hati sendiri!!!



isteri: bang, sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

suami:  ape halnya sampai awak sejuk?!

isteri: yela, tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga, kiss dan coklat.

suami:  habis tu kenapa?

isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?

suami:  hish!! gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

isteri: *&#$%^&*%**%


my foot: mulakan hari dengan senyuman. huhuhu.... hiburkanlah hati sendiri...

27 August 2010

Mandi Junub!!! Ambillah sedikit masa untuk membacanya kerana ada antara kita yang mungkin tidak tahu!!!



Mahu berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..  Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

17 Ramadhan 1431 H bersamaan dengan 27 Ogos 2010...



hari ini hari cuti umum bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran. biasanya kalau 17 Ramadhan tu kita akan ingat tentang Nuzul Al-Quran je di mana pada waktu tu Al-Quran diturunkan. tapi ada satu lagi peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah yang mana berlakunya Perang Badar.

Perang Badar cukup penting dalam sejarah Islam. sebabnya Perang Badar inilah yang menentukan kesinambungan dakwah Islam. perang ini juga menyaksiakan betapa tinggi iman dan taqwa para pejuang yakni para sahabat Rasulullah SAW. Badar menyaksikan pertembungan di antara kaum muslimin dan juga musyrikin yang memperlihatkan kekuatan mereka 3 kali ganda lebih daripada kaum muslimin dengan jumlah kudanya sahaja sebanyak 100 ekor.

di dalam peperangan ini, Allah telah memberikan bantuan kepada kaum muslimin. 1000 malaikat berserban telah datang membantu para sahabat menghadapi tentangan kaum musyrikin yang mana akhirnya kemenangan telah berpihak kepada kaum muslimin. 70 tentera kaum musyrikin termasuk Abu Jahal sebagai panglima terbunuh. manakala di pihak kaum muslimin hanya 14 orang yang telah mati syahid.

bayangkan betapa dengan taqwa dan iman yang tinggi, Allah akhirnya memberikan ganjaran kemenangan kepada kaum muslimin. tambahan pula, peperangan Badar berlaku di bulan Ramadhan. Rasulullah dan para sahabat redha dan cekal mengharungi ujian Allah.

tapi kita cuma berperang dengan nafsu je. tapi masih jugak gagal dalam perjuangan sendiri. macam mana nak berperang di jalan Allah kalau dugaan sekecil itu pun kita tak boleh nak handle kan? huhuhu...


marilah kita sama-sama menghayati keistimewaan yang telah diturunkan di bulan Ramadhan yang penuh nikmat ini. semoga amalan kita diterima. InsyaAllah!!!


my foot: marilah kita sama-sama beramal!!! dipermudahkanlah urusan kita hendaknya... amiiiin!!!


pic taken after browsing thru Google Image

Sinetron Cinta dan Anugerah ada 244 episod. Mak aiii... banyak gila!!! Huhuhu...



cerita ni tayang kat tv 9 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 5.30 sampailah ke 6.30. sebelum ni aku ada buat entri tentang cerita lakonan Ashraff Sinclair ni. macam biasa la kan. dah nama pun sinetron dari seberang memang banyak la bahan perisa perasa diletakkan dalam cerita ni. penambahan yang buat kita rasa macam nak sumpah-sumpah je cerita ni ke pelakonnya ke. huahuahua...

kalau berlakon baik tu memang baik sangat la. tak ada cacat. macam tak pernah berdendam or marah dengan orang. baik je sepanjang cerita. hebat kan? innocentnya buatkan kita rasa menyampah. rasa macam nak pergi lempang je pelakon tu. gilo ke apo?! siapa suruh tengok kan? padan muka sendiri la.

sebenarnya... anak-anak buah aku suka sangat tengok cerita ni. yang seorang lagi tu pulak, suka tengok Invicible Youth kat chanel 303. jadik selalu la jugak berlaku perebutan. pasal tv ni memang budak-budak ni suka gaduh. tapi tengok Invicible Youth tu pun okay jugak apa.



Cinta da Anugerah ni ada 244 episod. yang baru ditayangkan kat tv tak silap aku episod ke 87 or 88 macam tu la. lama giler kan nak habis?! huhuhu... anak buah aku dah tengok sampai habis cerita tu kat internet. tak adalah tengok semua tapi endingnya dia tahu la.

aku selalu jugak cakap... dan tengok ending buat apa nak tengok lagi kat tv. tapi dia kata episod-episod lain dia tak tengok. tengok yang hujung-hujung nak habis je. alahai... cerita merapu-meraban tu jugak yang ditengoknya. dah tak ada pilihan lain terpaksa la tengok jugak cerita tu.

aku suka tengok Gio. tak tahu la kenapa. tapi dia nampak cool je. can be hard on the outside and soft di dalamnya. reminds me of encik suami. kalau dah sayang orang, dia tunjuk sangat-sangat yang dia sayang. tapi kalau dah tak suka... huhuhu... jangan cari pasal la.

apa yang pasti... cerita ni lepas raya baru habis. tak payah tunggu la pada sesiapa yang tengok tu. happy ending okay!!! yang ni kawin dengan yang ni... yang tu kawin dengan yang tu... yang ni mati... yang tu pun mati... yang ni dapat anak. yang itu pun dapat anak. yang satu lagi pun ada anak. ada satu couple je tak ada anak. hah?!

ada dapat anak kembar!!! nama anak kembar dia orang tu... nak tau apa? hehehe... CINTA dan ANUGERAH!!!



my foot: pening melayan cerita yang merapu-rapu macam ni. macam mana la boleh lulus cerita-cerita yang macam ni kan? huhuhu...


pics godek kat Google Image

26 August 2010

Untuk ingatan kita bersama!!! Sanggupkah kita???



Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah Saw menangis manakala ia datang bersama Sayiidatina Fatimah R.A. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah Saw menangis.

Baginda Saw menjawab, "Pada malam AKU di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah Saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"AKU lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

AKU lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking.

Dan AKU lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

AKu lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

AKU lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Sayidatina Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah Saw menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali R.A dan Sayidatina Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.


my foot: rasa takut untuk hadapi alam yang satu lagi. amalan dan segala-galanya masih belum cukup. mampu ke kita untuk menerima semua ni!? astagfirullah al-azim...


picca from Google Image

40 Kesilapan Ibu Bapa!!! Apa yang kita perlu tahu sebagai ibu bapa...

aku berikan sebahagian dulu... 20 daripaad 40 kesilapan ibu bapa!!!


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.


* Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Al... *


my foot: untuk peringatan kita bersama agar tidak silap mendidik anak sendiri!!!


picca from Google Image


Rangkaian produk Victoria's Secret untuk dijual. Berminat?



kepada yang berminat dengan barangan jenama Victoria's Secret boleh hubungi saya di emel ini ye:

nuranisalya@gmail.com
mahu belajar berniaga secara online.
serious buyer only.
jangan main-main.
tak baik tau!!!

Allah tahu niat kita ni...


Bila giliran mereka sudah hampir tamat, kini giliran saya pula untuk menerima!!! Huhuhu...



hari semalam tak berkesempatan untuk update entri lebih daripada yang sepatutnya. anak-anak still ada flu dengan batuk. flu akan ambik masa yang lama untuk baik. itu yang leceh sikit. Anis la kesian sebab dia paling teruk dapat flu kali ni. merah dah hidungnya sebab kena kesat sentiasa cecair yang mengalir tu.

bila tengok dah merah, aku guna tisu je. lembut sikit. tapi kena guna banyak la. dan kena check sentiasa. tapi si kecik berdua ni walaupun demam ke flu ke... tetap suka air. kalau mandi tu mesti nak lama-lama. tapi sekarang ni aku mandikan dia orang kejap je. Alya memahami sebab dah besar. tapi Anis sure mengamuk punya la.

tak puas main air sekejap sangat walhal dia la yang paling tak boleh nak berendam lama-lama dalam air. sikit je air masuk dalam hidung akan buatkan dia jatuh sakit. kadang-kadang aku bagi jugak extra time untuk dia berendam. tapi aku kurangkan air dalam baldi. memang kurang la. tak guna tub baby tu sebab nanti lain jadiknya. hehehe...


bila turn anak-anak dengan encik suami dah hampir nak tamat... sekarang turn aku pulak untuk sakit. daripada pagi tadi rasa macam tak selesa je hidung. nak kena flu rupanya. actually, dua tiga hari lepas dah rasa macam tak sedap je tekak ni. tapi tak ada apa-apa pun. sampai la ke hari semalam. nak sakit rupanya

hopefully tak teruk dan tak demam la. kalau tak... kesian kat bebudak ni. siapa nak tengok dia orang kan? huhuhu...


my foot: mahu istirehat sebentar!!!

Google Image files

Informasi tentang kurma. Berapa ramaia antara kita bersahur dan berbuka dengan kurma?



Kurma makanan kesihatan

Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.

Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. 

Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.

Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.



Kurma menghilangkan lapar dan dahaga

Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.

Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.

Kandungan gula dalam kurma

Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.



my foot: kurma memang sedap kan? tapi jarang jugak tengok orang berbuka dengan kurma. huhuhu...


godek-godek pic di Google Image

25 August 2010

Walaupun nampak macam mudah... tapi susah jugak sebenarnya bila tak ada sokongan!!!



Alya dengan Anis dalam proses baikpulih daripada demam. flu still ada. batuk pun sama. Alya dah nak hilang suara. makcik kecik tu memang manja. kalau batuk sikit je... kejap lagi hilang la suara dia. tapi dia still boleh maintain jerit. hahaha...

aku rasa budak-budak kecik yang halus ni memang suka jerit-jerit la. dia petite je. macam kakak dengan abang sepupunya. masing-masing kecik je. tapi kalau bab menjerit... memang first class. naik sakit telinga dibuatnya. tambahan ye... Alya ni garang sangat. kecik je orangnya tapi kalau dah dia start perangai sebagai ketua, siaplah!!!

jangankan yang lebih kecik or sebaya dia. yang besar pun dia tibai jugak. Alya dah nak masuk 2 tahun 6 bulan. petah dan alhamdulillah... tak pelat. fast learner. orang kata baby premature ni bright. alhamdulillah... berkat ayat-ayat Quran dan segala macam makanan tambahan kot.


Anis pun macam tu jugak. at the age of 11 months... dia dah boleh mintak kalau nak something. ada dengar a few words. Alya boleh bercakap masa 7 bulan. dua-dua si kecik ni ayat pertama yang keluar was 'Abah'. eleh... bukan abah ada pun!!! macam dengki kan?!

dah memahami arahan. usually apa yang encik suami makan dia orang akan mintak. mungkin jugak dia orang tahu apa yang encik suami tu makan memang sedap. memang macam tu la perangai anak-anak kalau melibatkan encik suami.

sekarang ni kalau anak-anak sakit... susah sikit pada aku. si kecik berdua ni bukan nak dengan orang lain. dengan mak saudaranya tu pun boleh la kejap. nak masuk bilik air pun melalak dia orang kat luar. nak berurusan dengan bilik air pun susah. huhuhu...

kalau encik suami ada, senang la sikit. anak-anak kalau tak nak pun kejap je. lepas tinggalkan... okay la. dah tentu abah dia orang jugak. tapi yang ni... kalau tinggalkan memang boleh dengar la tangisan syahdu nan merdu tu daripada dalam bilik air. last-last buat urusan pun tergesa-gesa. tak sampai hati dengar nangis lama-lama.


memang boleh handle anak-anak. tapi jenis yang dah biasa dimanjakan abahnya tu la yang susah sikit. kesian sebab dia akan carik apa yang encik suami buat pada aku. nak layan 100% memang tak dapat. Alya suka panjat-panjat belakang. sakit kalau kena tulang. menyirap jugak la masa tu. hehehe...

tu la... kalau encik suami ada kan ke senang. kesian kat ibu anak-anak. kurang kasih sayang la pulak. tapi nak buat macam mana. belum ada rezeki untuk ikut sama. sabar je la dulu. huhuhu...



my foot: harap-harap anak-anak ni okay-okay je. dan encik suami pun sihat-sihat jugak kat sana. ibu? okay je. tak okay pun kena okay jugak!!! muahaha...

Lewat sebulan pun nak kecoh ke? Apa daa...



Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Mahpus ker?" 

"Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat. Saya dah tak boleh tunggu ni. Nanti boss saya marah."


Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu."APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT. Semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan. " Relek puan! Puan ni baru lewat sebulan. Ada yg lagi teruk... lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, "Nanti saya bincang dengan suami saya." Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..


Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni.. isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???"

Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik! Sabar encik! Apa susah... kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap: "Kalau macam tu... kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahpus mencelah: "Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap: "Nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRR LAAAAAAAA..."

???????????? ???????




my foot: tu la... tak memahami isi-isi kandungan dalam perbincangan lagi. dah kena potong!!! muahaha...

24 August 2010

Raya Review: 5 September 2009 adalah kenangan paling berharga!!!

sambungan cerita ini...



sesiapa yang dah pernah baca entri aku yang sebelum ni pasti tahu kenapa 5 September tu pilihan aku. pada yang belum dan tak faham apa-apa boleh ke entri tu. dah tak lama lagi dah. kejap je dah setahun. rasa macam baru je lagi lalui semua tu.

masa ke sampai ke HTAA tu hari dah petang. dah 6.30 tak silap aku. aku tak berbuka pun lagi. jamah makanan or air pun tidak. cuma dimasukkan air je satu pain. according tu the nurses and docs, dia orang kalau boleh nak hold dulu. tak nak bagi baby keluar awal. masa tu baru 32 weeks plus plus. kalau ikutkan memang genap 8 bulan. tapi aku bagi date seminggu lewat.

sampai HTAA, dia checked segala dan mintak tunggu untuk naik ke tingkat atas. labour room kat bawah tu untuk kes biasa. tapi kalau kes aku ni kategori berisiko sebab premature birth. kena tunggu la. masa tu ada dua tiga orang dalam labour room nak delivered. memang lama tunggu okay.
tapi sebab contraction sangat lambat, the docs and nurses suruh tunggu kat luar untuk di bawa ke tingkat atas tu. aku tunggu je la encik suami pergi registered segala. bila dia datang semula, azan maghrib berkumandang. dia berbuka dengan apa yang ada. dia belikan aku air zam zam. tapi nurse tu tak bagi minum dengan makan.

aku pun tak tahu kenapa. tapi lepas cakap aku tak makan dengan minum apa-apa lagi, dia kata... minum air sikit boleh la. sikit je la aku minum air zam-zam tu. buat basahkan tekak. kalau sebelum ni aku tak sempat minum air ke minyak selusuh, kes Anis ni sama je. tak sempat nak selusuh segala. tak nampak air ke minyak selusuh pun.

dalam hati tu terdetik jugak. dah la puasa, tak minum dengan makan... macam mana nak deliver. ada energy ke? tapi docs punya perancangan lain. masuk labour room, dia orang dok diskus. kena tunggu pakar untuk inject streoid ke hape benda entah. nak hold baby. aku duduk dalam satu bilik. ada sorang nurse pantau.

Siapakah? Siapakah? Siapakah? Ada apa dengan SIAPAKAH?



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..



Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.




Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.




Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah orang yang membiarkan entri ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.



my foot: sama-samalah kita beramal!!!


pics godek-godek di Google Image

Gila mahal! Lebih baik saya beli rumah dan menabung daripada beli benda yang satu itu.


ini jam.
semua orang tahu jam itu apa dan apa fungsinya.
tapi jam ini sangat mahal.

orang-orang kaya kat Malaysia boleh la beli.
duit dia orang banyak.
mesti tak jejas punya setakat RM2.4 tu.

sikit je la.
owh... bukan RM2.4 k ye tapi 2.4 juta.
huhuu...

kamu mampu?
belikan satu untuk aku ye?!
ngeeee...

pautannya ada di sini jika kamu mahu tahu lebih lanjut.



my foot: belum cukup kaya untuk beli jam semahal itu. cukuplah dngan hidup sederhana sebegini.


credit to Kosmo Online for the pic and news

Sekadar berkongsi rasa. Bagaimana kalau kita berada di tempatnya? Redhakah? Huhuhu...



Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang.

Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma.

Dan yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati. Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang penuh ceria.

BLOG LIST BEN ASHAARI


(ops... guna header lama!!!)


masa blog list lama dulu ada jugak masuk senarai.
yang baru buka ni lambat pulak buat entri.

nak join jugak la.
kalau list PERIBADI tak dapat masuk.
IBU BAPA pun boleh la.
ngeee...

Kempen 1 Blog 1 Bendera!!!



sempena dengan bulan kemerdekaan ni.
tak salah kalau kibarkan bendera kat blog kan?
jom join kempen ni!!!



my foot: sesekali je kan? untuk negara kita juga!!!


23 August 2010

Menu berbuka. Roti sardin gulung dan air pelbagai warna. Hehehe...

bila ahli keluarga ramai, menu berbuka pun macam-macamlah. permintaan pun pelbagai. especially daripada budak-budak yang baru belajar nak puasa tu. mak dengan bapak budak biasa la. kena kontrol nafsu la. budak-budak standard. memang macam tu fiil dia orang.




kalau bawak ke bazar ramadhan macam-macam jugak la yang dibelinya. siap pesan jangan ambik dia ni punya la... hape la. macam la aku teringin sangat nak makan benda-benda pelik yang dia orang beli tu. eh, teremosi pulak. walhal kata-kata tu untuk sesama dia orang je. hehehe...


 
air bandung cincau permintaan mak-mak budak.


air jambu batu pun permintaan mak budak. sedap nih!!!


 
kuih wajib ado!!! popia pedas ye!!! karipap tu kadang-kadang je.


 
menu untuk dua hari berturut-turut. roti sardin gulung!!!


 
last but not least... yang ni sedap jugak kerapu goreng pedas!!!





my foot: apa menu kamu untuk hari ni? jangan makan sampai kenyang. nanti tak larat nak solat. hehehe...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign