✿ Rumah SalYa ✿: July 2010

Fresh from the owner...

31 July 2010

Suhunya cecah 39.2. Re-checked untuk pastikan betul ke tinggi tu dan jawapannya...


Anis demam dah dua hari. hari sebelumnya, checked suhu 38.6 tapi dia usually demam waktu malam je. siang tu walaupun panas tapi suhunya dah turun. 38.6 walaupun di kira tinggi tapi memang macam tu la suhunya tiap kali dia demam.

tak risau ke? tipu la kalau kata tak risau. dah nama pun anak. ibu mana tak risau. kain basah memang sentiasa atas kepala dia walaupun dia dok sibuk nak buang kain tu. tiap kali dia buang, ambik semula, basahkan dan letak semula atas kepala. lama-lama dia bosan, dia biarkan la atas kepala. hahaha...

petang semalam, Anis mula la nak meragam. tak mahu dengan orang lain. memang nak kena dukung dia je la. jari kaki dengan tangan sejuk tapi kepala sangat panas. ambik termometer dan checked suhunya. bila je termometer tu berbunyi, aku tengok la. mak aiii... tingginya!!! 39.2. tak pernah lagi dia cecah 39 kecuali masa dia masuk hospital sebab pneumonia tu dulu.

aku re-checked dua kali nak make sure suhu tu betul ke? dua kali checked after letak kain basah yang penuh air dapat 39 je. memang tu la result dua kali aku re-checked. huhuu... cool fever memang tak berkesan dengan dia ni. masa dia kena pneumonia, berkotak-kotak cool fever habis tapi demamnya tetap tinggi juga.

last-last bawak dia pergi hospital. menunggu jugak la dekat setengah jam. orang ramai dan ramai jugak yang demam. bila turn Anis, MA tu bagi ubat demam. masukkan ubat kat b**t** (tu pun biasa dia kena) sebab MA tu kata tinggi suhunya. masukkan ubat la nak elak kena sawan. paru-paru checked. alhamdulillah... okay-okay je. 

MA tu kata pneumonia boleh berulang. kalau ada blablabla... benda yang sama aku dengar tiap kali bawak Anis ke hospital. dia bagi ubat demam dengan advice yang sama juga, basahkan kepala dia selalu. lap-lap badan, bawak ketiak.

Alya pun bawak jugak. 15 minit je kat hospital dia ajak balik. mengantuk katanya. nak tidur. hahaha... masa dah keluar daripada bilik MA tu dengar dia tengah berzikir kat luar. Alya memang macam tu.

balik je rumah, tanggalkan baju Anis. lap-lap badan segala. dia dengan kakaknya tidur tanpa baju. dan panas badannya sehingga ke entri ni dipost... dah turun sikit. alhamdulillah...



my foot: risau juga hati ibu ni kalau anak-anak sakit. huhuhu... imam muda final ke tak ke... meamng tak fikir lagi dah. yang penting, anak-anak sihat dulu.

30 July 2010

Adakah kita juga mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah?


Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAHNYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan-tangan kita sebagai anak-anak. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.


Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

jiran kepada  ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarahi ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak disahut salamnya. beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu.

beberapa minit kemudian, dia datang semula untuk berjumpa ibu DRHD. dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. lalu masuk ke rumah untuk melihat dari dekat ibu DrHD. Rupa-rupanya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yang paling comel yang dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dengan tangan-tangan anak-anak jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran-jiran yang ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan hujah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU."

Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yang hadir melngalirkan air mata kerana tawaduk dan alimnya anak-anak ibu itu. Paling menyayat hati masyarakat adalah apabila ketiga-tiga adik-beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya.

Ada beberapa orang yangg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dengan hujah yang sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir." Seluruh yang hadir dikuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawaduk di atas akhlak anak-anak ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anaknya. maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD, Hasan Din dan Ishak Din memang disegani oleh kawan dan lawan di bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIMnya mereka.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya berlinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik-beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A'lam. Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat... Kalau baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca
tajuk aje...

my foot: kiriman emel seorang rakan. dah lama nak publish entri ni tpai selalu je terlupa. aku edit sikit-sikit hasil emel tu untuk mencantikkan bahasa. ewah.. macam pakar bahasa la pulak aku ni. ngeee...

Kelebihan BISMILLAH yang kita tahu dan mungkin tidak tahu...




1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barang siapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (<http://qs.al/> http://qs.al/>QS.ALMuddatsir:30). Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



Sabda Rasulullah, "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....."
my foot: kadang-kadang yang perkara paling mudah akan jadi perkara paling susah atau paling malas kita nak buat kan?


pic godek-godek kat Google Image

29 July 2010

Hasil shopping-shopping'an' semalam. Hehehe...


semalam kan aku bawak anak-anak pergi shopping beli kain pasang untuk buat baju raya. huhuhu... puasa pun belum dah sibuk nak buat baju raya kan? bulan puasa nanti memang tak ke mana dah memandangkan encik suami tak balik. kalau keluar pun untuk beli barang-barang runcit je. dalam keadaan sekarang nak bawak anak-anak susah sikit.

bukan apa... kesian kat dia orang. especially Anis. dia cepat sikit dapat sakit berbanding dengan kakaknya. berpanas sikit je semalam dah buat dia demam hari ni. alhamdulillah... dia tak meragam. cuma batuk-batuk dengan selesema je la. sama jugak macam kakaknya tu.

kat sini petang-petang je hujan. cuaca tak menentu. lagipun, sekarang ni musim kot. atoknya pun sama jugak. batuk-batuk. malam-malam boleh dengar bunyi batuk bersahut-sahutan. lepas yang ni... yang tu pulak. untuk anak-anak aku tak bagi ubat batuk dengan selesema walaupun hospial bagi ubat tu. tak mahu ajar. 

doc akan kata tak apa. dos sikit je. sesuai dengan umur dia orang. tapi kalau MA pulak suggest jangan bagi ubat. walaupun kesannya sikit, tapi budak-budak jangan bagi bergantung dengan ubat sangat. bahaya!!!

tengok la aku... nak cerita benda lain dah benda lain pulak yang aku cerita. hahaha... masa bawak Alya dengan Anis semalam... dua-dua orang tu tak la meragam pun. cuma Alya la kena kejar sikit sebab dia suka berlari sana-sini. bila belikan something untuk dia... yang dia suka dan dia pilih sendiri, senyap la kejap.

masa pilih kain pasang... Alya sibuk ajak masuk farmasi. nak air la apa la... bila masuk je... dia pilih orange tropicana twister tu. kongsi dengan adiknya. balance yang banyak tu, ibu la yang kena habiskan. lepas tu nak aiskrim padahal dah makan aiskrim dah sebelum tu. Alya sangat suka dnegan aiskrim macam aku jugak. bukan macam encik suami.

 dia makan aiskrim macam makan nasi. harharhar... kenyang kalau dapat iaskrim je. memang favorite dia. lepas akak farmasi tu cakap tak jual aiskrim, dia nak beli button pulak. dalam pada tu aku ternampak la keychain comel-comel. ada keychain croc, handbag, high heels (reminds me of dni la. mek klate tu suka sangat kasut tumit tinggi dengan handbag. kan dni kan? hehehe...), bear... macam-macam la.

rasa macam nak rembat jugak sekeping dua. hehehe... so belikan la Alya buttons dengan frame ni. semua ni dia punya okay...


 yang ni ibu punya...


my foot: itu je la yang mampu beli kalau bawak dua orang ni. hehehe... tapi seronok tengok dia orang happy je sebab di bawak berjalan.

Si kecik ini sudah advance dalam banyak benda!!! Hahaha... macam kakak jugaklah dik!!!



saya Nur Anis Insyirah...
umur saya 11 bulan bulan depan.
saya sangat lasak nak suka kutip benda-benda atas lantai.
kertas paling saya suka makan.


sekarang ni saya tengah belajar berdiri dan bertatih.
walaupun saya tak berapa master merangkak tapi saya advance lebih.
saya dah pandai minum air guna straw.
advance juga kata abah saya.


ajuk orang cakap pun saya suka walaupun saya tak boleh cakap betul lagi.
hehehe... 
saya suka ikut orang berjalan-jalan.
kalau nampak ibu saya pakai tudung memang saya nak ikutlah.


sekarang saya batuk, selesema dan demam.
doakan saya cepat sembuh ye!!!


my foot: si kecik yang lasak walaupun sakit. malam-malam je baru meragam lebih sikit! huhuhu...

Strawberry!!! Perh... sedapnya! Kalau dapat petik sendiri mesti sedap kan?


search kat Google pasal buah strawberry.
saja nak tengok buah yang kalernya merah tu.
last tengok strawberry kat ladang masa pergi Cameron Highlands.
tu pun berbelas tahun yang lalu.
lepas tu... lalu je kat Cameron Highlands.
tak singgah pun sebab nak cepat ke Perak.


sekarang ni PUAN BUNGA dok sibuk-sibuk petik strawberry.
cicah dengan coklat.
kita kat Malaysia pun petik juga.
tapi buah rambutan la.
nak cuba jugak la cicah dengan coklat.


sedap ke?
hahaha...
nanti buat eksperimen.
durian???
erk?!!


jom tengok ni dulu la...

*

*

*

*

*

*

*

*

*








telefon strawberry pun ada...

ini brand LG... nama telefon pun strawberry-vx8500!!

hah, jangan buat main!!! bus stop bentuk strawberry pun ado!!!



my foot: nikmat semua ni kan? datangnya daripada Yang Maha Esa!!! bersyukurlah kita sentiasa hendaknya...


pics google kat Google Image

Cuci mata tengok pendrive yang bermcam-macam rupa dan bentuk. Rasa macam nak buat koleksi je....


msa zaman aku belajar dulu, harga pendrive sebatang yang 126MB tu cecah RM145 kot kalau tak silap. itupun kawan yang belikan untuk budak-budak satu kelas. beli banyak-banyak senang. boleh save sikit. lagipun masa tu pendrive ni baru je nak popular amongst students. bentuk pun tak cun langsung. besar gila!!! hahaha...

tak macam sekarang ni. macam-macam bentuk ada. kecik, besar... bulat, petak... macam-macam la. memang berbeza dengan dulu. apa kelas 126MB? orang dah cecah GIG, dia baru guna MB. masa tu 126MB tu dah dikira cukup besar berbanding nak guna disket. zaman tu zaman disket lagi. berkeping-keping disket guna.

bila dah updated sikit, pendrive tukar pada yang 512MB. langkau terus. tak guna dah yang 256MB. hahaha... bentuk pun kecik comel je. kemudian up lagi pada yang 4GIG dan sekarang ni aku guna yang 8GIG. ingat nak beli external hard disk tapi malas lagi.

zaman sekarang orang tengok disket pun mesti guling-guling suka. tapi orang tak sedar, namyak jasa disket tu pada kami-kami ni. pendrive ni baru je lagi. mencecah panjang pulak. mahu tunjuk ini. untuk mencuci mata... hohoho...

jom layan!!!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*














my foot: macam-macam ada. dan senang hilang jugak sebab cinonet je benda alah ni. budak-budak kecik mesti ingat mainan. tak ke naya. boleh jahanam kalau tak jaga. ngeee...

Berperang dengan line untuk bolehkan post entri ini. Ngeee...


hahaha... memang kelakar la aku ni. aku rasa geram dengan line ni sampai rasa nak hempuk-hempuk modem. walaupun aku tahu bukan salah dia tapi geram punya pasal belasah aje la. mental ke? bukan!!! terapi untuk diri sendiri. cara melampiaskan rasa geram.

okay la tu. at least aku tak apa-apakan laptop ni. paling kuat pun modem je rosak. ganti baru. sim kad masih elok. ngeee... cantik ke aku nak beli modem baru? daripada beli modem baru baik bayar hutang-piutang yang tertunggak tu. tak pun shopping raya kan?

hari ni line masih macam tu. tak sempat nak called center si biru. semalam sangat sibuk carik kain pasang untuk si kecik dua orang ni including the father punya kain jugak. plan asal nak pakai baju masa sambut menantu dulu-dulu tu.

tak berkesempatan nak ambik gambar masa sambut menantu. baju pun elok lagi. warna pun aku suka. warna biji kundang. tapi nak carik macthing color yang sama untuk anak-anak la susah sikit. encik suami suruh beli lain. ikut kan aje la.

ingat nak ambik merah tapi my sis kata tahun ni nak pakai merah jugak. malas nak sama color, nak carik biru firus... macam malas. last-last jumpa satu kain tu. cinta pandang pertama. memang tak fikir panajng terus ambik minta dia potong after tawar-menawar baik punya.

mathcing dengan kain tu kain warna polos yang akan digunakan untuk buat baju melayu encik suami. aku sokka!!! sangat suka. siap carik tudung untuk matchingkan dengan kain tu tapi tudung tu pendek la pulak. tutup bahagian dada je. aku pulak suka tudung yang labuh sikit. ala-ala ustazah gitu... tunggu encik suami la ek?!

aktiviti semalam selain beli kain, jengah-jengah tingkap untuk tengok baju anak-anak yang dua orang ni. so nanti tunjuk je kat encik suami mana yang berkenan. dia belikan la tu nanti. hehehe... untuk anak-anak dia juga. lagi pun encik suami memang suka belikan untuk anak-anak. untuk ibunya???

selalunya jugak aku tolak. biar dulukan anak-anak baru aku fikir pasal aku pulak. dan encik suami akan berleter panjang la jugak. untuk anak-anak lain. untuk ibunya lain la pulak. tapi untuk encik suami??? selalunya aku yang belikan untuk dia. nak harap dia beli sendiri? tak ada maknanya.

sebabnya? dia dah dulukan anak-anak dengan isteri. untuk dia belakang kira. kalau aku tak jaga dia, siapa lagi nak jaga kan? hahaha...



my foot: entah boleh ke tidak post entri yang tak ada gambar ni. ngeee... kain tu color kusam. dah jadik baju baru i upload picturenya okeh?! ini line sangat sengal la. susah mau upload pic ooo...!!!


28 July 2010

Ketiduran menunggu line yang entah bila akan okay ni...


malam tadi nak tunggu boleh post entri sampai tertidur.
end upnya tak boleh nak post entri jugak.
macam biasa la... line ni memang hebat!!!


semalam pun cuba call encik suami.
banyak kali dan banyak kali jugak masuk voicemail.
padahal yang suruh call pun encik suami jugak.


betul la macam kata lynnhamzah.
kat area Johor line biru sekarang ni teruk.
dapat cakap sekejap dengan encik suami sebelum aku cakap sendiri.
ngeeee...


line putus masa tengah-tengah cakap tu.
bila called dan tunggu dapat masuk line dia tu ambik masa lama.
perh... kenapa ek jadik macam tu?!


pagi ni... internet dah jadik macam hari-hari sebelum ni.
kejap-kejap disconnected.
memang mencabar la.


entah apa yang tak kena, aku pun tak tahu.
rasa malas nak tahu.
tapi kena juga ambik tahu.
mungkin akan call center dia nanti.



my foot: masih tanpa photo. agaknya, apa jawapan si biru? 'line internet cik okay je. tak ada masalah!'. ayata biasa la tu kan? huh!!!

27 July 2010

Semua orang bercerita tentang Epilog Syurga Cinta. Sebab apa ye? Ada Mia Sara Nasuha!!!


semua orang dok bercerita tentang drama terbaru ni.
akan ditayangkan Ramdhan nanti katanya dalam slot Akasia.
lepas ni  ibu-ibu sure masuk dapur awal sebab nak tengok cerita ni kan?
harharhar...


apa yang bestnya tentang cerita ni?
katanya jugak kesinambungan daripada Syurga Cinta.
ala, filem tu tapi dah tukar jadik drama.
macam biasa la kan...


drama ni akan jadik tontonan sebab ada adik Mia yang berlakon Adamaya tu la.
pada aku, ada tak ada drama ni... hidup tetap diteruskan.
puasa tetap macam biasa.
masak pun akan tetap macam biasa.
tv bukan priority.
hehehe...


pada sesiapa yang sangat suka tengok adik Mia ni...
kena tolong la kat dapur tu nanti.
masak awal-awal ke?
kemas dapur awal-awal ke senang nanti.
erk?! cerita ni mesti tayang awal kan?
sebab dalam pukul 6.30 tu biasanya Jejak Rasul.
hmmm...



my foot: my fren punya son pun ada berlakon. first slot. pelakon extra je. hahaha... mahu tengok jugak la nanti macam mana rupa anaknya tu.. malas juga mahu upload pic sebab line dah jadik super-duper slow...

Hari ni line lebih baik berbanding semalam dan hari sebelumnya. Harap-harap sempat untuk blogwalking dan post 2-3 entri. Huhuhu...


tajuk saja dah pajang berjela-jela. 
lebih baik post tajuk je kan?
tajuk je dah cukup bagitahu semuanya.
hehehe...


alhamdulillah...
harap-harap lama la line ni macam ni.
semalam lepas je post entri yang satu tu,
tak boleh nak connect to the internet langsung.


memang hangin dan tension gila la.
dah putus harap kejap nak berblog rasanya.
ngeee...
tapi kalau dah kepingin nak tulis entri tu...
bukak jugak blog.


mahu cuba post entri lagi dan blogwalking dalam masa yang sama.
hopefully line ni okay-okay je.



my foot: semalam dah pegang telefon dah. nak call center si biru. tapi bila fikir-fikir, nanti terkeluar pulak perkataan terminate. tunggu dulu la. masih perlukan khidmat ia buat masa ni. sedih tapi terpaksa juga akui.

26 July 2010

Rasa macam malas nak berblog... nak ada blog... nak tulis blog... semuanya bergabung dalam satu!!!


semalam memang tak boleh nak connect to the internet langsung. satu entri tu je la yang boleh published. the line sucks!!! dan masih lagi...

hari ni pun sama jugak. untuk bukak blog sendiri ni pun makan masa dekat sejam. dok connecting dengan internet je.

bila jadik macam ni... mati mood dibuatnya. semua jadi malas dan semua rasa ada. kalau sekali berdepan dengan masalah macam ni mungkin tak apa. tapi kalau dah kerap sangat? bikin panas hati gue!!!

baik layan tidur dengan anak-anak. lagi sedap. eh... eh... siapa yang tak bagi kamu tidur?! aku bangun pun untuk siapkan tempahan my niece. dah bising dah. hari-hari dok suruh siapkan tempahan dia. pening kepala aku ni. ngeee...

tapi kalau cuaca sejuk macam ni memang best tidur la. syok je. semalam hujan lebat gila. pagi ni renyai-renyai. jadik suasananya sepoi-sepoi bahasa je. best!!! best!!! memang sedap la kalau kena macam ni selalu.

hehehe...


my foot: happy monday mate!!! happy working dan selamat tidur untuk aku kejap lagi. huhuhu...

25 July 2010

Kamu suka searching kan? Kamu searchinglah sampai esok! Ingat aku kisah ke walaupun hakikatnya aku memang kisah. Isk...isk...isk...


daripada pagi tadi, aku cuba juga untuk blogwalking. 
tapi loine pagi ni sengal pulak.
kalau dia baik... memang baik la sesangat.
kalau teruk tu... memang tahap hampeh gila!!!

sepanjang pagi ni tadi sehinggalah aku berjaya post entri ni,
ini je yang kejap-kejap keluar.
memang mencabar kesabaran la pagi ni.
semalam pun ada jugak jadik begini.
tapi tak seteruk pagi ni.
huh!!!


memang menyirap tahap sirap perisa ros la pagi ni.
kalau elok line ni pun kejap sangat.
dah la loading ambik masa berkurun baru siap.
grrrr...!!!

kalau elok pun line...
yang keluar adalah ini...


tak tahu la nak cakap macam mana lagi.
EDGE memang slow gila.
nak loading blog sendiri pun kena refresh lima enam kali.

tak larat nak menunggu dia loading.
tu pasal kadang-kadang mood nak menulis entri tu walaupun ada,
tapi dengan line semacam ini...
bisa menghancurkan semuanya.
huhuhu...


my foot: mahu mengubati hati sendiri jap!!!

24 July 2010

Benarkah Sehati Berdansa itu ada badi? Atau ia satu terapi?



terbaca kat blog beautifulnara pasal Sehati Berdansa ni. ye la... dah enam pasangan yang turut serta dalam program tu bercerai. katanya program tu ada badi. siapa yang masuk mesti bercerai. walaupun bukan semua tapi segelintirnya begitulah.

betul ke? buat apalah nak salahkan program tu ye tak? bukan dia yang tentukan pasangan tu bercerai ke tidak ke. kebetulan dia orang masuk dan beberapa bulan kemudian bercerai. nak buat macam mana. dah takdir Allah... terima sajalah dengan redha.

kalau kita fikir-fikir, Sehati Berdansa tu bolehlah dianggap sebagai tempat untuk kaunseling atau terapi kepada pasangan yang masuk bertanding. mula-mula dulu aku pun mungkin kata badi. tapi datang la pulak akal fikiran waras ni.

kenapa aku kata Sehati Berdansa tu pusat kaunseling? macam ni la... pasangan yang turut serta bertanding tu mungkin daripada mula dah ada masalah tapi kita tak tahu. bila dapat turut serta, dia orang kena la terima atau dalam fikiran dia orang (my opinion okay!!! hehehe...) boleh solve or merapatkan kembali apa yang renggang.

kena menari berdua tu menuntut kerjasama atau lebih daripada tu. ingat senang ke? kalau dah ada masalah... jangankan nak tengok muka, nak cakap pun dah rasa menyampah. konon-konon masuk Sehati Berdansa boleh merapatkan apa yang renggang tapi tak jalan jugak. sama la macam pergi kaunseling kat pejabat kadi.

dah cuba pun tak boleh jugak. in the end, bercerai tu lebih baik kalau ia boleh mengelakkan rasa menyampah dan benci di antara satu sama lain. at least, anak-anak tak jadik mangsa. sebabnya parens bercerai secara baik. memang sedih tapi apa boleh buat. sudah ketentuan Ilahi.

jadi jangan la kata Sehati Berdansa tu badi walaupun pengacaranya dua-dua tak jadi. dah tak ada jodoh. seru-seru pun tak sampai jugak. apa yang penting... jangan masam-masam muka kat belakang. benda dah lepas, jangan kenang lagi la...


my foot: boleh jadi juga teori aku tu betul kan? muahaha...


pic telah di google di Google Image


Anis yang suka 'mengemas' dan Alya yang suka kumpul button untuk croc. Huhuhu...


comel tak croc ni? hahaha... tapi sayangnya tak ada yang size besar. nak tengok size besar paten-paten yang ada sekarang ni la. bukan yang comel-comel macam ni. bentuk bulat depan dia tu nampak comel. ini croc Anis. si kecik yang nak masuk 11 bulan, bulan depan dan 12 bulan a.k.a setahun the next month.

wah... cepat betul masa berlalu. croc ni untuk Anis pakai kalau dia naik walker and merayap je kat dapur tu. kalau ke dapur, tak ada lain... kerja dia nak 'mengemas' je la. pinggang-pinggan kaca semua kena sorokkan. yang plastik je boleh duduk are-area depan rak. kalau tak, berderai la minah kecik ni buat.


sekarang ni aktif menjadi-jadi. kalau dah dapat 'kaki' nanti macam manalah agaknya ek? mesti kerja aku dok mengejar dia orang je kan? huhuhu... baru je rancang nak tambah berat badan ni Yang kecik oii... berat badan ibu ni naik sikit je. tak besar-besar. macam tu jugaklah ibu ni (nak bagi kat orang aku kurus la tu. hehehe... tak ada la. tu namanya riak la pulak!)

masa mengandungkan Anis, dua bulan berat tak naik. dok mengadap muka misi-misi kat KKIA tu je la. kalau bulan ni tak naik, lagi dua minggu kena ke sana... timbang berat je. naik 100g ke 400g  ke dah cukup la. kalau tak nanti bising je dia orang pasal berat tak naik.

dalam pantang lagi la. semua orang dok tegur kenapa aku kurus sangat. susah nak makan nasi. nak makan nasi pun kena paksa. dok sebat, kalau tak roti... biskut. itu aje la hari-hari makan. nasi tu makan jugak. tapi sekali sehari je. macam malas nak makan dua kali sehari. tu pun... tengah-tengah makan, si kecik menangis. hilang selera makan kejap. hah... lari tajuk la pulak! harharhar...


ni semua buttons si Alya. dia bukan peduli sangat pun pasal buttons ni sebenarnya. tapi disebabkan tiap-tiap minggu abang-abang dan kakak-kakak sepupunya beli buttons, dia pun nak jugak la buttons walaupun croc dia memang tak boleh nak masuk buttons. croc dia jenis lain sikit. tapi bercadang nak beli croc lain yang boleh masukkan button.

dia pun dah pilih sendiri. nak color pink. favorite dia memang pink. apa-apa pun pink. kalau dia pilih baju nak pakai pun mesti pink. dia macam tahu-tahu je ibu dengan abah dia bukan suka sangat pink. tapi dah dia suka, layan aje la.

dua daripada buttons tu dia dah bagi kat adiknya untuk diletakkan kat croc merah tu la. buttons kecik pooh dengan teddy bear tu la. ha, hari ni sabtu. ada pasar sabtu a.k.a pekan sehari kat sini. budak-budak ni sibuk nak tambah koleksi buttons. ingat nak turun jugak la ke town. tengok-tengok croc Alya plus cari kain nak buat baju untuk si kecik dua orang ni.

tapi kena tengok jugak la macam mana. mata aku ni macam biasa la mengantuk je. Alya kalau demam, mesti meragam dan kurang tidur. kena pulak ada batuk-batuk. lagi la. ingat nak tidur kejap la before si kecik dua orang ni bangun. ngeee...



my foot: ibu tak cukup tidur tak apa asal anak-anak boleh tidur lena. ibu ni tidur la macam mana pun. dah namanya ibu kan? kalau tak nak jadik ibu jangan  ada anak. boleh gitu?

23 July 2010

Sedap ni!!! Kaum adam jangan minum pulak dan tahniah ye Kniedaz!!!


ia pilihan saya... ia pilihan kami!!! eleh, macam berlakon iklan la pulak. hehehe... sesekali apalah salahnya kan? bukan luak pun. sambil-sambil tu promote produk walaupun tak dibayar.

this is one of my favorite drink. first time minum memang sedap dan memang boleh pergi la dengan brand ni. berbanding dengan orang kampung ataupun brand lain, memang tak masuk ke tekak la. tak tahu kenapa.

ada seorang my friend tried la nak minum benda alah ni. brand yang aku minum ni la. lepas minum je pening-pening. tapi kalau orang kampung punya, dia okay je. aku je tak okay. rasa dia tak sama langsung.

cuma time pregnant la aku tak minum. encik suami pun tak kasi. tekak orang pregnant ni lain sikit kadang-kadang tu. yang dilarang tu la yang kita nak. tapi kalau kawal diri, aku rasa okay je. insyaAllah. mesti boleh punya la.

minuman ni ada manjakani. dan manjakani tak elok untuk pregnant women. panas dan boleh bagi kesan pada baby. banyak lagi benda yang menjadi pantang-larang masa pregnant. itu tak boleh, ini tak boleh. ada yang karut, ada yang boleh diikut. bergantung pada kita la.


talking about pregnancy ni... ada seorang blogger yang selalu jugak aku jengah ke blognya sekarang ni pregnant. berapa bulan ek kniedaz? twin pulak tu. mesti meriah kehidupan lepas ni. especially kalau dapat girls. best!!! best!!! congrates dear!!! hehehe...

dengar je ada kenalan pregnant, macam best je kan? especially twin. rasa macam nak pregnant jugak. harharhar... rasa je. belum lagi nak tambah. plan lagi tiga tahun. itu pun kalau ada rezeki. yang ada sekarang ni pun kecik-kecik lagi. belum sampai hati nak kasi adik lagi kat dia orang.

cuma masa Anis, we planned on having another girl buat temankan si Alya. kalau pindah, at least dia ada kawan. alhamdulillah... memang dapat girl jugak sebagaimana yang kami mahu. rezeki Allah tu murah je kan? kita je kadang-kadang tak pandai nak bersyukur. huhuhu...

twin bukan senang nak jaga. tengok my sister-in-law je dah cukup. memang tak cukup masa nak makan segala. dah namanya kembar memang tak sah kalau dua-dua tak mengekor ibunya. tapi tu masa kecik je. dah besar nanti, lain sikit la kot dia orang tu. agaknya la kan...



my foot: kalau dah ada ready mahu try diet untuk dapatkan boy la pulak. tapi kalau dapat girl jugak, itu tetap rezeki dan amanah daripada Allah untuk hamba-Nya. belajarlah untuk mensyukuri nikmat Allah tu.


Sudah lama tak lakukan senaman mulut. Jom!!!

 alkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

terkedulah si ibu. terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan... mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu..

tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. si ibu kehairanan dan bertanya. si anak menjawab dalam tangisan...

'jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni!' seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover).


NAME:...........
SEX:............
CLASS:..........
SUBJECT:..........



my foot: terlebih excited sudah ibu ni. hahaha...erk?! ada lagi ke buku yang bertulis SEX kat depan tu? hmmm...

Tazkirah hari Jumaat: Solat ahli ibadah!!!



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
 
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. syurga di sebelah kananku,
3. neraka di sebelah kiriku,
4. malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan  menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,  kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku  rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh  pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 


my foot: solat kita macam mana pulak rupanya ek?!


credit pic to I Love Islam

22 July 2010

Bila dia muntah dan meragam... saya tahu, dia mesti demam!!!


waktu siang dia memang aktif. tambahan pulak sekarang ni. semua benda dia nak buat. makin menjadi-jadi aktifnya. bila kita pegang, dia mesti nak turun. bukan boleh berjalan lagi tapi dia nak merayap. nak mengutip benda-benda yang tak sepatutnya tu la. hohoho...

actually, dia mengiring dan meniarap awal. tapi bila sampai umur sepatutnya untuk merangkak, dia sangat malas. sekarang ni merangkak dua tiga kali je lepas tu... berhenti. end upnya jadik komando. menyusur atas lantai.

tapi, dia dah start belajar berdiri. berdiri lepas tangan ye. tak mahu orang pegang. terlebih advance ni. macam kakak dia jugak. bab mulut, sama je. macam kakak dia jugak la. bising... kalalu bawak berjalan boleh dengar suara dia dengan kakak dia je. ngeee...

petang semalam dia muntah. tapi sikit je. tapi malam dan awal pagi ni, dia muntah tiga kali. aku dah agak, kalau muntahnya banyak dan kahaknya pun banyak juga... dia selalunya demam. itu la yang aku cuba elak. dia batuk, selesema dan demam sekaligus. sebabnya kalau bawak jumpa doc, aku kena bagitahu pasal sejarah pneumonia dia.

kemudian baru la doc or MA's tu check lungs si Anis ni. kalau tak bagitahu, dia orang jarang check. dan advice biasa lepas check... kalau dia bernafas laju  bawak terus ke emergency room. yelah... takkan nak tunggu sampai dia tak bernafas. huhuhu...salah satu cara untuk detect pneumonia. walaupun dia mungkin lelah, kemungkinan untuk dapat semula pneumonia tu ada.

aku ni mengantuk sebenarnya. nak blogwalking pun tak mampu lagi. dari semalam melayan anak-anak yang tak berpa sihat ni. mula-mula kakak muntah. dah setlle kakak, adik pulak batuk dan muntah. bila masuk kali kedua dia muntah... kepala dah start rasa panas. dan dia meragam je la. 

pukul 3 pagi ni dia bangun menangis. puas jugak nak pujuk. mata rasa berat tapi anak punya pasal... no hal. ni pun baru la dia lena tidur sikit. bagi air yang abah dia orang dah doakan, sapu kat kepala dengan muka. baru la dia nampak tenang sikit

huhuu... susah mahu tidur kalau anak-anak sakit. dia orang sure meragam kalau tersedar. nanti kepala aku naik pening pulak.


my foot: tulisan sudah berbalam-balam. cuba habiskan ayat terakhir!!!

21 July 2010

Harapan tinggal harapan saja la bila budak kecik dua orang ni jaga!!! Huhuhu...


konon-kononnya nak update blog la kejap.
sementara anak-anak tidur ni boleh la blogwalking sikit kalau line okay.
tapi sayang seribu kali sayang.
tak sempat nak buat apa-apa dah bangun si kecik dua orang ni.
tidur kejap je...

dalam 15 minit tidur dah bangun.huhuhu...
sebabnya? dia orang batuk.lepas batuk je muntah. alahai...
at least Alya dah baik flunya.
Anis je kena flu semula.
tu pun sebab dia tersedut air masa mandi.

si kecik ni sangat suka air.
mengamuk kalau mandi sekejap je.
tapi kalau dah kena flu, jangan harap la boleh mandi lama.
memang tak bagi punya.

ni pun... sambil taip entri, sambil layan Anis.
si kakak dah hilang... kakak dan abang sepupunya ramai.
Anis ni kecik lagi. kena la ibu yang layan.
sambil-sambil tu try untuk blogwalking juga.
harap-harap line ni okay-okay je ek...


my foot: mahu blogwalking setakat yang line ni benarkan. huhuhu...

Beauty is in the eyes of the beholder!!! Cantik itu abstrak!!!


cantik itu abstrak. kalau kita kata cantik, orang lain belum tentu.
begitu jugak sebaliknya.
walaupun hakikat sebenar, semua orang dilahirkan sama je.
kita ni je yang pandai-pandai bezakan.
betul tak?
ngee...


ini keluar dalam harian metro.
katanya kecantikan wanita akan jadi sempurna pada usia 31 tahun.
hah, jangan memain!
31 tahu okay.
bukan 21 dan bukan 11 mahupun 17 tahun.


jadik pada kamu-kamu lovely ladies...
jangan takut tua.
enjoy your age...
sebab semua tu cuma angka.


apa yang penting...
yang tersimpan di dalam.
bersih di dalam, bersih juga la di luarnya.

>> kamu boleh ke SINI untuk tahu lebih lanjut <<


my foot: i'm enjoying my life. kadang-kadang tak sedar pun umur berapa sebab sentiasa rasa muda. harharhar...



sumber berita daripada HMetro Online

Saya rasa kamu adalah orang yang sama kan? Perlu ke cari duit dengan cara kamu ni?


nak cari duit tak salah. tak ada larangan pun. tapi bukan dengan cara macam ni. ajak main klik-klik. aku pun tak pernah datang blog orang dan bagi link sebegini. link secara sembunyi. tidak eloklah begitu kan? ini bukan caranya untuk up traffic.

tak perlu puji nice blog segala. rasa hati mengatakan kamu adalah orang yang sama. sebabnya? waktu lawatan kamu adalah selang seminit. tambahan pulak, meminta benda yang sama. kamu minta aku klik pada nama kamu dan kemudian ia akan membawa kepada link 'youthsays'.

aku tak kisah pun blog aku tak dikunjungi. datang dengan ikhlas... itu kan lebih baik. sebab itulah aku menyampah nak letak widget cbox ni. orang lain akan salah guna. tapi bukan semua buat kesalahan macam tu kan? 

tak adil la pulak sebab nila setitik, air tempayan dicurahkan. muahaha... sudah tukar peribahasa barukah?


my foot: mahu cari cara untuk bankan link 'youthsays' di cbox. bukan sombong tapi cbox adalah tempat untuk menjengah kawan-kawan. bukan menjengah link-link kamu itu!!! ada sesiapa boleh bantu???

Sudah berhabuk baru sibuk nak keluarkan. Huhuhu... Award dari EmienAqil…



sebetulnya aku dah dapat award ni dah lama. dah berbulan. tapi selalu lupa nak post entri pasal ni. terima kasih kepada ibu Aqil sebab bagi award yang cute-miut ni. dan beautiful blogger ni pun sama jugak. sudah berkurun dalam simpanan tapi belum jugak buat entri pasal itu.

siapa pemberinya juga aku sudah lupa. maaf dan terima kasih.kadang-kadang kita tak mengharapakan award tapi pemberian ikhlas jangan ditolak. Boleh jugak buat simpanan walaupun cuma di alam maya.

awards yang ada di luar sana semuany cantik-canti belaka.selalu jugak bertandang ke blog bloggers lain dan tengok koleksi awards memasing sangtlah super-duper cantik! tak dapat pun taka pa. tapi seronok cuci mata tengok kawan-kawan lain dapat.

habis kalau tak ada award tu macam mana? orang tak suka kita ke? bukan gitu!!! tapi mungkin jugak kan dia orang tak suka kita. uwaaa…apa pun terima kasih kepada yang sudi memberi.



my foot: rasa macam mahu cipta award la pulak. erk?! ada masa ke nak design-design award ni? hmmm...

20 July 2010

Sesiapa yang inginkan ia, bolehlah buat tempahan sekarang. Limited Edition ye!!!


ini motor moden okay.
bukan semua orang boleh bawak.
lesen kena ambik lesen keretapi baru boleh guna motor ini.

hah, ada yang teruja ke?!
boleh la buat tempahan sekarang.
ini limited editon punya ye!
copyright protected.
siapa-siapa yang didapati meniru boleh dihukum.

jangan main-main.
boleh mula buat tempahan sekarang jika kamu mahu lambat ke tempat kerja.
ataupun jika ingin motor baru kamu itu dicuri!
muahaha..



my foot: kreativiti itu datang dalam pelbagai cara. by the way, kenapa line biru ni makin teruk sekarang? susah nak blogwalking...

The line is super-duper slow!!! Perlahan mengalahkan cik siput bab 1!!! Saya mahu ke TM. Mahu ikut?


line sangat-sangat perlahan. perlahan yang sangat-sangat. yang sangat dan sangap! memang susah. ni baru berpeluang post entri. semalam nak blogwalking kononnya. tunggu line yang super duper slow ni sampai tertidur depan lappy. bila bangun, tengok still loading. entah sampai tahun bila dia nak loading aku tak tahu la.

line kena check sentiasa. kalau tak, dia disconnect sendiri. tengah-tengah loading tu tu boleh disconnet. bukan senang nak loading balik. ambik masa. macam biasa yang aku buat la. kalau dia tengah loading tu disconnect and sempat keluar front page, aku baca je apa yang ada kat front page tu. hehehe...


then baru tinggalkan jejak kat shoutbox ke, cbox ke. next turn kena tunggu benda alah tu kelaur pulak la. kalau still ade masalah loading. aku tak tinggalkan jejak pun. nak tinggalkan macam mana kalau line pun macam hidup segan mati tak mahu?

nak dapatkan HSDPA tu memang berkurun la menunggu. selalunya EDGE yang keluar. huhuhu... kalau tiada aral melintang, pagi ini mahu ke TM. mahu tanyakan perihal streamyx yang katanya dalam promotion sekarang.


apa pun, kita tunggu duluan la ye! alamak... bukan ke itu hari aku sudah ke streamyx? lupa la... dia orang mintak no telefon jiran terdekat. telefon rumah ye memandangkan kami sekeluarga tidak menggunakan telefon rumah lagi. sudah lama berhenti guna.

untuk check sama ada kat area rumah aku ni dah ada kabel untuk streamyx atau belum. kalau dah ada, dia orang akan pasang saja. mudah! mudah kata aku. belum tentu mudah pada dia orang. entah berapa tahun pulak dia orang akan ambik masa untuk pasang streamyx kat rumah ni kalau kabelnya dah sedia ada.

huh! tengok la ye apa kesudahannya nanti...


my foot: masih mencuba untuk blogwalking!!!

19 July 2010

She-Wolf: The Last Sentinel sudah berakhir!!! Gantinya cerita dari Thailand Striving For The Sun...


tajuknya saja sudah panjang berjela-jela. hehehe... hari ni sangat sakit kepala. daripada pagi sampai sekarang masih lagi sakit. sebab itu kurang sikit mood untuk update blog dengan blogwalking. mengadap laptop ni menambah sakit kepala sebenarnya. mahu post satu entri sebelum tidur sekejap dengan anak-anak.

harap-harapnya hilanglah sakit kepala yang melanda ni. aku tahu sebab apa jadik begini. langkah awal adalah dengan berhenti daripada mengambilnya. jika tak pun, kurangkan. selama ni pun kurang juga. cuma sehari-dua kebelakangan ni kerap pulak ambik. aku dah tahu kesannya tapi buat-buat tak tahu. padan muka aku.

aku cuma mahu cerita tentang She-Wolf yang best berbanding cerita daripada seberang tu. sudah habis ye. TAMAT! hari ni episod akhir. macam biasa la. yang jahat akan tetap dapat balasan. antara cepat dengan lambat je. Anton dan Yvana dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia orang dah buat.

ada unsur suspen sikit bila mana Noah dengan Lyka nampak macam dah mati. tapi aku tahu ada trick lain. nasib baik ada airmata Lyka dan Noah pakai loket batu bulan tu. kalau tak, sure dia orang tak hidup-hidup sampai bila-bila. harharhar... 

they lived happily ever after and dapat twin. Gabby dengan Alec finally jadik couple. Neesa dengan Rodolfo tied the knot. no more bulan merah. Trixie pun dah kembali normal. sebabnya both putih dan hitam daripada bangsa Lobo dah boleh hidup aman damai. kejap je cerita tu.tak meleret-leret macam cerita daripada Indonesia.

esok sudah start cerita baru daripada jiran kita jugak... Thailand. Striving For The Sun tajuknya. tengoklah macam mana cerita tu pulak. dapat menandingi She-Wolf kan? Tunggu...!!!!


my foot: mahu lelapkan mata sebentar!!! malam nanti aku blogwalking ye.

When your HUT's on fire!!! Not your HEART!!! Something to be learnt!!!



The only survivor of a shipwreck was washed up on a small, uninhabited island. He prayed feverishly for God to rescue him. Every day he scanned the horizon for help, but none seemed forthcoming.

Exhausted, he eventually managed to build a little hut out of driftwood to protect himself from the elements, and to store his few possessions.

One day, after scavenging for food, he arrived home to find his little hut in flames, with smoke rolling up to the sky. He felt the worst had happened, and everything was lost. He was stunned with disbelief, grief, and anger. He cried out, 'God! How could you do this to me?'

Early the next day, he was awakened by the sound of a ship approaching the island! It had come to rescue him! 'How did you know I was here?' asked the weary man of his rescuers. 'We saw your smoke signal,' they replied. 

Moral of this story: It's easy to get discouraged when things are going bad, but we shouldn't lose heart, because God is at work in our lives, even in the midst of our pain and suffering.

* Remember that the next time your little hut seems to be burning to the ground. It just may be a smoke signal that summons the Grace of Allah... *


my foot: ni sebenarnya adalah kiriman emel seorang kawan pada aku. and i'm toooo lazy toooo translate. harharhar... pakai goole translator pun dia translate version indonesia gitu.

18 July 2010

Bila Cut Tari sudah mengaku salah, Ariel masih menegakkan benang yang basah dan Luna Maya juga ikut Ariel untuk sama basah!!!


semalam dan juga hari ini ada berita tentang Ariel Peterporn yang tak sudah tu. apa??? susah sangat ke untuk Ariel tu mengaku salah? siapa suruh dia pandai buat dan simpan benda yang tak sepatutnya. padan dengan muka Ariel. kalau atas dunia bebas sekalipun, di atas sana belum tentu. seronok barangkali sebab dapat makan artis-artis wanita yang jelita sebab itu dia buat rakaman.

atau barangkali juga, video itu untuk simpanan peribadi. hebat menjadi Ariel Peterporn. orang lain belum tentu boleh buat sebagaimana yang dia lakukan. artis itu dia pegang... artis ini pun dia dapat. orang lain dapat apa? dapat bekas Ariel je. boleh bangga diri apa!!!


kalau mengaku salah, bertaubat... itu kan ke lebih baik. Cut Tari sudah mengaku salah. Ariel masih mahu menegakkan benang yang sama. Luna Maya pun turut sama ikut jejak langkah si kekasihnya itu. berita semalam mengatakan, Luna Maya akan disingkirkan daripada universiti jika benar dia didapati bersalah.

sudahlah maruah tercalar. akan dibuang universiti pula. karier pun sudah tidak menentu. semua itu penangan Ariel. kesian!!! Ariel itu lelaki. kesannya cuma sedikit berbanding dengan dua selebriti wanita ini. padah sendiri yang cari. kesian pun tak ada guna!!!

Cut Tari kata populariti Ariel yang menjeratnya. tambahan pula Ariel itu ganteng orangnya. huh! gantung lagi baik daa...

>> boleh klik ini jika mahu tahu  <<


my foot: tak boleh nak salahkan sesiapa. hanya salahkan diri sendiri sebab cuai dan terleka.

Huhuhu... Dia memang gila!!! Siapa yang sanggup jadik macam dia ni?


dia pemegang buku rekod brazil dan rekod dunia guiness. namun begitu, dia kini bertarung dengan maut. sebabnya? kuman sudah masuk ke salur darahnya. dia tiada pilihan lain kecuali menerima saranan doktor atau mati.

itu semua salah dia sendiri. dia yang terlalu taksub. inilah akibatnya. sebab itu Allah haramkan kita mengubah rupa bentuk badan kita kecuali atas sebab-sebab kesihatan. inilah bahana yang dicarinya sendiri.

dia adalah seorang model bernama Sheyla. semalam ada keluar beritanya di Harian Metro. hari ini di Metro Ahad pula.

jika kamu mahu tahu lebih lanjut... kamu boleh ke sini.


sumber berita dan gambar daripada mymetro




my foot: tidak sanggup untuk ubah apa yang telah dijadikan Allah pada aku ni. bersyukur seadanya. alhamdulillah...

Apa yang dia orang cuba buat tu? Ouuuchhh...


sangat kreatif!!! itu first impression aku.
kita belum tentu terfikir nak buat semua ni dengan pensel kan?
kadang-kadang malas nak fikir, betul tak?
setakat nak conteng-conteng meja dengan lantai tu boleh la.
tak gitu? hehehe...


tapi dia orang ni memang kreatif.
dengan pensel pun jadi.
kalau parang ke pedang ke...
agak-agak boleh jadik macam ni jugak ke?
jom kita tengok...

ni pensel..






and last but not least...


yang  kerusi tu jangan pulak sampai terduduk.
menjerit nanti...
tajam-tajam ye mata penselnya tu.

amacam???
kreatif tak dia orang?
kita kreatif tak?
hehehe...


my foot: masa kecik kreatif. dah besar ni macam malas nak kreatif pulak. ngehngehngeh....

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign