✿ Rumah SalYa ✿: June 2010

Fresh from the owner...

30 June 2010

Pilih satu sahaja! Bukan untuk tatapan kaum Adam!!!


cantik kan? very the georgous gitu. sedap mata tengok orang-orang cantik ni. hehehe... setiap orang ada kecantikkan tersendiri. kena pandai-pandai kita cari la. kan? kan? kan?



nampak macam original kan? tak ada silap kat mana-mana pun.tapi the truth is... these 'ladies' are actually MEN. born as men but wanted to be ladies.


ini adalah si pondi ye... from Thailand la of course. Thailand kan terkenal dengan cik pon.. sebab tu dia orang boleh anjurkan pertandingan cik pon tercantik dan segala.


jangan tersalah pulak. bukan mudah nak kenal kalau dah tukar segla benda. kena dengar suara baru tahu. tu pun ada yang dah bersuara 'lunak merdu'. sesekali je boleh dengar suara 'jantan' tu. huh!!!


nak ubah apalagi la ye?! salah asuhan ke salah kawan-kawan? kejutan budaya? terpengaruh? salah siapa? diri sendiri? sukar untuk dipastikan la...


"bila kau pandang sekali memang tidak perasan...
mati-mati kau sangkakan dia perempuan...
berambut panjang, bersolek juga berdandan...
lemah-gemalai, melambai-lambai membuat hati longlai..."

- lagu SALIH YAACOB -



my foot: i'm happy to be ME!!! just an ordinary me... with a small family to look after!

29 June 2010

Terima kasih ye!!! Buat susah-susah je...

candid piccas between the father and his daughter...


ada kejadian sebelum bawa Anis untuk checked up. kebetulan hari tu hari rabu and encik suami sepatutnya kerja. Johor  ke Pahang walaupun sebelah-menyebelah je tetap makan masa 3 ke 4 jam juga. tetap penat! sebab aku dah biasa bawa ulang-alik la aku kata macam tu. lagi kan pulak masa tu pregnant. bulan puasa lagi.

ni kan pula encik suami yang kerjanya selalu habis around 7pm. aku tak kisah pun bawa anak-anak sendiri jumpa doc. tak ada la mengeluh ke apa ke. okay je. bukannya susah pun. even my father pun siap nak temankan takut aku tak boleh nak handle si kecik yang tengah nak mem'buas' tu.

bila encik suami sms bagi tahu dia nak keluar dengan kawan, dalam hati ni terdetik lagi. lepas tu malam tu langsung tak ada sms lagi bagitau dia dah sampai rumah ke belum ke. lagi la ada satu perasaan ni.

so, early in the morning (pagi nak ke HTAA tu)... aku sms dia tanya dah sampai rumah ke? dah tak ada sms kena la juga tanya. encik suami replied secara pantas. wah... tak tidur ke?! tapi disebabkan ada satu perasaan yang kuat, aku macam terdetik nak sms to encik suami. nak tanya nak pakai baju mana pagi ni. tapi tak tersend pulak sms tu. takut nanti dia kata putih aku mula fikir lain pulak. hehehe...


rindu sangat dengan anaknya tu...


tapi kalau melibatkan encik suami mesti betul tekaan aku la. he called at 5.45 am. mintak tolong buka pintu pagar. kan aku dah kata... dia mesti balik punya la. macam biasa la, dia nak buat surprise. tu yang dia tak bagi tahu nak balik.

lagi satu... dia kata tak sampai hati biarkan aku dengan anak-anak je pergi. bukan dia tak boleh cuti. boleh sangat. tapi aku la yang tak bagi. takut dan kesian sebab penat. balik kerja terus nak balik sini. pagi tu dah nak bawa anak-anak ke HTAA pulak. petang dah kena bergegas balik Johor. masa bila nak rehat?

dia cakap tak apa. as long as anak-anak dengan isteri happy, dia dah cukup happy jugak buat semua benda tu.

tapi apa pun, aku berterima kasih sebab encik suami sanggup balik walaupun penat. walaupun aku cakap dengan dia tak payah la balik. benda kecik je. aku boleh settle sendiri. tapi dia cakap apa guna dia jadi ketua keluarga kalau benda kecik macam tu pun dia tak boleh handle.

huhuhu...
aku benar-benar terharu!


my foot: maaf ye! donashi tak ada. tak sempat beli sebab encik suami pergi big apple pukul 8pm. donashi sampai 7pm je. ngeee...

Mahu blogwalking... tapi terblogsleeping...


ingat tadi mahu logwalking kejap.
tapi malangnya..
connection line sangat teruk.
sampai satu tahap ada line,
connect to the internet tapi still tak boleh nak open mozilla.


tension punya pasal.
aku shutdown terus lappy ni.
puas hati aku.
harharhar...


tapi aku teruskan usaha untuk post entri ni walau macam mana pun.
kalau tak terpost juga,
aku guna pos laju la.
hopefully post laju boleh masuk ke internet.
muahaha...



my foot: not only the line yang fhenin... aku pun fhenin la... fhenin!!!


28 June 2010

Aku mohon! Jangan buat aku begini...



jangan buat aku begini.
aku mohon pada kamu.
sakit!!!


tergamaknya kamu lakukan begini pada aku.
kawan jenis apakah kamu?
kawan yang makan kawan?


lepas ini...
jangan kamu cari aku lagi!!!
aku tak sudi melihat kamu.
tak sudi!!!
kerana kamu aku telah melakukan ini pada aku...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



my foot: boleh terkehel leher dibuatnya!!! huhuhu...

Satu untuk ramai... Hah?!


ini basikal Alya ye. seperti mana yang dia nak. color pink gitu.encik suami yang belikan untuk anak manjanya ni bulan lepas.

malam sabtu yang encik suami buat surprise tu. kalau tidak tahu entrinya di sini. (itu pun kalau nak baca! hehehe...) masa sambut encik suami balik,  aku ada nampak basikal ni kat seat belakang. bila aku tanyakan, dia cakap beli untuk Alya. cuma aku pesan jangan bawa naik dulu.

tunggu esok je la. kalau bawa naik pun, Alya bukan boleh main basikal ni sebab dia dah tidur. esoknya, bila dia bangun, aku suruh dia jenguk tingkap. aku tanya dia nampak tak apa dalam kereta tu.

dengan senyum lebar, dia cakap... "Basikal Alya!". dia masuk bilik, kejutkan abah dia, minta ambilkan basikalnya tu. dia nak main katanya. sangat excited sebab dia nampak basikal tu color pink seperti mana yang dia selalu pesan kat abah dia tiap kali abahnya telefon.

huhuhu... basikal tu bukan Alya je main. abang-abang sepupu dia, kakak-kakak sepupunya pun sama sibuk. kalau umur 4 tahun ke bawah tu, aku fahamlah. benda baru. tapi kalau yang main tu umur 6 - 7 tahun ke atas... memang saja la.

masing-masing ada basikal sendiri. masa dapat tu, bukan main 'kekwat' lagi. tapi dah namanya budak-budak kan? ada masa dia faham. ada masa buat-buat tak faham.



my foot: ramai sangat tukang ride. kadang-kadang mengamuk jugak si Alya tu. ada masa dia tak kisah pun. dan dia sudah pandai kayuh basikal ni. waaa.... cepat belajar makcik kecik ni!!!

Muka Buku milik haiwan!!!



Kalau haiwan ada facebook, agak-agak begini lah ya komen-komen dia orang dekat STATUS yang maacm kamu-kamu selalu post tu.......


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak!!! Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : Isteriku tersepit pintu.

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang. Hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing: Update petang karang tepat jam 5.00pm. Slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas: Merasmikan pengunaan kepak baru sesekali bila dikembangkan. ..gerun tengok member aku kene tarik dgn jeli-jeli panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik serati : Hahahhaa lawak... lawak... Ayam serama tu ade hati jalan tersengguk-sengguk. ...nak tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok.

Ikan Jerung: Kenapa takde sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah!

Ikan Bilis: Wah, ramainya kawan kita. Tahniah Remy! Ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: Macam mana nak kurus nie?



my foot: tenangkan fikiran di pagi-pagi hari ni!


pic credit to Google

27 June 2010

Huhuhuhu....



asalnya, beginilah rupa cbox aku yang  minta close je bila tiap kali aku buka. bila guna mozilla ni semula, memang tak pernah sekalipun aku dapat buka benda alah ni. tak tahu kat mana silapnya. puas dah buat adjustment tapi still macam tu juga.


lastly... bila dah pening sangat, aku buang code yang aku guna tu... aku ganti dengan yang asal. lagi senang begitu aku rasa. betul tak?



huhuhu... tapi goole chrome aku masih macam tu jugak la. next week mahu bawak ke kedai dan tanya di mana la silapnya. mungkin sel-sel virus dah mula menyerang kot. harap-harap tidak la. lama pula kena buat rawatan nanti.



my foot: walaupun berhadapan dengan line yang sangat... sangat... @%$#**&, aku masih okay!

26 June 2010

Line yang sangat teruk, cbox dan Google Chrome yang sengal!!!


sebelum ni aku guna Mozilla.
tapi bila dah start guna Google Chrome... macam best pulak.
tapi sekarang Google Chrome aku dah tak berfungsi.
tak tahu la kenapa.
tension la jugak.
sebab guna chrome ni lagi senang pada aku la.


sekarang ni aku berhadapan dengan line yang sangat teruk.
nak post entri pun susah.
nak blogwalking lagi la.
daripada pagi mencuba...
baru ni la dapat published entri.


cbox?
langsung tak boleh nak buka.
mozilla ni merajuk dengan aku kot.
sebab tu dia suruh close je tiap kali buka cbox tu.
huhuhu...


beginilah nasib...
diriku yang malang...
uwaaa...



my foot: hmmm... kena terus bersabarlah nampak gayanya!!!


pic credit to Google
 


Ada bau ke?

 
 
 siapa la yang cari benda alah ni kat blog aku pun aku tak tahu la.
ada bau ke?
boleh bau ikut komputer?
wah... hebat betul teknologi sekarang ni.


benda macam ni yang kamu cari?
cari kat kedai la.
tak pun skodeng jiran kamu.
bila kena tangkap masuk penjara.


masa tu kamu ciumlah bau celana kamu sendiri.
hahaha...


my foot: macam-macam yang dicari rupanya!!!

Keranamu Naruto Shippuden!!!


anime ni dah lama ada kat TV3. dulu aku baca dalam majalah apa entah pasal Naruto musang berekor 9 ni. tak lama lepas tu keluar kat tv. mula-mula dulu, TV3 siarkan setiap Khamis 7.30 malam. sekarang ni sudah tukar ke hari Jumaat 7 malam la pulak. time nak azan maghrib... time tu la budak-budak ni nak tengok tv. (erk... aku pun tengok jugak la!!! huhuhu...)

semalam anak-anak buah berebut tv dengan auntnya. budak-budak lelaki dah tentulah nak tengok Naruto. yang perempuan menyokong mak sedara merangkap ibu dia orang nak tengok Benci Bilang Cinta. aku? aku sokong budak-budak lelaki walaupun semalam just tengok je gelagat dia orang. ngeee...

tapi bila melibatkan orang besar... dah tentu la kalah bebudak lelaki ni. kesian jugak aku tengok dia orang tu. tapi aku malas nak campur la. nak jadi pemerhati je. kalau the big boss was there (ayah aku la!) dan tentu dapat dia orang tengok Naruto tu. tapi kebetulan orang tua tu tak ada semalam.

tapi part yang kelakarnya tu, salah seorang anak buaha ku ni menangis la pulak sebab tak dapat tengok Naruto je. adoyai... pasal Naruto pun mau nangis ka?! huahuahua...

hebat tak hebat penangan Naruto tu kan? sanggup tak miss episod. sanggup nangis demi Naruto. apa la dia orang ni.


my foot: aku pun tengok kalau kebetulan ada kat depan tv. kalau tak... tak tengok juga. okay je! tak ada nangis-nangis pun. hehehe...


pic credit to Google

25 June 2010

13 Aurat Kaum Hawa... Jangan Baca Jika Tidak Mahu Tahu!!!



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal. Kata orang sekarang hidung belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Sudah selamat sampai!!! Terima kasih Dni...


barang-barang ini telah selamat sampai kepada aku...
si owner baru.
hehehe...
thanks dni.


sangat suka dengan silkygirl - naked!
dulu pakai pouty pink.
bila dah habis, belum mahu beli baru.
dah jumpa naked ni macam best la pulak.
combine dengan lipgloss glazewear ni terus mengelip bibir.
hahaha...


ini model cilik terbaru ye.
dia nampak ada lipstick dengan lipgloss,
dia la paling sibuk nak try test dulu.
huhuhu...


my foot: naked tu sangat cantik colornya dan sangat smooth!

24 June 2010

Kembar ke? Erk...!!! Nampak macam kembar ke?


bukan sekali dua. tapi dah banyak kali jadi. kalau bawak si berdua ni keluar... mesti ada yang pandang dua tiga kali. especially kalau aku pakaikan dia orang baju yang sama. lepas tu ada la yang bertanya.

hahaha... kadang-kadang aku senyum je. sebabny ada yang tak tanya aku tapi tanya sesama dia orang. takkan aku nak pergi sampuk perbualan dia orang secara tiba-tiba kan? dah la tak kenal, nak menyampuk pulak.

semalam, aku pakaikan Alya dan Anis baju ini. kalau ikut pada size badan... Anis besar sikit berbanding dengan kakaknya. Alya dah besar dan tinggi sikit. mungkin tu jugak sebabnya kenapa orang suka bertanya kot. aku pun tak tahu la.

masa tengah tunggu turn untuk ambik nombor, ada la seorang lady ni. dia tanya aku... "Kembar ke?" hahaha... aku cakap, "Tak la. setahun sorang." dia cakap... "Nampak macam kembar!" huhuhu... nampak macam kembar ke?

kemudian masuk pulak orang lain. aku dengar jugak dia tanya... "Eh, kembar ke?!" hmmm... selalu sangat dah dengar. aku dengan encik suami pandang satu sama lain. tak tahu kat mana kembarnya dia orang ni. kalau Anis, dah sah-sah kena dukung je sebab tak boleh jalan lagi.

tapi Alya dah siap melompat, bercakap segala. aku pun jadi confuse. kenapa orang boleh kata kembar. kalau ke pediatrik tu orang kata kembar... mungkin la aku boleh terima sikit.

mungkin dia ingat Anis ada problem dan Alya normal. klinik tu kan untuk kids and babies yang ada problem. tak kira la apa jenis problem pun. macam-macam boleh tengok kalau ke situ. dan alhamdulillah... perkembangan Anis according tu docs, okay je!

* next appointment will be... err... 6 months from now! *


my foot: ada seorang budak hyper semalam. lelaki. dia hentam pukul semua orang including me and encik suami. kami orang besar lain la. tapi yang kesiannya seorang budak perempuan tu. menangis dia kena pukul. aduhai... parents, dah tahu anak macam tu tengok-tengokkan la. tak pasal-pasal kena cepuk budak perempuan tu.


23 June 2010

Mahu salahkan siapa bila jadi begini?



tadi ke HTAA, bawak Anis untuk check-up.
lama gila menunggu hari ni.
appointment pukul 11 pg berinjak ke pukul 1.
aku malas nak salahkan sesiapa.


nombor giliran aku sepatutnya 2008.
tapi aku tunggu jugak la kerani tu panggil tapi tak panggil-panggil jugak.
biasanya letak kad appointment, kejap lagi dia panggil.
tapi hari ni sangat teruk la servisnya.


bukan setakat nurse lain yang tanya.
doc pun tanya juga kenapa lambat sangat masuk sedangkan nombor dah lepas.
aku cakap aku pun tak tahu... kerani baru panggil.


aduhai...
malas mahu cerita!


my foot: kerani pun buat muka sengal je. sabar je la kan?


pic credit to Google

Pagi nanti mahu jumpa pakar sakit puan!!! Opsss...



huhuhu...
bukan jumpa pakar sakit puan la.
nak jumpa pakar sakit puan buat apa?
hahaha...
hehehe...
hohoho...


kenapa ni?
dah mereng ke?
belum da...


pagi ni mahu bawa Anis ke pakar.
appoinntment dia hari ini.
bulan-bulan lepas doc kata next check-up nak tengok perkembangan brain dia.
pneumonia kadang-kadang bagi kesan to the brain.
especially small-small one like her.


belum tidur lagi ni.
mahu tertidur bila jumpa pakar nanti.
datang....
tunggu giliran.
timbang Anis.
tunggu giliran lagi untuk jumpa doc.
dah settle?
boleh balik la.


oh ya...
sebelum tu kena ke receptionist untuk tengok ada ke tidak next appointment.
kalau ada, the nurse akan bagi tarikh.
lepas tu baru boleh balik.
sangat sedikit benda yang nak buat.
tapi sangat lama menunggu.
orang sangat ramai.


okay la.
mahu berehat sebentar ye.
lepas balik daripada jumpa pakar,
aku sambung lagi.


my foot: demi anak-anak!!!

pic credit to Google

22 June 2010

Bila Fizz Fairuz pula yang berkata-kata...


hahaha...
macam-macam la dia orang ni.
kita yang baca dah jadik pening-pening lalat dengan cerita dia orang.
kali ni orang yang turut Fasha kaitkan mula bersuara.


mahu tahu lebih lanjut?
kamu boleh ke sini.


my foot: sudah hilang popularitikah sehingga Fasha sanggup buat begini?
hmmm...


pic credit to Google

Tiz Zaqyah, Fasha Sandha dan Jejai. Bila mahu habis?


si cantik manis Tiz Zaqyah.
sekarang kecoh orang bercerita tentang dirinya, Jejai dan Fasha Sandha.
siapa kata Ariel saja yang glamour minggu ini?
kisah Tiz ini pun cukup sensasi dan dinanti-nantikan.


kali ini Jejai pula yang buka mulut.
bermula dengan Fasha Sandha.
kemudian Tiz buat kenyataan balas.
dan sekarang giliran jejaka rebutan, Jejai pula.


tidak boleh selesai cara baikkah?
mencari kontroversi dan buka aib pihak lain dengan buat kenyataan sebegitu.
kadang-kadang macam budak-budak pula.
belum ada ikatan, masih bebas memilih.
takkan perasaan sedih dan marah itu mahu dicanang satu Malaysia?
habis tu... rumahtangga orang lain ranap kerana kamu,
tidak kamu rasa apa-apa?


aduhai... menyampah pun ada.
tapi dah masuk dalam paper yang dibeli...
kena la baca juga.
kisahnya ada di sini jika kamu berminat untuk tahu.


pasti ke kita itu salah Tiz Zaqyah hanya kerana Jejai sudah buka mulut?
bagaimana kalau sebaliknya yang berlaku?
bukan Tiz yang cari tapi sebaliknya.
kita tidak tahu cerita sebenar walaupun masing-masing buat kenyataan.


entahlah...
apa mahu jadi dengan dunia hiburan kita ini.
benda-benda sebegini pun mahu dibesar-besarkan.
sudahnya... pembaca dan peminat yang harus buat tafsiran dan kesimpulan.
hmmm...


my foot: malas mahu layan tapi kena layan juga. ngeee....


pics credit to Google

Mahu bersiap-siap sudah!!!


pagi ni mahu ke KKIA.
bawa Alya dan Anis untuk monthly check-up.
last pergi dua bulan lepas.
entah naik tidak berat Alya aku pun tak tahu.


Anis rasa macam berat.
bila timbang... takut sama juga macam kakaknya.
misi sudah bising.
ingat aku tak bagi makan anak-anak ke?
huhuhu...


my foot: mahu siap-siap dulu la. nanti lambat! table tu US punya ya. bukan Malaysia. ngeee...



credit pic to Google.

Saya yang happy!!! Mahu jawab ini dulu...

tag daripada Dawy yang harus aku jawab.
huhuhu...
dah la malas nak update blog...
kena jawab tag pulak tu.
uwaaaa....




1. Adakah anda rasa happy sekarang ?


happy!!! gila la aku kalau tak happy. ngeh... ngeh... ngeh...


2. Kenapa anda rasa happy ?



sebab baru je lepas bermesej-mesejan dengan encik suami di pagi hari. opss...!!!





3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy ?



gelagat dan keletah anak-anak serta encik suami yang pandai 'beli' jiwa. muahaha...



4. Pernah anda menerima tag ?



pernah la. sekali kot. lepas tu tak ada lagi dah.
 blogger lain tahu aku malas nak jawab tag kot. miahaha...



5. Nyatakan warna yang anda suka .



blue, purple... blue lagi... purple lagi... hijau... almost all la.



6. Beritahu 9 orang yang anda tag .



wokey... wokey...
aku mahu tag siapa ye?!



2. chybee


4. Reen




8. hudhud

9. nieda


*sila la jawab tag ni ye...*


my foot: siap sudah!!!

21 June 2010

Erk?! Bleeding ke? Kenapa ye?



masa baru kawin dulu, aku or encik suami selalu juga berulang-alik Shah Alam to Pasir Gudang and vice-versa. selalunya aku la yang ke sana. masa tu pulak baru kerja dengan satu publishing company ni. bila balik ke Pasir Gudang (kebetulan masa tu musim buah durian), encik suami selalu jugak belikan durian. memang makan sedap la. macam-macam jenis durian ada. tapi alhamdulillah... aku makan la banyak mana pun durian, tak panas badan. mungkin sebab dah biasa kot.

bila balik ke Shah Alam, rasa sangat tak sedap. perut sakit. sendi-sendi pun sakit juga. nak kata datang 'P' pun tak boleh juga. tapi ada bleeding sikit-sikit. bila dah 2-3 hari cuma ada bleeding je... tak nampak macam betul-betul nak period, encik suami suggested pergi klinik and check. dia kata takut ada 'something'. masa tu baru sebulan kawin. so, aku ke klinik section 2 tu pagi-pagi. dalam fikiran tertanya jugak kenapa jadi macam tu. memang adat lepas kawin ke? sebab ada yang period jadik tak menentu lepas kawin, ada yang okay-okay je.

macam biasa la. kalau jumpa doc mesti dia tanya kenapa. bila diterangkan, dia tanya dah kawin ke belum? lepas jawab 'ya'... doc suruh buat urine test. dalam hati ni aku dah agak mesti dia nak checked whether aku ni pregnant ke tak. tapi bleeding tetap ada. lepas buat urine test, doc panggil semula. masa tu aku seorang-seorang je la sebab encik suami di Johor. 

Belum habis lagi pasal Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari!


cerita pasal Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari masih hangat diperkatakan.
agaknya... masih ramai yang tercari-cari video klip sensasi tu.
sama ada mahu memastikan itu adalah selebriti yang dimaksudkan
ataupun sengaja mahu menonton aksi-aksi panas itu...
aku pun tak tahu.


apa pun...
berita semalam menarik perhatian aku juga.
mengenai Luna Maya yang buang tatu di pinggulnya.
untuk mengelakkan daripada disamakan dengan orang di dalam rakaman barangkali.
erk?! kalau bukan kamu, kenapa takut?!
beritanya ada di sini.



malas mahu cerita tapi isu ini masih hangat diperkatakan.
akan berhenti bila sudah dapat jawapan pasti.



my foot: berkata benarlah walaupun ia pahit untuk ditelan jika itu memang salah kamu dan kamu dan kamu!!!


pic credit to Google

20 June 2010

Happy Father's Day!!!

today is Father's Day..
kebanyakkan entri pun pasal ni jugak la.
wish all the fathers (the good ones) out there...
Happy Father's Day!!!
may your life will be blessed by Allah always...



to my father:

terima kasih kerana menjadi bapa yang terbaik di dunia ini.
walaupun kadang-kadang telinga ni  macam berapi je tiap kali kena leter,
tapi Abah dah jaga kami adik-beradik dengan baik.

terima kasih daun keladi...
(walaupun aku tahu abah aku mana baca blog aku ni. hehehe...)


to a dear husband and father to the two angels:

thank you for being there,
thru good and bad times.
thanks for caring and sharing.
thanks for the love that you've given us!

thank you and you are... I can say... err... hadiah terbaik daripada Allah SWT!!!
(tahu aku ada blog tapi tak tahu la sama ada encik suami ni baca ke tidak!)

SELAMAT HARI BAPA 2010






my foot: setiap hari adalah hari bapa. tiada specific hari untuk bapa. cuma nak raikan tu kena pilih 1 date je la. kalau hari-hari mahu pengsan dibuatnya. hahaha...

Berpeluh dahi saya dibuatnya!!!


ini la rupa bentuk kereta yang aku kena drive last 2 days. ala... Waja je? tu pun dah nak kecoh ke? siapa yang kecoh ni? sibuklah kau! kebetulan abang aku yang duduk Klang tu balik kampung. bawa the whole family sempena dengan musim cuti sekolah ni. hari Sabtu tu masa aku tengah makan nasi, dia minta aku drive kereta dia. uiiik...!!! gila ke apa? nak drive kereta dia ke?

takut ke? aku ni ada lesen ke tak ada lesen? takut la. bukan kereta aku. kalau jadik apa-apa tu kereta aku. ni kereta orang yang nak balik ke Klang pula the next day. jadi apa-apa siapa mahu tanggung? lesen? of course la ada. penat aku cerita pasal pengalaman aku bawa kereta sebelum ni.

masalahnya...


itu kereta manual la. bukan auto. aku dah la lama tak drive manual ni. entah ingat entahkan tak dengan segala-gala yang telah dipelajari dulu. last time bawa manual car ni pun beberapa bulan lepas dapat lesen. then, kena adapt dengan kereta auto yang sangat senang untuk didrive tu. bila dah ada kereta auto mana bawa manual car lagi.

dah  bertahun-tahun dah tak bawa manual car. dalam kepala otak ni dah berkarat ilmu bawa kereta manual ni. huhuhu... kalau Kancil ke... Viva ke... tak apalah lagi. aku rasa Waja tu sangat besar sementelah ia adalah kereta orang. abang sendiri pun orang juga. nak menjawab ke kalau jadi apa-apa walaupun dia yang suruh bawa?


semua orang dah paksa  sebab aku seorang je yang boleh drive masa tu, aku gagahkan hati sebab aku dah tak berapa nak ingat mana la clutch dengan break. aku cuma ingat minyak je. harharhar... auto kan ada dua je benda dah la tu kena main gear dengan clutch dan segala macm kat bawah tu.

dalam keadaan macam ni, Waja yang biasa bawa tu pun rasa macam besar gedabak. berpeluh-peluh dahi ni dibuatnya. dalam kepala dok memikir... kaki menggeletar dibuatnya. macam mana la kalau tiba-tiba terlanggar kereta orang lain. aduyaiii... scarynya!!! macam mana nak buat ni?

aku called encik suami. dia kan pemberi semangat yang terbaik. abang aku dah dok jeling-jeling suruh bawa. ayah aku pun dah bising-bising. dengan kalimah Bismillah dan tawakal aku bawa juga kereta tu. gayanya macam baru first time drive kereta. takut dan cuaknya mengalahkan apa entah. alhamdulillah... sampai juga ke rumah dengan selamatnya. ngeee....

boleh je drive. mana ada susah pun. cuma ada la kejap-kejap tu cam nak termati dah kereta tu tengah jalan. tu pun aku ter'confused' antara tiga benda kat bawah tu la. kesimpulannya, skill masih ada. cuma tak dipolish je sebab auto tak memerlukan tukar-tukar gear, main clutch, minyak dan break. hehehe...


my foot: jangan takut-takut! belum cuba belum tahu kan? huhuhu...
encik suami, saya tetap mahu kereta auto ye. harap maklum!!!


pics credit to Google

19 June 2010

Ada apa dengan crocs?


isu crocs ni hangat juga hangat diperkatakan lately.
untuk beli yang ori belum pernah lagi terlintas difikiran.
mungkin akan beli.
mungkin juga beli yang mana ada di pasar malam.
janji boleh pakai.


ramai yang ragu-ragu dengan logo crocs di bawah tapak sandal itu.
dalam FB dan blog juga tidak terkecuali.
mungkin ada segelintir yang dah buang logo tu.
tak pun ada yang dah buang sandal tu terus.
hahaha...


apa kata kita baca ulasan pemilik-pemilik blog ini di sini dan juga di sini.
mungkin ada yang mula berlapang dada bila membacanya.



my foot: ilmu yang ada untuk dikongsi bersama-sama!!!


pic credit to Google

Miwako Idol Taiwan!!! Jom layan...


jom kita tengok gambar-gambar ni.
ini sebenarnya daripada emel.
comel kan budak ni?
macam baby doll pun ada.
macam tak real je.
hahaha...


kecik je nampak budak ni kan?
agak-agak kamu, berapa usia budak ni?
ngeee...
anak siapalah ni!


actually... she is 22 years old.
sudah besar budak ni.
dah 22 tahun ye.
tapi berkali-kali tengok macam budak kecik 3 tahun je.
according to the email macam tu la katanya.
tapi tak sure betul ke tak.


cuma nak share pictures this girl yang ala-ala baby doll gitu!
try search Google.
banyak jugak cerita pasal budak ni.
tapi kebanyakkan dapat daripada email tanpa ada info lanjut.
layan pictures je sudah la.
dia bukan orang sini pun kan?
hehehe...


my foot: saja mahu mencerahkan mata dengan tengok benda-benda cantik!

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign