✿ Rumah SalYa ✿: May 2010

Fresh from the owner...

31 May 2010

Bersediakah kita? Atau...?

hidup mati ajal pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
siapa kita nak plan sampai bila kita boleh hidup?
aku dan encik suami selalu juga cakap.
macam manalah kalau aku atau dia yang pergi dulu?
macam mana kalau yang sakitnya encik suami,
tapi yang mengadap Ilahi dulu adalah aku?


aku cakap boleh jaga anak-anak?
boleh urus diri sendiri?
aku pesan jugak... kalau susah cari ganti la.
kalau tak kesian kat diri sendiri.
kesian kat anak-anak.
tapi kena make sure pengganti baru tu orang yang nak terima anak-anak.
bukan orng yang nak dia semata-mata.
masa belum dapat, baik dengan anak-anak bukan main lagi.
bila dah dapat... anak tu didera-dera.
yang tu aku tak mahulah.


cakap macam senang je kan?
even before kawin aku ada cakap dengan dia...
kalau terlintas ada orang lain dalam hati dan hidup dia...
cakap dengan aku baik-baik.
aku akan bagi dia kawin tanpa perlu sorok-sorok belakang aku.


tapi apa encik suami cakap?
huhuhu...
nak solat jap ye...
nanti aku sambung apa dia cakap.



my foot: jangan marahlah!

Hadiahnya dah lama sampai... hehehe...


hadiahnya dah sampai last week.
tapi baru hari ni dapat upload pics.
Anis dengan Alya kurang sihat.
especially Anis la... demam on and off.


shawl dengan keychain.
daripada contest my-happie-family
pengalaman menyusukan anak.
saguhati pun tetap hadiah jugak.
1st time dapat hadiah macam teruja sikit.
hahaha...


kasi Alya pakai sebab kalau ibunya buat ikat rambut je.
comel la pulak makcik kecik ni.
tapi bukan boleh lama dia pakai pun.
kejap je.
lepas tu dia sibuk nak tanggalkan.
huhuhu...



my foot: buat mood untuk join kontest kembali membara. ngeee...

30 May 2010

Apa yang dibuatnya tu? Skodeng ke?


dia suka sangat imitate apa yang orang buat
atau apa yang orang cakap.
kadang-kadang dia tanya aku...

"Ibu nak semayang ke?"

"Ibu nak mandi ke?"

memang banyak tanya dan sangat suka bercakap.
kecuali la kalau dia sakit... dia akan bercuti daripada bercakap.
hehehe...


aktif dan kurus sebab susah sangat nak makan nasi.
bahagian ikan yang dia paling?
EKOR!
(encik suami cakap, menurun perangai aku. suka makan dulang tulang.)
ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?


ini aksinya lepas aku siap solat.
tengah lipat telekung, dia datang.
terus solat cara dia and siap baca doa lagi.
tapi tak sempat nak snap sebab dia baca doa cepat sangat.
ngeee...


tapi makcik kecik ni tersilap arah kiblat la pulak.
dia membelakangkan kiblat sebab asalnya aku ada depan dia.
bila nak ambik pics, aku lari ke tepi.
Alya ni sampai ke sudah tak betulkan arah kiblatnya.
hahaha...






my foot: macam encik suami la. satu malam tu kejutkan dia bangun solat isyak. tiba-tiba aku rasa pelik je dengan kedudukan dia. kenapa lain ye? rupa-rupanya dia membelakangkan kiblat. hahaha... aku tegur la sebelum dia start solat. kebetulan masa tu baru ubah kedudukan katil. dia jadi keliru. tambahan pulak baru bangun. macam-macam la encik suami ni...

Ambil yang baiknya saja...


semalam lepas siap buat kerja...
layan cerita ni kejap.
aku tak pernah tengok cerita ni daripada starting sampailah ending.
ada pun tengok kejap-kejap je.
tu pun macam menyampah je nak tengok.


tapi semalam terlayan jugak.
bila tengok part Nandini (Aishwarya) and Vanraj (Ajay).
after they got married, Vanraj said he accepted everything except lies.
tapi still the wife ignored him.
bila the husband dapat tahu she was forced to marry him..
takut pulak bila the husband nak hantar dia balik.
padahal dia tolak the husband from the beginning.


sebab aku dah kawin kan...
the gerams part was...
Vanraj sanggup tolong si wife ni cari kekasih hatinya tu.
tapi the wife bukan nak appreciated tapi marah-marah lagi.
ada ke orang lelaki yang sanggup buat macam tu?
bukan akan mencalarkan ego-ego kamu ke?


ada suami baik ni hargailah.
bukan semua orang bernasib baik kan?
zaman sekakrang ni macam tu la.
ada suami or isteri baik abai-abaikan.
sibuk la melayan nafsu kat luar.
sampai bila?
sedarlah... takkan selamanya bahagia buat macam tu pun,
huhuhuhu...



my foot: mohon perlindungan Yang Maha Esa kerana dia mengetahui segala-galanya. jangan ikutkan sangat nafsu dan bisikan iblis yang menyesatkan!!!


pic credit to Google

Ruang masa yang terhad... Tidak mampu untuk lakukan semuanya!!!


disebabkan lambat bayar bil...
line jadi lagi teruk daripada sebelumnya.
wah...wah...wah...
bayar awal macam ni jugalah rupanya.
bila bayar lambat,
lagi kau terukkan pulak signalnya ye?


tak apa! tak apa!
aku masih okay dan masih mahu sabar.
bila sampai masanya...
aku tendang kau keluar daripada hidup aku ni.
HAHAHAHA...
(gelak orang jahat!!!)



my foot: selalunya begitulah kan? janji macam-macam. bila kita dah ambik... huh! macam hampeh! 

29 May 2010

Belum mahu bayar! Padan dengan muka aku dan kamu!!!


duenya sudah lepas.
tapi sengaja tangguh bayar.
biasa kalau tak on the due date,
sehari selepas itu.
tapi ni dah lebih daripada tarikh itu.


padan dengan muka cik biru
dan aku juga!!!
kau belum dapat bayaran.
dan aku tetap dengan server yang ala-ala siput sedut ni.


bayar awal atau lambat.
macam itu jugalah linenye.
tetap menguji tahap kesabaran aku ni.
jadi biarlah aku gunakan line ini secara haram.


puas juga hati aku.
minggu depan ye baru aku bayar.
harharhar...



my foot: encik suami ada tanya, nak tukar broadband ke? hmmm...

28 May 2010

Buai laju-laju...




bila hari cuti je...
tengok cousins dia ke taman...
mesti dia nak ikut.
sebab sebelum ni abahnya selalu bawak.
tapi dah abahnya tak ada,
susah sikitlah.


nak ke taman tu kalau bawak adiknya
memang tak sesuai la.
kesian jugak tengok dia kadang-kadang tu.
tapi nak buat macam mana.


kalau cousins dia nak tengokkan dia kat taman.
tak apalah jugak.
ini takut sampai ke taman,
cousins dia main-main... and dia tinggal seorang.
tak boleh jadi.
budak-bdak kalau dah jumpa sesama dia..
bukan dia ingat orang lain.
huhuhu...


tunggu abah balik ye kakak!
nanti kita main taman ek?!




my foot: kesian kalau tengok budak-budak kecik nak something tapi tak dapat.

27 May 2010

Ingin jadik yang terbaik untuk pasangan kamu? Abaikan ini...


  sesuatu yang baik adalah untuk dikongsi bersama.
  pada yang dah kawin atau
ada merancang nak kawin...
boleh la kutip ilmu kat sini supervain
untuk kaum hawa ye!
kaum adam boleh share opinion.


my foot: encik suami aku ni a bit different la. huhuhuuu...


pic credit to Google

Terima kasih kerana merealisasikan impianku!




sepertimana usia perkahwinan aku...
dah tiga tahun jugak aku konvo from UiTM.
dah lama walaupun kadang-kadang rasa macam baru je.
cepat je masa berlalu kan?
kalau time belajar dulu...
dok tengok jam je.
bila la kelas ni nak habis.
hehehe...


my convocation took place a day after MY BIG DAY!
kalau aku kawin 26 Mei...
konvo aku pulak 27 Mei.
kawan-kawan memang tak datang masa kawin aku.
tu pun ada suara marah-marah la.
katanya aku memng sengaja tak nak jemput dia orang.
sebab tu buat sehari sebelum konvo.
huhuhu...


actually...
kami kawin a bit tergesa-gesa.
macam yang aku ada tulis dalam entri sebelum ni.
wah... kenapa tergesa-gesa ye?


masa aku grad sebelum ni...encik suami pun ada datang.
dia la yang temankan my dad dalam DSB tu.
tapi masa tu baru 'chenta hatiku'. 
belum ada apa-apa ikatan kukuh lagi.


so, aku ada cakap dengan dia.
masa tu dia datang as no one yang ada relationship kukuh dengan aku.
best jugak kalau dia datang my next konvo as my husband.
aku cakap je... tak dapat tak kisah pun.


tapi tu la aku cakap.
dia cuba jugak tunaikan hasrat aku tu.
that was why kami decided to kawin a day before my konvo.
kebetulan pulak masa tu 1st day cuti sekolah.
my dad kata bulan 7 or 8... tapi dah dia kata bulan 5 jugak.
ikut je la.hehehe...


dia dengan cemerlangnya merealisasikan impian seorang aku.
baju yang dia pakai masa datang konvo aku ni pun baju akad nikah.
siang tu pakai untuk akad nikah, malamnya aku basuh.
sepasanglah walaupun aku pakai kain untuk akad nikah je.
baju buat lain sebab malas nak glamer daripada orang.


tapi penat jugak sebenarnya.
after the wedding,
esoknya nak gerak ke Shah Alam early in the morning.
malam tu dah la tidur lamabt sebab nak settle things
yang berkaitan dengan wedding and checklist untuk konvo.
esoknya.. aku drive all the way to Shah Alam.
my back hurts!!! huhuhu...


my dad and I masa kat parking lot.


me a bit bengang.
handphone semua pada encik suami.
carik-carik dia tak jumpa.
had to use my friend punya phone untuk called dia.
(salah aku jugak kot sebab keluar ikut pintu tepi. bosan lama gila kata dalam tu...)
sebenarnya...
he was planning to give me this...


nak buat surprise katanya.
tapi lain pulak jadik.
alahai encik suami... so sweet la you ni.
maybe dia nak tebus konvo yang terdahulu punya kot.
masa tu dia suruh abang aku belikan bunga.
abang aku disuruhnya.
abang aku tu bukan ada citarasa la.


bunga yang aku pegang tu bunga yang abang aku beli la.
entah apa-apa jenis bunga dia beli daa...
terima sajalah.



my foot: terima kasih kerana menyempurnakan hariku!

26 May 2010

Ijab Bersaksi... Akad Berwali...


today our 3rd Anniversary...
dah tiga tahun rupanya.
macam-macam dugaan yang ada dalam ikatan perkahwinan ni!
suka? duka? bahagia? derita?
kita sama-sama rasa.


alhamdulillah...
kita masih berpeluang hidup sama walaupun terpisah jarak je.
tahun ni 1st time you're not around.
tapi kita tetap bersyukur dengan jodoh ni kan?





walaupun kita kahwin macam tergesa-gesa sikit
tapi aku tahu kamu sudah mencuba yang terbaik.
menjadi yang terbaik...
malah, kamu adalah yang terbaik.


cuba merealisasikan impian aku bergelar isteri kamu
sebelum waktu itu tiba.
kamu memang yang terbaik.
suami terbaik buat aku.
dan bapa yang terbaik untuk anak-anak!


terima kasih untuk apa saja yang telah kamu lakukan buat kami.
walaupun susah... kami tetap disisi kamu...
InsyaAllah...
dan kami terus bersamamu...
bukan sekadar di sini..
tetapi di dunia yang abadi!


terima kasih Honey kerana usaha, cinta dan kasih sayangmu
kepada kami.
semoga jodoh kita berpanjangan!
Amin!!!

HAPPY 3rd ANNIVERSARY dear HUSBAND! ~



my foot: walaupun jauh... Kami Sayang Kamu Selamanya!!!

Kepala sakit... semua sakit... Kerja tak jalan!!! Huhuhu...


mood untuk blogwalking is here and there...
tapi my head and eyes ni tak boleh nak mengadap cik lappy ni lama-lama.
kejap-kejap je.
tengok 10 minit, rehat.
rehat 30 jam baru tengok lappy balik.











sudahnya penat macam tu je.
flu dengan headache ni buat aku tak berapa nak larat.
nak tengok lappy pun rasa nak muntah.
huhuhu...
tapi hari ni special day.
so ada special entry.
gagahkan diri kejap la...











lagi pulak...
bila anak-anak dah bangun,
sakit ke tak ke tetap kena layan dia orang jugak.
kalau encik suami ada...
boleh rehat kejap sementara dia tengokkan anak-anak.
tapi tak kisahlah kan...
aku ni ibu...
dia anak-anak
aku kena kuat untuk dia orang... kan?



my foot: huhuhu... poning!!!

25 May 2010

Minggu sakit sefamily...


bukan setakat encik suami...
anak-anak pun sama je...
sakit kesemuanya...





Alya dah serak-serak suaranya.
malam je batuk.
selesema lagi...





Anis pun ikut jejak kakaknya.
selesema.
batuk...
dan tambahan satu lagi...
meragam...





me as the mother pun kena jugak.
tapi flu and a little bit of...
headache.
wah...
inilah baru dikatakan 
HARI SAKIT SEFAMILY!!!



my foot: huhuhuuu...

Sambungan cerita semalam...


mahu sambung cerita semalam. pasal minggu orientasi masa di PPP. lepas beratur, berkenal-kenalan... kakak-kakak PM (tapi seingat aku lain panggilannya. cuma tak dapat nak recall panggil apa masa tu. PM tu stands for what pun aku dah tak ingat. harharhar...). memang tertekan jiwa ragalah masa tu. kakak-kakak tu dah pesan bawak air. takut nanti dahaga sebab nak kena banyak berjalan. tapi kita ni mula la nak ikut-ikut suka sendiri. beratlah bawak air. tapi masa tu memang tak ada botol air pun dalam bekalan. air kat vendor machine? jangan harap dia orang nak bagi minum. air masak je dia orang bagi bawak.

malam first tidur kat bilik baru, memang tak boleh nak tidur. tempat baru dan aku akan ambik masa sikit nak adapt dengan tempat tu. budak yang tegur aku dalam BI siang hari tu memang aku punya housemate. tak berapa nak reti cakap melayu ye walaupun dia Malaysian. nanti aku cerita kenapa. malam tu kejap ke kiri, kejap ke kanan. minggu orientasi start awal pagi ye. nak solat jemaah lagi. pagi tu, aku dapat mandi kejap je pasal ada housemate aku ni ber'kampung' lama gila dalam bilik air. tu pun aku cerita nanti ye. mandi sekadar perlu atau dalam bahasa yang lebih mudah, mandi kerbau je yang sempat. hehehe...


siap-siap pakai baju terus beratur ikut nombor rumah. kalau nombor rumah 303, make sure semua orang ada dalam barisan. satu isi rumah kena ada. tak boleh missed out seorang pun. kalau tak memang kena denda. pernah satu hari, ada satu rumah tu terlewat bangun. satu rumah ye. bukan seorang. menjerit-jerit akak-akak PM tu pagi-pagi mengejutkan dia orang. macam dalam drama. konpem tak mandilah dia orang pagi tu. bangun basuh muka, pakai baju and terus turun beratur. memang kena denda. masalahnya dia orang buat salah, semua kena sekali.

setiap rumah tu dia bagi ikut courses yang kita ambik. dia tak bagi course yang ni serumah dengan budak yang ambik course yang ni. sekarang ni tak tahulah kalau dah diubah kebiasaan tu. masa tu courses yang ada kat PPP aka INTEC tu kebanyakkan yang nak fly ke oversea (ada AUSMAT, ADP, A-Level program). ada pun TESL je la yang akan fly ke UKM (masa tu TESL ni ada buat twin program dengan UKM. and batch 10 was the last batch yang pergi ke UKM. after that INTEC handle sendiri bebudak yang buat TESL kat situ.) untuk sambung degree dia orang. opss... ada TESL program yang mana students buat persediaan sekejap je kat PPP before dia orang fly ke New Zealand ke Canada. sekarang tak tahulah.

pernah jadi masa minggu orientasi tu... ada seorang budak ni suka sangat melawan. mungkin dia fikir dia ada kat situ sepanjang minggu orientasi je kot. lepas tu pergi tempat lain. kerja dia tak ada lain menyusahkan orang. hahaha... sebab apa aku kata macam tu? tiap kali dia buat salah, kami-kami ni terpaksa berjaga sampai pukul 2-3 pagi. bila dia dah admitted salah dia baru la kita orang boleh masuk tidur sebelum bergegas bangun pagi tu. dah la kena berjaga. kena denda pulak lagi tu. hangin je semua orang dengan budak tu masa tu. nasib baik la kita tak secourse. kalau tak memang aku luku jugak siku dia sekali dua kali. huhuhu...

ada lagi? ada... sambung nanti la... panjang-panjang cerita nanti penat mata nak baca. ngeee...



my foot: walaupun kita tak boleh klik dan segeng... kita datang daripada tempat yang sama!

24 May 2010

Kadang-kadang teringat... lalu inilah hasilnya!



ingat masa belajar dulu. masa di PPP yang mana sekarang ni dah tukar nama kepada INTEC. masa orientasi la yang paling aku ingat sekali. ye la... masuk 'U' umur 18 tahun. dah la tak pernah duduk jauh dengan my dad (dad je la. my mom passed away when i was 7). masa tu pulak baru je dapat first anak buah yang mana aku jaga dia masa dia baru lahir sampaiah aku dipanggil masuk 'U'. kiranya awal-awal lagi dah tunjuk tokoh ibu penyayang la aku ni. hehehe...

sampai untuk registration pukul 10 am. my uncle yang bawak ke Shah Alam. bertolak dari Pahang ni before subuh. masa tu ikut jalan lama. belum ada highway lagi. dah siap registration around 12 pm. dapat bilik and tengok bilik. hantar beg sebelum started the orientation. minggu orientasi tu seminggu. perh!!! lepas makan and rehat kejap.. my dad nak balik sebab tak lama lagi aku nak start orientasi dah. pengalaman tak ada. macam manalah minggu tu agaknya. dah la tak kenal sesiapa pun masa tu.

ater my dad went back... sedih melanda di jiwa raga aku ni. huhuhu... tapi yang aku still ingat, ada seorang budak perempuan tegur aku... "Are you okay?"... tak boleh guna bahasa melayu ke? aku cakap dalam hati je ni. aku pandang muka budak perempuan tu. aku angguk. masa ni nak beratur untuk start minggu orientasi. budak perempuan tu rupa-rupanya member sebilik aku. satu rumah ada dua bilik dan satu bilik air. ada dapur kecik. macam apartment. satu bilik untuk tiga orang. satu katil single dan satu lagi double-decker.

dan satu lagi...? cerita lain kali ye??? hahahaha... bersambung di minggu hadapan...


my foot: itulah minggu orientasi yang paling aku kenang dalam hidup aku ni!!! huh!


23 May 2010

Serangan makhluk bersayap...


nak berjalan-jalan kat dapur pun,
terpkasa memijak mereka-mereka yang masih hidup.
kalau tak...
macam mana nak ke bilik air?
adoii la...


mereka-mereka ini bukan jenis kecik
tapi besar punya.
kenyang agaknya hidup kat rumah ayah aku ni.
tambahan pulak semalam hujan.
lagi sedap la dia orang.




rumah telah diserang secara beramai-ramai.
banyak gila.
kat dapur tu memang untuk dia orang je.
atas sink... meja makan...
penuh dengan sayap-sayap akibat gagal landing dengan betul.


bunyi serangan memang hebat.
tak pernah dengar selama ni.
biasa pun yang kecik je menyerang.
tiba-tiba sekarang ni yang besar pulak.
mahunya tak terkejut.
huhuhu...



my foot: kelkatu (panggilan aku) banyak gila! terkejut tengok! huhu...

The angels of our hearts...


kamu-kamu adalah kesayangan kami.
buah hati pengarang jantung kami.
melihatkan kamu-kamu ini membesar di hadapan mata,
cukup membahagiakan hati kami ini.



ketawa kamu-kamu ini...
tangisan kamu-kamu ini...
senyuman kamu-kamu ini...
sakit pening kamu-kamu ini...
buat kami sedar,
kamu-kamu adalah pemberian yang tidak ternilai.
harta yang tidak mampu dibeli.






kami cuba yang terbaik untuk kamu-kamu.
dengan harapan kamu-kamu akan menjadi manusia yang baik.
lebihkan pada agama.
selebihnya untuk diri sendiri dan negara.
doa kami agar kamu menjadi anak-anak yang solehah.
amin...!!!


my foot: Abah dan Ibu Sayang Kamu... dan Kamu...

22 May 2010

Saya jawab tag ye kak! Huhuhu...


tak sempat nak jawab tag ni pagi tadi...
tag ni daripada kak Diyana Daniel.
huhuhu..
kenapa tag saya?
apa-apa pun saya jawab jugak la tag ni...


Rules:

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


'A' ... aoiyaiii!!!

1. What is your name : Anis Alya
2. A four letter word : Adoi
3. A boy's name : Akmal
4. A girl's name : Arissa (namo anak tak jadik. huhuhu...)
5. An occupation : Astrologist! erk!?
6. A colour : Aqua
7. Something you wear : A shirt
8. A food : Apam balik
9. Something found in the bathroom : Air
10. A place : Angkasa lepas... ngeeee...
11. A reason for being late : Asleep
12. Something u shout : Argghhhh...!!!
13. A movie title : Alice in wonderland! 
14. Something u drink : Apple Juice
15. A musical group : All American Rejects
16. An animal : Arnab
17. A street name : Alor Akar (kat Kuantan)
18. A type of car :Altima (nissan) -siap search google ni!



tiba-tiba datang blur tak boleh nak jawab soalan pulak. penat nak memikir. hahaha... saya tag orang lain pulak laye. tapi bukan 20. bagi merasa sikit sorang. ngeeee...

1-UMI MIA
2-KNIEDAZ
3-BUNGA DAN COKLAT
4-HUDHUD
5-WHITE MOMMY
6-CHYBEE
7-SAYATASHA
8-MR KAMIKAZE
9-HUMANITYLIFE
10-PARKBHUTHE

* Jangan tengok je. sula ambik dan jawab tag ni ye!!!*

21 May 2010

Dekat tapi jauh...



harinya akan tiba juga.
sudah mahu masuk ke tahun yang ke-3.
alhamdulillah...
masih dipanjangkan jodoh oleh Yang Esa
walaupun dugaan dan cabaran itu sentiasa ada.


aku mahupun kamu masih mahu mengharunginya.
biarlah ia untuk selama-lamanya.
di dunia dan juga di SANA!!!


aku mahu kamu menjadi penemanku
di dunia ini mahupun di dunia yang abadi.
doa kudusku...
agar kita sentiasa bersama.
dalam suka duka bahagia dan derita.
kerana kamu pemimpin terbaik dalam hidupku!



my foot: tahun ni tahun kita tak bersama ye! ada hikmahnya...

Akhirnya... dapat jugak!!!


ingatkan sempat la update blog kejap pagi tadi.
macam biasa la.
sambil-sambil tu blog walking ke apa ke...
tapi tak sempat jugak.


ni anak-anak dah tidur baru la boleh update blog.
untuk hari ni la semestinya.
huhuhu...


akhirnya berjaya jugak update blog. 
kejap lagi nak blogwalking pulak.
tu pun kalau line ni ber'kelakuan' baik la.
kalau tak have to wait.


kena tunggu malam menjelma baru la boleh blogwalking ke
update blog lagi...
tengok la apa yang boleh daku buat malam nanti.
hehehe...


my foot: perut lapar. mahu makan sebentar!

20 May 2010

Merajuklah tu! Ngeee...


huhuhu...
Alya sekakrang ni sangat garang!
padahal kalau nak dibandingkan dengan orang lain,
dia kecik je.
tapi bila tengok pada baju yang dia pakai...
eh... eh! dah besar la anak ibu.
sebabnya?
baju dengan seluar dah nampak senteng sikit.
(senteng tu singkat la!)


semua orang dia nak lepuk.
abang dengan kakak sepupu dia pun
dia nak hentam jugak.
hahaha...


tapi bila abahnya ada...
macam ni la dia.
merajuk je kalau tak dilayan.
especially kalau abah dia buat tak tahu.
anak manja la katakan.



ni merajuk la ni..
duduk bawak kipas kaki yang tinggi tu.
nak menangis ni.
tapi tak jadik...
abahnya pujuk dulu sebelum dia menangis!
hmmm...



my foot: you will always be my sunshine!!!

19 May 2010

Anis dan pneumonia...

ini sambungan cerita Anis masa kena pneumonia...
(siapa yang tak tahu boleh klik word or pic kat sidebar)


sekarang Anis dah 8 bulan. apa yang jadi last year tetap dalam ingatan. rasa macam baru je lagi. at 1st, masa nak bawak Anis ke HTAA tu... dia dibekalkan dengan oksigen. dalam ambulance kena pegang je la mask tu. ada masa-masanya, mesin tu jammed sikit. MA tu la dok sibuk betulkan. takut belum sempat sampai HTAA, ada problem lain pulak.


malam kami ke Hospital Pekan tu (sebab dah dua hari breathing dia laju), doc check oksigen. katanya Anis tak cukup oksigen. bila bagi oksigen pun still tak cukup. doc ada cakap jugak, kahak dia banyak. tapi to be safe... dia nak x-ray lungs. sebab dia kata bagi oksigen pun breathing dia still heavy. macam ada masalah lain je. memang Anis masa bagi oksigen, dia diam je. siap tidur lagi. penat sebab bernafas laju.

perasaan aku masa doc cakap macam tu? tak tahu apa rasa dah. harap-harap tak ada benda buruk je la yang jadik pada dia. kami kena tunggu orang x-ray tu datang. malam nak raya. tukang x-ray pun dah balik rumah. encik suami yang handle semua masa tu sebab Alya was also there. masa tu dah malam sangat. Alya pun dah ngantuk. aku bawak dia jalan-jalan and dia tidur atas bahu.

bila dah settle semua. encik suami suruh aku tengokkan Anis. masa tu nurse dah sedut kahak dia. tapi still banyak katanya. Anis tak meronta sikit pun. tak menangis. cuma merengek je la. lapar kot. sebab sepanjang dia demam dan bernafas laju tu, dia jarang menyusu lama. kejap-kejap je sebab dia akan cepat penat. doc pun dah pesan tak boleh bagi susu lagi dah lepas tu. dia orang nak masukkan air.

walaupun kesian dengan Anis, aku tak boleh buat apa-apa jugak. masa tunggu result x-ray tu, encik suami temankan Alya tidur dalam kereta dan aku dengan Anis. sebabkan dia tak makan apa-apa malam tu, aku pesan dengan dia pergi cari makanan dulu. tapi dia nak cari air je. masa dia cari air tu la, doc datang dengan result. katanya Anis kena hantar HTAA untuk further checked up. doc dah tunggu kat sana katanya. perasaan memang bercampur-baur.

kebetulan pulak semua telefon dengan encik suami. nak called bagitau kena hantar HTAA pun tak dapat. kepala ni memikir nak buat macam manalah. bila MA datang bagitau ambulance dah tunggu kat luar, aku carik-carik jugak encik suami ni. then nurse datang tanya mana suami and nak tolong carik la. tapi tak ada. last-last MA tu offer handphone dia. aku called encik suami bagitau dah ada dalam ambulance and on the way ke HTAA. dia cakap dia akan menyusul kemudian.

Anis still macam tu. tidur atas pangkuan sambil mask dia tu aku pegang. dan we arrived kat HTTA pukul 12.30 am. sampai terus masuk PICU. docs dah tunggu nak sambut baby. dan kepala otak aku masa tu blank. tak tahu nak buat apa. just tunggu encik suami datang. sebabnya bila masuk je ICU, docs terus ambik Anis untuk checked and buat apa-apa je treatment yang sesuai masa tu.

dan aku menanti luar bilik tu dengan sabar dan perasaan berdebar. huhuhuuu...

Ops Rosak!


nak cakap apa lagi?
nak marah pun bukan boleh ubah apa-apa jugak.
huhuhu...
Alya ni sangat pandai.
kalau dia buat salah dan tahu orang marah dia,
dia akan cepat-cepat mintak maaf.
nak marah lagi ke time tu?


tengah khusyuk main bedak compact ibu.
explore je kerjanya si makcik kecik ni.
apa yang orang dewasa buat,
itu la yang dia nak ikut.


siap nak tolong make up kan ibu lagi.
hehehe...
macam-macamlah si kecik saya ni.




my foot: at the age of 2, she can count 123... 10 in BM and English.
hafal ABC... Z tanpa miss out 1 alphabet pun.
can recite doa makan dan baca Al-Fatihah.
Alhamdulillah...

Mula-mula banyak. Turun 2. Sekarang dah 1 ke?


semalam ingat nak tambah entri lagi.
tapi bila dah melayan anak-anak.
sambung buat kerja sikit.
and dengan internet yang semakin slow ni.
last-last tak berupdate blog ni sampailah ke pagi ni.



the ideas are there.
and always there.
cuma tu la...
mood swing ni kadang-kadang datang tanpa diundang.
bila dah jadik macam tu.
apa benda pun tak jadi.
sabar je la...




my foot: hmmmm... apa nak jadik ni?

18 May 2010

Aksi-aksi yang mendebarkan!

jika tidak sedar...
keadaan sebegini boleh mengundang bahaya.

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Anis ni sangat lasak.
letak kat tengah pun...
in the end dia akan berada di tepi
ataupun di hujung-hujung katil.
kena selalu tengok dia buat apa.


sekali dah jatuh...
takkan nak biarkan dia jatuh lagi.
tinggi tilam tu Yang oiii...!!!


malam-malam pun kena make sure dia ok.
sebab ada sekali tu...
tersedar daripada tidur dia dah ada kat kaki.
'hujung-hujung tanjung' dah.
macam manalah dia boleh sampai ke situ
aku pun tak tahu.
harharhar...


so sekarang ni...
bahagian-bahagian penting dekat katil tu dah di blocked.
dan space untuk dia tidur dah dikecikkan sedikit.
kalau tak...
habis semua tempat dijelajahnya.


si kecik ni boleh tahan jugak.
macam kakaknya.
huhuhuuu...



my foot: hadiah daripada Pencipta untuk dijaga dengan baik!!!

17 May 2010

Sudah berbuah! Tunggu saja untuk menikmati. Ngeee...


ini Raja Buah ye...
memang rajalah sebab buah ni memang besar.
kami gelar buah ni Durian Gajah.
pokok ni pulak berada di hujung pagar rumah ayah aku ni.


jauh jugak dari rumah.
jadik ayah aku suruh tengok-tengokkan pokok tu.
buat apa tengok?
saja je... buang masa.
ngeeee...


tengok la kot-kot ada tupai.
nanti tak merasa pulak buah tu.
makan dek tupai je dulu.
masa aku pergi tengok memang tak ada apa-apa.


nampak buah je berjuntai kat dahan.
menjadi pulak pokok durian ni tahun ni.
encik suami dah tanya bila agaknya buah tu masak.
nak balik makan la tu.
eleh... macam tak tahu!


dahan yang kat luar pagar pun ada buah jugak.
tu kalau dah masak, ada orang lalu...
and buah tu gugur...
sure boleh mereng kejap orang tu.
buahnya besar.



tapi aku kalau dengan pokok durian ayah aku ni...
ada 2 pokok durian yang aku paling suka.
duri buah tu kecik-kecik berbanding yang lain.
pada aku isi dia lemak-lemak je.


kalau gugur buah tu memang tak cukup sebiji.
tapi encik suami tak bagi makan banyak-banyak.
anak menyusu lagi katanya.
nanti panas pada anak.
huhuhu...


durian oh durian!
cepatlah besar.
aku nak makan kau ni.
nyum... nyum... nyum...



my foot: selamat menjamu selera!



Sejuk dan kamu yang sengal!



kononnya bukak laptop awal ni
boleh la online awal jugak.
tapi...
tak ada maknanya.



semalam hujan lebat gila.
ada guruh sikit-sikit.
bila try connect to internet.
no connection tu la...
macam biasa.



daripada no connection kepada...
no device.
lastly...
tidur je la lagi baik.
ngeee...



my foot: why la blue line punya servis ni teruk sangat?

16 May 2010

Alamak...!!!



barang sudah mahu diambil ini hari.
tapi tak cukup sebanyak mana yang orang nak.
susah sikit nak buat kalau Anis tak tidur.
kena pulak dia baru je nak recover from demam.


tadi pun dah try buat sikit lagi.
lepas ni sambung semula.
tu pasal la blog ni kalau update pagi..
entri tu je la sampai pagi esoknya.
muahaha...


lepas ni kena blogwalking kejap before sambung buat kerja.
mahu jugak siapkan ini hari.
cayuk! cayu! cayuk!
boleh punyalah.
huhuhu...


my foot: ting... tong...

Happy Teacher's Day...



kepada TESLian batch 10...
yang mana dah selamat jadik cikgu
for soooo many years...
Happy Teacher's Day!


walaupun semalam adalah hari gotong-royong
cikgu 1 Malaysia...
terimalah dengan sabar dan besar hati.
hahaha...
bagi la tukang kebun dengan cleaner
merasa khidmat guru pulak.


to all teachers... lecturers and educators...
Happy, happy and happy Teacher's Day!
semoga niat ikhlas mengajar itu diberkati hendaknya!
(tak baik kalau tak ikhlas nak mengajar ni.)
huhuhu...



my foot: i've been in your shoes sebab aku juga pernah menjadi guru dan aku tahu tanggungjawab seorang guru!!!


pic credit to Google

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign