✿ Rumah SalYa ✿: April 2010

Fresh from the owner...

30 April 2010

Kau datang menumpang kami tak marah! Tapi kalau macam ni lah gayanya... memang kami marah!

ni kisah pasal kucing. kucing siapa pulaklah ni ek?!
ni bukan kucing kami. tapi kucing yang orang buang.
kesian kat kucing-kucing tapi nak buat macam mana...
dia orang tak sesuai duduk kat sini.


aku pun naik pelik la. tiap-tiap minggu ada je kucing orang ke..
terbuang ke datang kat rumah ni. mula-mula dulu sekor je...
last-last jadik berekor-ekor. siap beranak-pinak lagi.

kucing-kucing ni tak sesuai duduk kat sini sebab ramai budak-budak.
budak-budak ni tahu je lah.
memang suka kucing tapi bab nak jaga tu kureng sikit.
macam manalah nak bela kucing kan...


dulu ada jugak aku bela kucing. si Kadir dengan Oren.
tapi satu hari tu Oren hilang... kemudian bila ada Kadir, Kadir pun hilang jugak.
satu hari lepas bertahun-tahun... ada sekor kucing macam Kadir.
dalam seminggu dua je kat rumah ni... dia mati!
mungkin jugak dia Kadir. aku pun tak tahu.

ini Putih aka White. dia ada kembar tapi kembarnya dah mati kena langgar dengan kereta.
walaupun kucing terbuang tapi ada masa dia makan jugak kami bagi.
ayat apa daaa... kami bagi jugak dia makan.
tapi Putih ni lately suka buat perangai la.
kucing-kucing ni tak tidur dalam rumah walaupun ada akses masuk dalam rumah.
kalau masuk dalam rumah jarang la kena halau kecuali kalau berkelakuan kurang sopan.


Puith ni suka 'membuang' dalam rumah. dah tentu la 'hangin' tuan rumah kan.
asyik dok kena cuci hasil 'buangan' dia je.
ada jugak cadangan nak hantar ke pasar. kat sana banyak makanan.
tapi sampai sekarang, tak hantar jugak.
marah tetap marah. tapi bagi makan tetap bagi makan.


alahai, Putih! pesal la kau jadik macam tu. dulu elok je perangai kau.
sekarang ni dah menjadi-jadi pulak ek.
janganlah buat perangai macam tu Putih...
tak baik. nanti orang marah!
Putih... Putih!



my foot: susah jugak kalau dah banyak sangat kucing terbuang ni kan?

Tragedi Subuh

cantik tak pic ni. credit to the owner of the photo.

kau ingat lagi tak masa zaman kita belajar dulu-dulu. ala, masa kat PPP tu la. kat seksyen 18, bukan 6. kat seksyen 6 nanti aku cerita pasal setiap kenangan yang ada kat situ buat ingatan dan tatapan anak cucu kita ek?! hehehe... zaman belajar ni banyak kenangan kan?


ingat lagi tak masa tu kita berdua je ada dalam bilik. aku tidur bilik kau kan. takkan kau lupa kot. walhal memang kau lupa. kau kan pelupa sikit. hikhikhik... ingat masa kau kata kau suka cara sorang lecutrer tu ngajo?


(ala, pasal lecturer mat saleh tu... apa nama dia ye? macam mana aku boleh lupa nama lecturer tu... richard ke? arghhh... aku tak ingat!). kau kata kau suka dengan dia walhal sebelum tu kau kata misai dia pun boleh ternak kutu. jangan tak ngaku. aku siap tunjuk bukti kau tulis tu dalam note yang kita main-main masa dia bagi lecture.


tapi tu cerita lain kan... yang kau ni masa subuh, aku kejutkan bangun solat memandangkan semua orang tak ada. balik kampung agaknya. tinggal kita berdua je. aku kejut baik-baik. kau merengus ye. siap cakap nak bangun buat apa. aku lempang jugak nanti. bila usaha mengejutkan kau bangun, gagal. ye GAGAL!!! aku solat sorang-sorang la. takkan aku nak tunggu kau bangun. dah kau tak nak bangun.


apalah yang kau mimpikan sampai kau kata, 'Nak bangun buat apa?'. ewah... ewah... nak bangun buat apa kau kata?! pagi tu bila kita cakap-cakap, aku cerita pasal kau tak nak bangun subuh, kau kata ingatkan saja-saja kejut. sah-sah kau mimpi pergi shopping ni. betul tak? tapi... semua tu dah jadik kenangan kan? padahal masa tu memang rasa nak lempang la barang sekali dua. hehehe... jadiknya, kau ter'missed' la subuh dengan jayanya hari tu. lain kali cuba bukak mata bila kena kejut ha...



my foot: yup! memang nama lecturer tu Richard. tidak syak lagi. muahaha...



pics credit to google

29 April 2010

Mood yang tenggelam timbul...


kadang-kadang mood sangat baik...
kadang-kadang tak baik...
kadang-kadang tengah-tengah
kadang-kadang tak ada langsung.
macam tu lah aku sekarang.






tadi kononnya nak update blog.
tengok line internet
mood yang ala-ala ni pun merudum terus.
huhuhu...
buat kerja lain sikit.
makan nasi.
layan anak-anak.





in the end...
tutup laptop
dan tidur sekali dengan my kids ni.
muahaha...




my foot: hari yang menggembirakan!

Dia kembali lagi... wowieeee....!!!

dapat ni daripada emel kawan bagi...
hebat la pelukis 3D ni.
macam real je kan?
amazing gila.
bravo... bravo...
clap... clap...
jom layan!!!





Bekas pensel pun boleh? Bolehlah...



si kecik Anis...
kalau pakaikan apa-apa pun kat dia
dia tak buang.
macam hari tu pakaikan spec masa bawak berjalan
dia tak cabut pun
cuma yang ditanggalkan cap dengan morning towel tu je
(erk, ada jugak yang ditanggalkan jugak!)
tapi tujuan dia tanggalkan cap tu..
nak 'makan' topi tu la.
tak dapat topi dia..
dia 'rampas' kakak dia punya.
janji boleh masukkan dalam mulut.


hahaha..
jangankan topi,
jari tangan orang pun dia nak 'makan'.
akan dia usahakan jugak untuk masukkan tangan tu dalam mulut.
apalah ci Anis ni...
tangan ibu dengan abah tak apa lagi.
tangan orang jangan aaa...
ibu cubit pipi tu kalau main hentam je ambik tangan orang.


tengok la...
sedap gila makan pencil case ibu tu.
makan la yang oiii...
ibu awak tak bagi makan ye?
tu pasal awak makan pencil case tu?
layan je la...



Sodapnye! Dah tak ada orang nak belikan...

ni la cream-o terakhir yang sempat dibeli encik suami last week.
last week punya cerita baru hari ni ada entri ke?
hahaha...
ala, biasa la kalau tertinggal tu.


boleh dikatakan selain daripada Weetameal
(yang aku selalu sangat makan masa dalam pantang sampai kena marah. huhu..)
aku suka ni jugak berbanding dengan biskut-biskut sejenisnya.
nak kata aku ni pemakan biskut sangat..
tak jugaklah.
tapi kalau dah rasa nak makan tu..
memang makanlah.


encik suami tahu aku suka.
jadik dia carikan jugak la cream-o tu.
(kenapa aku suka sangat? adalah... rahsia gitu!)
yang dia dapat pun
cuma yang kecik ni je.
dah habis katanya,


apalah supermarket tu.
mana boleh buat macam ni kat customer.
aku boikot nanti baru kau tahu.
huhuhu...
jadik aku makan sendirian berhad la biskut yang kecik tu.
tak boleh share.
untuk anak kena beli yang lain.
muahahaha...



my foot: lepas ni siapa la nak belikan aku biskut cream-o tu lagi... dah tak ada orang dah nak belikan!!!

28 April 2010

Seperti melepaskan anjing tersepitlah kau ni...

pesal pic kau yang ada kat sini?
kau bukan anjing la...
siapa suruh kau ada kat sini?
dah... dah...
pergi sana! pergi la...

kau ingat kau berduit
kau boleh cakap macam-macam ke?
kau tak sedar ke dia dah banyak tolong kau selama ni?
bila ada duit lebih sikit je dari dia
kau mula sombong diri
depan dia kau cakap baik-baik je.
macam kau kawan dia paling baik la.
tapi belakang dia...?

sudah la...
dia pun tahu perangai sebenar kau.
tapi dia berkawan sebab dia kesiankan kau
yang tak ada kawan masa tu.
dia sanggup tolong kau tapi kalau macam ni lah...
lebih baik dia tak tolong kau dulu.

tapi aku percaya...
dia tahu apa yang kau akan buat belakang dia.
masa dia tolong bayarkan kereta kau
dia tak kata apa-apa pun
walaupun kereta kau tu dah tak sebagus mana.
tapi dah tak ada orang nak tolong,
dia jugak yang tolong.


tengoklah apa yang jadi?
kereta yang dia pulangkan pada kau pun
dah nak jadi kereta potong.
baru sehari dia pulangkan..
dah eksiden.
tengoklah...
kereta tu pun tak nak balik semula dengan kau.


tu pun kau nak kata macam-macam lagi ek?!
aku pun naik menyampah dengan kau tahu tak?
dah lah...
malas aku nak cerita pasal kau lagi.
buat sakit jiwa raga je.
bukan selamanya dia kat bawah.
satu hari nanti mungkin kau pulak rasa macam mana
dia pernah rasa...



my foot: aku tahu kau cuma gila gajet. macam-macam handphone kau tukar. semuanya yang terkini. bila suruh bayar kereta yang kau sendiri tunggakkan tu kau kata tak ada duit. sudahlah.... tapi bab-bab IT ni kau sengal sikit. muahaha... kau mesti tak baca la blog ni!



pics credit to google

ABC Special Satu! Panas ni...!!!


ABC ni sentiasa jadik kenangan.
masa belajar dulu selalu jugak makan kat Section 2.
sekarang tempat tu dah tukar wajah.
dah tak best macam dulu-dulu.





kalau time tunggu bus nak masuk dalam UiTM tu
boleh lepak makan kat gerai kat situ.
tengah-tengah makan
bus datang.
terlepas dan melepas.
hahaha...






kenanganlah semua tu kan?
kenangan terindah dalam lipatan ingatan!



my foot: kadang-kadang rindu jugak masa-masa 'indah' zaman belajar dulu



Kerana 10 sen...

keratan-keratan ni diemel oleh seorang kawan
diambil daripada majalah I LUV ISLAM
keluaran kumpulan karangkraf.
credit to them.



aku tertarik dengan apa yang cuba disampaikan ni.
kita ni kalau dah 'kaya' sangat...
10 sen yang ada pun kita tak pandang.
walhal berharga duit 10 sen yang kadang-kadang kita sepak je tu.


jangankan 10 sen...
5 sen tu pun mahal lagi harganya tahu tak?!
tengok-tengok sendiri la.
dan hayatilah apa yang tersirat dan tersurat tu...









my foot: klik la pics untuk besarkan kalau tak boleh nak baca! huhu...

Tahniah ye Dynas!!!


sabtu lepas Dynas dapat baby girl.
congrates ye Dynas...
rezeki untuk ada anak tu tetap diberi Allah.
selamat berpantang jugak ye.


Dynas memang dah tak kenal aku dah.
hahaha..
dah fames la katakan.
tapi aku tak harap pun Dynas tu kenal aku lagi
walaupun kita pernah sekelas
dan aku jugalah yang terpaksa bagitahu lecturer tiap kali
dia tak datang kelas.


tapi tu cerita lama.
harap-harap Dynas bahagialah dengan kehidupan dia sekarang.
selamat berpantang and take care...


my foot: aku ni ex-class rep je!!!


pic credit to google and beautifulnara for the news!

Ada gaya, ada style... Ada berani?


the kids dengan safety specs abahnya.
tengok la gaya Alya dengan specs abahnya tu.
kalau nak keluar berjalan ke mana-mana
mesti dia suruh abah dia pakai spec tu
huhuhu...




ni pulak Anis masa bawak berjalan-jalan
for the last time dengan her dad.
masa keluar rumah
redup je suasana.
dah sampai bandar...
panas bukan main lagi.
merah-merah muka anak ibu ni.


Alya?
tak peduli dia dengan panas kalau dah berjalan.
ke sana sini je la kerjanya...


Anis ni langsung tak sentuh pun spec dia tu.
sepanjang jalan...
elok je terletak kat hidungnya
sampaikan orang tengok pun terkejut and tegur
"Dia tak usik pulak spec tu ek?!"
"Bagusnya!"
hehehe...
dia tahu spec tu untuk safety..
tu pasal dia tak sentuh.





my foot: lepas ni susah la nak jalan-jalan dengan abah.
jalan-jalan dengan ibu je la ek...

Don't cry my sweetheart! Huhuhu...

cerita si Alya yang ditinggalkan.
semalam bawak dia untuk hantar abahnya ke terminal bus.
senang naik bus katanya.
tak penat sangat.
so, pergilah terminal.
macam dua minggu lepas hantar abahnya ke terminal jugak.
tapi abahnya kena tinggal dengan bus.
jadik balik semula ke rumah.
lepas dia tidur baru abah dia pergi semula ke Kuantan.


tapi semalam,
pergi awal and the bus was there... waiting!
lepas the father kissed her
aku bawak la dia balik.
baru je keluar daripada terminal tu,
aku dengar dia menangis.


"Nak abah! Abah mana abah!"
"Abah tinggal Alya!"

tak sampai hati pulak aku dengar dia nangis-nangis,
aku patah balik.
bawak dia jumpa abahnya sekali lagi.
encik suami tak bagi tunggu.
kesian kat Anis katanya.
Anis pun pantang nampak orang nak berjalan.
nak ikut je.


bila keluar je daripada terminal tu semula,
dia started to cry again.
kesian tengok dia...
tapi nak buat macam mana.
belum masanya dia ikut lagi.
sepanjang jalan balik tu...
dia menangis je la.


last-last aku stopped kedai.
carikan dia aiskrim.
baru la senyap.
abahnya called tanya macam mana anak manja dia tu.
dah dapat asikrim...
dia senyap la.
sampai la malam tadi dia ok je.
pagi ni?
tak tahu lagi ye...
harap-harap ok je.
huhuhu...




my foot: encik suami banyak kali jugak cakap.
macam manalah nak tinggal lama anak-anak dia tu.
memang betul kan?
anak perempuan 1st memang daddy's angel.
sakit je baru mummy's daughter.
huh!

Moodku sudah terbang melayang-layang...

my mood dah terbang melayang-layang...

nak mengadap laptop ni pun dah rasa malas.
tambah pulak banyak benda nak buat sekarang.
tak terkejar jugak
nak update itu la
update ini la...
nak melayan anak-anak yang tengah membesar ni lagi




ni nak try something untuk hari guru pulak
entah boleh ke tidak
tapi akan cuba jugak
untuk dapatkan sesuatu yang lain
ada benda lain pulak yang terpaksa dikorbankan.
encik suami selalu cakap macam tu.




mungkin sebab he's not around
jadik mood tu ikut sama
ke mana je dia pergi.
lepas ni nak bergaduh dengan siapa lagi?
huhuhu...





i will update this blog of mine
once a while sehinggalah moodku kembali normal.
muahaha..




my foot: bila rasa itu datang... beginilah keadaannya!

27 April 2010

Dah nak kena tinggal ke? Sedihnya....


encik suami akan meninggalkan rumah hari ini
(tapi sekarang ni dia keluar bawak anak manja dia pergi beli nasi air kat Rasa Mesra)
kejap je masa berlalu
sedar tak sedar...
dia dah nak balik Johor
tinggalkan kami la
huhuhu...


ditinggalkan untuk tempoh yang agak lama
dia bagi diri dia tempoh 6 bulan before dia ambik kami
dia nak siapkan the house before family dia masuk rumah tu
plannya tu dah dua tahun tangguh
banyak aral melintang
baru ni la dapat renovate semula
insyaAllah...
kali ni jadik renovate habis.


kalau dia dapat balik pun once a month je.
erk... boleh terima ke semua tu?!
Ya Allah...
kuatkanlah hati aku ni.
dia tak ada seminggu pun dah sunyi sepi rasa
ni kan pulak 6 bulan.


tapi aku dah biasa ditinggalkan.
cuma anak-anak je tak pernah kena tinggal lama-lama
especially Alya si anak manja tu.
apa-apa pun...
we'll be missing you dearly...
hope to be with you soon!
(jiwang karat gitu!)
huhuu...


my foot: dah sampai dah Alya dan abahnya daripada beli nasi air.

You are really testing my 'sabar'...


daripada semalam dok main connect dengan internet je.
pesal entah jadik macam tu...
aku pun tak tahu.
mungkin sebab terlambat bayar bil kot.
memang 'hangin' la.




nak upload pics pun kena 2-3 kali.
sebabnya tengah loading
tiba-tiba nampak dia dah disconnect.
aduhai... tension la mak bonda ni.




nak yang buat geram sungguh-sungguh ni.
nak update blog pun jadik sangkut-sangkut la.
encik blue... encik blue...
encik blue nak tukar warna ke?
disebabkan tension dengan internet
aku pun tidur dengan jayanya.
muahaha...




lipat baju encik suami pun aku tak buat.
padahal hari ni
dia dah nak ke Johor untuk settle hal rumah.
satu apa pun tak packing lagi.
takpe Yang! sempat lagi la...
baju dah prepare.
cuma nak lipat and letak dalam beg je.





ha... hari ni nak bawak the kids untuk monthly check up
so, kena prepare dulu la.
encik suami ni kalau lambat-lambat nanti dia bising-bising.
ngeeee... daaa...




my foot: orang lelaki tak boleh kalau orang perempuan lambat. tapi kalau dia lambat and kita menunggu, boleh pulak. huhuhu...

Siapa yang ketuk malam-malam ni?

awal-awal pagi ni teringat aku masa belajar kat PPP dulu (now known as INTEC). especially musim exam la. dah namanya pun musim exam kan? semua orang jadik rajin belajar. tapi aku time exam jadik cam malas gitu. hahaha... ada sekali tu, aku kena serangan stress. hah, macam mana tu?! bahagian bahu belakang, sakit gila. urat-urat tegang macam kena tarik. tidur tak boleh. baring pun tak boleh. dah nak exam ni. memang tak boleh buat apa. lastly pergi klinik and doc bagi injection. twice ye.

first time pergi, hilang la kejap askit tu. then, datang balik. pergi lagi sekali, dapat lagi sekali injection. doc kata stress. lama sangat duduk buat assignments. sampai sekarang sakit tu sesekali datang la jugak menyerang. memang perit la kalau kena. dah melalut dah cerita benda lain. sabar la. nak cerita la ni. tu pun tak boleh nak tunggu ke.

malam esoknya nak exam tu, aku lepak bilik member. kononnya nak study sama la. bila dah sakit, nak study pun susah. tapi aku cuba jugak baca and hafal apa-apa yang patut. around 12 something, kami yang berada dalam bilik tu dikejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. memang kuat la.

mula-mula dengar kat tingkat bawah. tak apalah. adalah budak-budak yang datang bilik budak bawah tu kot. tu pasal dia ketuk kuat-kuat. saja nak kacau. tak sampai lima minit, bunyi ketukkan tu sampai kat tingkat atas (my friends' room kat tingkat 5 ok!). tiga empat kali ketuk, tak sempat nak bukak pintu... bunyi tu dah hilang. kejap lagi dengar kat bawah pulak. tingkat 2. lepas tu atas... begitulah seterusnya. ada budak dalam bilik tu nak bukak tengok siapa yang main-main ketuk pintu malam-malam tu.

tapi the rest of us tak bagi. sebabnya... memang tak ada sesiapa kat luar tu. kenapa aku cakap macam tu? cuba bayangkan... dalam tempoh tak sampai 3 minit, 'dia' dah boleh turun bawah ketuk pintu bilik bawah pulak. kalau normal human being, nak turun ke tingkat bawah dalam masa less than 5 mins... memang tersungkur la kat tangga tu. mana tahu kat tingkat 2? sebabnya, bunyi ketuk tu kuat tapi sayup-sayup. tak faham?

'dia' ketuk dummm... dummm... dummm... memang kuat. jadik bila sampai kat tingkat bawah tu sayup-sayup je dengar. jadik tu pasal kami tahu kat tingkat mana 'benda' tu ada. tapi bila time nak periksa, biasalah kalau benda tu keluar. mengacau dengan lebih kerap. the seniors ada bagitahu pasal tu awal-awal lagi. cuma macam mana 'dia' nak kacau tu terpulang la pada orang. tapi memang pintu tu kami tak bukak sampai sudah. and bunyi tu kami biarkan saja.

nak layan pun buat pe? buat takutkan diri sendiri? simpan je la rasa takut tu and focused more to the exams la. hohoho... tapi scary jugak la. tetiba je dengar benda-benda macam tu kan?


my foot: ingatlah Allah sentiasa. pada DIAlah kita meminta pertolongan...





pic credit to google

26 April 2010

Kau main campak je ye...!

yang ni pun sampai hari yang sama ibu belikan Alya lipgloss tu.
tapi ni sampai pagi.
terima kasih ye Sus!



encik posmen, encik posmen...


encik posmen ni kurang asam betullah ye!
apasal encik posmen campak je barang saya ni ikut pintu pagar?
tak boleh ke encik posmen tunggu saya keluar kejap.
tak pun letak kat tempat yang sepatutnya.


ni tak...
encik posmen dah la campak,
pastu hon je bagitahu ada barang depan rumah saya.


mulia sungguh la perangai encik posmen ni.
saya report nanti baru encik posmen tahu!
tapi tak apa...


sekurang-kurangnya encik posmen hon bagitahu.
tak adalah saya pergi tengok dan terjumpa sendiri kan?
kalau tak lagi la saya menyirap tahap sirap.


lain kali encik posmen,
elok-elok la sikit dengan barang tu.
barang berharga tu encik posmen.
kalau saya nampak lagi encik posmen buat macam tu,
saya lempang lutut encik posmen 3 kali.
ingat tu...


my foot: posmen-posmen muda zaman sekarang. macam ni lah gayanya...

Lambat ke tak... janji ada kan?


hari ni lambat sikit post entry.
my attention is fully to the kids.
semalam Anis jatuh katil.
a bit lasak
and bila dia jatuh
risau la jugak.





tapi alhamdulillah...
she's doing just fine.
bila anak-anak tengah lasak ni,
kita should be a bit more alert.





kadang-kadang kejadian yang kita tak terduga tu
boleh jadik bila-bila masa je
betul tak?





so parents...
berhati-hatilah kalau ada anak-anak yang lasak
macam aku ni.
huhuhu...



my foot: tak boleh nak tidur malam bila something happened to the kids!

25 April 2010

Lepas ni jangan ambik ibu punya lgi ye!


yang ni Alya punya ye...
ibu beli khas untuk Alya.
tak ada la Alya nak mintak-mintak lagi yang ibu punya.
ibu tak nak beli yang besar macam ibu punya tu.
sebabnya ni Alya nak buat main je kan benda ni?
hehehe...

bukan ibu tak bagi Alya main yang ibu punya.
tapi seminggu ibu cari ni benda tu
merata dah cari
tak tahu kat mana Alya campak.


ibu tak kisah sangat kalau hilang.
tapi sayang jugak sebab benda ni banyak lagi.
membazir...
tak baik kan?
last-last jumpa.
ibu decide untuk beli baru je la kat Alya.
senang sikit!



tapi yang ni memang ibu tak bagi main
dan tak beli pun untuk Alya.


kalau beli pun ibu belikan bedak silkygirl magic tu
ibu dah beli dua untuk Alya dulu tapi last-last
ibu jugak yang guna.
ekekeke...


yang ni Alya tak boleh main sebabnya
kalau Alya dah start 'naik angin'
semua barang Alya campak.
barang apa yang Alya tak campak?
telefeon ibu dengan abah?
dah biasa sangat dah.


adik suka 'makan' telefon.
kakak suka campak.
huhuhu...
kali ni Alya dah ada mainan sendiri ok...
jangan kacau ibu punya ha!
ingat tu!!!



my foot: anak-anak suka immitate apa yang parents dia buat. so, parents... behave la ek?! hehehe

Mencari jalan pulang...


semalam memang tak update blog sangat. bukan sebab tak ada cerita or ideas to write. tapi semalam more to family-day-out. apa? sebelum ni tak ada day out ke? before this, hari-hari days out. nak keluar bila-bila pun boleh. tak ada hal punya la. tapi semalam kira last day keluar sefamily sebelum the father balik Johor.

lepas ni susah sikit la nak keluar sebabnya encik suami akan balik sebulan sekali. ke sini dia balik to settle the house yang dah beli 2 tahun lepas. dah banyak kali nak renovate tak jadik-jadik. terbengkalai macam tu je. hopefully, this year dapat masuk rumah baru la. rumah baru yang tak berapa nak baru tu. huhuhu... (puan rose, kalau ada rezeki sempat la kita jumpa bulan 6 ni!)

tak tahu la the kids ni macam mana. usually kat rumah granddad ni ada ramai orang. cousins dia orang pun ramai. kalau dah duduk sendiri nanti, dia orang berdua je la. tak riuh macam selalu. tapi Alya rasanya boleh kot adapt dengan suasana macam tu. or will send her to nursery ke... tengok la pada keadaan.

kebetulan dia dah boleh baca ABC, count 123 (double versions: Malaya & English), recite doa makan and also baca Al-Fatihah. bila tengok-tnegok dia... la dah besar dah rupanya Alya ni. cuma yang jadik masalah sekarang ni, dia tak berapa nak makan. susah betul nak bagi dia makan. nak buat macam mana lagi pun tak tahulah. on tuesday nak kena timbang lagi. macam tak naik je berat badan dia tu. alahai anak...!

encik suami pun dah siap pesan kat anak manja dia tu supaya tak manja-manja sangat. nanti tak boleh tidur malam asyik ingat anak-anak je. yang seminggu lebih dia keluar daerah tu pun dah tak nyempat-nyempat nak balik tengok anak-anak. hehehe... sian kat Abah nanti ek?!



my foot: spend some or your precious time dengan orang tersayang... sebab bila tiba masanya kita pun tak tahu sama ada kita akan diberi peluang untuk sentiasa bersama macam biasa kan? ngeeee...

24 April 2010

Terlambat dan akhirnya melepas...


sekarang ni
junk food ni la kesukaan aku.
first time try yang ori punya.
ingatkan tak ada la jual kat supermarket sini.
sebab tak pernah nampak.
first time cuba tu pun
aku skodeng anak buah aku punya.


sedap la.
dia dapat masa ada expo kat bandar.
diaorang jual RM10 satu bag.
ada la benda lain selain daripada ni.
hari tu bila jalan-jalan kat supermarket...
ternampak la benda alah ni.


mak aiii... macam-macam perisa ada.
aku try yang lada hitam punya.
sedap! nyum... nyum... nyum...
encik suami selalu jugak belikan untuk aku.
thanks hun!

cuma baru-baru ni je try perisa lain pulak.
tu pun sebab Alya ambik yang ni.
cuba jugak la...
sedap jugak!


tapi tadi...
masa encik suami keluar...
aku baru je nak pesan kat dia.
malangnya...
supermarket dah tutup.
huhuhu...
baru nak makan.
esok je la carik semula kan?



my foot: tak dapat kau, aku makan biskut je la.

Aku rasa memang kau dilahirkan tanpa perasaan...

pic kat atas ni sebenarnya sedutan daripada video yang aku tengok tadi.
video macam mana dia orang menggugurkan janin.
MasyaAllah...
aku tak tahulah sama ada orang yang buat abortion ni
ada perasaan ke tak.



bayangkan la...
bila dia start tarik janin tu keluar
kadang-kadang tercabut tangan
tercabut kaki.




ingat nak dapat baby tu senang ke?
ada yang menunggu bertahun-tahun tak dapat.
ada yang sampai sudah tak dapat anak.
tapi yang senang dapat anak
main buang-buang je.




masa ni buanglah...
bila tiba masa nak anak
entahkan dapat entahkan tidak.
nanti kat akhirat dia tuntut dengan parents dia.
kenapalah tergamak buat dia macam tu.
kenapa salah mak ayah
dia yang kena tanggung.
inilah yang orang kata
nikmat seketika tu akan buat orang tu merana.


insaflah!
cukuplah dengan kesalahan sekali tu.
jangan diulang untuk kesekian kalinya.
ada anak ni anugerah yang tak ternilai.
sakit melahirkan pun tak terasa bila tengok dia.




cukup-cukuplah...
hentikanlah perbuatan membuang 'sesuatu' yang kamu lakukan
atas dasar seronok-seronok.
seharusnya kita banteras pembuangan bayi
dan
pengguguran secara haram!




my foot: manusia ni bila dah sengsara baru sibuk-sibuk nak mengadap Si pencipta. bila senang, lupa segala-galanya....


pic credit to goole

Apasal 'kamu' suka kacau tok bomoh aku?

ini cuma gambar hiasan. tiada kaitan dengan tok bomoh sebenar ye...
harap maklum!



kenapa encik suami aku panggil 'tok bomoh'? sebenarnya my MIL yang bagi gelaran tu kat dia. "dah kawin dengan tok bomoh..." dan ulasan daripada Mi pun berterusan. hehehe... Mi! Mi! orang tua memang macam tu. tak kena pada pandangan mata dia terus dia komplen. wah... kadang-kadang tu pedih jugak kan? tapi kena la buat tak tahu je. hehehe...

ni sambungan daripada cerita semalam. pada yang terlepas cerita tu boleh la ke sini. kenapa ye 'kamu' suka sangat dengan tok bomoh aku tu? dia bukan ada apa-apa dah. dah hilang power dah dia. cuma ada la sikit-sikit lagi ilmunya yang tertinggal. berhari-hari sebelum kes tudung saji tu, he went out satu petang.

kebetulan bila dia dah sampai rumah waktu tu tengah azan. semalam, dia tunjukkan tempat kejadian tu kat aku. eh, apa cerita sebenarnya ni?! tok bomoh aku ni la... nampak 'encik galah'. dia kata dia nampak benda tinggi hitam. tu pun hasil suluhan lampu kereta depan dia. tapi bila dia sampai kat kawasan tu, tak ada pulak nampak benda hitam tinggi tu. tok bomoh aku kata, mungkin dia nak melarikan diri sebab masa tu tengah azan maghrib.

tok bomoh aku ni selalu sangat tengok benda-benda pelik. lepas tu dia cerita waktu malam. waktu siang tu tak cerita pulak. huhuhu... masa Anis warded dulu ada satu malam tu, dia beria-ia ajak balik awal daripada hospital. kebetulan, waktu siang tu ada jenazah eksiden sampai daripada cherating. malam tu, dia senyap je. cuma dia pesan kalau ada ayat kursi dalam handphone, bukak la. bagi anak dengar. Alya pulak, masa nak balik dia pandang atas. bulan baru nak penuh kot malam tu.

sepanjang jalan balik memang dia tak bercakap langsung. sampai dekat rumah baru la dia cakap. dia kata (tempat yang jenazah tu sampai), dia nampak 'benda' kat pokok, rambut panjang, pakai putih mintak Alya sambil hulur tangan. dan dia kata jugak ada malam-malam tertentu orang-orang buat pemujaan. jadik kena hati-hati. sebab tu dia kata dia rasa tak sedap hati dan ajak balik awal daripada hospital.

nasib baik aku tak nampak. kalau aku nampak macam manalah agaknya?! nak story panjang-panjang kang, ada pulak yang bosan. cerita sikit-sikit macam tu je la. just buat kenangan dan ingatan kami sekeluarga ni.


my foot: anak buah aku waktu maghrib pernah tanya: "Siapa tu?" dan menonong je dia nak keluar tengok. nasib baik jugak aku sempat kejar. mana ada orang kat luar masa tu dan malamnya tu dia kata, "Siapa duduk atas tu?". atas kekuda bumbung dapur. erk! budak-budak paling senang nak nampak kan?


pic credit to google

23 April 2010

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH!


ini daripada scripters!

Aku baca ni daripada sinilah. Tu yang dapat info berguna ni. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA dua harakat, MIN 3 harakat. semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

InsyaAllah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


my foot: aku perbetulkan info ini. takut ada yang salah faham tujuan ia dipaparkan di sini. aku pun dah tanya ustazah dan dia pun kata macam tu. jadik betullah info ni. untuk renungan kita bersama juga adanya.

Ini bukan untuk menyesatkan sesiapa! Harap maklum...

ada yang tanya pasal mana aku dapat info pasal nama syaitan tu.
sesiapa yang pernah baca scripters
mesti pernah baca info ni.
aku cuma nak share.


kalau benda tu salah,
kita boleh perbetulkan.
benda tu bukan untuk menyesatkan sesiapa pun.
aku pun curious nak tahu
jadik aku paparkan supaya ada yang arif dan mampu bagitahu.


kalau benda tu betul,
sekurang-kurangnya ia pengajaran untuk kita.
sebab tu kat bottom line artikel tu ada tertaip kalau salah perbetulkan.
aku boleh perbetulkan info tu kat scripters pulak.
itu jugak gunanya blog.
untuk menyampaikan apa yang kita rasa sangsi.

Al-Fatihah tu surah wajib dalam solat.
tanpa bismillah tak dapat pahala kita baca.
jadik masa ni la kita kena balik dan tanya ustaz ke ustazah kita pasal ni.
sama-samalah kita mencari ilmu dan redha Allah.



my foot: sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu daripada kita sendiri.
maaf kalau ada yang rasa terganggu!

Encik driver bus, kalau nak mati jangan bawak orang lain ye?!

tugas kau mulia.
bawak penumpang-penumpang untuk tiba ke destinasinya.
walaupun ada macam-macam ragam
kadang-kadang kau sabar
kadang-kadang tak.


kalau kau tak ada
tak bergeraklah kenderaan empat roda tu.
itu betul!
aku tak nafikan
tapi kalau kenderaan tak bergerak
kau pun sama la tak dapat duit.


hai encik driver bus!
pagi tadi encik suami aku sms.
bagitahu dah sampai Johor.
pukul 3.41 pagi encik suami aku sent sms.
katanya....


dah sampai larkin.
drebar bus paling gila pernah jumpa.
laju gila


apa ni encik driver bus.
perjalanan yang patutnya makan masa lebih kurang 5-6 jam or lesser
(kalau bawak dalam kelajuan yang ditetapkan)
jadik 3 jam lebih je?
berapa km/j encik driver bus bawak ni?
nak bunuh orang ke?


kata encik suami aku tu lagi...

dah la laju,
amik selekoh sembarang je.
cm nak terbalik je bus 2.


apa cerita ni?
kalau terbalik macam mana encik driver bus?
ingat glamer la kalau muka keluar front page?
encik driver bus ni single ke dah kawin?
tak ingat keluarga ke?


walaupun penumpang-penumpang encik driver bus cuma lapan orang je
tapi semua tu bernyawa lagi.
ada anak isteri suami
mak ayah... adik-beradik.
kalau jadik apa-apa pada dia orang
encik driver bus nak bertanggungjawab?
nak tanggung makan pakai keluarga dia orang ke?


encik driver bus ni betul-betul buat aku 'hangin' satu badan la.
kalau encik driver bus tak nak bawak bus,
jangan bawak ye...
kasi orang lain yang mungkin lebih hargai nyawa orang lain.
alahai... encik driver bus!
tak pernah serik agaknya dengan segala macam cerita eksiden bus.
berhati-hatilah kalau bawak bus.
jangan sampai 'terbunuh' tempat bergantung orang lain...



my foot: driver bus ni macam tak pernah ambik iktibar je kan daripada apa yang dah jadik? kalau mengantuk pun tukar la dengan 2nd driver. erk! tak ada 2nd driver ke? encik driver bus ni memang berani mati...




pic credit to goole

Lupa nak taip tajuk entri...

pernah tengok tak pasangan tua jalan pegang tangan?
tak kiralah apa bangsa sekalipun.
mungkin ada yang pernah tengok.
mungkin ada yang tak.


aku pernah tengok.
ala... sweetnya!
tua-tua pun romantik gitu.
pakcik makcik... saya respect pakcik dengan makcik.
dah tua-tua pun nampak loving je.
jealous saya dengan pakcik makcik.


kebetulan tu di KL beberapa tahun yang lalu.
masa aku tengah belajar lagi.
nak ke Pudu la.
masa tu kat Shah Alam tak ada lagi bus ekspress ke Kuantan.
jadik sebelum tiba kat Pudu, kita pusing-pusing dulu ye...

tengah berjalan-jalan tu aku nampak this pakcik genggam erat je tangan isteri dia.
sambil jalan tu pakcik ni tak lepaskan sikit pun tangannya.
dalam hati aku ni,
"kalau aku dapat pasangan macam pakcik tu... alhamdulillah!"
aku bukan nak pakcik tu la.
apa la yang kau fikir ni.
nak kena lempang sedas?
hehehe...


dah tua-tua tapi mampu kekalkan kebahagiaan tu.
satu lagi kebetulan aku jumpa kat restoran.
pakcik dengan makcik tu makan sepinggan nasi.
kongsi.
ada adegan suap-menyuap tu tak berapa nak pasti pulak.
sambil makan sambil sembang.
nampak happy je dua-dua.


bukan senang nak bahagia kan?
ada pasangan kena sepak terajang.
ada pasangan buat hal sendiri-sendiri.
ada pasangan masa ni je sayang nanti melayang.
banyak ragam
aku terasa nak pergi kat pakcik makcik tu tanya petua dia orang kekal bahagia.
tapi malu la pulak.
jadik cuci mata je la tengok gelagat warga emas kita yang bahagia tu.



my foot: mana yang baik kita jadikan ikutan. kalau untuk kebahagian, apalah salahnya. encik suami, kita mungkin tak sempurna tapi kita tetap cuba untuk bina bahagia bersama kan? aduhai... emo pulak bila kena tinggal. hehehe...



pics credit to google


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign