✿ Rumah SalYa ✿: March 2010

Fresh from the owner...

31 March 2010

Syoknye....

dari tadi kejenye asyik tengok blog and joint contest yang blogger lain buat. best jugak. sambil-sambil tu melawat blog orang lain. ada contest ni bagus. tapi kalau dah tak ada budget tu nak buat contest apanya... dah tak ada budget, join contest je la yang boleh.

macam-macam T&C yang ditetapkan. macam-macam ragam blogger. untung nasib mana tahu boleh menang jugak walaupun consolation prize je. tak kisah sangat dengan hadiah tu. apa yang penting semangat nak cuba tu ada. bukan main copy paste je. dah tu mengaku tu hak milik dia. sesekali sambil jengah-jengah blog tu ambik kesempatan la joint test yang ada.

yang kelakar tu, sekarang ni dah pukul 4 am... dah tersengguk-sengguk pulak dah aku depan lappy ni. wah... ngantuklah pulak. tadi okay je. sebelum aku tulis merapu akibat rasa mengantuk yang mula mencengkam ni... lebih baik aku keluar and tidur dulu dengan anak-anak.

doa-doakanlah supaya aku dapat jugak menang lucky draw yang bloggers lain buat... take care ya!!!

ATIQAH SWEET GIVEAWAY...

Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY...
terutama kepada penggemar coklat...
rugi tak masuk contest... kalau menang dapat coklat handmade lagi...
kelas gitu...
bukan senang nak dapat coklat handmade free ni...
kecur liur dibuatnya...
sedap tak terkata...
nyum! nyum! nyum...

kalau anda penggemar coklat, kliklah di SINI...

1st Giveaway from Ins.P.ra.C.Falisha Hauz....

marilah sama-sama kita mencuba...
mana tahu kita bertuah...
at least kita tahu walaupun tidak begitu bertuah...
sekurang-kurangnya kita mencuba...
bertuahlah hendaknya kita ye....

untuk mencuba nasib silalah ke SINI...

Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010...

cabutan bertuah lagi...
bertuah kalau dapat menang cabutan bertuah sempena anniversary orang lain...
sebabnya dalam masa yang kita tumpang tuah that kind of person...
happy for you guys!!!
hope everyhting goes well may the tie remains forever...

Byzura Razali's Blog Giveaway...

masa cepat je berlalu..
sedar tak sedar, dah setahun rupanya...
bertambah lagilah kawan..
walaupun tidak bersua muka
tapi sekurang-kurangnya dapat juga berkongsi cerita..
suka dan duka..
Happy 1st Birthday to Byzura Razali's blog...

GIVE AWAY TERATAK PUTERI ...

teratak puteri teratak impian...
buat peneman di kala kesunyian...
selamat ulangtahun ke-41 saya ucapkan...
moga kehidupan sejahtera, tenteram dan aman...

ramai-ramai kita sertai giveaway ini...

Cabutan bertuah Raflessia Collection...

raflessia,
menyebut namanya terbayang kilauan mutiara...
namanya sama namun konsepnya berbeza...
yang di sini ada kelebihannya tersendiri...
mari-mari sertai...
meriahkan lagi contest ini...

1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG

pemakaian yang indah disertakan dengan pilihan kerongsang yang tepat,
pasti menyerlahkan penampilan diri...
pelbagai pilihan kerongsang ada di sini...
pilih saja mana yang berkenan di hati...

30 March 2010

Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE...

bertuah apabila terpilih...
tidak semestinya tidak bertuah jika tidak terpilih...
semuanya bergantung kepada betapa bertuahnya diri sendiri...
jika gagal jangan mengalah dan menyerah...
cuba lagi dan lagi...
dah namanya pun cabutan bertuah...

mari la join...

FabuLOVE Giveaway...

sudah 27 tahun rupanya menghuni muka bumi...
27 tahun juga mencipta pelbagai rasa...
suka, duka, kecewa, ketawa dan segala macam rasa lagi...
27 tahun juga menjadikan diri lebih matang...
lebih menghargai...
semoga 27 tahun itu menjadikan diri disenangi dan juga disayangi...
Hepi Birdie and may the day fill with laughter and happiness...

Join Cute & Yummy now
End: 21st April 2010

Birthday Giveaway held by LillyShoppe


selalunya orang takut dengan umur yang meningkat. tiap kali sambut birthday mesti kata "Saya dah tualah" ... tak pun orang yang wish tu akan kata, "Dah tua dah awak ek?" ... apa la... ingat bila birthday tu datang, umur meningkat, kita dah tua ke? Cik Lili jangan jadik macam dia orang ye??? apa yang penting, bila umur meningkat, akal meningkat... jangan berkarat. yang lagi penting Cik Lili, always count your age by friends not numbers. apalah sangat nombor tu kan??? yang penting Cik Lili, maintain cute gitu... have a wonderful birthday and hope it'll be blessed by Allah... Muaahhhsss...!!!




29 March 2010

It is hard to be me...

Life is difficult when... bila kita cuba memahami orang lain seadanya dan ikut kemampuan kita tapi bila sampai satu ketika, lain jadinya... bila kita cuba belajar menjadi yang terbaik tapi tetap jugak gagal dan bila mana apa yang kita inginkan dalam hidup ni tidak pernah tergapai dek tangan. walaupun kita cuba untuk ubah apa saja yang patut, cuba memperbaiki diri... tetap tidak memuaskan hati.

mungkin tak cukup kuat mencuba atau salah didikan ke bila jadi macam ni? rasa macam dah berusaha sehabis mungkin tapi apa yang sebati dalam diri ambil masa juga untuk hilang. dalam hati 1001 rasa ada. tak tahu nak buat macam mana lagi. kadang-kadang apa yang kita cuba buat untuk menyenangkan orang lain akan makan diri dan jadik something yang kita tak jangka.

i'm trying hard to follow. eventhough i know that i'm not good enough... i wish i have the will and power to be like the person that everybody wants. why is it so hard to be me??? can i just be who i am??? is it so hard to give that little time so i can make every things according to what you have planned?

Think back and talk to me
Did I grow up according to plan
And do you think I’m wasting my time
Doing things I wanna do
But it hurts when you disapprove all along

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
Can’t pretend that I’m alright
And you can’t change me

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don’t care anymore

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
I can’t stand another fight
And nothing’s alright

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

Nothing’s gonna change the things that you said
Nothing’s gonna make this right again
Please don’t turn your back
I can’t believe it’s hard just to talk to you
But you don’t understand

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

it is hard to be me.... and it is hard for others to accept who i am. it is hard for aothers to give e time as well. it is hard to be me...


Pernahkah...???

kadang-kadang perasaan ni bercampur baur je. tak tahulah apa yang ada. semua ada rasanya. kadang-kadang bila kita cuba buat sesuatu untuk menyenangkan orang lain, kesudahannya jadik lain. kalau sekali dua mungkin la tak terasa sangat. tapi kalau dah selalu macam tu? tak boleh ke cuba memahami? everything is based on trust and understanding. we need both.

kalau dua-dua tak ada, susah jugak. aku faham semua tu sekarang. the truth is, it's hard to teach yourself. when you're used to be stubborn, memang susah nak ubah. makan masa bertahun-tahun. ni la yang orang selalu cakap, degil amat!!! ada sesuatu dalam diri kita yang kita susah sangat nak ubah kan? walaupun kita nak sangat ubah, tapi bila tiba masanya... tanpa sedar or atas bisikan-bisikan halus si 'prebet' yang diutus oleh maharaja syaitan laknatullah, kita kadang-kadan tu terjerumus jugak dengan emosi yang tak sepatutnya ada tu.

kena ambik wuduklah selalu agar terhindar daripada hasutan-hasutan yang boleh merosakkan diri sendiri. moga dijauhkan dari segala musibah... amin!!!

28 March 2010

Boleh tak... dan Pergilah bermain Sayang!!!

Ni dialog iklan Milo. Pinjam kejap ye. Bukan apa. Sekarang ni kan ke cuti sekolah. And the kids are having so much fun. Especially yang kena pergi extra class. Macam pergi sekolah jugaklah. Bangun pagi-pagi and then siap-siap nak ke sekolah. Bila extra class habis, dia orang bukan main lagi.

Cuaca sekarang a bit windy pulak tu. Kalau main layang-layang pun bagus jugak. Tapi last week budak-budak ni dah main layang-layang sampai rosak layang-layang tu dibuatnya. My daughter, Alya pun nak main jugak tapi dia kan kecik lagi. Tambahan dengan cuaca panas kering ni... tak sesuai untuk dia.

Zaman Alya dengan zaman ibunya ni jauh berbeza. Apatah lagi dengan abahnya yang toooo protective and banyak sangat protocolsss as well as pantang larangss. Serabut ibu ni dibuatnya! Yang, jangan marah ek?! Huhu...

suka dapat main pasir...

Panas kering sekarang ni boleh buat budak-budak demam. Alya pulak suka sangat nak explore. Kalau kaki jejak keluar dari pintu rumah tu, dia tak ada lainlah. Nak main itulah... inilah... which her father some times forbid her to do. At this kinda age... she wants to learn and explore new things.

Macam ni lah. Bila dia tengok cousins dia main senapang and duduk atas rumput, dia nak jugak. Tapi nak main pasir la kan. Bila nak ambik je dia... she’s so smart and said: ‘Tak main dah. Alya kan pakai selipar.’ Tapi the problem is, dia suka duduk tengah panas. Nak ‘tan’kan skin dia tu agaknya. Ini pun kira oklah ni. Duduk tempat teduh. Tapi main pasir secara sembunyi.

Alya’s skin sensitive sikit. Pada aku, mainlah as long as tak memudaratkan dia. Tapi the father will say other wise. If anything happen to his daughter, nanti panjang pulak syarahannya yang mana aku malas nak dengar. Sebabnya nanti aku mulalah nak naik angin. Serba-serbi tak boleh. Huhu... Tapi selalunya hati je cakap macam tu.

explore pasir...

Niat the father baik. Tapi budak-budak ni kita bukan boleh sekat sangat. Menghalang kreativiti dia. The father tak mahulah anaknya cedera. Calar-balar sana-sini. Kena kutu ‘cik bi’ macam cousins dia yang lain. Baring atas rumput, adalah kutu ‘cik bi’ menyinggah kejap lagi. Tapi Alya ni just like her father. Like father like daughter. Baru dia tahu macam mana rupa paras sia masa kecik dulu. Sampai kadang-kadang tu tak terlarat nak tengok betapa aktifnya si kecik dia ni. Huhu...

Anak perempuan dah serupa macam anak lelaki. Ana phenin la!!! ana phenin!!! Hahaha...

Anis yang happy sokmo...

Tak ada masa ke???

dua tiga hari ni tak sempat nak update blog. peminat lappy ni dah ada. sama naik dia nak guna jugak. thought of training her on how to use the lappy la. biar la dia belajar IT sikit. budak-budak sekarang ni pandai-pandai. in advance. tak macam zaman dolu-dolu. ada nak pegang computer pun takut-takut. sekarang ni budak-budak lagi excellant daripada parents.
ni la antara yang bergambar.
adik yang Jepun tu tengah tidur.
ngantuk katanya...

last two days my MIL datang rumah. macam biasa la. datang mengejut. sedar-sedar je, my bro-in-law yang I thought is still in Japan called. dia kate, "Bukak la pintu. Nak masuk ni. Kenapa gelap sangat?" eh...eh...eh... my hubby pun running to the front. nak tengok ada kat luar ke. bila dia masuk capai baju, aku tahu memang sah ada kat depan rumah dah. nasib baik jugak kami sekeluarga tak pergi mana-mana. kalau tak... sian kat orang tua tu.

adik ipar aku tu balik cuti sem rupanya. cuti sebulan. jadik dia balik Malaysia la sebab kawan-kawan dia ramai yang balik. tambang pulak boleh tahan la... 2k! next week dah nak balik Jepun semula. rupa-rupanya... dah lama dia balik Malaysia ni. huhuhu...

my MIL datang nak tengok cucu-cucu dia. dah lama tak tengok. and Anis pulak dah 6 bulan lebih and dah recognized muka orang. menangis jugak la. ngeee... Alya macam biasa la. belum panas enjin dia, bukan dia nak sangat dengan orang. kalau dah lama memang dia tanpa segan silu akan pergi bercerita dengan orang tu.

apa pun... thanks Mie for coming... my sis and bros -in-laws too... nak bawak Anis berjalan-jalan sangat pun belum boleh lagi. but she's doing fine now... harap-harap, atas izin dan doa, Anis and Alya membesar kuat dan sihat hendaknya... Amin!!!

Anis memang pantang ada benda dekat mulut...
semua nak dimakannya...

sedap ni bu!!! huhu...

25 March 2010

Cheese and herbs+Makaroni goreng my style!!!

Hari tu rasa macam teringin sangat nak makan makaroni. Tapi makaroni and cheese macam Kenny Rogers (KR) punya tu la. KFC punya tak rasa macam KR tapi boleh la untuk legakan tekak sekejap. Kat sini mana ada KR. Kalau nak makan KR kena drive jauh la. pergi balik makan la sejam lebih. Huhu... Bazir masa la pulak kan?

Jadik I asked en.hubby to buy makaroni and Prego dalam tin (color kuning which has the HALAL Malaysia punya simbol. Dulu ada orang beli tak ada tanda HALAL tu), Cheese and herbs! Tak tahulah macam mana rasa Prego tu. Ada cheese, sedaplah agaknya. Janji dapatlah tunaikan selera tekak ni.

Bila dah dapat barang-barang tu, aku pun masaklah. Perh... kuatnya rasa herbs dia! Tapi aku hentam sajalah. Cuma tak boleh makan banyak. Muak! But the next day, aku pedaskan sikit cheese and herbs tu. Alhamdulillah, kurang muaknya.

Ni pulak balance daripada yang aku masak cheese and herbs tu. Aku pun hentam sajalah masak ikut selera and resepi aku sendiri. tumis cili blend sikit (nak pedas tambah lada lagi), sos cili, garam, gula. Pecahkan telur sebiji. And then masukkan sosej. Rasa la. nak tambah sayur boleh jugak. Lastly, masukkan makaroni yang dah siap ditos lepas rebus sampai empuk... wah, empuk ke? Sampai lembut daa...

ni lah hasilnya... siap untuk di makan...

nyum..nyum..nyum...

Nak lagi sedap, tabur la keju parut masa tengah panas tu. Bagi keju tu cair. Perh... sedap gila! Sampai tak cukup dibuatnya. Hahaha...

burpp!!! opss.. sori... hehehe...

24 March 2010

Bila Anis sakit lagi...

Cik Anis ni macam kakak dia jugak. dekat-dekat nak gi klinik untuk monthly check up je... sakit! kali ni flu+cough yang mana buatkan dia muntah. 1st time jadik macam ni before dia admitted to ICU pasal Anis kena pneumonia. bila jadik lagi macam ni... risau jugak! after minum susu, dia akan batuk and itu akan sebabkan dia muntah. keluar la lendir+kahak segala. sepatutnya, entri ni aku posted semalam. tapi Anis meragam sikit, tak boleh nak buat apa dah. aku sempat taip sikit je. walaupun post today, ia tetap entri semalam. ngeee...

disebabkan condition Anis yang tak berapa nak lena tidur malam tu, we've decided to bawak dia jumpa doc. so, ke OPDlah kami. lagi pulak dengan sejarah dia yang ada pneumonia tu... risau bergandalah. tapi dia still aktif. cuma tak berapa nak makan je la. yang lain-lain ok. cuma a bit susah nak bernafas sebab flu dia tu.

mesin yang digunakan. sama macam yang dia guna dulu...

relax jer sedut gas..

bawak ke OPD bukan jumpa doc pun tapi MA yang handle sebab doc tak ada. and the MA tu 'lembut' sangat orangnya. huhuhu... dia checked, dia kata banyak kahak. so, dia sent ke bilik 8 untuk sedut gas. nak cairkan kahak. bukan sedut kahak yang macam biasa tu. yang masuk tiub. bukan... kalau yang tu sakit. even the MAs pun kata sakit. orang tua pun tak tahan. habis tu macam mana??? MA tu kata kalau still tak ok baru dia fikirkan untuk sedut cara tu.

kena pujuk-pujuk sikit sebab bila dah lama sangat...
Anis mula bosan and nak mengamuk...

dipujuk Abahnya dengan zikir dan bacaan Al-Fatihah...

Anis sampai terlelap kejap menyedut gas tu lama sangat. dulu masa dia sedut gas ni, dia baru 2 bulan lebih and tidur je sepanjang proses tu. kali ni dia wide awake and nak terlelap pulak lepas tu. bosan lama sangat dengan mask tu, dia mula nak mengamuk. memang menamuk la kejap before abahnya pujuk dengan ayat-ayat suci al-Quran.

dah settle seme, MA tu checked sekali lagi. dia cakap, setakat ni dah ok la. tapi pantau la dia for 3-4 days. kalau a heavy or fast breathing, bawak terus ke emergency room sebab katanya tak boleh nak jangka jugak. especially Anis ada sejarah pneumonia. so, me as her mother akan memantaulah keadaan Anis ni.

MA tu provided ubat untuk lelah, cairkan kahak and antibiotik (macam biasa... yang ni lah ubat paling susah nak makan sebab tak sedap! huhu..). and balik je rumah terus bagi Anis makan ubat.

"bilalah nak habis sedut gas ni? bosan dah ni!"
mungkin tu lah kata hati si kecik ni...

and sepanjang malam tadi, she's doing ok. tidur pun lena as compared to the previous night. alhamdulillah... hopefully, dia akan recover cepat. and sepanjang aku menaip pagi ni... Anis tak bangun pun lagi. hehehe...

23 March 2010

Alya roasted!!! Nak cuba???

Adoiii la...!!! Ni kisah si Alya dan sepupunya, Amirul. Both of them lahir tahun sama tapi beza bulan je. Alya bulan 2 and Amirul ni bulan 9. Ada masa, dia orang baik bukan main lagi. Kalau kena time bergaduh... huh!!!

Dia orang ni macam kembar la. kalau minggu ni minggu kemenangan Amirul (yang mana, this boy akan memukul or buat apa-apa je la kat Alya), next week turn Alya pulak (time ni Alya akan gigit or cubit mamat kecik ni...). Tapi Alya pandai. Dia mengaku kalau dia buat.

“Siapa buat Iyul nangis ni?” Ni kalau ibu saudara or datuknya or abahnya yang tanya.
Alya akan jawab: “Alya.”
“Kenapa buat Iyul?”
“Alya buat cikit je.” Tu la jawapan dia selalu bagi.
Kalau tak pun, lepas dia gigit ke cubit ke... and mamat kecik tu menangis, dia akan pujuklah. “Alah, sikit je! Sikit je! Dah! Dah!” Nak buat macam mana kan? Huhu...

Ni minggu dia mengemas dapur. Bukan mengemas ni. Tapi lebih pada nak panggang diri sendiri. masing-masing ambik loyang aka bekas kuih yang ada kat dapur tu and duduk di dalamnya. Macam ni la jadiknya budak dua orang ni. Masuk dalam avon boleh la jadik Alya roasted!!! Aduhai anak...!!!
jap lagi kena bakar la si kecik dua orang ni...huhu..

Alya roasted for sale! anyone???

22 March 2010

Bila si kecil membantu ibu!!! Hmmm...

Ini Alya. Umurnya 2 tahun 24 (13 Mac 2010) hari. Makcik kecik ni memang rajin la. anak manja Abah ni. Time aku tengah cuci sotong, dia pun ada sama. Nak main air je lebih ni. Sambil-sambil tu tolong menyibuk...

“Apa ni bu?” Alya bertanya.
“Apa ni?” Aku tanya dia balik.
“Udanglah!” Jawab si kecik ni.
“Bukan udanglah. Sotong!”
“Sotong apa ni?”
“Sotong nak masaklah.”


And the conversation went on... tapi dalam pada tu tangan dia capai sekor sotong. Dia tengok macam mana aku cuci, dia pun nak cuci jugak. In the end, hampir lunyai sotong tu di‘kerja’kannya.

cucilah Sayang! kasi putih sotong tu ek?! hehehe..

Aku nak cuci, dia pun sama nak cuci. Geram jugak tapi aku tahu dia pun tengah belajar something. Geram bukan apa... air sotong tu kan ke hanyir. Silap-silap boleh menyebabkan kulit dia gatal sebab kulit makcik kecik ni sensitif sikit. Tapi dah dia nak sangat menolong, biarkanlah.

sotong kedua yang dicuci Alya

Tak elok menyekat perkembangan budak-budak kan? Especially this kinda age. Masa ni perkembangan dia tengah pesat. They learn and they adapt and also imitate. Alya is a fast learner. Kalau bawak berjalan, orang akan tanya umur dia. Makcik ni kecik je orangnya. Tapi mulut bukan main lagi... Huhu...

Bila anak-anak nak belajar sesuatu jangan kita sekat kreativiti mereka. Lainlah kalau apa yang dia orang buat tu membahayakan diri sendiri. tu kena fikir sendirilah. Selagi tidak membahayakan, then let them be tapi still have to look after them. Kids at this age love to ask questions... jadik jawab sajalah ye...

main air la paling si kecik ni suke...

Parents... enjoy kan watching anak-anak membesar depan mata?!

21 March 2010

Ada baiknya jugak tak ada internet!!!

Entri menyejukkan hati ke ni? Tak lah. Tak ada maknanya nak sejuk-sejukkan hati. Tapi bila tengok daripada positive side, ada internet ni bagus la jugak. My passion for writing kan dah lama ter’stop. Ye la... dok layan ke FB lama sangat. Kadang-kadang tu online je tapi bukan buat apa-apa pun.

Main games (which I’ve managed to stop playing... finally!!!) la selalunya. Bukak FB je main game. Bukannya nak tengok status ke or checked profile or messages tapi MAIN GAME. Huhu... Bila tak main game macam teringat-ingat pulak apa jadik kat my fish, cats and petville tu. Tak bagi makan, mati pulak nanti.

Addicted ke? Mungkin jugak la kot. Tapi after jual ikan-ikan yang ada (kucing-kucing tu tak sempat nak jual lagi, my modem buat hal dulu. Huhu...), rasalah lega sikit. Dah tak kisah sangatlah dengan games tu. Tak main pun tak apa.

Now, I’ve started writing again. Dah boleh meneruskan membuat novel yang tergendala daripada tahun lepas lagi tu. For the time being, novel dewasa tu aku berhenti kejap.tapi kalau mood baik, aku sambung jugak taip. Ni tengah buat buku cerita kanak-kanak. Idea pun tengah banyak.

Cuma kekangan daripada segi masa la. anak-anak tengah membesar ni need more attention. Especially kalau a fulltime mother. Nampak macam remeh je kan tapi lagi besar tanggungjawab jadik fulltime mother yang mana bukan semua orang sanggup pikul. Huhu...

Tapi aku try jugak la curik-curik masa. Bila the kids tidur and aku tak mengantuk sangat or the father tak kisah kalau tak dilayan, then okaylah. Kalau kena time the father pun sama naik dengan anak-anak (bila sakit, dia nak dilayan lebih sikitlah. Manja. Mengalahkan anak-anak. Ngeee...), memang tak boleh buat apalah. But then, be happy dengan apa yang kita ada kan??? Anugerah Allah yang mana bukan semua orang boleh dapat. Betul tak??? Hehehe...
Okaylah... Me want to start typing my story. See you later alligator...

A friend's wedding...

To Ahmad Sapawie bin Rokman dan pasangannya, Nor Shafinaz bt. Hj. Mohd. Tohah yang telah selamat melafazkan ikrar, ijab dan kabul untuk sehidup semati pada tanggal 6 Mac 2010 dan majlis sambut menantunya pada 14 Mac 2010... kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga bahagia ke akhir hayat dan tabah menghadapi hidup berumahtangga yang penuh dugaan berserta cabaran.

Kami sekeluarga memohon beribu kemaafan kerana tidak dapat menghadiri majlis menyambut menantu di Gambang. Bukan malas nak pergi ye... tapi ada aral lain yang melintang. En. Hubby saya ni tak sihat. Macam manalah nak berjalan-jalan. Sedangkan nak melayan karenah anak manja dia pun dia tak larat, ni kan pulak nak berkejar-kejaran dengan si Alya tu nanti. Huhu...

Kami ni teringin sangat nak pergi. Berharap sangatlah dapat pergi sebenarnya. Tapi kuasa Allah ni siapalah yang tahu. kita pun cuma merancang tapi yang menentukan pun DIAlah. Dah berminggu-minggu sakitnya. Mungkin kesan supplement yang dia ambik tu. Tekananlah, anginlah... semua penyakit keluar. Sampai tak boleh nak tidur malam.

old time memory...huhu...

Akak ni dik, excited... teruja nak pergi! Yelah... kita kawan pun dah lama. You’ve helped me a lot. So, I’m looking forward for this day. Tapi tu la... tak boleh buat apalah kalau kami diuji begini. Tak boleh nak pergi jugak walaupun hati tu teringin sangatlah nak ke sana berjumpa dengan pengantin yang masih baru-baru gitu!!! Apa pun, kami tetap berharap agar kita boleh berjumpa lagi walaupun ekau dah kahwin. Friendship remains... Hope the best to both of you...

Take care little bro...

Hari ke-5 yang me‘nension’kan! Betul ke?

hari ni genaplah 5 days without the internet. and my blog pun dah tak update for 5 days. my hubby kata, “Ayang macam cacing kepanasan tak ada internet.” aku dengan baik hatinya menjawab, “Tak ada msalah pun tak ada internet. Cukup masa bila sampai je bil, bayar jelah.” huhu... and my hubby said, “Macam marah je...!”

and his wife ni dengan santunnya berkata, “Tak adalah. Benda betul kan?” begituah ceritanya hari ni. setelah 5 hari tanpa internet, kehidupan kami masih macam biasa. macam sebelum kami decided nak ada internet.

tapi yang buat bengang sikit tu sebab tak tahu kat mana silapnya. sama ada modem, line ataupun cik lappy kami ni. kalau tahu mungkinlah perasaan aku ni di tahap biasa-biasa je. dah tukar modem pun sama jugak masalahnya. ni lah yang buat perasaan jadik lagi terbakar hangus ni.

rasa nak campak modem pun ada, nak ketuk-ketuk simkad pun ada. macam-macam adalah... ini bukan lagi tension tahap gaban tapi tahap apa pun tak tahulah... l epas ni, nak carik sebab kenapa.... dan kenapa... KENAPA!!!


Line oh line di manakah kau berada??

hari ni dah hari keberapa entah aku tak dapat nak online. apalah nak jadik dengan internetku ini. semalam called service center. kononnya kalau modem yang jam, we still can use the phone as a modem. boleh berinternet la maknanya. my phone tu kan boleh digunakan sebagai modem as well. bila dah setup semua (mengikut kata customer service tu la...), tried connect tapi tak boleh. dia cakap try lagi and we’ve tried tapi still facing with the same problem.

so, the guy kata... supposed dah ok. Setting dah ok and it shouldn’t be a problem for you to connect to the internet. tapi tu la masalahnya. still tak boleh nak connect. error apa entah. lastly, the guy said... ni mungkin line yang ada problem. isk...isk..isk... sia-sialah bayar bil kalau macam ni la servicenya. guna kejap-kejap je. tapi jammednya sampai berhari-hari. nak kena tukar jugak nampaknya ni... tunggu sajalah!!! or POTONG SAJALAH??? Huhuhu...

Tension tahap gaban!!!


dah berapa hari dah tak boleh nak online. tak boleh nak update blog as well. tak tahulah mana yang silap.modem broadband ni ke or lappy ni or the line itself. cukup 2-3 hari guna, jammed la internet ni. ikut rasa, nak je masukkan streamyx. hati pun tak sakit sebab according to the brother yang jadik agent ‘biru’ ni, streamyx adalah yang terbaik. bukan terbalik. tapi masalah lain streamyx ni, ‘orang-orang’ yang nak masukkan line tu ke rumah.

my friend, dah berbulan applied tapi streamyx mahupun orang-orangan tu tak jugak kunjung-kunjung tiba. mungkin dia rasa my friend punya house tu tak best kot. tu pasal dia malas nak pergi rumah dia untuk masukkan line. tapi ‘encik-encik’... we pay for the service la. Ingat tak bayar ke? mana ada free ‘encik’ zaman sekarang ni. semua bayar tahu. kalau bayar baik pun, ada masa service macam tot... tot... jugak. betul apa!!!

cantik jugak sony ericsson ni kan? huhu..

so, me had to write everything yang aku rasa here before sending both the lappy and the modem to kedai komputer. jangan lama-lama kat kedai ha... nanti satu apa pun tak jadik. huhu... if using modem broadband, what kinda of modem yang paling bagus? me now using Huawei E220. any suggestions??? or is it better untuk masukkan streamyx je at home??? tapi kalau nak berjalan-jalan nanti susah jugak. kalau wifi ada ok la. tapi kalau tak ada? tak berinternet lagilah kami. waaa...waaa...waaa...

macam ni la rupa bentuk huawei e220 yang tak tahu apa 'sakit'nya tu...

1st giveaway...


Aku tertarik bangat dengan set berkilau ni yang aku namakan ‘LOVE AT 1st SIGHT’ bersempena dengan anjuran pertama ....... Cantik, indah, mempersona. Tambahan bila digayakan oleh si pemakai. Bergaya sakan ko!

Kena pulak dengan baju yang sesuai... mantap gitu!!! Memang akan memukau pandangan dan membuatkan hati lagi teruja. Masa tu boleh la show off kat husband. “I’ve got a pair of these. Cantik tak Yang?”. Suami tentulah suka dan gembira dan teruja sama bila isterinya cantik, kan Yang kan??? Huhu...

Perhiasan yang cantik, tidak kiralah digayakan oleh si cantik mahupun si kurang mempersona, akan mendorong seseorang itu untuk menyerlah dalam penampilannya. Terdorong oleh sesuatu yang cantik, kita akan berasaan diri kita juga cantik. Terima kasih ...... atas kilauan kecantikan perhiasan anda!

06 March 2010

Yang indah itu merbahaya...

these are the pics of the mosques yang ada kat dunia ni. walaupun bukan kesemuanya tapi ini adalah sebahagian daripadanya. cantik? yang cantik itulah cukup merbahaya. sekadar cantik tapi tak dikunjungi pun tak boleh jugak kan? kena seiring dan sejalan. tapi kalau dah akhir-akhir zaman ni, masjid dah jadi monumen perhiasan...

yang ni masjid kat Spain

ini pulak kat Kashmir, India

Lahore, Pakistan

Istanbul, Iran

yang ni pun kat Iran jugak

this one from Ghana

ini masjid kat France

this belongs to Egypt

kesenian milik Dubai

ini kat Dhaka, Bangladesh

beautiful mosque from Brunei

ini Afghanistan yang punya

yang ni letaknya di Malaysia... Kota Kinabalu

last but not least... yang indah ini letaknya di...
Kuala Terengganu.
Masjid Kristal...

cantik-cantik hasil binaan manusia ni. tapi sejauh mana kita manfaatkan kesenian ciptaan manusia ni. bukan ke masjid dibina untuk beribadah? tujuan binaan cantik ni pun untuk menyenangkan jemaah. tapi ada jugak yang jadikkannya salah satu pusat pelancongan. itu pun tak salah. mana tahu bila tengok masjid-masjid ni hati terbuka untuk convert to Islam kan???

kitalah yang seharusnya memanfaatkan masjid kan? apa pun semua tu terpulang pada diri sendiri. tepuk dada dan tanya hati...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign