✿ Rumah SalYa ✿: February 2010

Fresh from the owner...

25 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 6~

“Saya pernah berniat ayah. Saya nak ayah hidup senang. Walaupun gaji saya tak seberapa, saya cuba lakukan yang terbaik untuk ayah. Saya ada menyimpan sikit. Tak banyak. Tapi cukuplah untuk saya hantar ayah mengerjakan haji. Saya memang berniat nak hantar ayah ke Mekah. Segala-galanya saya dah uruskan. Insya-Allah... ayah akan jejakkan kaki ke sana tahun ni. Rancangan ayah takkan berubah sikit pun.”

Ayah memandangnya lama. Keharuan terserlah melalui kedut-kedut di mukanya itu. Dan rasa bahagia menyelinap ke dalam hatinya saat ayah memeluknya erat. Dia tahu ayah cukup gembira. Dalam hatinya berbunga riang. Tidak pernah dia rasa sebahagia dan segembira ini. Sukar untuk diucapkan apa yang dirasainya ketika ini. Semuanya kelihatan indah belaka.

“Kamu memang anak yang baik Wafri. Sejak dulu sampai sekarang, kamu selalu dulukan ayah dalam semua hal. Walaupun kamu bukan anak kandung ayah tapi ayah cukup sayang dengan kamu. Kamu memang anak yang menyenangkan. Menyejukkan hati orang tua. Bertuah ayah sebab dapat anak macam kamu. Kenapalah Hisyam tak macam kamu?”

Setitis airmata tua itu mengalir ke pipi. Wafri tersentak. “Saya yang bertuah sebab dapat ayah dengan ibu. Kalau tak kerana ayah dengan ibu, entah apalah akan jadi dengan saya sekarang. Saya tahu apa yang Hisyam dah buat. Sekarang ni... saya nak ayah bersedia saja. Jangan fikirkan hal-hal lain. Ingat fasal haji saja. Keinginan ayah akan tertunai. Saya cukup yakin dengan itu.” Ayah tersenyum lagi.

Sememangnya impian ayah untuk menunaikan haji termakbul juga. Ayah sudah siap menjalani kursus haji yang telah ditetapkan. Malahan persiapan ayah untuk ke sana juga telah tersedia. Gembira tak terkata mereka adik-beradik bila impian ayah yang satu itu akan terlaksana.

Cuma Hisyam saja yang tidak ambil peduli. Bukan tidak diberitahu. Tapi Hisyam lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Biarlah apa pun yang ingin dilakukan Hisyam. Apa yang pasti, ayah akan ke tanah suci. Itu yang lebih penting dari memikirkan hal Si Hisyam.

Malahan bila ayah akan berangkat ke tanah suci juga sudah disampaikan kepada Hisyam. Nampaknya dia lebih mementingkan bisnesnya dari ayah. Hisyam tidak muncul juga di saat semua adik-beradik berkumpul di lapangan terbang. Mengucapkan salam terakhir buat ayah. Hisyam sudah menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Terpulanglah. Jangan dia menyesal di kemudian hari, sudah.

To be continued...

2nd appointment Anis di HTAA

yesterday Anis punya 2nd appointment dengan Klinik Pediatrik kat HTAA pasal kes pneumonia dia tu la. yesterday jugak dia kena x-ray sbb doc nak tengok perkembangan lungs dia. she's doing great and the flu baru je baik a few days before pergi check up. kami bertolak dari rumah awal sebab dah tau, sangat susah nak dapat parking kalau sampai lambat. memang susah gila nak dapat parking and kami main pusing-pusing 2-3 kali jugak before dapat parking. jenuh!!! hampir sejam jugak la nak carik parking je.

ni on the way nak ke HTAA...
Me with the kids di awal pagi yang agak panas...

sampai-sampai je kat HTAA, parking memang dah penuh. sampai kat luar pun orang parking jugak sebab tak ada tempat. and we decided then, to have our breakfast 1st. kebetulan, perut pun a bit lapar and the father tak boleh tak makan. hypo nanti. huhu...

Alya kat kedai makan ok je sampai la sorang pelayan ni tegur dia. si kakak ni boleh dilihat tapi tak boleh sentuh and tegur dia. takut dengan orang sikit yang bermaksud bagus sebab kalau tak takut dengan orang, macam-macam boleh jadi kan? zaman sekarang ni bukan macam zaman kita-kita dulu.

breakfast and macam biasa la jugak..
abah cuba pujuk anak manjanya itu...

after makan segala, we went back to the hospital dan pencarian parking pun berlakulah. memang hospital ni kena buat kat tempat lain la. susah kalau tak ada parking. nak buat macam mr. bean karang, kejam la pulak. kalau la kereta boleh parking atas kereta orang lain, sure kami buat punya. bila sampai je kat depan klinik, orang tengah ramai. appointment Anis pukul 11.30am. time ni baru pukul 11am. lepas letak kad appointment, tunggu la kejap. bagi Anis susu and borak-borak dengan mothers yang ada dalam tu.

depan Klinik Pediatrik...
kat dalam sementara menunggu turn...

kebanyakkan kes yang dirujuk ke pediatrik ni sama ada jaundice ataupun premature babies. nak check perkembangan babies la tu. biasa tanya-tanya the mothers apa sakit anak, itulah jawapan yang dia orang bagi. ada la jugak kes lain. tapi tak jumpa lagi mothers yang bagi jawapan selain daripada dua tu. bila dia orang tanya, aku bagitau la pasal Anis pernah warded dalam ICU and kena pneumonia. dia orang akan tanya macam mana kena. apa pneumonia tu. mothers talk!!! hehehe...

lepas timbang berat, ukur panjang and ukur lilit kepala, kami ke bilik x-ray. kat belakang je. nombor untuk jumpa doc the nurses akan bagi kemudian. kami pun ke bilik x-ray. masa tu nombor yang masuk... 1034. kami dapat 1044. jauhnya perjalanan. dekat 45 minit jugaklah menunggu our turn sampai Alya pun dah mengamuk-ngamuk. bosan lama sangat. x-raynya kejap je.

before we left the x-ray's room lepas dapat film tu, ada this 1 mother. dia bawak baby kecik. mungkin nak x-ray jugak kot. masa tu dah dekat pukul 1. receptionist kata, "Datang pukul dua nanti. Sekarang ni time rehat!". apalah salahnya untuk dia buat x-ray pun. orang pun tak ramai masa tu. nak menunggu sejam lagi??? huhu... berpeluh jugaklah...

menunggu pulak kat bilik x-ray...
masa ni nombor 1034 ye...
Alya senyum bahagia lepas tumpahkan air milo atas gaun dia ni...
huhu...
Anis macam biasa je la...
happy manjang... tunggu turn nak di x-ray

dah dapat x-ray, kena la patah balik ke Klinik Pediatrik tu. by that time, orang pun dah tak ramai. klinik tutup around 12.45 berdasarkan kertas yang tertulis kat pintu masuk. dah bagi x-ray kat nurse, ambil nombor and tunggu lagi. turn kami dah lepas. nombornya ye pak 2013. masa tu yang dipanggil masuk, 2028. dalam 3 minit menunggu, nombor kami pun dipanggil. and the doc yang checked Anis was the same doc yang turut merawatnya masa admitted dalam ICU.

dia tanya basic questions... ada sakit? demam? sesak nafas? minum susu okay? dah jawab soalan-soalan dia... he said, berdasarkan x-ray yang baru buat tu... Anis punya lungs dah okay. tak macam masa dia mula-mula admitted. getting better day by day. aku pun ambil kesempatan tanya pasal tangan dia yang biru kalau pegang lama sikit. and he said:

"Saya ingat lagi kes dia ni. The chubby girl yang susah nak cari urat. Sampai terpaksa nak cukur rambut. Salur darah dia tersumbat sebab tu tangan dia biru!"

walaupun ada keinginan nak tanya pasal echo sound yang dia orang kata nak buat... tapi aku pikir-pikir balik, tak apalah. if anything happens, i will blame the docs. hohoho... boleh gitu? and Anis sepanjang checked up very-very the active one. semua nak masuk mulut. doc bagi pen, mainan. favorite dia la masukkan barang dalam mulut. cuma doc kata jangan bawak pergi vacation lagi la sebab dia dalam proses baikpulih...

dah siap semua tu, dia bagi pulak appointment lagi empat bulan. nak tengok progression dia. doc kata takut-takut ada efek pada brain. so far, condition dia okay. jumpa lagi bulan 6 la ye doc. itu pun kalau saya dapat jumpa doc yang sama lagi...

and that's it... the journey of Anis sepanjang buat checkesd up semalam... huhu...

si bulat saya yang makin sihat...
alhamdulillah...

23 February 2010

Wedding 1 Malaysia....

The father cuba pujuk anaknya yang nak main kejar-kejar dalam dewan...

Terpaksa ikut anaknya ke mana je dia pergi...

"Abah kata jangan berlari kan? Dengar tak dengar ni?"

Banting pengantin yang tergantung kat luar dewan konvensyen...

Last Saturday aku ke Dewan Konvensyen. Ada Wedding kat situ. Orang area-area rumah aku ni jugak. Akad nikah malam tu. The food were great tapi aku tak sempat nak makan mana pasal my kiddo yang kecik tu menangis kat rumah. Sebab rumah dekat, ayah aku suruh tinggalkan and he will look after her.

Tapi tak tau la nape malam tu dia nangis. Nasib baik jugak dekat rumahnya. Jalan kaki je. Kebetulan my father tak pegi majlis tu sebab lutut dia sakit. Tak boleh nak stand lama. Dengar kata je si kecik tu menangis, tanpa sempat habiskan makanan, aku and hubby bergegas balik rumah. Adoi la si kecik...!!!

Kenapa aku kata Wedding 1 Malaysia??? Malay, Chinese & Indian ada dalam wedding ni. The girl, mix... Malay & Chinese. And the husband Indian. Convert la. Jadik sebelah father dia chinese. Sebelah mak, melayu. And husband dia, India. Memang semua tu ada. Ramai. Macam-macam ada. Meriah dengan pelbagai bangsa. Kalau dia dapat anak nak panggil apa??? Huhu...

Nanti aku cite lagi pasal wedding ni ek.. wedding 1 Malaysia. Muahaha...
Dan inilah kami... sempat lagi bergambar before balik...

p/s: the car yang kat belakang tu bukan ours... belum tahap mampu lagi nak pakai kereta macam tu. tapi kalau ada rezeki InsyaAllah... huhu...

Apabila modemku meragam...

Dah berapa hari aku tak update dis blog. Nak kata busy tu tak la jugak. Tapi something happened to my modem. Broadband ni kadang-kadang tu sengal tahap gaban. My hubby pun tak dapek nak online dan meneruskan keje dia for a few days. Sian jugak. Ni kira boleh tahan la ni. Modem ni kadang-kadang offline aku secara tiba-tiba. Meaning... dah ada benda tak kena la dalam tu. Ni pulak modem sendiri. Kalau modem dari celco mungkin boleh tukar kot.

Tapi pakai stick tak berapa bagus katanya. Mudah terbakar. Ni pakai wayar. Especially kalau lama online memang mudah sangatlah rosak. My hubby macam ada plan nak guna streamyx. Tapi macam my friend ni, "Dah berapa bulan yang streamyx tak masuk lagi kat rumah???" Hoho... Sian dia. Kalau orang tu datang, kasi karate sama dia. Nanti kalau berpantang, taklah bosan sangat sebab boleh jugak la online. Kan? Kan? Kan?

Draft banyak ni. Tapi nak taip and post them kena pikir-pikir jugak. Kalau tak, tengah-tengah taip macam ni, dia hilang entah ke mana. Sudahnya, aku jugak yang geram sendiri. Modem oh modem... apa la yang tak kena ni. Esok nak pegi Kuantan, mungkin aku akan ke kedai komputer. Untuk apa???

Lu pikirlah sendiri.. Ngeeee...

19 February 2010

Blog oh blog...

Dah berapa hari tak update blog??? Bukan tak rajin tapi ada kerja sikit sampai tak sempat nak update. Lagi pulak, si kecik 2 orang ni bangun awal. Pukul 5.30am pun dah bangun kadang-kadang tu. Baru nak taip 2-3 patah perkataan, dah kena tengok dia orang. Huhu..

Tapi aku dah huat draft sikit. Cuma nak add more stories to it. Hohoho.. Apa pun, tugas jadik ibu is not that easy walaupun orang kata or nampak mudah. Try la jadik ibu. Tengok apa jadik. Ngee.. Well, signing off for the time being...

Love ya!!

17 February 2010

Happy Birthday Alya!!! Turning 2 this year...

Kek Alya dis year...

Alya turning 2 tepat kul 3.06 pm. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar dah dua tahun pun si minah kecik ni. And mulutnya pun makin hari makin petah bercakap. pantang dengar orang bercakap, dia mesti nak bercakap jugak. Like the father I guess. Pandai ambil hati orang jugak budak ni. Huhu..

Bila dah nyalakan lilin...
Tahun ni pilih HELLO KITTY sebab
kek pic kartun dah habis...
Alya excited nak blow the candles...
Bab-bab meniup ni memang Alya suka. Sampai
4-5 kali la nyalakan lilin sebab dia suka sangat tiup...

Itu la cerita si Alya. And the cake dibeli di 1000 Taste. Nak beli cheese cake takut ada budak-budak tak makan. Alya pilih choc moist cake tapi aku tak beli. Macam last year punya cake je. End up, aku pilih yang ni je. Tapi si budak kedai yang tulis atas kek ni pun sengal jugak. Tulisannya a bit tak cantik and nama tu dia tulis kecik je. Apa da..

Tapi sebab cake tu pun beli last minute je, nak marah pun tak guna. Next year, kita tempah kek awal sikit ek Alya. Love ya so veryyy much.. muahhsss!!!

Alahai mengantuknya!!!

Anis woke up so early la today. At 4am. Lemas hidung and tak selesa... ngatal ke apa tak tahu la. Dari semalam I noticed dia mengamuk je tapi baby, dia tak boleh bagitau apa yang dia rasa. And as her parent, kita la kena figure it out why she behave like that. Apalah yang tak kena dengan Cik Anis Insyirah ni. The day before kakaknya mengamuk. Today, adiknya pulak. Take turn la korang ni.

And Anis tidur semula around 6am. Tu pun dah puas ngamuk. Lastly, dia tidur atas bahu aku. Thought of having a nap after she has fallen asleep. Tapi tu tak bisa terjadi. Kakaknya pulak bangun. Memang take turn la korang ni. Aduhai...!!! Anak-anak ibu la... Tak apalah,Janji korang tak menangis. Kalau tak lagi 'hangin' aku dibuatnya nanti.

Memang hangin la aku kejap tadi. Mengamuk pulak si Alya ni. Awal-awal pagi dah mengamuk. Ibu dia ni dah la sakit kepala sebab ngantuk. And dia pulak meragam di pagi hari ni. Nak bagi makan kucing-kucing pun kureng senang sikit. Alya semenjak dua menjak ni je meragam. Started masa dia demam tu hari la. Tapi bab-bab tak nak abah tu biasa. Dia bukan nak dengan abah dia pepagi. Tak kira la masa sihat ke tak. Memang dah itu fiilnya.

Aku ni pulak.. kalau tidur tak cukup sikit mula la. Kepala pun start pening-pening. Kadang-kadang tu buat-buat tak tahu je walaupun mengantuk ke pening ke. Huhu... Kena sign off dulu. Sama sibuk Alya ni menaip. Aku taip sikit je. Dia yang taip lebih-lebih...

15 February 2010

Aduhai...

Alya mengamuk pulak malam ni. Entah apa yang dia nak aku pun tak tahulah. Letih dibuatnya. Tapi dah namanya anak-anak. Like it or not they are your kids, am I right??? So bear with it la. Aku tak ada la nak komplen apa-apa pun pasal Alya tu. Cuma tu lah... nak masuk dua tahun ni mengamuk sakan pulak dia.

Nak taip lebih-lebih pun tak boleh jugak. Nanti tengah-tengah taip ni dia bangun, mengamuk lagi langsung tak boleh nak shutdown lappy. Besides, I think my master want to use this lappy la. Sesaja je aku buat-buat lambat bagi dia tunggu. Tak baik kan buat macam tu kat orang.

Apa pun, kalau Alya mengamuk lagi, aku kena sabar banyak la. Dengan attitude aku yang kadang-kadang betul tak betul and kinda tak berapa bagus ni susah jugak. Anak-anak... memang macam tu la. Huhu... Makin besar makin menjadi pulak la angin si minah kecik ni..

I don't complaint!!! Besides, I love them so veryyyy much... You can use your lappy now dear hub... I'm signing off for tonight... Night2.. Sweet dreams... Hope the little bugs don't bite...

14 February 2010

What is so special today???

Ni entry yang dah berapa hari tertangguh nak tulis. What is so special today??? Apa yang istimewanya V day bagi kita? Pada aku tak ada apa pun. Macam biasa jugak. Tak ada maknanya nak celebrate-celebrate V day ni. Kita bukan dapat apa pun daripada hari ni. Dapat dosa lagi ada la. Betul tak?

V day sebenarnya hari memperingati kematian Paderi Valentine. Tu la yang kita bangga-banggakan sangat dengan V day tu. Bukan kita secara total... tapi kebanyakkan muda-mudi la. Mesti ke ada just 1 day untuk berkasih sayang? Habis hari-hari lain tu untuk apa? Berperang? Mungkin jugak la kot.

I read in the newspaper pasal V day ni. The fact is that Paderi Valentine tu sebenarnya telah menjatuhkan Islam pada tarikh 14 Februari tu. Meaning is that, sesiapa yang meraikannya secara tak langsung turut sama meraikannya. And it stated there... fatwa dikeluarkan mengatakan haram celebrate V day. HARAM okay!!!

Pada pasangan yang selalu berantakan tu kena la ada 1 special day untuk celebrate dan memupukkan rasa kasih sayang yang dah makin pudar or mungkin dah tak ada langsung... Huhu... Penyelesaian ada pada diri masing-masing. Kadang-kadang terlebih ego pun susah jugak. Sikit ego pun sama susah jugak. Hmmm... Fikir-fikirkanlah!!!

12 February 2010

Dunia oh dunia...

Aku tengok MHI pagi ni. They talked about buang bayi. Betul la manusia sekarang ni dah hilang sifat keperimanusiaan. Mana taknya, baby yang tak tahu apa-apa tu dia orang main buang macam tu je. Macam sampah je. Ingat baby tu tak tuntut ke kat akhirat nanti atas apa yang dia orang dah buat???

Atas dunia mungkin la dia orang tak rasa tapi kalau dah sampai ke tempat yang abadi nanti, menyesal pun dah tak ada guna kan? Ingat senang ke nak dapat anak? Pada yang senang tu, alhamdulillah. Tapi ada orang lain yang bukan main susah lagi nak dapat.

Ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun. Ada yang sampai ke tua tak dapat. Ada jugak yang terpaksa ambik anak angkat. Harap-harap benda ni tak berlarutan la. Especially nak dekat dengan V day ni. Makin ramailah yang akan terjebak.

Dulu buang-buang bayi ni dah senyap kejap. Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak. Insaflah!!! Kita bukan hidup lama pun kan??? Sedap kejap takkan berkekalan... Sedihnya dengan kehidupan sekarang ni... Huhu...

HAJI UNTUK AYAH ~part 5~

“Ayah beri Along pinjam sebab Along cakap nak pulangkan balik dalam masa seminggu ni. Tapi Nisa tak rasa Along akan pulangkan. Yang lepas-lepas pun Along cakap macam tu juga. Tak ada pun Along pulangkan balik,” Anisah memprotes dalam diam.

“Dah berapa banyak Along guna duit ayah?” dia masih ingin tahu. Masih belum puas mengetahui kebenarannya itu.

“Banyak juga. Tapi yang ni lah paling banyak. Nisa tahu ayah sedih. Walaupun ayah tak tunjuk sangat, tapi Nisa tahu. Bukan senang nak dapat peluang pergi sana. Sudahnya Along hancurkan harapan ayah macam tu saja. Nisa pun tak tahulah. Tak kasihan ke Along tu dengan ayah?” Dia pula mengeluh.

Hisyam... Hisyam... Raya Aidilfitri yang baru lalu pun ayah sambut dengan rasa hiba. Hisyam sudah tiga tahun berjanji untuk pulang berhari raya bersama-sama ayah. Puas ayah menunggu namun kelibatnya tak juga muncuul tiba. Hanya setelah ditelefon barulah Hisyam menyatakan dia tidak dapat pulang kerana si isteri mahu menyambutnya bersama keluarga.

Tidak dapat berpisah lama dari keluarga sendiri katanya. Suami jenis apakah Hisyam? Sekalipun dia bukan anak kandung ayah, tapi dia tetap mahu ayah bahagia. Hidup senang. Melakukan apa saja yang diingininya selagi ada hayat. Dia berusaha keras bagi memastikan impiannya tidak sia-sia.

Dia tidak mahu ayah berasa sunyi tanpa ibu di sisi. Dia mahu melakukan segala-galanya untuk ayah. Dia cukup berpuas hati andainya ayah berasa gembira. Dia sudah cukup terhutang budi dengan ayah kerana menjaganya dengan baik selama 28 tahun ini.

Ayah banyak mengajarnya menjadi manusia. Memberikan pendidikan secukupnya walaupun dia cuma anak angkat. Tapi ayah tetap ayah. Tidak pernah membezakan. Jauh sekali memilih kasih.

“Jadi ke ayah ke Mekah tahun ni? Dari dulu lagi ayah nak ke sana kan? Ayah kata, tahun ni dapatlah ayah pergi. Macam mana? Jadi ke?” sengaja dia bertanya walaupun dia sudah tahu perihal yang sebenarnya.

Ayah terdiam seketika. Senyuman terbit juga di bibir tua itu. “Hmmm... tak jadilah agaknya. Siapa nak jaga Anisah nanti kalau ayah pergi? Lembu-lembu ayah tu pun tak ada orang nak jaga. Susah juga.”

“Anisah kan dah besar. Dah masuk ‘U’ pun ayah. Saya akan tengok-tengokkan dia nanti. Lagipun, adik-beradik yang lain ada. Ayah tak payah risaulah. Lembu-lembu tu pun kita boleh minta orang tolong jagakan.”

“Tak apalah Ri. Tak ada rezeki ayah untuk pergi sana agaknya tahun ni. Insya-Allah, tahun depan bolehlah ayah jejakkan kaki ke rumah suci Allah tu,” dalam maksud yang cuba ayah sampaikan.

Dia cukup memahaminya. Melihat wajah tua ayah membuatkan dia berasa tidak sia-sia berbakti kepadanya. Jernih wajah ayah walaupun seribu kedukaan beraja di hati. Ayah tetap tersenyum walaupun terkilan dengan sikap anak lelaki sulungnya. Ah, ayah!

To be continued...

11 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 4~

"Ada Along balik?” soalan itulah yang ditanyakan kepada Anisah setiap kali dia mendapat peluang untuk pulang ke kampung. Anisah cuma mencebik. Ekspresi wajah yang kurang menyenangkan dan menyatakan segala-galanya walaupun baru satu soalan mengenai Hisyam yang ditanya. Selebihnya, dia tahu sendiri.

“Abang nampak ayah macam susah hati saja. Kenapa Nisa? Ayah ada masalah ke?” Anisah mengeluh perlahan. Si adik merenung tepat ke wajahnya.

“Seminggu lepas, Along ada telefon. Nak pinjam duit dengan ayah. Nak kembangkan bisnes katanya. Abang tahu sajalah ayah. Bukan boleh dengar anak-anak susah sikit. Tak ada duit pun boleh jadi ada duit.” Dia mendengar dengan teliti.

Patutlah wajah ayahnya keruh semacam. Apa nak jadilah dengan Hisyam. Bukan mahu menyenangkan hidup orang tua itu. Menyusahkan lagi adalah. Sakit juga hatinya mendengar cerita Anisah itu.

“Berapa banyak dia nak pinjam?” soalnya dengan perasaan berbaur. Hisyam tidak pernah mahu memikirkan perasaan orang tua sendiri. Kenapa dia tidak meminta dari keluarga mentuanya saja? Kenapa bila mahukan sesuatu, barulah dia ingat akan ayah?

Anisah meneruskan kerja mengemas rumah. Sesekali dia memandang juga wajah si abang. Kenapalah Alongnya tidak sebaik ini. Kenapalah dia dikurniakan dengan abang kandung yang tidak bertimbang rasa seperti itu? Kalau tidak kerana mengenangkan dirinya adik, mahu juga di’sekolah’kan abangnya itu. Geram sungguh dia!

“Nisa...” panggilnya agak kuat bila soalan yang diberi tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

“20 ribu,” ringkas jawapan yang diberi namun cukup untuk membuatkan dia tersedak. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Anisah cuma menjeling.

“Banyak tu... mana ayah dapat duit?” Dia mengurut dada. Cuba meredakan batuk yang masih lagi bersisa.

“Duit yang abang, Angah dan Alang bagi tiap-tiap bulan tu ayah simpan. Kata ayah, dah lama sangat dia pasang angan-angan nak pergi Mekah. Jadi dia simpan duit tu untuk belanja dia ke sana nanti. Duit tu lah yang diberi pada Along. Nampak gayanya tak jadilah ayah ke sana.” Daripada nada suaranya, dia tahu si adik cukup kesal dengan tindakan si abang.

Hisyam seolah-olah menyekat hasrat murni ayah untuk menunaikan haji. Mana mungkin Hisyam tidak tahu tentang keinginan ayah itu sedangkan sejak dari mula lagi ayah sudah menyatakan tentang hasratnya yang satu itu.

Perbuatan Hisyam kali ini dirasakan cukup melampau. Seharusnya Hisyam lebih mementingkan perihal ayah daripada perniagaan yang ingin dikembangkannya. Sudah berjerih orang tua itu membesarkannya, ini pula balasan yang diberikan. Senangkanlah hidup orang tua itu sementara dia masih ada.

Ini tidak. Menyusahkan lagi adalah. Semakin dia tahu tentang kebenaran itu, semakin panas rasa di hati. Hisyam sudah hidup senang. Berkahwin dengan anak oarang kaya, memegang jawatan tinggi di syarikat milik bapa mertuanya.

Tidak bolehkah dia menggunakan akalnya yang panjang itu untuk memikirkan seketika tentang ayah? Tentang tanggungjawabnya yang belum selesai? Kenapa mesti disengsarakan lagi hidup orang tua itu? Sudahlah begitu... bila mahukan sesuatu baru Hisyam rajin menjenguk muka ke kampung. Bermanis mulut dengan ayah. Kalau ayah tidak menuruti permintaannya itu, entah bila lagi dia akan pulang ke kampung. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai Hisyam itu.

Aduh... sakitnya hati hanya Allah yang tahu! Sudah tidak tertahan rasa marahnya terhadap Hisyam. Bukan Hisyam tidak pernah menghulurkan perbelanjaan buat keluarga di kampung. Tapi dia lebih banyak meminta dari menghulurkannya.

Ayah pun lembut hati sangat. Mujur juga adik-adiknya yang bertiga itu tidak menuruti jejak langkah si abang. Lagi derita hati ayah agaknya. Walaupun ada di antara adik-adiknya yang masih belum bekerja, mereka tidak pernah sekalipun melupakan ayah. Mereka masih sedar tanpa ayah dan ibu, tidak akan wujud mereka di muka bumi ini. Adik-adiknya masih tahu diri. Bersyukur benar dia.

To be continued...

When the kids are down with...???

Aku tak sempat nak update blog this past two days. My kids are down with fever. Actually Alya je yang down with fever. Anis sihat-sihat je walaupun flu dia masih ada. Belum hilang lagi. Rasanya dah dekat 2 weeks jugak dia kena flu. Huhu.. Alya kalau demam macam biasa la. Very the meragam. Serba-serbi tak kena. Sabar jelah. Kalau siang boleh tahan lagilah. Tapi kalau malam dia started to meragam, habislah. Kalau demam, usually dia tak berapa mahu dengan abahnya. Siang-siang tu oklah jugak. Dah memang macam tu kot perangai anak-anak ni.

Usually get used to it. Tak apalah kalau kita sakit disebabkan anak-anak pun. We can pretend yang kita sentiasa sihat. Tapi anak-anak kalau dah sakit, apa yang depa tahu??? Meragam jelah. Betul tak??? Semalam bawak Alya ke hospital. Last week baru pergi sana. Last week bawak Anis. Alya pun bawak jugak tapi checked scabs (biji-biji air pada tangan tu or so-called kudis buta. Alya tak sempat jadik kudis pun!) dia. Semalam bawak sebab dia demam and ada biji-biji merah bawah kulit kat telalapak tangan dia.

Takut jugak kalau dia kena denggi. Macam my case masa study dulu la. Ada merah-merah bawah kulit. Bila checked, they suspected denggi. Kena pulak kejap demam, kejap tak. Bila demam datang tu the temperature was very high. Bonda ni berhati walang la kalau ada tanda-tanda gitu.

Tapi susah nak checked sebab bila Alya ni dah pandai sangat cakap, semua benda dia tak nak. "Tak nak cucuk!", "Nak keluar!", "Tak nak ubat!"... tu la kata-kata dia sampai doc and assistant dia terpaksa pujuk bagi gula-gula. Alya dapat gula-gula tu senyap la kejap. Bila doc nak checked dia meragam semula la. Nak checked pun susah. So doc checked pun gitu-gitu je. Lagi la aku ni risau. Nak buat macam mana lagilah ek!?

Bila balik rumah and ate the medicines (antibiotik as usual memang tak sedap, ubat demam and ubat for flu), dia nampak dah ok sikit. Antibiotik la paling susah nak bagi dia. Yang lain-lain tu ok je. Especially kalau dia makan vitamin...cukup suka. Tapi masalahnya, ubat first yang dia pilih nak makan tu antibiotik. mengamuk-ngamuk nak makan ubat tu. Bila dah rasa mcam tak sedap, ubat lain pun susah nak makan la. Bila second time nak makan, dia akan reject antibiotik tapi yang tu la yang paling penting sekali. Huhu...

But looking at her now, nampak yang dia dah ok lebih baik dari the day before. Hoping that she will doing just fine the whole day and years. The same goes to Anis. Harap-harap dia okay aje la untuk check up nanti. Aku doakan yang terbaik for my family eventhough aku bukanlah yang terbaik untuk mereka-mereka itu and I'm trying to be the best to you all. Huhu..

08 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 3~

Dia diam. Tapi Hanif masih belum mahu mengalah. “Along ingat, saya takut ke Long? Abang tak pernah ganggu hidup Along pun... tapi Along yang tak puas-puas nak kacau hidup dia. Sudahlah tu Long. Jangan busuk hati sangat dengan orang. Tak ke mana nanti perginya.”

Mungkin kerana kata-kata itulah, maka tangan Hisyam hampir singgah ke muka Hanif. Mujur juga dia cepat bertindak. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu Hisyam dan adik-beradiknya yang lain bertegang urat. Tidak elok dipandang orang. Dia mahu segala-galanya berlangsung dalam keadaan baik walaupun dia sedar, dia takkan mampu melakukannya.

“Kalau engkau nak marah sekalipun Syam, cukup dengan aku saja. Jangan libatkan adik-adik. Ayah pun tak sewenang-wenangnya memukul kita Hisyam. Apa hak engkau untuk buat dia macam tu?” kata-katanya itu megundang lagi kemarahan Hisyam.

Tapi dia tidak peduli. Ada kalanya, Hisyam perlu juga diajar. Sekalipun bukan dengan kekerasan, cukuplah maksudnya disampaikan dengan kata-kata. Ayah sebenarnya sudah cukup pening dengan masalah mereka berdua. Tambahan pula sejak ibu kembali menyahut seruan ILLAHI, tanggungjawab ayah semakin besar.

Walaupun seboleh mungkin dia cuba merahsiakan apa yang terjadi, tapi ayah tahu juga. Dia cukup simpati dengan ayah. Cukup simpati kerana anak-anak seolah-olah tidak peduli dengan perasaannya. Sudah puas ditegur tapi tetap tiada perubahan. dia sendiri sudah kehabisan akal. Tidak tahu lagi bagaimana mahu melembutkan hati Hisyam.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanya berdoa. Setelah bertungkus-lumus berusaha untuk menamatkan pengajian, dia dan Hisyam sama-sama lulus cemerlang. Sama-sama membina kerjaya walaupun berlainan bidang.

Hisyam sendiri sudah mendirikan mahligai bahagia dengan gadis pujaan hati meskipun mendapat tentangan dari ayah. Tapi Hisyam tetap berkeras dan ayah terpaksa menurut. Gadis pilihan Hisyam anak orang berada. Anak seorang Dato’.

Sejak kecil hidupnya sentiasa dilimpahi kemewahan. Tidak pernah berasa susah. Hisyam mengenalinya pun ketika bekerja di syarikat milik bapa gadis itu. Si gadis yang dipuja-puja tidak betah berada di kampung. Duduk di rumah separuh kayu dan separuh batu, tanpa alat penghawa dingin cukup merimaskan dirinya.

Kerana itu jugalah barangkali Hisyam mengambil keputusan tidak mahu pulang terlalu kerap ke kampung. Jika dia pulang pun, hanya sehari. Paling lama tiga hari. Itu pun tanpa membawa bersama isteri kesayangannya.

Pelbagai alasan yang diberi kala ayah bertanyakan kenapa menantunya tidak dibawa pulang bersama. Walaupun pelbagai alasan yang tercipta, ayah sudah maklum benar. Sengaja orang tua itu menguji si anak. Mahu juga dilihat sejauh mana kejujuran anak itu dengan dirinya.

Ayah sudah cukup masak dengan tingkah-laku si anak. Sejak kecil, itulah yang ditatangnya. Dibesarkan dan diberi pendidikan secukupnya. Masakan ayah tidak kenal hati budi anak sendiri.

To be continued...

07 February 2010

My kids and I...

Nur Ismahani Alya yang akan masuk 2 tahun next2 week

Nur Anis Insyirah yang dah pun 5 bulan

My kids ni bila la nak pulih selesemanya. Kesian tidur malam-malam terganggu sebab selesema yang mengakibatkan batuk. Endednya, bila yang sulung bangun, yang kecik pun terkejut sama. Susah kalau dua-dua kena selesema. Tapi tu kira okay lagi la kan. Kalau demam macam mana?

Meragam sikit la si kakaknya. Tak mahu pulak dengan orang lain. Even dengan abahnya pun dia tak mahu. Kadang-kadanglah. Tapi the father pandai pujuk. Anak manja dialah katakan. Huhu...

Perut aku pulak rasa tak sedap je. Sakit dari semalam tapi buat-buat tak tahu je. Hari ni makin kuat pulak sakitnya. Nak duduk sangat pun tak berapa boleh. Tapi still buat-buat tak tahu jugak. Adoiii la...

Sabar jelah. Sakit sendiri uruskanlah sendiri. Jangan nak susahkan orang okay. Hehehe... By the way I thought of writing a novel dalam blog ni. Siapa ada suggestions cerita apa aku patut buat? Nanti you all give me ideas I buatlah chapter by chapter okay. It's all up to you guys out there okay? Huhu..

Take care..

06 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 2~

Dia dan Hisyam sebaya. Tidak jauh bezanya. Hanya berbeza lima bulan. Hisyam lahir lebih dulu. Di zaman sekolah, mereka sentiasa bersaing. Baik dalam akademik mahupun sukan. Berbanding Hisyam, dia pernah menjadi ketua pengawas sedangkan Hisyam hanya pelajar biasa.

Kebiadapan Hisyam ketika berkata-kata dengannya sudah tidak dapat diubah. Mujur juga mereka tidak berada di ‘U’ yang sama. Jika tidak, entah apa pula kejadiannya. Dia merenung kejauhan.

“Woii... anak pungut! Jangan berlagaklah dengan jawatan kau tu. Kau ingat dengan jadi ketua pengawas, title kau sebagai anak pungut tu akan hilang ke? Jangan mimpilah. Kalau tak disebabkan ayah aku pungut kau, jangan haraplah kau nak dapat jawatan tu. Dah dasar anak pungut tu, anak pungut jugalah.”

Gelak Hisyam seolah-olah bermain di mindanya. Pedihnya hati mendengar tuduhan sebegitu. Bukan sekadar Hisyam, rakan-rakan Hisyam turut sama mentertawakannya. Jika tidak disabarkan diri sendiri, mahu bertumbuk juga mereka. Nanti susahnya mereka juga.

Sudah pasti tali pinggang ayah akan singgah ditubuh. Ayah tidak pernah memilih kasih. Sesiapa saja yang bersalah akan dihukum. Hukumannya sama rata. Tidak ada yang dapat kurang dari orang lain.

Tidak ada guna bertelagah dengan Hisyam. Tidak ke mana perginya nanti. Kerana kata-kata Hisyam jugalah yang menyebabkan Izat, Syukri dan Hasni tidak menghormatinya. Menghormati sebagai orang yang lebih tua jauh sekali. Inikan pula sebagai abang. Mujur juga Hanif dan Anisah tidak begitu.

Entah kenapa, mereka dua beradik lebih rapat dengannya berbanding Hisyam. Malahan Hanif pernah membelanya ketika Hisyam galak menghamburkan kata-kata hinaan untuknya.

“Kenapa Along sakit hati sangat dengan abang? Apa yang abang dah buat dengan Along sampaikan Along buat dia macam ni? Dia kacau hidup Along ke?”

Dia cuba menenangkan Hanif ketika Hisyam dilihatnya semakin menyinga. Marah kerana ada yang mahu membela dirinya itu.

“Yang engkau bela sangat anak pungut tu kenapa? Dia abang engkau ke? Hei, Hanif! Aku ni abang kandung kau tau. Jangan lupa tu. Jangan nak kurang ajar sangat dengan aku. Aku bagi sekali nanti, baru kau nak menyesal.”

To be continued...

05 February 2010

HAJI UNTUK AYAH ~part 1~

3rd time published dalam MW


Usianya sudah menginjak ke angka 28. Sudah berkerjaya. Sudah memiliki hampir segala-galanya. Cuma belum berpunya. Bukannya dia tidak mahu berkahwin.

Dia juga mahu membina keluarga sendiri. Namun masih ada keinginannya yang belum tertunai. Dia akan memikirkan tentang hal yang satu itu setelah tercapai apa yang diimpikan.

Seperti orang lain, dia juga punya keluarga. Walaupun sekadar menumpang kasih, dia tetap gembira. Sekurang-kurangnya dia masih diberi kesempatan untuk merasai kasih sayang itu walaupun bukan datang dari keluarganya sendiri.

Dia cuma anak angkat. Menyedari hakikat dirinya yang sebenar, dia tidak pernah meminta-minta. Jauh sekali bersikap kurang sopan dengan ibu bapa angkatnya itu.

Mereka juga cukup baik kerana sudi menerimanya menjadi ahli keluarga. Dia sedari kecil telah diberitahu tentang status dirinya yang sebenar. Keluarga angkatnya tidak pernah berselindung dan berahsia.

Kata mereka, lebih baik dia tahu sedari awal. Mereka tidak mahu menunggu lama kerana khuatir dia mengetahui hal itu dari orang lain dan kemudiannya menyalahkan mereka.

Layanan dan kasih sayang yang diterima dari keluarga angkatnya itu tidak pernah kurang. Dia tetap diberi pelajaran seperti anak-anak kandung mereka yang lain.

Dia cukup bersyukur dengan apa yang dimiliki. Kerana kasih sayang itulah dia mampu menjawat jawatan ini sekarang. Ini juga berkat doa ibu dan ayah. Dia sememangnya bertuah. Cukup betuah.

Dalam pada dia rasa bertuah itu, dia tidak begitu disenangi oleh adik-beradik angkatnya. Daripada enam orang, hanya dua yang agak rapat dengannya. Hanif dan si kecil Anisah. Kedua-duanya menghiburkan hati.

Ada kalanya dia kecil hati juga dengan layanan yang diterima daripada adik-beradik yang lain. Seboleh mungkin dia cuba menjaga hati mereka namun tidak dipedulikan. Malahan kata kejian dan makian sentiasa singgah di cuping telinganya itu. Mahu dikata apalagi? Redha sajalah dia.

Harapannya, satu hari nanti hati mereka akan terbuka untuk menerimanya menjadi ahli keluarga. Dia tidak pernah meminta. Cukuplah dengan menganggap dirinya sebagai ahli keluarga sudah terlalu bahagia rasanya.

Hubungan dia dan anak sulung keluarga angkatnya, Hisyam, itu sentiasa berlangsung dalam keadaan tegang. Tapi dia berusaha untuk mengalah. Tidak guna memanjangkan cerita. Sudahnya nanti menjadi pendendam pula dia.

Walau sekesat mana sekalipun kata-kata yang dituturkan, dia rela. Dia tidak mahu ayah dan ibu tahu tentang perbalahan mereka. Biarlah mereka saja yang tahu. Itu lebih baik.

To be continued...

04 February 2010

Ke hospital juga kami akhirnya...

Me and the kids...

Finally after a week of having flu (Anis) and cough+scabs (Alya), semalam baru bawak dia orang pergi hospital. Just to check la. Macam Anis, since she had and still not recover yet from pneumonia, risau jugak la kalau dia kena flu. Walaupun hingusnya nampak macam tak banyak sebab tak meleleh tapi bila dia tidur boleh dengar bunyi something kat tekak macam kahak je. kahak yang terkumpul lama-lama boleh bawak ke paru-paru.

In the end, tu yang jadik pneumonia tu. Tapi bila doc checked, dia kata she's doing ok. Paru-paru dia pun sounds ok. And dia tak demam. So she gave her ubat untuk cairkan kahak. Ubat untuk selesema jugak ye. Tapi aku tak bagi dia makan ubat selesema walaupun ahli farmasi tu kata ok if bagi dalam dos yang sikit. Tapi she still too young and too small.

Macam-macamlah dia orang ni...

Bila bagi ubat cairkan kahak tu, the second time bagi dia muntah banyak. Good for her la. Bila muntah, kahak pun keluar sama dengan muntah. Anis aktif walaupun kena flu. Sama jugak la macam masa dia kena pneumonia. Cuma masa 2nd day dia demam tu, dia dah tak berapa nak main and she slept a lot. Sekarang pun dia banyak tidur. Tapi bila bangun from sleep, dia main macam biasa.

And Alya time main-main ok je. Tapi bila tidur je boleh dengar jugaklah kahak bila dia batuk. Bila forced dia untuk buang kahak tu dia tak mahu. Sussah jugak bebudak ni. Bab makan ubat tu memilih. Susah kalau dah pandai sangat bercakap ni. Kalau dia dah tak suka dengan ubat tu, dia akan cakap... "Tak best!! Tak sedap!! Masam!!" Huh! Anak...anak!!!

And scabs dia pulak daripada dia kecik lagi dah ada. Masa mula-mula dulu kena dua belah tangan. Bila dah besar sikit, kena belah kanan je. Belah kiri langsung tak ada efek. Cuma masa raya last year dia kena scabs yang teruk pada tangan. Tapi yang belah kanan tu macam-macam ubat dah letak. Bila baik je, 2-3 hari kemudian kena semula.

Wajah-wajah ceria...

Dapat la dia antibiotik. Memang puas jugaklah pujuk nak bagi makan ubat. Tapi dia makan jugaklah. The other ubat yang dia dapat ubat selesema tapi ubat kahak adik dia pun ada jugak bagi walaupun dia kata tak sedap.

My kids... bila sakit-sakit ni risau jugak. Especially bila Anis ada sejarah pneumonia and masuk ICU. Jadik apa-apa walaupun pada Alya, tak sedapnyalah rasa hati. Parents punya perasaan memang macam tu lah kan...


Kakak dapat gula-gula...

Adik yang bulat...

Huhuhu...

02 February 2010

An open apology to a dear husband...

This post is dedicated to a dear husband. The one who rules the household as well as the king to a wife. I'M SORRY!!! Truly from the heart. The bottom of my heart and soul. I'm trying to be a good wife to you. I'm trying hard!!! I know you can't see it but I've tried my very best.

Walaupun orang kata jadik isteri senang nak masuk syurga, jadik isteri pun senang nak masuk neraka. Buat baik and senangkan hati suami dah boleh masuk syurga. Tapi kalau buat suami kecik hati dan dia pulak tak nak maafkan, sengsara jugak jadinya.

Kadang-kadang kita terlalai jugak dalam menguruskan rumahtangga ni. I'm not perfect!!! Sebolehnya Ayang cuba tapi kalau ada masa terlepas jugak. It's not easy to be your wife walaupun Honey kata senang je nak senangkan hati Honey. It takes time to be perfect or to be almost perfect.

Memang bukan susah jugak nak ikut tapi tak tahulah kenapa. Ada masa bila angin tak elok datang, terbuat benda-benda yang tak suka tu walaupun tak sengaja. And to be honest, bukan tak nak bercakap bila your temper tengah high in the sky... tapi tak terkeluar apa yang nak cakap. Kadang-kadang tu kepala memang jam beteul. Blank. Tak tahu apa lagi dah. I hope you'll understand that.

I'm trying sebab tu kadang-kadang cuma keluar perkataan... Yelah, betullah tu. Tak boleh nak fikir langsung. Macam mana nak cakap or bagi tahu situasi tu. Tapi bila Ayang cakap Honey tak boleh terima pulak.

SORRY seems to be the hardest word. I found out that sentences seem to be true. Kalau dulu-dulu mungkin Ayang cukup rajin mintak maaf kalau silap. Bila Honey kata, "Buat salah sikit mintak maaf. Bosan dah rasanya dengar!" Ayang forced myself and built some kind of barrier, bila buat salah cuba jangan mintak maaf. Nanti kena marah lagi. Benda tu macam dah sebati dalam diri.

Walaupun susah nak mintak maaf tapi ada jugak Ayang cuba. Bila tak sedar tu tak terbuat. Or when when your temper dah rise, tak boleh nak keluarkan the word sorry. Tak tahu macam mana nak terangkan. I'm not like you and I know you are different from other men. tapi you have to understand it yourself that I'm also different from the woman that you thought I'll be...

Ayang nak jadik macam mana yang Honey harapkan Ayang jadi. Tapi Ayang tak tahu macam mana. Tak tahu macam mana nak buat lagi. Nampak senang tapi nak implement susah. Ada cara lain ke untuk teach your wife ni?

Bukan keras hati or memang keras hati secara tak sedar tapi I really wanted to change. If you already dah tak mahu or tak bersemangat lagi nak ajar, I don't know who else will. Or should I pergi kaunselling untuk cuba cara macam mana nak say sorry on the spot and try to elak the unintended lies.

Bukan nak cakap tipu. Tapi tengah geram ni sembarang je cakap. Tak fikir apa dah. And next time I will use my head and brain to say things or else face the consequences.

I'll promise you I'll change no matter what it takes to do it... And I'm sorry for making you sad and menyusahkan Honey at the same time. I hope you read this and understand that no matter what you do and say... I LOVE YOU still and forever will...

01 February 2010

Kejap je dah Februari...

Hari ni 1st of Feb. Jan dah berlalu pun. Pejam celik je nanti dah sampai hujung tahun pun. Akan ada weddings, arriving babies, engagements.. and lotsa stuff. Me on having a new baby? Ada baby memang best. Pregnant satu experience yang kita tak boleh beli. Right mommies???

Tapi bila ada anak yang kena sakit teruk ni, tunggu dululah. Bagi dia besar dulu. Masa Anis dalam ICU dulu ada jugak mak-mak buyung yang temankan anak-anak dia orang yang kena pneumonia. Dengan saratnya... anak pulak kecik lagi. Meragam. Memang penatlah. Tapi itulah pengorbanan ibu pada anak-anak.

Tapi kalau bersalin time-time tu, siapa nak jawab? Hehehe... Dalam bulan Feb ni, apa plan kita? Apa yang kita nak buat seterusnya? Ada orang plan the whole year. Nak buat apa, nak jadik apa... I think I oughta plan by month. Senang la daripada plan the whole year.

Apa pun tu semua terpulang pada citarasa masing-masing. Apa yang pasti jangan sia-siakan masa yang datang. Sama ada berlalu dengan jaya atau berlalu dengan sia-sia, itu hak masing-masing.

Selamat Datang Februari dan Selamat Tinggal Januari!!!

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign