✿ Rumah SalYa ✿: January 2010

Fresh from the owner...

31 January 2010

The Last Day in Jan...

Hari ni hari last bulan Januari. Times fly so fast. Cepat sangat sampai dah ke penghujung Januari tahun 2010 dah kita. Apa yang di'achieved' sepanjang bulan Januari ni? Banyak yang berlaku dan banyak jugak pengajaran daripadanya.

Masa tak lagi menunggu kita. Kalau lambat kita memang ketinggalanlah. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Februari. And my kids are growing... fast!!! Huhu... Dah besar si Alya rupanya. Makin petah makin memeningkan kepala abahnya. Aku as her mother dah biasa dengan dia. Kalau dah kata dia, memang perit la nak kata nak. Tapi tak adalah kami ikut je angin dia.

KAdang-kadang tu bertegas jugak. And dia kalau sedar salah dia, dia akan mintak maaf. We taught her kalau salah mintak maaf. Jangan jadik macam ibu. Kalau buat salah je ambil masa nak mintak maaf sampai abah kadik tension. Hehehe..

Sorry Honey!!! Nak kata macam mana. Fiilnya tu kadang-kadang ambil masa nak ubah. Kena sabar banyak sikit dengan wife anda ni ye... Sabar tu kan separuh daripada. Tak gitu??? Apa pun... I loe you guys!!! Tak ada abah, Alya and Anis... tak lengkap hidup ibu.

Doakan yangf terbaik for our family ok... LOVE YOU LOTSSS!!!!

30 January 2010

What a day!!!

Semalam pergi pasar malam Rumah 500. Ingatkan nak beli barang sikit. Tudung ke... crocs ke... Tapi satu pun tak boleh nak buat. Nak tengok lama-lama pun tak boleh. Sempat beli sepasang selipar pink untuk Alya dengan crocs warna biru. Tu la jugak tujuannya nak ke sana. Nak cari kasut barang sepasang dua untuk si minah kecik aku tu.
Selipar Hello Kitty color pink!

Crocs biru Alya...

Bukan dia tak ada selipar. Tapi dah tinggal sebelah pun selipar yang my MIL belikan untuk dia. Entah siapalah yang buang keluar selipar tu, aku pun tak tahu. Masih menjadi misteri kehilangan selipar tu. Budak-budak kat rumah ni bukan boleh dipercayai sangat. Marah kat kucing, dia orang nampak ada selipar, terus dibalingnya kucing tu dengan selipar.

Missing!!! Anda siapa-siapa jumpa sila hubungi... huhu..

Bila tanya siapa buat hilang... of courselah semua tak mengaku. Boleh gitu??? Huh!! Tapi tak apa. Dah beli pun yang baru. Cuma crocs tu la macam besar sikit dengan kaki dia. Bila dah keluar dengan budak-budak ni bukan boleh buat apa jugak. Nak beli barang pun susah.

Tak terlarat dek abahnya nak kejarkan si Alya. Nak ikut dia memang penat sikit. Haha... BAru abah dia tahu. Macam mana dia masa kecik macam tu jugaklah 'menurun' ke anaknya. Alya very active. Perhh...!!! Panjat-memanjat, jatuh katil, kerusi... dah merasa dah. Benjol, lebam biru... memang lengkaplah. Like father like daughter. Huhu...

Kalau nak beli barang-barang kena sabar banyaklah dengan budak-budak ni. Adiknya pulak nak tidur, jadik bila bawak berjalan tu macam nak meragam tak meragam jugaklah. Sudahnya semalam, sempat beli kasut Alya dengan barang makanan je la.

And pagi ni pun sama jugak. Walaupun tak bawak adiknya tapi bawak kakaknya pun dah cukup lelah. Tapi tak kisahlah... janji ada dia orang walaupun penat sikit dah cukup membahagiakan. Dah nama pun anak-anak. Doa-doakanlah agar dia orang jadik orang yang beriman dan solehah.

Amin!!!!

29 January 2010

Tangkap muat ke???

Petang nanti after Jumaat prayer nak pergi beli barang sikit. Beli barang anak-anak je. Kalau ada lebih baru boleh beli barang ibunya. Boleh gitu??? Teringatlah pulak aku dengan program Tangkap Muat yang ditayangkan dekat Astro.

Ni bila mana si suami yang sent request kat team Tangkap Muat tu. Katanya after 15 years of marriage, wife dia pakai baju tu la jugak. Tak pernahlah nak melawa ke apa ke. Kadang-kadang dirembatnya baju si suami. Kalau suami bawa berjalan and nak belikan baju untuk dia, she will say, membazirlah... tak payahlah... beli untuk anak-anaklah.

Pakaian paling mahal yang pernah dia dapat, jeans harga RM200 from the husbandlah of course. Tapi memang dia tangkap muat je. Haha... Sembarang, ikut suka hati dia je nak pakai apa.

It reminds me of me!!! Tapi aku bukanlah sembarang pakai like my sister. Baju kalau warna maroon aku matchkan dengan the same color or color yang hampir-hampir sama dengannya. Tak adalah baju biru pakai tudung hijau. Huhu...

To be safe, better wear black or white. It suits with apa jenis color baju sekalipun kan? Apa yang sama between me and the woman in this story is that, bila keluar berjalan dengan hubby, aku memang suka jugaklah tengok baju-baju... woman's stuff. Hehehe... Biasalah tu kan... And mulut aku selalunya rajin mengeluarkan ayat ni:

"Cantik jugak baju tu. Cantik tak Ney?"

And my hubby will say like this:

"Cantik ke? Kalau nak ambiklah."

Aku pulak akan jawab macam ni:

"Nak cakap je cantik. Tak kata nak beli pun."

Si suami akan berkata lagi:

"Kalau suka ambik jelah."

In the end, aku akan reply macam ni pulak:

"Tak apalah. Cuma nak cakap je. Daripada beli baju Ayang, baik beli baju untuk anak-anak."

Tapi betullah. Bukan tak nak beli baju untuk diri sendiri. Tapi bila dah pegang baju tu and suddenly terbayang anak-anak, tak jadi punyalah nak beli. Mesti nak dulukan anak-anak baru fikir pasal diri sendiri. Orang lain I don't know. Tapi ini akulah kan...

Cubalah tanya my hubby sepanjang pregnant (dua-dua anak okay!!), tak pernah sekalipun aku ada maternity dress. Kalau orang lain agaknya berebut-rebut nak beli baju pregnant. Tapi for me... tak adalah excited sangat. Cuma masa 2nd time pregnant adalah jugak rasa nak baju tu at least sehelai. Tapi till the end, tak beli pun.

Kononnya nak beli satu untuk pakai raya. Tapi puasa pun tak sempat habis, si kecik ni dah keluar dulu. Nasib baik jugak sempat beli baju and siapkan baju raya awal. Kalau tak, beraya dengan baju lamalah kami sefamily. Hukhukhuk...

My hubby kadang-kadang tu tension jugaklah dengan wife dia ni. Kata cantik, suruh beli tak nak pulak. Tapi kalau beli maternity dress pun tak ada function jugak. My t-shirts including my baju kurungs... semua boleh dipakai.

Tak ada siapa pun tahu me pregnant for my 2nd child. Yelah... tak nampak. Pakai t-shirt masa keluar berjalan and the kandungan was like 7 months pun orang tak perasan. Huhu... Habis tu buat apa nak pakai maternity dress kan? Kan? Kan?

Apa-apa pun semua tu terpulanglah pada kita. Nak tangkap muat ke tangkap tak muat ke... Janji happy. Kalau pakai nak sedapkan mata orang pun buat apa. Betul? Kira betullah tu. Rambut sama hitam, hati belum tentu. Kalau hisap rokok, hati pun berkarat kan??? Muahaha...

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~finale~

Dia sedar, kesabaran Nia ada batasannya. Melihat dan menemani Nia ketika di labour room lebih menyakinkannya tentang perasaan yang dimiliki terhadap isteri sendiri. Dan dia tahu Nia memiliki perasaan yang sama dengannya. Dia cuma mahu Nia tahu tentang itu.

“Abang menunggu setahun lebih untuk mendekati Nia. Untuk memastikan perasaan abang terhadap Nia suci. Bukan lahir atas dasar simpati. Perasaan abang ketika kita ‘bersama’ juga lahir dari hati abang sendiri. Abang mahukan Nia untuk diri abang. Cucu tu cuma alasan yang abang fikirkan logik diberikan pada Nia.” Irfan gelak perlahan. Dahi Nia dikucup lama. “

Abang tahu abang jahat. Mengambil kesempatan atas keadaan. Tapi abang tak ada pilihan lain. Abang takut Nia menolak. Abang tak sanggup kehilangan Nia.”

Wajah si isteri direnung lembut. Dia merasakan dirinya zalim kerana mendera Nia terlalu lama. Membiarkan Nia terumbang-ambing tanpa haluan. Ah, kejamnya dia!

Nia mengenggam erat tangan si suami. Merasai bahang kasih sayang Irfan meresap ke dalam hati dan jiwanya. Jika pengorbanan yang dilakukan mampu melahirkan perasaan sesuci ini, dia tidak kisah berkorban. Genggaman tangan Nia dibawa ke bibir. Dikucup lama tangan si isteri tanda kasih yang tak bertepi.

“Abang minta diberi peluang kedua untuk membetulkan keadaan dan menebus kesilapan abang pada Nia. Dan abang mahu Nia tahu, Irfan junior lahir atas rasa cinta abang pada Nia. Dia lambang kasih sayang abang.”

Genggaman tangan Nia semakin erat. Mendengar luahan Irfan dan mengetahui mereka mempunyai perasaan yang sama membuatkan senyuman mekar di bibirnya. Di temukan dahinya dan dahi Irfan.

Dibisikkan kata-kata yang selama ini ingin diucapkan kepada lelaki itu. Kata-kata yang selama ini terluah di dalam hati akhirnya terucap jua di bibir. “Dia juga lambang kasih sayang dan cinta suci Nia untuk abang.” Irfan tersenyum mendengar kata-kata Nia.

Ditarik si isteri kembali rapat ke dadanya. Pelukan dikejapkan. Untuk melepaskan Nia terasa sayang. Dikucup ubun-ubun si isteri penuh kasih.

“Terima kasih kerana sanggup bergadai nyawa untuk lahirkan zuriat abang. Tak tahu abang macam mana nak membalas jasa Nia.” Nia senyum. “

Hmmm... abang boleh balasnya.” Irfan merenggangkan pelukan.

“Macam mana?”

“Jangan namakan dia Irfan junior. Nia tak mahu,” katanya perlahan. Irfan tergelak. Mengucup pipi si isteri sekali dengan gelak yang masih bersisa.

Dia kembali merangkul Nia. “Ikut sayanglah. Abang menurut saja.”

Hangatnya kasih sayang yang diberikan Allah kepada mereka tak ternilai rasanya. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Biarlah bahagia itu menjadi milik mereka yang abadi. Dibisikkan kata-kata cinta ke telinga si isteri.

Nia ketawa perlahan. Dibalas kata-kata si suami dan Irfan tersenyum lagi.

-THE END-

28 January 2010

Kuang...kuang...kuang...

Bukan malas nak update blog tapi sambil pegang baby sambil taip takes time la. Si kecik ni pulak bukan jenis duduk diam. Bising sekali mulut dia. Bosan agaknya mengadap lappy ni dengan ibu dia. Huhu..

I searched web nuffnang just now. Macam best je contest chocolate tu. Thought of trying. Just try my luck. Who knows... Tak dapat pun takpe.. Saja nak cuba-cuba. Boleh gitu??? Hehehe... Ok la... Nak cari idea sikit on how and what to write.

As if aku takde idea. Padahal dalam kepala tengah pikir nak buat cerita je. Susah...

27 January 2010

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~part 4~

Titisan-titisan air jernih membasahi bantal namun tak dipedulikan.

Ibu sendirian kini. Sedih hati ibu hanya Dia yang mengetahui. Apakah kesudahannya antara ayah dan ibumu ini anakku? Nia menyeka titisan airmata yang mengalir. Ibu ingin merasakan kasih sayang ayahmu itu. Mampukah ibu mendapatkannya? Mampukah ibu terus bertahan?

Dalam keadaannya begitu, Nia seolah-olah merasakan ada kucupan lembut di dahinya. Lama. Dan airmatanya mengalir lagi tanpa dapat ditahan. Perasaan ibukah itu?

“Hei... kenapa ni?!” suara Irfan kedengaran. Sepantas itu juga terasa jari-jemari lelaki itu menyeka titsan air yang mengalir.

Perlahan Nia membuka mata. Pandangan terasa kabur. Menyedari Irfan di sisi, dia memalingkan muka. Sudah lamakah dia di sini?

“Nia...” lembut panggilannya. Kedua belah tangan lelaki itu diletakkan di kiri dan kanan tubuhnya. Nia menelan liur. Airmata yang masih bersisa disekanya dengan tapak tangan.

“He’s perfect. Comel macam ibunya,” kata-kata Irfan menambahkan rasa sebak dihati. “I just called our parents. Panik sangat tadi sampai terlupa nak call. Mereka sampai petang nanti. Seronok tengok si comel sampai terlupakan Nia. Nak apa-apa ke?”

Nia cuba mengawal rasa namun segalanya sia-sia. Aku tak pernah ada dalam hatinyakah? Airmata tetap mengalir tanpa dapat ditahan walaupun dia berusaha untuk mengawalnya. Irfan tidak perlu tahu tentang perasaannya sekarang.

“Hei... kenapa ni?!” risau nada suaranya. Nia menggeleng.

“Tak ada apa-apa.”

“I know you Nia. Kalau betul tak ada apa-apa... look at me.” Nia tidak berpaling.

Dalam keadaan emosinya yang tidak stabil bagaimana dapat dia memandang wajah Irfan. Segala rahsianya akan terpamer di hadapan lelaki itu. Itu yang dia tidak mahu.

“Nia...” serunya perlahan.

Panggilan itu hanya mengundang tangisan berpanjangan dari Nia. Entah kenapa, perasaannya terlalu sukar dikawal. Ketika dia cuba mengawal tangisannya, dia merasakan dirinya ditarik rapat ke tubuh lelaki itu.

Ah, Irfan merangkulnya erat! Seolah-olah tak mahu dilepaskannya lagi. Saat ini dia merasakan dirinya disayangi Irfan walaupun hakikat sebenarnya tidak seperti itu. Di dada Irfan dilepaskan segalanya. Pelukan lelaki itu makin kejap.

“Maaf!” ucapan yang tidak disangka keluar dari mulut si suami.

“Sepanjang perkahwinan kita, Nia banyak makan hati dengan abang. Abang bertindak mengikut kehendak sendiri. Tak pernah mahu memikirkan perasaan Nia. Dan abang tahu Nia banyak bersabar dengan karenah abang.” Nia terpana.

Tiada lagi penggunaan ‘aku’ dan ‘engkau’ seperti yang biasa digunakannya. ‘Aku’ kini sudah berganti dengan ‘abang’. Berubahkah dia? Tapi kenapa? Irfan menarik nafas panjang.

“Abang bertindak menguji Nia. Tapi ujian abang keterlaluan. Abang tahu tu. Tapi abang mahukan teman hidup yang inginkan abang kerana abang. Bukan kerana apa yang abang miliki.”

“Abang dah penat mencari Nia. Penat mencari orang yang mahu menerima abang seadanya. Dengan Nia, abang rasa lain.” Irfan masih memeluknya erat. Mengelus lembut rambutnya. Sedangkan Nia masih berusaha mengawal tangisan. Mendengar luahan Irfan hanya menambah kesedihannya.

“Harus abang akui. Abang mengahwini Nia semata-mata kerana desakkan mak dengan abah. Alasan yang sama Nia mengahwini abang kan? Tapi abang luahkan rasa geram dan marah abang pada Nia. Dan Nia sabar dengan layanan yang abang berikan. Itu yang banyak membuka mata abang.”

Irfan merenggangkan pelukan. Diseka airmata yang mengalir di pipi si isteri dengan lembut. Hari ini, dia akan meruntuhkan tembok yang memisahkan mereka selama ini. Tembok yang sengaja dibina agar perasaannya tak dilukai walaupun ia melukakan hati orang lain.

To be continued...

26 January 2010

~ 27112009 dalam ingatan ~ (part 5)

Sambung cerita Anis masa kat dalam PICU. Cuma dua hari je Anis pakai mask tu. Esoknya, masa kami tengah siap-siap nak pergi hospital... dapat called. Actually the phone was in the room and kami-kami ni berada kat luar. Masuk bilik tengok ada missed call daripada nombor tak kenali. Macam hospital je. Dalam hati tu berdebar jugaklah. Ada apa-apa yang tak kena ke? I called back. Bila disambungkan ke PICU, the dialogues were like these...

"Hello, tadi saya dapat called dari hospital ni."
"Ha, ini maknya Anis ke?"
"Ye saya!"
"Saya cuma nak bagitahu, Anis dah tak pakai mask lagi.
Tapi dia still menyusu melalui tiub."

"Tak boleh breastfeeding lagi ke?"

"Belum. Tapi ibu boleh datang sekaranglah.
Anis ni dari tadi menangis. Rindu dekat ibu dia ni."

"Iya! Kami dalam perjalanan ni."

Bila dengar je macam tu, tanpa berlengah lagi kami ke hospital. Dalam hati ni bersyukur sangat-sangat. Finally she's getting better. Anak yang kuat. Bermakna sungguh panggilan telefon tu. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata perasaan lega kami. Ya ALLAH! Kami bersyukur dengan nikmat yang telah ENGKAU berikan...

Kena bedung. Takut Anis grabbed tiub oksigen kat hidung.

Bila bedungnya dibuka. Tangan nak tarik tiub. Tak selesalah tu...

Nak hisap jari. Lapar ke dik? Huhu... Susu bagi 3 jam sekali and the nurses said "Kesian. Anis ni lapar je. Tapi nak buat macam mana!"

Anis dan tiub oksigen as well as tiub susu. Dua-dua masuk kat hidung!

25 January 2010

Tak boleh tidur ke???

Sekarang ni dah pukul 5.05 pagi. Pagi okay!!! Bukan petang. Kejap-kejap kena tengok my kiddo yang dua orang tu. Takut berlaku 'pelanggaran'. Si kakak kalau dapat ruang luas, habis diconquernya. Jadik untuk elakkan kemalangan, kenalah tengok-tengokkan selalu. The father kalau dah tidur, anak pun kena lanyak jugak. Huhu... Tapi malam-malam, Alya tak berapa nak sangat dengan abahnya. Makin pujuk abahnya, makin kuat pulak dia menjerit. Lagi haru jadinya nanti.

Aku pulak tension dengan huruf d kat my laptop ni. Entah apalah yang ditekannya encik hubby aku sampai huruf d tu kena tekan kuat betul baru la keluar hurufnya. Kalau tak, memang habislah. Dah tu kena re-check pulak. Manalah tahu, tekan-tekan rupanya huruf d tu tak keluar. Entah macam manalah nak dibaca tulisan-tulisan dalam ni.

Nampak tak pic yang aku tempelkan kat sini? I loike this pic. Huahuahua... Macam cute gitu kan? Aku jumpa ni kat satu web. Tanpa segan silu, aku pun downloadlah untuk aku jadikkan cenderahati buat diri aku sendiri. This pic is about friendship. Tapi zaman sekarang ni ada kawan makan kawan. Susah jugak. Dah kenal lama pun tetap nak carik pasal jugak. Bila dah jadik camtu nak buat macam mana? Iskiskisk...

Banyak yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi tahu jelah, dengan ketensionan terhadap d ni, nak menulis pun stuck!!! Lagi pulak mata dah start jam. Dah tersengguk depan lappy ni. Nanti aku sambung semula lepas aku bangun ok... Kalau aku teruskan jugak menaip, entah apalah yang bakal aku post. Kalau aku tak faham apa yang aku post, korang ingat korang boleh faham ke??? Ngeee...

Gotta go dulu la... Cau cin cau....

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~part 3~

Mengenangkan perjalanan hidupnya selama menjadi isteri Irfan, mengundang rasa sedih yang tak berkesudahan. Nia membuka mata perlahan. Dia masih sendiri. Dan kekuatan yang cuba dikumpul selama ini runtuh juga akhirnya.

Air hangat terasa mengalir. Menitik jatuh ke atas bantal. Tidak langsung mahu disekanya. Sepanjang dua tahun tiga bulan menjadi isteri lelaki itu, dia masih mampu bertahan. Menerima keadaan sebagai dugaan. Menerima segala perlakuan Irfan tanpa bantahan. Menelan segala kepahitan hidup berumahtangga.

Jika tak kerana ibu bapanya, sudah tentu dia menuntut dilepaskan. Tapi apa kata orang tua mereka nanti? Tidak ada tanda-tanda perbalahan kenapa tiba-tiba ingin bercerai? Tentu menyedihkan. Tapi sejauh manakah kekuatannya untuk terus bertahan?

Ego lelaki itu dirasakan terlalu kebal. Terlalu sukar untuk ditundukkan. Mereka hanya bertemu muka di meja makan. Sesekali menonton bersama. Selebihnya masa dihabiskan dengan berkurung di dalam bilik sendiri. Hubungan jenis apakah itu?

Hanya setelah setahun dua bulan usia perkahwinan mereka, Irfan datang menuntut haknya sebagai suami. Dan dia redha. Itu bukan bermakna dia lemah. Irfan tidak pernah menderanya. Mengangkat tangan ke tubuhnya pun tidak pernah apatah lagi meninggikan suara.

Dan dia menerima kehendak Irfan atas satu alasan. Cucu yang terlalu ingin dimiliki ibu mertuanya malahan ibunya sendiri.

“Aku lakukan bukan sebab aku ingin memuaskan nafsu sendiri. Kita dah tak ada alasan lagi untuk diberikan. Sampai satu ketika, apa yang kita sembunyikan sekarang takkan mampu kita simpan lagi.”

“Aku tak memaksa. Kalau aku lakukan semata-mata didorong oleh nafsu, takkan aku tunggu sampai ke hari ni. Dulu lagi aku dah mampu memiliki engkau secara mutlak kerana sebagai suami aku ada hak ke atas engkau.” Itu kata-kata Irfan yang turut mendorongnya mengikut kemahuan lelaki itu.

Dan hasilnya, apa yang dihajati ibu bapa keduanya tercapai. Dia kini keseorangan. Menangisi nasib sendiri. Tiada Irfan disisi. Anak kecil yang dilahirkan adalah untuk memuaskan hati ibu bapa kedua pihak. Bukan lahir sebagai tanda cinta kasih ibu dan bapanya.

Nia mengeluh lagi. Irfan menemaninya di labour room. Memberi kata semangat. Menggenggam erat tangannya. Mengucup dahinya sebaik saja si kecil lahir ke dunia. Seolah-olah dialah suami paling agung di dunia. Berpura-purakah dia?

Anak ibu! Bagaimana lagi dapat ibu tundukkan keegoaan ayahmu? Bagaimana lagi dapat ibu nyatakan pada ayahmu tentang perasaan sebenar ibu? Ibu sayangkan ayah tapi pernahkah ayahmu peduli tentang perasaan ibu?

Ibu menerima ayahmu seadanya. Baik dan buruknya. Ibu belajar menyayangi ayahmu dan menyintainya dengan rela. Inikah kesudahan pengorbanan ibu anakku? Inikah kesudahan hubungan ayah dan ibu?

To be continued...

24 January 2010

Bila Linda Onn Bersuara...

Tadi masa I read the newspaper, terbacalah kisah si Fahrin nak saman Linda Onn. Kata Fahrin, dia tensenlah pasal Linda dah buruk-burukkan dia. Tapi betullah kan... yang dah sudah tu sudahlah. Linda should learn how to forgive and forget. Dulu dia jugak yang cakap dia ngan si Fahrin tu teman tapi mesra. Ni after 1 year, baru keluar statement tu.

Kalau orang lain pun mungkin susah nak percaya dengan pengakuan yang keluar after 1 year putus chenta. Pesal la Linda keluarkan statement tu? Dah tak ada jodoh antara keduanya, lupakan sajalah.

Entahlah dunia artis ni. Masing-masing saja je cari sakit. Dah kaya sangat pun susah jugak. Dah tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Baik suruh orang saman. Boleh kasi duit free. Hahaha... Apa-apa sajalah. Asalkan korang bahagia dan saling tak melibatkan pihak-pihak lain pulak.

Muhasabahlah diri masing-masing... Huhuhu...

22 January 2010

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~part 2~

Keputusan Irfan tak mengecewakan harapan ibu bapa kedua-duanya. Mereka diraikan dalam majlis yang cukup meriah memandangkan Irfan anak sulung Haji Zahari dan dia sendiri anak bongsu Haji Sulaiman.

Namun kemeriahan majlis itu tidak mampu menceriakan hatinya sendiri. Berpura-pura gembira sedangkan dalam hati berantakkan. Jika itulah perasaanya, bagaimana pula dengan Irfan?

Tiga bulan tinggal sebumbung dengan lelaki itu, kehidupan mereka tetap tidak berubah. Irfan dengan kehidupannya dan dia dengan kehidupannya sendiri. Walaupun dia berusaha merapatkan jarak ruang yang ada, usaha yang dilakukan tidak menampakkan sebarang hasil. Irfan sengaja tidak mahu memberikan kerjasama.

Walaupun mereka tetap makan semeja, namun itu tetap tidak merapatkan hubungan mereka yang sedia renggang. Sudah hilang dayanya untuk menambat hati lelaki itu.

“Dah lapan bulan Nia dengan Irfan kahwin kan?” soalan ibu mertuanya sedikit mengejutkan Nia. Irfan cuma tersenyum.

Sudahlah ibu dan bapa mertuanya datang mengejut. Kini ada lagi kejutan yang bakal diterima. Nia hanya mengangguk.

“Mak teringin nak menimang cucu. Mesti comel anak-anak Nia dengan Irfan nanti kan? Nia tak ada tanda-tanda lagi ke?” soalan cepumas yang hampir membuatkan Irfan sendiri tersedak.

Nia sendiri merasakan darah pantas menyerbu ke mukanya. Panas. Irfan tidak pernah menyentuhnya selama lapan bulan perkahwinan mereka itu. Tanda-tanda apakah yang ibu mertuanya inginkan?

“Belum ada rezeki lagi mak,” sepantas itu juga Irfan menyelamatkan keadaan.

Macam mana nak ada rezeki? Aku cuba nak berbaik-baik, engkau jual mahal sangat. Ngomelnya dalam hati. Tapi untuk menyalahkan Irfan seratus peratus tak mungkin juga.

Irfan pernah menyatakan dulu sama ada dia bersedia menerima layanan yang diberikan. Dia sendiri redha dengan segalanya. Kini dia nak menyalahkan siapa? Diri sendiri yang perlu dipersalahkan. Ah... pening!

“Mak tak minta banyak dengan kamu. Sementara mak dengan abah masih hidup ni, teringin juga mak nak bermain-main dengan cucu sendiri.”

“Nak harapkan adik-adik kamu Irfan, entah bilalah mereka tu. Tak tahulah sempat ke mak dengan dia orang tu. Kamu ajelah harapan mak dengan abah.” Nia menelan liur. Bagaimanalah rupa Irfan agaknya? Lebih terasakah dia? Tapi untuk apa dia terasa sedangkan ini jalan yang dipilihnya sendiri. Jalan yang menuntut Nia terus bersabar.

To be continued...

Waaa...waaa...

Semalam dah buat draft utk short story. Tapi kena buat editing sikit before posted on the wall. Tu la... tengah-tengah buat editing, si kakak and adik bangun. So kena la stop dulu. Kalau tak nanti lagi susah. Tak gitu? Priority goes to the kids 1st. Then baru la pergi tempat lain pulak.

Apa pun, I'll try to edit the short story yang tak berapa nak short tu. Anything interesting happened yesterday??? Kalau kita kaji dan cari, semua benda tu exciting kan??? Kan??? My lil' one slept at around 11 plus. Tu pun paksa tidur.

Mata dah nak tidur makcik kecik tu tapi galak main tak hingat. Bawak masuk dalam bilik, bagi susu terus tidur sambil ditepuk-tepuk. My other life tak berapa memberangsangkan sangat. Well if things yang tak dijangka happen, I'll accept it with open heart and mind.

Apa yang jadi itu telah dijanjikan dan itu jugalah takdir kita. Terpulang pada kita untuk ambil langkah seterusnya.

p/s: To dear HUBBY... I'M SORRY for all the troubles and the hard times!!! Thank you for accepting and for your understanding all this while!!! Thank you for being a good and lovely father as well as husband to your little family... Thank you and nothing more that I can say accept that I'm SOOO SOOORRRYYY untuk salah silap yang telah dilakukan...

20 January 2010

A New Member...

Yesterday at around 11 sumthing pm, my sis-in-law gave birth to a healthy baby boy. Ikut due end of this month. Tapi dah baby tu nak keluar awal, alhamdulillah la. This is my bro fourth children. Lepas ni nak anak ke lagi or not, I don't know.

He's very excited dapat baby boy. Tiga orang anak dia before, girls. The wife trauma sikit nak dapat yang ke-4 ni coz anaknya yang ke-3 tu sumbing. Sumbing teruk jugak kot. Tapi sekarang dah ok after a few of operations untuk betulkan bibir dengan lelangit dia.. But then, she has to go through another operation bila umur dia lapan tahun tak silap akulah.

Akhirnya, raya tahun ni dapat jugaklah dia beraya dengan baby boy yang mana dia takkan keseorangan lagi pakai baju melayu. Dah ada teman. Congrates dear bro!!! Apa pu,n anak tu amanah Allah. Tak kiralah lelaki ke perempuan...

Kalau dia bagi perempuan je, tu dah rezeki kita. Lelaki saja pun rezeki kita jugak. At least kita ada jugak anak sendiri berbanding dengan orang lain yang mungkin tak ada anak langsung walaupun dah lama kawin.

Harta kita la anak tu. Harta menimbun tapi kalau tak ada anak tak best jugak kan? Nak bagi kat siapa harta kita tu nanti. Tak gitu??? Fikir-fikirkanlah betapa bertuahnya kita sebagai insan yang mungkin tak ada harta tapi tetap dapat anak. Kan? Kan? Kan?

19 January 2010

Apalah budak-budak ni...

Last Sunday was my mom-in-law punya birthday. Happy Belated Birthday Mi. Walaupun dia tak baca blog aku ni, tapi aku still nak wish dia. Ok apa kan??? Hehehe... And last sunday tu pun ada insiden happened at my house. Actually my father's house. My family and I duduk sini at the moment.

Kat sini ada banyak kucing. Mana datang entah. Tahu-tahu je dah beranak-pinak. Ibu kucing ni plak jenis tak jaga anak. Ada la 2 ekor yang mati while the other 2 still atas siling rumah. My father asked la cucu-cucunya to look for the kittens. Kitten hunting la ni kononnya. My dad suruh tengok. Tapi my nephews ni very the bijak pandai, dia orang panjat siling. Naik atas ok. Tanpa pengawasan orang tua tu. And the result was this...

Hasil kerja my nephew

Meninggalkan kesan yang mendalam. Huhu..

Overall pic. Berapa tinggi ni???

Yang jatuh dari siling ni cuma seorang je walaupun yang masuk dalam ruang antara bumbung dengan siling tu 2 orang. Sepupu yang sama baya. Dia kata, dia nak reversed ke belakang sikit tapi tersalah pijak. Katanya lagi, dia ingatkan yang dia pijak tu memang kayu. Last-last jatuh ke bawah. Tapi dia sempat grabbed seekor anak kucing and tak lepaskan pun.

Dan petang tu jugak dia dibawa ke hospital and was hospitalized for one day sebab dia mengaku sakit bahagian pinggul. Bila batuk pun sakit. Bawak ke wad kecemasan tapi alhamdulillah he's doing okay. Dia sempat cakap, 'Ingat nak buat-buat pengsan masa jatuh.' Buatlah kalau nak kena karate ngan mak sedara dia. Huhu...

When people ask about the incident, dia kata 'Penyelamat Kucing!' Berangan nak jadik Wonderpets la tu...

p/s: Moral of the story... bila orang tua kata tengok, tengok je la. Janganlah sampai panjat ke dalam. Dah susahkan semua orang. And adults, please pantau anak-anak. Bukan boleh percaya sangat bebudak ni.

18 January 2010

SEGALA-GALANYA UNTUKMU ~part 1~

2nd short story published dalam MW jugak


Dia memejamkan matanya lagi. Sebaik saja sedar dari tidur, tiada sesiapa pun di sisinya termasuklah suaminya sendiri. Segalanya mengundang rasa sayu yang tak bertepi. Dia menarik nafas panjang. Cuba menenangkan perasaannya yang berkecamuk. Sampai bila dia akan terus dan harus bertahan?

Irfan! Dia tak pernah menyangka lelaki itu akan menjadi suaminya kini. Tidak terlintas langsung dalam fikirannya. Irfan punya segalanya. Kekacakkan dan kestabilan dalam hidup. Irfan datang dengan pakej yang cukup lumayan.

Tapi... tak siap menyangka dia yang berjaya mendapat pakej istimewa itu. Istimewakah dia di mata lelaki itu? Dia mengeluh perlahan.

Dia dan Irfan disatukan atas kehendak keluarga. Dalam zaman serba moden ini, ibubapa masih mahu mengatur hidup anak-anak mereka. Bunyinya cukup melucukan tapi itulah hakikat yang dia harus terima. Mangsa keadaankah dia?

Keinginan ibu satu beban buatnya. Tapi apalagi pilihan yang dia ada? Menolak bermakna melukakan hati orang tua itu sedangkan hati ibu tua itu sudah cukup terluka. Tapi kenapa bebannya dia yang harus terima?

“Ibu memang teringin berbesankan Haji Zahari tu. Tapi Nia tahukan Anis dah buat keputusannya sendiri. Hanya Nia yang ibu ada. Kalau Nia pun tak mahu terima pinangan keluarga Haji Zahari tu, tak apalah,” perlahan suara ibu tapi dia faham maksudnya.

Anis! Kakaknya selalu begitu. Sudahnya dia yang harus menerima bebanan yang ditinggalkan. Anis memilih Hisyam, teman sekerjanya. Dan dia yang masih belum berpunya diminta memenuhi hasrat si ibu. Apalagi pilihan yang ada ketika itu?

Bukanlah dia tidak mengenali anak Haji Zahari itu. Tapi itu dulu. Ketika zaman kanak-kanak. Sudah bertahun masa berlalu.

Bila Irfan menyambung pelajaran ke luar negara, keluarga Haji Zahari juga turut berpindah. Entah bila ibu dan bapanya bertemu semula dengan Haji Zahari dan merancang untuk menjodohkan mereka, dia sendiri pun tak tahu. Apa yang dia tahu ibunya terlalu mengharap padanya.

Nia ingat lagi pertemuan pertama dengan Irfan. Sukar untuk digambarkan perasaanya ketika itu.

“Engkau tahukan keluarga nak satukan kita?” soalan lelaki itu dirasakan cukup kasar. Dia angguk perlahan.

“Engkau setuju dengan perkahwinan ni?” Nia hampir tersedak.

Jawapan bagaimana yang sesuai untuk diberikan kepada Irfan dalam situasi sebegitu? Nia sendiri keliru. Lelaki itu sendiri menunjukkan seolah-olah dia tidak berminat dengan perkahwinan yang diaturkan keluarga. Jadi ...??? Soalan Irfan tak dijawabnya.

“Engkau dah ada boyfriend?”

Nia geleng kepala. Malas nak memanjangkan cerita.

“Jadi engkau tak kisahlah kalau kena kahwin dengan aku pun? Tak kisah walau macam mana sekalipun layanan yang engkau akan terima nanti?”

Mendengar soalan lelaki itu membuatkan Nia mengangkat muka. Wajah Irfan direnung dalam-dalam. Mencari kekuatan sebelum menyatakan keputusannya dan membiarkan lelaki itu membuat keputusannya sendiri.

“Sama ada saya kisah ataupun tak, itu bukan persoalannya. Kalau perkahwinan ni mampu mengembirakan hati ibu bapa saya ataupun awak, saya terima. Saya redha dengan segala ketentuan-Nya. Ada hikmah disebalik setiap sesuatu perkara yang berlaku, kan?”

Nia sudah bersedia untuk mengucapkan kata-kata terakhir dan meninggalkan lelaki itu sendirian. Dia sudah cukup tertekan. Berhadapan dengan lelaki ini hanya menambahkan tekanan yang ada.

“Awak buatlah keputusannya. Saya terima dengan hati terbuka. Assalamualaikum.”


To be continued...

17 January 2010

I'm worried!! Huhu...

Bila anak-anak sakit, parents la yang paling susah hati sekali. Itu pun kalau parents tu have feelings toward their kids la. Anis kena flu and it worries me. Aku kalau boleh nak avoid dia from getting flu. Takut jugaklah. Anis kan kena bron pneumonia. Baru jugak lagi rasanya. Dia pun tal recover 100% lagi. Mahunya tak risau.

Tapi apa pun, tu semua kuasa Allah. Kalau jadi apa-apa or diberi dugaan sebegini, kena terima dengan hati yang redha. Cakap mulut senanglah kan?? Tapi like I said earlier, kena muhasabah diri la walau macam mana keadaan sekalipun.

Dugaan untuk kita sebagai manusia ni tak pernahnya lepas... Accept it or ...???

16 January 2010

~ 27112009 dalam ingatan ~ (part 4)

This was the 1st day kena transfered Bilik 3
( 01122009 )

Still dengan machines yang setia di sisi

Masa ni dia dah start ada improvement. Walaupun still bergantung dengan mesin oksigen tapi dia dah tak guna tiub lagi. when this pics were taken, Anis dah ditukarkan ke bilik 3. Mula-mula dia kena transfered ke bilik 3 kat belakang, we were damned happy. On the night she was admitted, the docs said, "Kalau dia dah ok... kami akan transfer dia kat bilik belakang." So we taught that she was doing ok la. Maksudnya tadi dah ada improvement. Tapi sangkaan kami meleset. It was day 4 ke day 5 macam tu la masa Anis masuk bilik 3 tu.

Rupa-rupanya, Anis pindah masuk bilik 3 tu untuk mengelakkan dia daripada dapat cirit-birit. Baby yang duduk satu bilik dengan dia tu kena cirit-birit and ia berjangkit. Takut efek kat dia, doc suruh pindah ke belakang. Masa nak transfered Anis ke bilik 3 tu, my hubby was there. Kebetulan dia masuk masa diaorang tengah sibuk-sibuk nak pindahkan Anis. Apa yang the nurses buat memang tak patutlah.


Ini masa Anis tukar dari tiub ke mask (04122009)

2nd day dia dengan masknya...

Dah tahu nak pindahkan baby ke belakang, baby tu plak still bergantung pada mesin oksigen... the nurses boleh bawak dia macam tu je. Without the oxsygen machine okay! Lepas tu mula la terjerit-jerit minta amik tong oksigen la apa la.. Macam-macam boleh jadik masa diaorang tengah nak transfer baby tu. Tapi dah bukan anak diaorang, apa diaorang peduli. Betul tak???

Tapi a few days later, bila tengok dia dah pakai mask... memang lega sangatlah walaupun sedih dengan kesian tengok dia. Yelah... dia tak selesa langsung dengan mask tu. Nak tidur pun susah. Kejap-kejap dia nangis. Bila lelap je, tak sampai 2 minit dia dah sedar semula. Me as her mother, memang tak boleh tahan tengok dia macam tu. Nak tunggu lama tapi tak tahan diduga. Cuba jugak kuatkan semangat diri tapi tak boleh.

Bila kita berada kat tempat tu baru kita tahu macam mana rasanya. Believe me... It wasn't that easy to accept everything...

15 January 2010

Hmmm...

I'm trying to update my blog. Tapi biasa la... dengan gangguan daripada si kecil ni including her daddy as well, nak duduk mengadap lappy ni lama-lama pun tak sedap jugak. ni pun Anis tengah sedap je hisap jari dengan tangannya sekali. Ada bunyi macam nak marah je makcik kecik ni. Eh, dah marah pun la!!

Will trying update this later...

14 January 2010

ANONYMOUS ~finale~

Aku pun sedar Jazlan masih pandang aku. Sebab tu aku tunduk. Tak mahu dia tahu aku menangis. Malulah aku nanti.

“Lin!” lembut suara Jazlan menusuk ke telinga. “Pandang aku!”

Banganglah mamat ni. Macam mana aku nak pandang dia dalam keadaan macam ni? Nak kenakan aku ke dia ni?

Dalam kekalutan ni, aku rasa diri terdorong ke depan. Aku pun tak sedar aku menangis dalam pelukan mamat tu. Best jugak kena peluk dengan tubuh sasa dia tu. Hish, gatalnya aku!
Pelukan dia kemas. Basah juga baju dia akibat airmata aku ni. Tapi tak adalah habis sehelai baju dia tu basah. Sikit je sebab aku ni cepat sedar diri.

Aku kesat airmata sebaik saja dia longgarkan pelukannya. Jazlan menyisir rambut dengan tapak tangan. Mungkin sedar kot dia dah peluk anak dara orang. Tak apa! Tak sengaja. Bukan peluk suka-suka. Kalau suka-suka mahu makan penampar aku dia ni.

“Sorry! Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Tolong jangan menangis lagi kalau tak mahu aku peluk engkau. Aku tak boleh tengok engkau menangis,” rayuannya buatkan aku tersenyum. Kegatalannya terserlah. Baik jugak mamat ni. Untung aku dapat dia. Hehehe...

“Aku tak pernah tahu engkau sukakan aku. Selama ni pun engkau nampak macam main-main aje. Salah aku ke tu? Hei... sape kate aku suka dengan Hilmie?! Mengada!”

Dia geleng kepala dengan senyuman terukir dibibir. Mungkin dia pun tak sangka aku suka kat dia selama ni. Siapa suruh tak tanya? Kan dah padan muka dua-dua sekali. Itulah!

“Aku sakit hati bila engkau tiba-tiba jauhkan diri dari aku. Dahlah tu, siap tayang awek baru lagi. Aku pun tak tahu nak buat apa. Engkau pun usaha setakat itu ajelah. Tak ada follow up? Bodoh! Cakaplah terus-terang lain kali.”

Jazlan gelak. “Kalau aku tahu engkau pun sukakan aku, tak adalah kita macam ni sekarang Lin. Buang masa dengan salah sangka. Aku cuma takut engkau reject aku. Lebih baik hilang cinta tu dari hilang engkau.”

Aku perhatikan mamat ni atas dan bawah. Handsome! Senyum dialah yang paling mahal. “Boleh aku tanya? Sejak bila engkau sukakan aku? Habis awek junior engkau tu macam mana?”
Jazlan merenung aku mesra. Rasa macam bahagia je. Renungan mamat tu tajam menikam. Perh...!

“Tricky question. Aku pun tak tahu bila aku mula sukakan engkau. Apa yang pasti aku mula rasa kelainannya masa aku ambil gambar engkau tu. Engkau nampak lain Lin. Ada sesuatu dalam diri engkau yang menarik perhatian aku. Aku tak dapat nak tipu diri aku lagi.”

“Ha, pasal awek aku tu? Dia cuma adiklah. Aku pun dah cakap dengan dia. Kalau dia masih suka, aku tak boleh buat apa. Dia kena faham hati aku dah diberi pada orang lain.”

Dia mengeluh. Melepaskan bebanan yang tersimpan. “Aku bukan jenis lelaki yang mudah suka pada perempuan. Sebab tu susah untuk aku lupakan engkau. Aku terlalu sayangkan engkau. Itu kebenarannya.”

Tulus ucapan tu pada pendengaran aku. Boleh tahan karat mamat ni. Lega rasanya bila satu masalah selesai. Tambahan pulak bila aku dapat dia. Jejaka yang aku suka. Bersyukur benar aku kepada Dia Yang Maha Kuasa.

“Let’s clear this thing out. Malam ni kita umumkan pada semua. Okay?”

Aku pandang dia. “Nak umumkan apa? Ada aku kata nak jadi girlfriend engkau? Perasan!” Gelak Jazlan kedengaran. Dia kenyit mata.

“Okaylah. Malam ni aku umumkan aku dah declare dengan awek junior aku tu.”
“Hei... gatal!” Tak pasal-pasal kena cubit. Padan muka dia.

Kebahagiaan ini... biarlah berpanjangan. Senyuman dan renungan mesra Jazlan cukup untuk menyatakan dia kini milikku dan begitu juga aku. Tuhan, terima kasih atas kurniaan-Mu ini!

-The end-

13 January 2010

Scary kori...

Semalam tak sempat nak update blog sebab berlaku 'perebutan' lappy dengan my hubby. Apalah... laptop pun nak berebut-rebut ke??? Nak buat macam mana, barangnya cuma ada satu aje. Nak beli lagi satu kena tunggu dululah. Buat masa sekarang ni kena rebut-rebutlah dulu. Hehehe...

Apa pun, aku cuba jugaklah untuk menghabiskan cerpen ANONYMOUS tu. Last part. By petang nanti bolehlah siapkan last part tu dengan jayanya. Hopefully mendapat feedback yang baiklah cerpen tu ek?! Kadang-kadang kita menulis ni bukan semua orang suka dengan hasil tulisan kita. Tapi suka tak suka pun baca sajalah. Real life story. Mana ada setiap benda akan menyenangkan hati kita kan???

11 January 2010

ANONYMOUS ~part 4~

Wah, banyak cantik dia punya muka! Nak pegang-pegang pi lah pegang awek juinor dia tu. Hish, jealous pulak aku ni! Tak nak cakap baik blah. Makin lama aku berdepan dengan mamat ni makin tension jadinya nanti.


Aku cuba rentap tangan aku tapi mamat tu pegang kuat sangat. Buat sakit tangan aku aje. Sakit tangan, lagi sakit hati aku ni.


“Kalau engkau tak nak cakap, sudah! Tak payah nak sakitkan tangan aku.”


Muka Jazlan merah padam. Bengang dengan akulah tu kot. Ah, lantaklah! Dia kira bengang dia jelah. Aku tak payah bengang langsung? Keadaan sekarang memang tegang. Aku tak nak mengalah. Mamat tu pun sama aje.


“Mana engkau tahu cerita ni?” Dia cuba kawal keadaan dan diri dia sendiri. Tapi bila aku diam, itu yang menambahkan angin dia agaknya. “Jawab pertanyaan aku Lin.”


“Bangkai gajah, tutuplah macam mana pun akan berbau jugak. Kalau engkau nak terus berdolak-dalih, kita balik ajelah.” Daripada terus menyakitkan hati lebih baik balik aje. Tapi tadi, aku jugak yang gatal ajak dia ke sini. Kan dah dapat sakit. Padan dengan muka aku. Padan dengan muka mamat tu jugak.


Aku cuba tolak mamat tu ke tepi. Tapi aku tersilap sikit. Aku lupa yang tangan aku masih dipegangnya. Jadi bila dia tarik, tambah sakitlah pergelangan tangan aku tu.


“Kalau engkau buat macam tu, lagi sakit engkau nanti. Atau engkau nak aku peluk engkau untuk tenangkan keadaan?” ugutan yang menakutkan.


Suka atau tak aku terpaksa menurut. Kalau dia peluk aku nanti sape nak jawab? Sape nak bertanggungjawab? Dia jugak! Hehehe... Gatal betul aku ni!


That’s better! Engkau dapat tahu dari siapa ni? Kamilia?” Ooo... Kamilia namanya. Dah pandai teka tanya jugak aku lagi. Mengada!


“Betullah tu kan? Sekarang engkau pasang telinga betul-betul sebab aku akan jelaskan benda ni sekali je. Aku tak mahu benda ni jadi duri dalam hubungan kita. Engkau faham?”


Huh, sedap betul ayat! Hubungan kita!


Aku diam aje. Angguk tidak, geleng pun tidak. Kalau geleng sekalipun dia akan tetap cakap jugak. Jadi buat apa aku penatkan kepala aku angguk ke geleng. Nak terang, terang ajelah. Banyak cakap pulak.


Aku pandang mamat tu. Pandangannya dilontarkan jauh ke depan. Macam menarik je benda yang nak dijelaskan mamat ni. Apa penjelasannya tu?


“Engkau dah tahu siapa pengirim bunga tu. Tapi engkau tahu apa tujuannya?” Pandangan dialihkan pada aku. Terkedu aku tengok senyuman dia. Boleh lembut hati macam ni.


“Aku dah lama sukakan engkau. Itu yang engkau nak tahu kan? Aku memang betul-betul sukakan engkau. Apa yang tertulis dalam kad tu adalah perasaan sebenar aku. Ikhlas!”


Jazlan tarik nafas panjang. “Aku memang berniat nak bagi tahu engkau hal yang sebenarnya. Tapi aku dapat tahu engkau rapat dengan seorang budak nama Hilmie. Takkan aku nak approach engkau sedangkan aku tahu engkau berminat dengan orang lain?”


Pegangannya pada tangan aku dilonggarkan. Aku pulak macam kena pukau. Tak percaya dengan apa yang dia katakan. Mamat ni suka aku? Betul ke? Sejak bila? Dahlah tu, pandai-pandai pulak dia kata aku interested dengan Hilmie. Siapa kata? Geram betul aku dibuat dek mamat seorang ni.


“Aku jauhkan diri aku dari engkau sebab aku frust. Dah banyak hint aku bagi tapi engkau tak pernah peduli pun. Takkan aku nak teruskan jugak sedangkan aku tahu usaha aku sia-sia.”


Jazlan lepaskan pegangannya. Pandangannya masih pada aku. Seolah-olah memberi peluang aku pulak berkata-kata. Tapi aku tak terkata dibuatnya. Dia senyum lagi walaupun hambar.


Aku pulak cuma mampu anggukkan kepala. Terharu dengan penjelasan mamat ni. Manalah aku tahu dia serius selama ni. Aku nampak macam main-main aje. Kalau aku tahu dah lama aku jadi girlfriend dia. Hehehe...


Dalam pada tu aku terasa mata pedih semacam. Aku tunduk. Setitis airmata menitik mengenai tangan aku sendiri. Bukan aku saja-saja nak menangis. Tak sia-sialah aku suka dia selama ni. Terharu betul!


Segala perasaan berbaur menjadi satu. Sakit hati masa dia berlagak dengan aku, rasa kecewa bila aku tahu dia keluar dengan orang lain. Ah, segala-segalanya menyebabkan airmata ni mengalir jugak. Bukan salah aku.


To be continued...

10 January 2010

Kenapalah...

Baru je mengadap lappy ni. Kunun-kununnya nak menaip la barang sebaris dua ayat untuk novel yang sudah ku draftkan isi kandungannya. Kinda motivasi punya story. Target age... err... youngsterslah. Bukan apa... kiddo la yang paling senang sekali nak motivate. Lagi pulak, first time dengar this story from my hubby, rasa macam tertarik je. Tapi tak tahu pulaklah kalau ada yang tak tertarik. Huhu...

My youngest daughter baru je tidur. Try bagi dia tidur atas tilam je. Senang nanti kalau nak bawak berjalan-jalan. Tak adalah dia nak meragam sebab tak ada buai. Macam kakaknyalah. Si Alya senang nak bawak mana-mana. Tidur dalam buai boleh, tak tidur buai pun tak jadi masalah. Like the 1 yang aku jumpa masa Anis masuk wad, anak dia very sensitive dengan bunyi. Pantang bising sikit je dah terkejut dari tidur or tak boleh tidur langsung. Memang meragam jelah kerjanya.

The mother said, kalau kat rumah memang senyap. Especially kalau time dia tidur. Memang orang tahu baby tu tak suka bising. Kalau nak dah ada kat wad, jangan harap senyaplah kan?! Tak ada maknanya... First time tengok baby tu macam pelik jugaklah. Muka dia bulat tapi lebam-lebam biru gitu. Bibir dia pun lebam gila.

And then, the mother explained la. Anak dia tu ada masalah jantung. Selalu berulang-alik ke IJN. Patutnya dah operate tapi sebab berat tak naik terpaksa tangguh. Lagi kuat dia menangis, lagi birulah jadinya. Mamanya tried very hard untuk elakkan anak dia daripada menangis. Tapi dengan suasana wad yang begitu' indah' dan 'nyaman', memang baby tu akan sentiasalah menangis. Nasib baik jugaklah dia pun duduk tak lama kat situ. she was discharged a day before us.

Banyak kejadian dan experiences yang kita boleh gain kalau duduk kat hospital ni. Macam-macam telatah manusia. Nanti I stroy-story lagi okay??? Hehehe...

09 January 2010

Am I not trying???

Baru je pegang pen dengan kertas... nak draft ceritalah kononnye, mata dah mengantuk. Adoii... sabar aje la. Memang kuat betul dugaan kalau mood writing tengah ON! Kalau OFF tu okay je. Tak ada pulak rasa mengantuk ke apa ke...

Inilah yang saya malas ni. Huhu... Tapi aku kene kuatkan semangat jugak. Aku ada azam nak tunaikan tahun ni. Azam tahun baru Islam. Selama ni aku ada jugak ber'azam' tapi tak sekuat tahun ni punya azam. InsyaAllah aku akan cuba tunaikan azam aku tahun ni. Walaupun aku ala-ala terikut jugaklah dengan hasutan-hasutan yang datang. Hehehe...

Usaha tangga kejayaan!!! Tanpa tangga tak semestinya kita tak berjaya. Rumah sekarang pun mana ada tangga kat luar. Kalau ada pun kat dalam rumah aje kan??? Muahahaha...

ANONYMOUS ~part 3~

Hai, balik-balik mamat berhati batu tu jugak yang aku ingat! Berhati batu pun aku suka. Suka dalam diam ajelah kan. Jangan cakap dengan dia. Malu aku nanti. Mahu seumur hidup dia gelakkan aku.Daripada dia gelakkan aku, baik aku simpan aje perasaan tu.


“Eh, Lin! Aku ada berita baik untuk engkau. Nak dengar tak?” Aku yang tengah meneguk air nyaris-nyaris tersedak akibat disentuh mamat sorang ni.


“Apa dia? Macam ye je best cerita engkau tu,” sengaja je aku menidakkan dia.


Jazlan senyum. Aku rasa aset mamat ni selain rambut, senyum dia tu. Boleh cair dibuatnya kalau dia senyum. Hish, aku ke yang cakap tu?! Macam tak percaya pulak.


“Aku sayang engkau. Tu je,” dia gelak. Mulalah nak cakap yang bukan-bukan tu. Malas aku nak layan.

Mamat tu pandang aku. Bukan pandang. Renung. Serba salah aku dibuat dek mamat ni. Apa pun muka kena selamba. Nanti dia tahu aku gelabah.


“Tak apalah Lan. Aku nak pi kelas dulu. Malas nak layan engkau. Bye.” Aku angkat punggung. Tak selesa pulak duduk dengan mamat sorang ni. Rasa macam tergugat je hati aku ni. Tak boleh jadik betullah.


Aku hayun langkah. Laju semacamlah pulak. Ah, pedulikkan! Tapi kenapa aku rasa macam tak sedap hati aje ni? Macam segala-galanya yang berlaku sekarang ni, salah. Kenapa aku selalu aje ingatkan Jazlan? Mamat berhati batu tu bukan tahu hargai perasaan orang pun. Huh!


“Ha, ni tak ada lain tengah layan perasaanlah tu! Untung ada orang handsome minat kat kita kan?” sergahan Ida buatkan aku hampir-hampir terjatuh dari kerusi. Tak guna betullah.


“Apa sergah-sergah orang ni? Lain kali bagi salam dulu. Dah tak reti nak bagi salam ke?” aku tegur minah tu tapi dia buat muka selamba aje.


“Maaf ustazah. Engkau ni mesti tengah fikir pasal pengirim bunga tu? Mesti handsome orang yang hantar bunga tu kan?” Aku geleng. Manalah aku nak tahu. Pelik betullah minah ni.


“Entahlah Rul. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Lambat-laun nanti dia mesti tunjukkan diri. Jangan risaulah. Hehehe...”


Nak tunggu dia muncul? Dah tua aku ni baru dia muncul agaknya. Huh! Sapolah ekau ni ha?! Sejak akhir-akhir ni, aku selalu jugak teringatkan Jazlan. Mamat berhati batu tu. Orang kata kalau kita kerap ingat kat orang tu, mesti dia pun tengah ingat kat kita. Entah betul entah tidak aku pun tak tahu. Itu kata orang.


Yelah... dalam ramai-ramai kawan yang aku kenal, dia sorang aje yang panggil aku Lin. Katanya nama tu cantik, secantik orangnya. Gatal! Mamat tu memang gatal.


Kalau orang lain yang panggil aku Lin, janggal aje aku rasa. Kalau dia, macam sedap aje bunyinya. Hehehe... Sape yang gatal sekarang? Dia ke aku? Apa-apa pun, aku rasa macam aku dah berkenanlah dengan mamat tu. Hish, macam mana ni?! Tak boleh jadik betullah.


Dah lama jugak aku tak jumpa mamat berhati batu tu. Mana dia menghilang entah. Rindu pulak aku dengan dia. Gatal! Bunga pun dah lama aku tak dapat. Agaknya orang yang hantar bunga tu dah kehabisan duit kot. Hehehe...


Hari tu aku ada jumpa Jazlan. Mak aii... sombong gila! Geram betul aku. Tambah sakit hati bila aku tegur dia buat tak tahu je. Mentang-mentanglah keluar dengan awek. Membara betul hati muda aku ni. Sejak dari tu aku dah malas nak layan mamat tu. Sakit hati babe! Dia pun buat endah tak endah aje. Memanglah aku selalu teringat kat dia tapi ego kena jugak jaga.


Sekarang ni biarlah aku bagi perhatian kat diri aku sendiri. Malas nak ingat pasal mamat berhati batu tu. Benci! Benci tapi sayang. Macam mana tu?


“Aku tengok engkau dengan Jazlan dah semacam sekarang. Kenapa ha? Jazlan elak bercakap pasal engkau, engkau pun elak bercakap pasal dia. Apa dah jadi ni?” Itu soalan yang ditujukan Nisa pada aku satu hari tu. Apa nak cakap?


“Mana ada apa-apalah. Aku tak ada cerita pasal dia, habis tu nak cerita apa?” Alasan baik punya.


“Yelah... bila kitaorang ajak keluar pun korang main elak-elak. Nak berkumpul sesama macam dulu pun susah. Engkau buzy je memanjang. Jazlan dengan budak junior tu. Apa dah jadik korang ni? Perang ke?”


Ooo... budak junior rupanya! Patutlah sombong semacam. “Tak ada apalah. Nantilah, kalau ada masa kita keluar sama-sama yek? Sekarang ni susah sikitlah.”


“Tak pahamlah aku dengan korang ni.” Aku senyum. Jangan nak cuba-cuba paham. Buat sakit kepala je nanti. Aku pun tengah sakit kepala dengan mamat sorang tu.


Tambahan pulak dengan kehadiran seorang pemuda bernama Hilmie ni. Sakit jiwa aku dibuatnya. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan aku pun tak tahu. Boring betul. Pergi cari orang lainlah.


Aku pun tak tahu kenapa kitaorang boleh jadi macam ni. Keliru jugak aku. Nak kata kita orang ada affair, tak! Tapi entahlah. Aku pun tak faham.


Tadi masa aku nak ke library, aku terdengar awek junior Si Jazlan bercerita dengan kawan-kawan dia. Dia pun tak sedar aku ada kat belakang agaknya. Apa yang dia cakap memang buat aku terkejut tahap antarabangsa punya.


Korang tahu Abang Lan pernah hantar bunga kat Kak Erol? Apa punya tastelah Abang Lan tu,” sedapnya mengumpat.


“Mana engkau tahu?” Kawan-kawannya pun sibuk nak tahu.


“Hari tu aku terdengar dia cakap dengan Abang Rie. Tapi tu semua kisah lama. Sekarang dia dah tak hantar lagi dah bunga. Mungkin sebab dah ada aku kot. Hehehe...” dia gelak. Kawan-kawannya pun ikut gelak.

Ooo... macam tu ke ceritanya! Tak apa. Siaplah engkau Jazlan.


Aku memang tak jadi pergi library. Time-time tu jugak aku pergi cari Si Jazlan. Aku tak peduli. Aku nak tahu jugak kenapa dia buat aku macam ni? Ini bukan sakit hati lagi dah ni. Terbakar hangus dah rasanya.


Aku jumpa mamat tu masa dia tengah sembang dengan Zikri. Terkejut dia tengok aku. Lantakkan! Aku pandang Jazlan. “Ikut aku kejap. Ada hal aku nak cakap dengan engkau. Private!”


Mahu tak mahu Jazlan bangun. Dia kenalah ikut aku. Nak berbincang kena bawak ke tempat yang jauh sikit dari orang. Kalau ada yang tahu, jadik spekulasi pulak nanti. Dia naik kereta aku. Jadik aku bawak dia jauh sikit. Bukan sikit lagi. Banyak.


“Apa hal engkau nak jumpa aku ni? Kenapa tak cakap kat sana je?” Mamat ni tak senyum pun. Berubah betul.


Aku keluar dari kereta. Macam nak lepuk dia pun ada. Geramnya! Dia pun turut keluar.


“Aku takkan apa-apakan engkau. Jangan risaulah.” Terasa jugak hati aku dengan tingkah laku dia tu. Sedihlah pulak.


“Apa halnya?”


“Jawab dengan jujur kalau engkau rasa kita kawan. Siapa yang bagi aku bunga dengan nama Anonymous tu?”


Jazlan nampak terkejut. Tapi dia pandai kontrol. Kali ni bukan setakat pandang aku lagi. Tapi dah tahap merenung dah. Aku memang rasa tak selesa tapi untuk memenuhi keinginan hati, pedulikan semua tu. Kalau mamat tu berniat nak main-mainkan aku selama ni, tak apalah. Nasib aku yang malang sebenarnya.


“Kenapa engkau cakap macam tu? Aku tak fahamlah.”


“Engkau tak faham atau saja-saja buat tak faham? Apa maksud engkau hantar bunga tu kat aku Lan? Nak sakitkan hati aku? Atau engkau nak buat aku ni bahan ujikaji engkau?” Hah, dapat engkau! Terbakarnya hati aku.


“Nanti dulu! Mana engkau dapat cerita ni?” Bukan setakat ayat tu aje yang keluar. Tangan mamat tu pun ikut bergerak. Tak puas hati kot sebab aku membelakangkan dia.


Dia pegang pergelangan tangan aku. Nak kena flying kick agaknya. Dia ingat aku ni apa!? Ter ‘emosional’ pulak aku. Daripada cuba kontrol keadaan, hati aku jadi panas tiba-tiba. Dahlah kena main dengan orang yang aku suka. Ni nak main pegang-pegang pulak?



To be continued...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign