Fresh from the owner...

07 October 2010

CG oh CG. Apa itu CG? Commenwealth Game la.


CG ni dah bermula dua tiga hari. tapi baru dua hari aku tengok. tu pun tengok kejap-kejap je. cuma semalam terbaca post seorang kawan dalam FB. sekarang ni dia dekat New Zealand. ikut suami sambung belajar. dia cakap pasal kiwi comentator yang sebut nama cyclist dari Malaysia bernama Ah Weng. puas dia fikir siapa la Ah Weng tu. bila tengok pada board, rupa-rupanya yang dimaksudkan Azizulhasni AWANG.


apa da... AWANG dengan Ah Weng sikit punya jauh sebutannya. dia orang kan guna nama bapak. kalau nama dia Azizulhasni pun tapi dah ayahnya nama Awang... orang sana sebut Awang instead of his true name. dan semalam jugak, aku tengok acara keirin. tengok kemenangan Azizulhasni sebelum dia being relegated... disqualified. kesian dia.


yang protes tu pun cyclist daripada New Zealand. dia kata Azizulhasni ni halang dia la... apa la... kalau tengok  event tu semalam, memang cara kemenangan Azizulhasni tu cool sangat. tengok dia mencelah antara dua cyclists lain... perh! orang lain belum tentu la boleh buat macam dia. tapi sebabkan itu jugaklah kemenangan dia ditarik semula. walaupun emas still pada Malaysia tapi still kesian Azizulhasni. huhuhu...


my friend yang kat negara kiwi tu marah bukan main marah lagi dekat cyclist NZ. dia kata kalau dah kalah tu, kalah je la. sibuk nak protes-protes pulak. tapi tu semua hakikat. dalam perlumbaan dan mana-mana perlawanan sekalipun mesti ada la yang tak kena. biasa la.


apa pun... Azizulhasni you rock man!!! hehehe...


my foot: melambung-lambung la orang puji Azizulhasni Awang. latihan 4 tahun kat Melbourne tu. penat dia berlatih. last-last regelated. tak apo la. tak ado rezeki kan Azizul?

pic from Google Image file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. seorang atlit malaysia kat sana hubby kepada sepupu dni. hehe... :D semoga mereka semua berjaya,amin

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign