Fresh from the owner...

07 October 2010

Bila Alya mula berkata-kata... Huhuhu...


Alya memang manja. especially dengan encik suami. kalau encik suami ada, dia mesti nak dukung. bila tanya mana kaki? dia akan jawab: "Tak ada!" huhuhu... itu kalau dengan abahnya la. kalau dengan aku, jarang-jarang aku dukung. mana nak dukung Anis. nak dukung dia lagi. berat!!! tak larat de...

dan Alya akan tentukan kat sebelah mana dia patut didukung. usually sebelah kanan. dan Anis sebelah kiri. pagi-pagi bangun tidur, kalau nak ke dapur... dia mesti nak dukung. dan selalunya aku pujuk la. cakap bebaik dengan dia... "Ni kan kak long. Kak Long boleh jalan sendiri." dan dia akan balas: "Adik tu?" dan aku akan jawab: "Adik kecik lagi. Baru nak belajar jalan." dan dia akan balas semula: "Kak Ngah la ibu!" okay la... kak ngah!


hari tu dia ikut my sis pergi kenduri kawin sedara sebelah my mom. dia willingly nak ikut. me stayed at home dengan adiknya dan ada lagi few nieces and nephews yang tak pergi sebab kenderaan tak cukup. okay la sebab dia nak ikut. Alya selalunya suka duduk rumah. berkepit je la dengan aku. kecuali kalau encik suami ada, dia akan berkepit dengan abahnya pulak.


dan selalunya jugak, kalau nak pergi mana-mana dia akan tanya, aku ikut sekali ke tak. kalau aku tak ikut, dia tak nak ikut. bagusnya dia ikut my sis, dia makan nasi banyak. Alya kurang makan nasi. berat dia timbang bulan lepas statik je 10kg. 3 bulan dengan berat 10kg. bulan ni kena pergi lagi. alahai... nak bagi makan apa lagi la kat dia ek?

balik daripada kenduri tu, aku tanya dia makan banyak ke tak, makan apa. dia jawab biasa-biasa je la. kemudian aku tanya dia, tak ada bawak balik nasi sikit ke untuk ibu. tahu apa dia jawab? "Ibu pergi la sendiri.  Naik kete sape-sape!" mak aiii... itu jawapan dia bagi kat ibu dia ni! huhuhu...

balik daripada kenduri kan dia cari aku jugak. aku dengar dia panggil tapi saja buat tak layan. hahaha... dia masuk bilik. dan ayat biasa dia kalau aku tak jawab: "Ibu tak dengar ke Alya panggil?" hehehe... malam yang encik suami balik tu, Alya dok bercerita je dengan abahnya. entah cerita apa aku pun tak tahu. aku tidur sedap sebab encik suami yang kacau anaknya tu tidur. jadik dia la melayan sampai anaknya tu tidur semula.

Alya memang talkative. peramah sangat macam her dad. bab yang tu memang menurun perangai abahnya. including lasak and manja. bab panjat-memanjat ni meamng dia heroin la. larang ke tak larang ke... kalau dah dia kata nak panjat, dia akan panjat jugak. ngeee...



my foot: eh... ni dah berpatah-patah kata dah ni. hehehe... nak bolehkan post entri ni siap pergi minum dengan makan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. salam ziarah,
    seronokkan kalau budak2 dah bercakap, kdg2 sampai tx terlayan...hehehe..

    ReplyDelete
  2. bagusla dia banyak cakap kak.. tu tadanya bijak :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign