Fresh from the owner...

07 October 2010

Azizulhasni Awang... Satu dalam sejuta!!!


inilah wajah anak kelahiran Terengganu yang dibatalkan kemenangannya dalam acara keirin semalam. masih muda belia dan baru saja berusia 22 tahun.

memetik laporan akhbar atas talian:

Cuma, semalam saya dapat merakamkan satu aksi menarik yang boleh dianggap terbaik. Ia adalah sifat berani ditunjukkan Azizulhasni Awang - sesuatu yang saya jarang dapat lihat pada atlit negara lain ketika mereka dilontarkan cabaran.

Walaupun anak muda dari Terengganu itu dibatalkan kemenangannya gara-gara kesilapan teknikal menghimpit lawan, apa yang menarik tumpuan saya adalah perwatakan ikon sukan negara ini.

Pada usia 22 tahun, erti takut berdepan lawan lebih perkasa tidak timbul. Dia cuma tahu untuk berlumba dengan kayuhan terbaik dan memiliki mental untuk menang - baik di pentas Sukan Asia, kejohanan dunia atau pun Olimpik. 

Dia pernah melakukan gelagat sama ketika berdepan jaguh dunia dari Scotland, Sir Chris Hoy dalam saingan suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu sehingga mendapat pujian. 

Sebenarnya saya tidak pernah menyaksikan aksi Azizulhasni dari dekat di gelanggang pertandingan, tetapi sekurang-kurangnya pengalaman pertama ini memberi saya satu rumusan, atlit dengan ketinggian kira-kira 1.57 meter ini mungkin sukar ditemui bagi satu tempoh yang lama. 

Atlit negara lain yang terlepas peluang menang pingat emas mungkin duduk menangis atau bersifat emosi, gelagat berkenaan jauh daripada wajah pelumba kecil itu yang boleh berbual mesra dengan wartawan ketika diwawancara, semalam. 

Seperti kata pemenang emas acara keirin, Josiah Ng, semalam: “Azizul adalah seorang dalam sejuta di Malaysia yang dikurniakan bakat besar dan saya tidak tahu sama ada akan lahir seorang lagi sepertinya.” -Berita Harian Online.


Azizul masih ada acara. 200 meter pecut. harap-harapnya dia menang bagi menebus kekecewaannya dalam acara keirin. walaupun kita tak menang besar sebab berdepan dengan negara yang orangnya besar-besar tapi dengan semangat juang yang besar dah cukup. itu yang akan dipandang orang. betul kan? hehehe...



my foot: Malaysia Boleh!!! my friend ada jugak post yang mana pengulas kiwi tu cakap "Malay Beloh!". bengong kan? huhuhu...


pic from Google Image file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. yg best tu...dia ni pendek je ...tp power...mcm budak kecik lwn budak besar tp budak kecik menang...yeayyy

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign