Fresh from the owner...

13 October 2010

Ada sesiapa nak buat anak angkat si kecik ni? Hahaha...


comel tak? ada yang nak buat anak angkat? hahaha... budak kecik ni dah pandai berjalan sebenarnya. tapi bila budak kecik ni dapat kaki, dia tak mahu orang lain pegang dia. dan dia tak mahu duduk diam. penat la sikit dengan dia ni sebab sentiasa kena perhatikan ke mana dia nak pergi.

masa baru-baru berjalan tu, tempat pertama yang dia tuju was the toilet. tangan dah masuk. kaki je belum. sempat pergi ambil sebelum dia masuk betul-betul dalam bilik air. dan dia memang suka air. sangat suka. mandi la dia berapa kali sehari pun, dia okay je.

dan paling utama, dia suka makan. sangat suka makan. dia pantang nampak orang makan, dia mesti nak makan jugak. walaupun dia baru lepas makan dan dah sendawa, tapi kalau dia nampak ada orang makan depan dia... dia mesti nak jugak apa yang orang tu makan. 

dan ini jugalah budak yang mana masa dia berusia dua bulan lebih, di malam orang lain tengah takbir nak sambut raya haji... dia masuk ICU sebab pneumonia. alhamdulillah... dia makin sihat dan makin aktif. bulan 12 ni dia kena jumpa pakar lagi. nak tengok development dia.

inilah budak yang satu ketika dulu aku dengan encik suami cuma mampu berdoa je sebab doc kata keadaan dia kritikal dan bergantung pada dia untuk bertindak balas dengan antibiotik yang diberi. dan aku bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Ilahi. bersyukur kerana dugaan yang diberi tidak melemahkan kami.



my foot: Allah takkan bagi kita dugaan yang diluar batas kemampuan kita. bila ada ujian yang menimpa, bersabar dan redhalah. kalau kita rasa dugaan untuk kita tu teruk... ada orang lain yang menerima lagi teruk daripada kita kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. betul tu sis.. ;)
    kena sentiasa tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
  2. betul tu,,,,takan diuji jika diluar kemampuan kita...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ur baby dah nampak ada perkembangan yg baik...
    semoga dia terus mebesar sebagai ank yg sihat, cergas dan cerdas

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign