Fresh from the owner...

12 October 2010

3 tahun yang lalu ini jugalah penyakitnya!!!



tiga tahun dulu ini jugalah penyakitnya. tapi disembuhkan oleh masa dan keadaan. sekarang ni datang lagi penyakit yang sama. aku tahu... ia akan sembuh juga oleh masa dan keadaan. mungkin tak lama lagi akan kembali pulih. kenapa penyakit ni kejap ada kejap tak ada?

untuk aku, sakit ni normal. walaupun kena empat tahun lepas... itu perkara biasa. hah!? sakit apa? sakit tak boleh nak tengok lappy lama-lama. nak mengadap je buat kepala sakit. dulu pun macam ni juga. tapi dulu terpaksa tengok. terpaksa dan memaksa diri. jangankan komputer, handphone pun tak boleh nak tengok.

hahaha... teruk kan bila sesekali sakit ni datang. tapi nak buat macam mana. aku redha dan sabar dengan ujian Allah ni. sebab tu jugak aku tak update blog. sebetulnya bukan malas. walaupun ada sikit-sikit rasa malas tu tapi tak jejas sebenarnya. still boleh update blog.

tapi bila penyakit macam ni datang... memang tak boleh nak buat apa. surrender je la. mujur jugak semut tak buat sarang sebab aku dah clearkan meja komputer daripada sebarang anasir-anasir yang tak patut ada diatasnya. segala khazanah yang tidak patut jugak telah dibuang.

apa yang tinggal cuma ubat-ubat aku dengan supplemen anak-anak. ada sebotol air jampi yang belum habis. ada suku lagi. air tu kepunyaan Anis. masa dia sakit sebab pneumonia dulu, ada pengamal perubatan Islam ni check nama dia. 

katanya, dia sakit bukan sebab sakit tu semata-mata. ada orang sent something tapi tujukan pada dia sebab dia paling kecik and senang dapat sakit. tujuan dia kalau kenakan pada si kecik boleh musnahkan the father kot. ye la... anak kan?! walaupun nampak tough tapi naluri ayah pun lembut jugak. ayah yang bersifat binatang tu tolak tepi la.

eh... eh... dah cerita benda lain pulak. ngeee... ni pun kebetulan rasa okay sikit. so boleh la update blog. huhuhu... pada yang ada melawat tu... TERIMA KASIH!!!


my foot: sakit itu indah kalau kita menerima dengan sabar dan redha...

pic from Google Image file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. betul tu kak.. sebab sakit ni penghapus dosa2 kecil.. semoga kita tabah menghadapinya... amin..


    kak.. moga cepat sembuh tau... amin amin amin..

    ReplyDelete
  2. harap sis dpt bersabar dgn ujian yer...sian le kat kecik...adoi...mcm2 manusia ni kan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign