Fresh from the owner...

03 September 2010

Window Shopping Online. Hehehe... Boleh ke? Lagi mudah apa!!!


bukak-bukak FB tengok post kawan-kawan nampak la benda alah ni. barang kemas saduran. cantik jugak. kalau beli untuk budak-budak kecik dua orang ni mesti okay. bukan dia orang tak ada barang kemas tapi malas nak pakaikan.

macam Anis kureng sesuai la walaupun aku berkenan tengok benda-benda alah tu. pakaikan gelang kristal pun dia dah dok tarik-tarik. kalau barang kemas betul macam mana la agaknya?! tambahan pulak dia tengah lasak sekarang ni. lagi tak ada harapan nak pakai.

Alya? gelang emas dia pun dah rosak sikit. loceng pada gelang tu digigitnya. kadang-kadang tu dia tertekan pada loceng tu bila duduk. jadik dua biji loceng yang berbunyi dah tak berbunyi lagi. aku simpan je dalam laci. hehehe...

aku ada belikan jugak gelang kristal. senang sikit nak pakai dan cantik je bila kenakan kat tangan kecik comel dia orang tu. Alya dah besar. dia tak banyak karenah kalau pakaikan pun. lagi pulak, mak bonda pun ada satu gelang yang sepaten dengan dia orang.

abah je tak ada. sangat tak sesuai orang lelaki pakai gelang okay. huhuu... alhamdulillah, aku kawen pun dengan orang yang tak suka pakai gelang dan rantai segala. kalau tak... pening!!! sebabnya? aku tak suka orang lelaki pakai gelang bagai. kawan lain. soulmate lain.

ada sesetengah orang tak kisah kekasih pojaan hati pakai benda-benda macam tu. on je. tapi aku tak boleh la. tak sesuai. hehehe... dekat-dekat nak raya macam-macam yang orang jual. atas talian... bawah talian... luar daripada talian... macam-macam ado!!!

seronok window shopping online ni. hehehe... kalau bab panas tu senang je. tak perlu nak berjemur.  klik klik dah boleh dapat apa yang kita nak. cuma masalahnya atas talian... tak sama macam real yang kita boleh pegang dan temgok depan mata. tapi still okay pada yang kureng ada masa tu.


p/s: happy shopping!!!


my foot: happy belated to my dearest nephew... Aman!!! you are already 12. good luck untuk UPSR!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign