Fresh from the owner...

12 September 2010

Sudah raya ketiga rupanya!!! Macam mana raya tahun ni? Best? ^__^


dalam pada kita bergembira sambut raya ni, ada yang tak bernasib baik. baru je tengok berita pasal kes Datuk Sosilawati. tadi ada siaran langsung daripada Morib pasal kes ni la. dua kawan Datuk Sosilawati datang nak tahu perkembangan tapi macam biasa la. selagi polis dan jabatan forensik tak settle lagi keje dia orang... mana boleh keluarkan lagi kenyataan rasmi.

takziah buat keluarga beliau yang sambut raya dalam kesuraman. harapnya sabar dalam menempuh dugaan yang mendatang. kalau sudah takdirnya begitu, saiap kita nak menghalang kan? kuasa Ilahi tak mungkin dapat kita lawan. ingatan untuk diri sendiri juga adanya.

dua tiga hari ni tak sempat nak update blog. nak balik kampung pun tak bagitahu. hahaha... bukan apa, baju dah lipat aal. tapi mood nak packing tak ada. hari nak balik tu baru la dok sibuk packing baju segala. pastu mula la dok checked ada ke tak semua barang-barang. halal je la kalau ada yang terlupa bawak balik tu. ngeee...

dah sampai kampung encik suami, kena sakit kepala pulak. malam raya dok tidur je. sakit kepala punya pasal. masa berbuka minum air je sebab kepala dah berdenyut-denyut sakit. pagi raya pulak ada sesi kelakar dan fotografi. hah... jangan harap nak buat apa-apa la.

semalam ke Kuala Terengganu beraya. beraya ke? tak ada maknanya. dok atas jalan je sebab jam nak ke Kuala Terengganu tu. braya dalam kereta je. hari ni la baru free sikit. layan anak-anak dengan tetamu yang datang. kat sini, saudara-mara ramai. tak sempat nak keluar, orang dah datang dulu melawat. hohoho...

tapi seronok beraya. especially anak-anak. mengumpul duit raya je dia orang. kamu macam mana? best raya? duit raya?



  tu la... bukan senang nak update blog kalau balik kmpung. hehehe... sebenarnya terlupa nak bawak balik laptop. alasan baik punya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. raya ke 3 baru nak balik umah sendiri..hope petang ni boleh sampai...

    ReplyDelete
  2. raya ni.. err... dni kegemukan :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign