Fresh from the owner...

04 September 2010

Shopping raya sudah berakhir! Erk?! Dah lengkap semua ke? Check list Please!!!


pagi tadi sebelum ambik budak-budak sekolah, aku sempat ronda-ronda kedai kejap. nak carik baju untuk encik suami. t-shirt untuk dipakai raya kedua dan seterusnya. okay... walaupun mungkin tak beraya lama tapi aku kena jaga dia jugak. kalau tak siapa lagi nak jaga dia. ada yang nak tolong? hahaha...

hari tu dah mintak dia belikan sendiri. sebabnya aku tak berapa berkenan dengan t-shirt yang ada kat sini. tapi dia insist jugak suruh aku carikan. encik suami kata tak ada masa nak pergi shopping la hape la. memang dia malas nak beli la tu. tak apalah. aku carikan jugaklah kat kedai lain. kot-kot ada yang berkenan, mana tahu kan?

belek punya belek jumpa la dua helai t-shirt. sebenarnya more than two. tapi tak tahu nak pilih yang mana. jadik aku suruh la si kecik Alya yang pilihkan mana yang sesuai dengan abahnya. dua-dua t-shirt tu dia la yang buat pilihan. hahaha... lama jugak nak tunggu dia pilih. penat paksa baru la dia jawab.

mula-mula tunjuk yang tu... pastu tunjuk yang ni. bila aku tanya semula dua tiga kali baru dapat jawapan yang konsisten. Alya pun pening macam ibu jugak. tak tahu nak pilih yang mana satu untuk abah ek? ngeee... tapi dia sangat happy bila kita mintak opinion dia. nasib baik jugak dia tak choose kaler pink. kebetulan ada t-shirt kaler pink kat situ.


kalau tak masaklah abahnya nak memakai t-shirt pink gitu. harharhar... encik suami doesn't like pink. girlish kot. kebanyakkan baju dia semua gelap-gelap macam baju aku jugak. ada dua tiga helai je yang bright. yang lain golap!!! sampin for encik suami pun dah siap beli. songkok memang dah ada jadik tak payah beli lagi dah.

aksesori rambut for the kids baru dapat untuk Alya. in case dia tak pakai tudung... rambut dia boleh tocong. untuk Anis pun dah ada. sebab rambut dia tak berapa lebat, boleh tocang style pokok pinang je. ngeee... yang lain-lain okay dah kot.

cuma nak carik brroch je untuk aku. itu pun kalau aku rajin nak carik. kalau tak guna je brooch mana yang ada. flexible aku ni. tak payah sakit-sakit kepala nak carik brooch bagai. guna je apa yang ada. tak gitu? tapi kena check jugak list. takut ada yang tertinggal. masak pulak kena marah dek encik suami. huhuhu...




my foot: shopping sakan ke? tak jugak. untuk encik suami je tambah sebab baju kaler yang sepatutnya ada dah cacat sikit. kena clorox. hehehe... yang satu lagi tu tak sesuai sebab tu baju club masa aku kat 'u' dulu. jadik... ganti baru la!!! kamu dah habis shopping???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. dni ado satu yg tak setel... kasut raya.. sobbbs :'(

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign