Fresh from the owner...

02 September 2010

Shopping Raya bermula tanpa encik suami. Hanya aku dengan anak-anak saja!!!

 
esok mahu keluar. eh… eh… bukan esok la. tapi pagi ni. selain daripada nak bayar bil celcom, nak shopping raya sikit untuk budak kecik dua orang ni. baju raya semua dah prepare before raya lagi. settle awal sebab dah tahu encik suami takkan ada masa lagi nak temankan.
 
baju kurung riau for the kids pun dah siap. petang semalam kerahkan anak-anak buah aku pergi ambik kat rumah tailor. aku buat kurung riau dengan seluar memandangkan Anis tengah lasak dan dalam proses berjalan. dah adik macam tu, kakaknya pun aku buat macam tu jugak.
 
tailor aka saudara aku tu jugak kata ada balance kain bahagian baju. jadik dia buatkan kain untuk Anis. dan bahagian seluar untuk kurung riau tu pun ada balance. kain untuk Alya la pulak. untuk ibunya cuma baju kurung je dua pasang. malas nak buat fesyen-fesyen ni. ingat nak buat kurung riau jugak. tapi leceh la pulak. aku ni suka baju yang ada kocek. senang nak letak segala macam harta karun dalam tu.
 
 
kain pasang yang tok abahnya beli masa pergi umrah tu hari pun dah siap jugak. jadik esok hari ninak pergi bayar duit baju la. baju melayu encik suami siap before raya lagi. tailor aka kawan ayah aku tu ambik masa seminggu je untuk siapkan tempahan. hehehe… dan selebihnya unuk beli barang-brang yang balance-balance tak sempat beli.
 
kalau ke Tunas Manja, pukul 9 pagi dia orang dah bukak. kalau nak pergi Mydin or Ten Ten or kedai-kedai baju yang lain, pukul 10 pagi baru dia orang open their businesses. by that time, cuaca dah panas. especially hujung-hujung ramadhan ni. cuaca panas pulak.
 
kalau bawak Alya okay lagi. Anis ni lain sikit. panas sangat akan buatkan dia demam. dekat-dekat nak raya ni nak elak benda macam tu la. dia baru je baik daripada flu dengan cough dengan demamnya sekali. Alya a bit tougher than her little sister. so, pagi ni aku tinggalkan Anis kejap. nak beli kasut dengan jeans and barang-barang yang telah aku senarai pendekkan.
 

lepas tu tak payah nak fikir-fikir lagi nak beli apa sebab semua dah settle. ops… hari sabtu nak ke pekan sehari. nak carik tudung for me kot. nak tengok brooches jugak sebab my sis ada beli brooches tu hari. cantik! harga pun berpatutan la. this week last week for pekan sehari before raya. mahu cuci mata la sikit. tapi kena pergi awal. kalau tak… panas. nanti penat!!!




my foot: tudung untuk Alya pun ada. in case dia tak nak pakai tudung, aksesori untuk rambut pun dah beli. untuk Anis pun sama. ada dua budak kecik ni memang best kalau bab shopping raya. macam-macam ada untuk budak-budak perempuan ni. rambang mata. ngeee….
 
 
pic from Google Image file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign