Fresh from the owner...

02 September 2010

Sahur saya pagi itu hasil air tangan encik suami. Terima kasih Honey Bunny!!! ^__^


sebelum encik suami terpacul depan muka pintu, dia ada sms aku. katanya dia teringin sangat nak makan cek mek molek. okay!!! kat Johor berlambak kuih tu dijual kat bazar Ramadhan. tapi dia tak nak beli. dia nak yang isteri dia buatkan.

manja tak suami akak ni? hehehe... encik suami memang macam tu. lebih suka makan daripada air tangan isteri daripada makan kat kedai kecuali la kalau tak ada pilihan or keluar berjalan-jalan. favorite dia banyak. selalunya jugak aku masak ikut apa yang dia nak makan hari tu.

bila dia cakap nak makan cek me molek, aku kata okay je. carikkan la sweet potato aka keledek kaler oren tu. kat sini susah jugak nak dapat. dah dapat, insyaAllah aku buatkan. kesian jugak la kat encik suami. asyik makan air tangan akak-akak kat kedai je. jemu dah dia. tapi nak buat macam mana. huhuhu...


malam atau exactlynya pagi (around 12 am something) aku masakkan dia cek mek molek tu, encik suami ada masak something jugak. masa berbuka tak sempat nak buat kuih tu sebab dia ajak pergi bazar Ramadhan. dia kata malam pun tak apa. jadik demi memenuhi kehendak perut encik suami, aku masak jugaklah walaupun waktu tu waktu tidur... ^___^

gambar kuih tak sempat nak snap sebab habis dulu dimakan mertua dan menantu. aku dapat pun sebiji je. huhuhu... dan sahur pagi tu encik suami turun ke dapur masak mee rebus his style. semua bahan aku dah siapkan awal-awal kecuali bahan tumisan. yang lain-lain dah siap potong. tunggu encik suami masuk dapur masak je.


hasilnya? inilah rupa bentuk mee rebus encik suami. walah... orang lelaki ni kalau dah masuk dapur, sedap jugak hasil masakannya! before this pun dia dah pernah buat mee rebus ni. cuma kali ni encik suami lupa nak pecahkan telur dalam kuah. ada beza pada rasa tapi sedaplah. masa mengandungkan Anis pun encik suami ada masak Nasi Goreng Sambal Quini.

encik suami main hentam ikut suka dia je nak masukkan apa dalam masakan dia. tapi aku respect la sebab hasilnya sedap. hehehe... terima kasih untuk sahur pagi tu yang cukup istimewa. ye la... sambil makan berdua sambil bercerita. menikmati masa terluang yang ada. sedih pulak bila teringat!!!sob... sob... sob...


teringat ku teringat...
pada janjimu ku terikat...
hanya sekejap ku berdiri...
ku lakukan sepenuh hati...

peduli ku peduli...
siang dan malam yang berganti...
sedihku ini tak ada arti...
jika kaulah sandaran hati...

(Letto - Sandaran Hati)

my foot: kadang-kadang terfikir. macam mana kalau tiba-tiba insan yang kita sayang lenyap seklip mata dalam hidup kita ni. macam mana nak hadapi kenyataan yang satu tu walaupun kita tahu ajal maut... semuanya Allah yang tentukan?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. sedapnya kak.. memang betul. sekali si lelaki masak memang kaw2 rasa sedap dia. hhehe..


    p/s:
    memang sukar nak menerima takdir bila insan tersayang tiada.. sobss... tapi yang pergi tetap pergi...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign