Fresh from the owner...

23 September 2010

Rindu pulak time belajar dulu. Huhuhu...


tiba-tiba teringat pulak time-time belajar dedulu. nak kata best sangat tu biasa la. mana ada best pun. hahaha… tipu la. zaman belajar la zaman paling enjoy. ye la… masa tu tak payah nak fikir apa-apa. fikir study dan macam mana nak score. score ke? score la untuk subject favorite tu. ngeee… 

aku dapat dua pengalaman berbeza time study dulu. satu masa ambik tesl. dan satu lagi masscomm. tapi aku lagi suka masa tesl. banyak sebabnya. tesl la banyak ajar aku tentang erti kawan, lawan… macam-macam benda. bila masuk masscomm, aku dah tahu macam mana life as a student. kalau nak bandingkan masa ambik tesl dengan masscomm berbeza sangat. 

masa tesl ni kami sangat rapat walaupun tak rapat pun dalam erti kata sebenar. tesl ni macam one big family la. bayangkan la. masa tu cuma course tesl je yang tak fly ke oversea. jadik bebudak yang fly ni macam ada yang nak gaduh-gaduh gitu dengan kita orang bebudak tesl ni. bengong!!! 

bila masuk masscomm pulak macam ada puak. aku dengan aku dengan aku. kamu dengan geng kamu dan kamu. kureng la sikit. tambahan pulak kalau majoring lain-lain. lagi la nampak si polan duduk dengan geng dia orang. kalau tegur pun cuma gitu-gitu je la. 


memang la ada berjumpa jugak. tapi nak kata rapat sangat tu tak la. time berjumpa betul-betul pun time duduk satu kelas. untuk third language dengan subject pilihan. time aku dulu masscomm ada lima (pub, broad, pr, journ + advert) majoring. sekarang ni mungkin dah tambah kot majoringnya. 

missed the moment la. time keluar makan reramai. tengok movie. lepak dekat sunway pyramid (masa tu sunway dengan subang je tempat popular. shopping mall lain tak bukak lagi…) dengan subang jaya. komuter la pengangkutan nak pergi subang. huhuhu… 

bila masuk masscomm bawak motor sendiri. best jugak!!! belajar menyewa dan berdikari. life as a student… when you are not living with your parents and living outside… will teach you so many things. true isn’t it??? 



my foot: sejak aku umur 18 tahun, banyak masa aku habiskan kat selangor. balik kampung pun time cuti sem dengan cuti raya dengan cuti buatan sendiri. hehehe… tapi bila dah balik kampung tu memang liat la nak balik selangor semula. ngeee… 

pics from Google Image file

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. dni rindu jugak zaman kat arau. sobss.. tu la kali pertama dni pergi jauh dari keluarga.. huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign