Fresh from the owner...

25 September 2010

Pengarah Siasatan Jenayah tegaskan Sosilawati tidak dirogol.

SIASAT...suspek utama sekali lagi dibawa ke pejabat guamannya, semalam.

salah satu tajuk akhbar muka depan atas talian yang mengeluarkan kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mana beliau menafikan dakwaan akhbar-akhbar tempatan yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol.





KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali. 

“Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.




berita lanjut di sini.


my foot: jika benar sekalipun... ia tidak perlu diwarwarkan. lain pulak jadinya nanti.

pics and info credit to Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. xdirogol plak...tp kalu betul pun xkan dorang nk bg tau kat semua org...lg teruk jdnya..n kesian kuarga sosila tu

    ReplyDelete
  2. ha ah.. rasanya kes semalam adaujian air mani bagi pihak suspek kot habis wat andaian beliau dirogol..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign