Fresh from the owner...

07 September 2010

Pemberian wajib tiap tahun untuk encik suami!!!


tak tahu kenapa tapi dah jadik macam habit. tiap-tiap tahun mesti nak bagi encik suami kad raya. senyum sampai ke telinga encik suami kalau dapat kad raya. padahal benda tu biasa je. cara dia menerima kad tu buat aku rasa dihargai sangat. senyuman dia masa dapat kad tu pun dah buat aku rasa macam terharu gila sebab dia sangat menghargai apa je yang aku bagi.

tahun ni pun dah belikan encik suami kad raya. tak jumpa design yang menarik. belek punya belek jumpa yang ni. okay la. sambar je la satu. simple but meaningful. tu dah cukup buat aku. kalau tahun lepas tak sempat nak belikan dia kad raya sebab aku bersalinkan Anis. tahun ni okay la. dah boleh beli sendiri. bagi kat encik suami pun by hand je. mana ada pos-pos.

cuma tahun ni ada extra gift sikit. masa encik suami balik tu hari aku noticed something. dah empat tahun dengan dia. dah koyak pun. tapi still setia dengan yang satu tu. mungkin sebab aku yang bagi, jadik dia tak mahu tukar baru. meamng macam tu la perangainya. so, aku decide nak carik ganti baru. aku jugak yang bagi. jadik dia mesti guna punya la.

kena tunggu encik suami balik la nak tengok reaksinya macam mana. aku suka dengan apa yang aku nak bagi kat dia ni.. dan selalunya apa yang aku suka, dia pun suka. senang kan citarasa encik suami aku ni. mudah betul kan? hahaha...


ni la pemberian hari raya tahun ni. wallet baru. color dark brown. genuine leather. cantik designnya dan paten dalamnya sama macam wallet yang dia guna sekarang. bukan senang nak dapatkan macam yang dia nak. kebetulan pulak masa tengok, berkenan. terus sambar la. nak tunggu apa lagi.

kebetulan pulak masa tu tengah sale. banyak jugak kurang daripada original price. kalau tak berhabis jugak untuk wallet encik suami ni je. hehehe... macam berkira kan? hehehe... bukan berkira. nanti dia bising. tu yang malas tu.

harap-harap encik suami suka!!! sampin untuk suami pun dah selamat beli, basuh dan sidai dan juga lipat. kejap lagi nak packing barang!!! nak tolong ke? jom la. ngeee...


my foot: tahun ni macam tahun sebelumnya... beraya kat Terengganu. sepanjang puasa habiskan kat sini. tak salah kalau beraya kat tempat encik suami pulak. tak ada istilah bergaduh nak beraya kat mana. as long as keluarga kecik aku ni ada... everything will be just fine!!! next year nak mintak raya sini pulak la. hehehe... sempat lagi tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. tak salah kalau kita nak mengeratkan lagi hubungan suami isteri.. so romentik

    yg penting jgn gaduh bila balik kampung kan???

    ReplyDelete
  2. semoga selamat sampai ke destinasi...
    selamat hari raya aidilfitri... :)

    ReplyDelete
  3. wallet :P
    wow.. smart.. ehehe..
    insyaAllah en suami mesti suka...


    New Entry ProfHariz
    Awas! Kepada Pengguna Facebook.. Must Read!

    ReplyDelete
  4. Untungnye si suami. Tiap2 thn dpt adih.


    Selamat hari Raya....

    ReplyDelete
  5. salam..laa..ingtkn suaminye dok jauh..skali bg kad raye by hand..
    cayala! sungguh romantik! :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign