Fresh from the owner...

05 September 2010

Nur Anis Insyirah is turning 1 today!!!


tepat jam 9.21 malam, Anis sambut birthday dia yang pertama. dah setahun. dah besar dah anak ibu. rasa macam baru je lagi. kejap sungguh masa berlalu. banyak dugaan yang ditempuhi sepanjang membesarkan Anis ni.

dia kan selalu sakit. mungkin kesan daripada pneumonia tu kot. aku pun tak tahu. ataupun kesan daripada ubat-ubatan yang dimasukkan dalam badan dia sepanjang dia di ICU tu beri kesan pada sistem imun dia pun aku tak tahu.


tapi yang pasti... aku bersyukur sebab dia masih lagi bersama kami. ada orang mungkin tak sebaik dia. bila tengok gambar dia dalam ICU, rasa macam sedih dan bersyukur sangat. sedih sebab ada di antara anak-anak kecil tu tak berjaya harungi ujian mendatang.

bersyukur sebab dia masih lagi bernyawa di bumi Allah. aku masih dapat tengok senyumannya, gelak ketawa dan tangisannya. tengok fiil baru dia sekarang ni. betapa cepat dia belajar. segala-galanya. alhamdulillah atas nikmat yang diberi!!!

walaupun tak rasa peritnya kehilangan tu, tapi melalui saat genting bila Anis masuk ICU dan dicucuk sana sini cukup meruntun hati. baby sekecil dia... dicucuk wayar segala dan yang paling sedih bila tengok dia struggled.

bukan setakat struggled tapi batuk sampai merah-merah muka. Ya Allah... kalau aku dapat gantikan tempat dia masa tu. even doc pun cakap dia kuat. bila masuk tiub oksigen, dia akan ditidurkan. untuk elak dia struggled dan tarik tiub tu la. tapi kenapa dia still sedar?

doc tambah dos untuk dia. dan aku tak boleh nak tengok dia lama-lama. sakitnya terasa sangat. ada orang cakap, hilang anak seorang tu tak apa la. Alya ada. tapi dah namanya anak. bukan sama kedua-duanya. kalau keluar sebentuk dan seacuan pun belum tentu sama fiilnya.


tapi tu semua dah berlalu. alhamdulillah. Anis sekarang makin sihat dan aktif dan makin memeel. hahaha... kalau dia nak sesuatu, dia mintak. kuat makan. alhamdulillah jugak. sama cerdik macam kakaknya. 

terima kasih padaMU Ya Allah atas segala yang telah ENGKAU berikan kepada kami. nikmat yang tidak terhingga. harta dunia paling berharga.

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA ADIK INSYIRAH!!!



my foot: birthday Anis celebrate awal. encik suami yang request sebab he wasn't able to be here when Anis turned 1. celebrate seminggu lebih awal. hohoho...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign