Fresh from the owner...

20 September 2010

Kenapa ada kaler lain dalam himpunan kaler hijau? Huhuhu...



sepertimana raya tahun lepas, tahun beraya kat Terengganu. kalau tahun lepas dalam pantang, tahun ni beraya dengan anak dara dua orang tu. last minute jugak encik suami ajak balik. theme belah encik suami hijau. tapi disebabkan dia tak confirm awal-awal... jadik tahun ni kami sekeluarga je pakai pink. hahaha... 



orang lain semua hijau. tiba-tiba ada sekeluarga pakai pink. terasing la pulak. actually, kaler hiju memang termasuk dalam senarai. tapi pakai untuk raya kedua. takkan nak pakai jugak untuk raya pertama kot. aku je pakai baju kurung. anak-anak dengan encik suami pakai T-shirt. 

takkan la hari raya pertama nak pakai T-shirt. macam pelik la pulak. hehehe... tapi tak kisah la. yang penting semua orang happy. cuma yang tak ada tahun ni adik ipar aku yang belajar kat Jepun dengan Canada. tapi dengan yang Canada tu berskype la pagi raya. mak mertua siap pesan pakai baju raya kalau nak berskype tu. kesian dia. 



sebabnya kat sana tengah malam. esoknya baru raya. pakai jugak la baju raya sebab mak suruh. tengah-tengah malam pakai baju raya... mabuk ke apa hahaha... tapi tahun depan dia dah beraya sama kat sini. balik je nanti jadik doktor la dia, InsyaAllah. sementara yang seorang lagi tu lagi dua tahun baru balik. tak apa la. janji pandai bawak diri. 

memang bergambar sakan la masing-masing. tahun depan adik yang seorang tu katanya kena beraya kat tengah laut. nak buat macam mana. tiap kali raya je dia bernasib baik. beraya kat darat dengan keluarga. owh... tahun lepas dia kena naik laut raya kedua kalau tak silap!!! tahun depan turn orang lain la pulak nak beraya. 

tapi yang kelakarnya pagi raya la. mak mertua masak nasi goreng dengan ayam goreng rempah je. sedara-mara yang datang pun kata kedekut. hahaha... bukan kedekut. ada jugak ketupat palas dengan rendang yang masak hari sebelumnya. according to encik suami, katanya ada yang nak masak nasi ayam. tapi bila tiba waktunya... tak ada seorang pun yang ke dapur buat nasi ayam. aku? si kecik Anis tu tak mahu langsung dengan orang lain. 



last-last makan je nasi goreng yang Mi buat. kuikuikui... padan muka semua orang. makan nasi goreng je. lepas je habis sesi bergambar dan bermaaf-maafan... semua pakat serbu ke rumah my sis-in-law. dia tempah sate. pakat-pakat lepak kat rumah dia makan sate sampai kenyang la. sambil-sambil tu tengok cerita Semerah Cinta Stilleto. huh!!! 

seronok berkumpul ramai-ramai ni. tahun depan macam mana la agaknya. bertemu lagi ke dengan Ramadhan dan Syawal? harap-harap diberi peluang lagi la untuk memantapkan ibadah yang terkurang tahun ni. rindu puak dengan Ramadhan. kamu? 



my foot: minggu depan nak start puasa la rasanya. sementara boleh buat ni baik buat. nanti dah tak boleh buat, menyesal la pulak!!! kan? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. InsyaAllah jika panjang umo kita dipertemukan lagi, kak.. amin..

    p/s: dni baru pose sehari. hehe..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign