Fresh from the owner...

30 September 2010

Jom masak kek. Mood tengah baik nak buat kek ni. Hehehe...


mood untuk masak kek sangat la baik. bukan susah sangat pun buat kek. senang je. main campak-campak dah siap. nak buat kek kukus coklat ambik masa sikit. mengukus saja dah makan masa 2-3 jam. huh!!! tapi hasil memang lumayan. ada pulak ganache coklat. meleleh wa cakap lu.

hehehe... tapi hari ni buat kek bakar je. sebabnya kek bakar ni tahan la sampai dua hari. kalau kukus tu kejap je dah hilang. serdak pun tarak. ada pun lebihan ganache coklat tu je. huhuhu...


tengok pics. senang je kan? mula-mula masukkan dua cawan gula ising dengan dua cawan marjerin. pukul sampai kembang semangkuk. dua mangkuk pun boleh. lepas tu tambah esen vanilla. kasi wangi sikit kek. nak tambah parutan kulit oren pun boleh. ikut suka. lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji ( 7 biji semuanya. macam dragon ball la pulak! )


dah settle yang tu... kita start guna tangan pulak. jangan kacau guna tangan. habis jahanam kek tu nanti. guna la senduk kayu. masukkan tepung ( 2 cawan tepung gandum dengan 2 cawan self-raisin flour. ayak bersama-sama. ) kacau bentuk angka 8. test la nak tahu macam mana rupa angka 8 tu ye. ikut la nak letak pewarna ke tak. lenserkan loyang kek. letak la dalam tu. hentak-hentak sikit kasi mampat.


kek ni boleh dapat dua tau. satu aku letak bekas 4 segi. siap letak coklat urai sebagai hiasan. satu lagi bentuk bulat je. yang bulat tu kaleful sikit. ada hijau, ada merah. hasilnya? walah... cuba la kalau nak tahu. kalau rajin boleh letak krim. pemalas macam aku ni makan je macam ni. hehehe...

macam la ada yang nak cuba resepi aku ni kan? hahaha... tak apa. anak-anak dah besar nanti boeh tengok resepi kat blog ibu dia ni je.


my foot: mahu buat macaroni and cheese. my faveret. eleh... macam orang putis pulak!!! tapi tak tahu lagi bila nak buat. ngeh... ngeh... ngeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. bestnye kek~!!
    sy ta pandai buat kek..mkn aje pandai..

    ReplyDelete
  2. saya pun x pandai masak kek..tapi saya cheese cake lover..beli jer ler nampaknya

    ReplyDelete
  3. nak try kak.. dni suka makan kek ;D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign