Fresh from the owner...

19 September 2010

Ini bukan touch pad tapi tekan pad. Perh...!!!



semalam kan aku baru je ambik laptop daripada kedai. touch pad pun dah boleh guna. tapi space bar ni pulak la buat hal. kalau tak terpandangkan apa yang aku taip, memang tulisan tu sepanjang-panjang tu la takde space. hahaha... bagus jugak macam tu kan?

buat masa ni aku gunakan touch pad je instead of mouse. kadang-kadang tu tangan meraba jugak carik mouse. bila terpegang telefon baru sedar... aku kan guna touch pad. tapi yang buat geram tak hingat tu... touch pad ni macam kena tekan or hentak kuat sikit baru la page tu boleh loading.

macam-macam la laptop ni kan? ingat nak tukar baru jugak la. yang up sikit daripada sekarang. tapi sayang la pulak. ni birthday gift encik suami untuk aku tahun 2008. erk... 2008 ke 2009? dah lupa la pulak. pemberian suami ni walaupun kecik tapi bagi isteri tu besar maknanya.

tak tahu aku kalau orang lain. aku macam tu la. walaupun kad sekeping, tu dah cukup buatkan isteri rasa terharu. betul tak? ada orang suka bunga. ada orang suka coklat. ada orang... tunjukkan rasa kasih sayang dah cukup. semua bergantung pada individu. cuma jangan jadik istri yang terlalu material sudah la. kalau suami mampu tak apa.

kalau suami tu cuma boleh bagi yang wajib je... jangan mintak lebih-lebih. kesian suami. ada orang daripada kecik berangan. bila ada suami nak itu la... ini la... aduhai!!! bila dapat yang tak seperti yang diimpikan, mula la nak buat perangai. susah jugak kalau macam tu kan? huhuhu...


my foot: harap-harapnya kita sebagai isteri dan bakal isteri terlindung daripada sikap dan sifat yang tidak baik tu. amiiinnn!!!

pic from Google Image file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. terima seadanya.. mintak lebih2 berdosa kan kak.. hehe... jum kita jadi isteri solehah.. err... dni lom kawen eyh. alamak lupa... orait dni akan jadi isteri solehah. hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign