Fresh from the owner...

28 September 2010

Filem animasi Jepun bahaya!!! Kamu peminat filem animasi?


aku suka jugak tengok cerita animasi ni. tapi bukan semua cerita. ada yang boleh tengok. ada yang biasa-biasa je. memang orang Jepun ni suka buat kartun animasi agaknya. dan selalunya jugak, kalau kita tengok... si lelaki akan pakai full dress. yang perempuan memang seksi gila.

tarikan kartun animasi ni memang lebih kepada perempuannya la. tak tahulah kenapa. pemikiran dia orang dengan seksikan watak akan dapat tarik lebih ramai penonton kot.


KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.
"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.
"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam. -Kosmo! online

kamu suka tengok animax? kartun anime? jangan taksub animasi sudah la... hehehe...



my foot: jom layan upin ipin je la. ngeee...

pic from Google Image file and news from Kosmo! online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign