Fresh from the owner...

19 September 2010

Bila Memey sengaja mencari padah... BUKAN untuk peminat Memey Suhaiza!!!


semalam dalam akhbar Harian Metro, Memey Suhaiza yang baru jadi tunang Norman Hakim buat keluar kenyataan berhubung kes yang melanda si buah hatinya itu dengan bekas isterinya. Memey kata: “Saya tak tertekan dengan apa yang berlaku kerana tiada kena mengena dengan saya. Ia hal peribadi membabitkan mereka berdua (Norman dan Abby). Namun jika difikir secara logik, kenapa sekarang baru isu ini dibangkitkan?”

okay... Memey kata tak ada kena mengena dengan dirinya. dan secara logiknya jugak, Memey tak perlu ulas atau cakap apa-apa berkaitan dengan isu tu sebab melibatkan hal peribadi kedua-duanya. Memey kata dia tahu perkara sebenar tapi tak nak masuk campur. bila dah keluarkan kenyataan sebegitu, secara logiknya... dia ikut campur la.

mungkin jugak Memey tak baca paper pasal kenyataan yang Abby keluarkan. atau mungkin wartawan yang terlebih tulis. apa pun... Memey tak sepatutnya keluarkan apa-apa kenyataan. sebab dia yang jadi punca rumahtangga Abby dengan Norman runtuh. tak kisah la apa yang wartawan cakap... Memey jangan la komen apa-apa.

setakat yang aku tanya la... semua salahkan Memey sebab keluarkan kenyataan macam tu. hubungan dia dengan Abby dah la tak baik. ulas pulak kejadian yang timpa tunangnya tu. rasanya tak perlu la kot. buat marah orang je. makin jengkel orang dengan dia ada la.

apa pun... Memey kena terima hakikat la kalau orang tak berapa berkenan dengan dia kan? nak buat macam mana. kes khalwat belum settle. mula-mula dulu cakap kawan je. lepas tu keluar dalam FB gambar bermesra-mesraan. kemudian mengaku bercinta bila orang dah muak dengan cerita dia. pastu bagitahu nak bertunang. dah bertunang keluar pulak ulasan yang tak melibatkan dia secara umumnya.

Memey kena fikir sebelum keluarkan apa-apa kenyataan babitkan bekas pasangan tunangnya. sebab aku pun rasa dia tak patut cakap macam tu la. menyampah jadiknya. huhuhu... harap-harap Memey bahagia la dengan cara dia tu. pada yang belum baca kenyataan Memey Suhaiza tu boleh ke sini.



my foot: kadang-kadang tinggi harga yang perlu dibayar untuk kesalahan yang tidak kita sengajakan. tapi nak buat macam mana. salah sendiri kan?


sumber dan berita daripada mymetro/Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. tu la... si norman pun satu. kok iya pun bayau le

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign