Fresh from the owner...

05 September 2010

Berjalan-jalan di waktu pagi yang redup. Best! Best! ^__^ Pekan Sehari terakhir...


semalam ke pekan sehari. kebetulan pulak semalam cuaca sangat redup dan sedikit mendung. memang best la berjalan. keluar awal pagi pulak tu. tak adalah pagi sangat. dalam pukul 8.30 jugak keluar rumah. nak elak panas dengan tingggalkan Anis time dia tidur. jadik boleh keluar lama sikit. tapi tak adalah lama mana jugak.

seronok ke pekan sehari ni sebab macam-macam ada. high-class dengan middle-class punya taste mungkin tak berapa nak berkenan pergi ke sini. sebab banyak barang bundle dengan re-used kan...  dan semalam jugak hari pemberian zakat oleh Dato' Seri Najib dekat Convention Hall. ye... saya orang kampung Dato' N!!! hehehe... 

jalan? biasa la kalau kena macam tu. memang ramai orang. perh!!! siapa-siapa yang bawak kereta tu memang kena pusing lima enam kali la baru dapat parking. tujuannya nak tengok brooch and carik tudung sehelai dua. kat sini banyak pilihan. memang best la kalau membeli tu. rambang mata tengok tudung. macam-macam ada. daripada awning dengan tak berawning... daripada saiz S ke XL. macam-macam warna. macam-macam fesyen.

tudung bawal pun ada. dan still dalam classnya yang tersendiri walaupun ramai dah bertukar style pakai tudung. bila tanya harga untuk bawal, masih mahal macam sebelum ni jugak. so, cuci-cuci mata la tengok benda alah tu semua. semalam kira pekan sehari terakhir sebelum raya. kat sini pekan sehari aka pasar malam ada banyak hari. isnin, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad. paling besar hari sabtu sebab dekat town.

hari-hari lain tu kat different places. sebab tu ramai yang turun ke bandar hari sabtu. nak shopping kat pekan sehari. hahaha... tak sempat nak snap pic sebab tujuannya pun jelas. bawak pulak Alya. memang aku dah bagi diri aku certain masa. nak berlama-lama tak boleh jugak sebab teringatkan Anis kat rumah tu macam manalah agaknya. dia kan still breastfeeding (start ajar botol dan dia minum la jugak sikit-sikit!)

tengok gelagat orang pun seronok jugak. bila dah penat berjalan, Alya mintak dukung. nasib baik cuaca pun okay. kalau tak memang penat nak dukung dia time-time panas. dah dapat barang yang aku mahu, pusing-pusing kejap. carikkan Alya mainan dengan mercun bawang (sangat suka dia main!!!)... aku angkat kaki la. orang pun dah makin ramai. huhuhu...


my foot: katanya untuk pasar tani rabu ni pun akan jadik medan shopping terakhir before raya. pasar tani kat sini pun selain jual benda basah ada jugak jual baju segala. mesti ramai orang kan? nak cuci mata? tengok cuaca la dulu.


source pic: Google Image files
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign