Fresh from the owner...

20 September 2010

Baru je post dah kena ke diri sendiri. Hahaha... padan dengan muka aku!!!




baru je kata blog si polan dan si polan kena serangan malware. last-last kena kat blog sendiri. hahaha... banyak blog yang aku tak lepas nak masuk. bukak je detect malware. cuma blog aku ni je aku buat tak tahu. aku masuk jugak. 


tak apa la. kalau ada virus, aku hantar cuci lagi. duit berkoyan-koyan ada kan. boleh cuci lagi dan lagi dan lagi... ada siapa-siapa nak tolong cucikan virus yang banyak kat dalam internet ni? tak pun cucikan laptop saya dari sebarang marabahaya alam maya ni. 


kenapa sekarang ni makin banyak malware dan segala macam virus ek? dah tak ada kerja dah dia orang ni agaknya sampai cipta virus segala. or terlalu pandai sampai tak tahu nak buat pe dengan kepandaian yang ada. atau pun... memang dia orang sengaja cipta virus. kalau tak ada virus... takde keje pulak pembuat software anti-virus kan? 


hehehe... line okay sikit pagi ni. boleh blogwalking dengan tenang. tapi kejap lagi dah nak ke klinik. appointment pukul 11. dah bagi Anis tidur baru boleh pergi. nak cucuk setahun ni takut dia mengamuk pulak time nak cucuk sebab tak cukup tidur. 


mahu siap-siap dulu la. nanti terlambat pulak!!! take care... 



my foot: kuih raya rumah siapa yang banyak lagi? nak sikit... hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. hahaha~glamer sungguh makcik malware harinie..satu mesia dia kena kn..haisshhh...masalah2..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign