Fresh from the owner...

22 September 2010

Avatar, The Last Airbender! Saya suka la. Hehehe...


dulu masa zaman belajar, kalau kena hari jumaat tu selalu je terlewat sikit. tak adalah lewat sampai kelas. cuma budget masa tu lari sikit. kalau UiTM induk, awal-awal pagi memang jammed sikit. aku menyewa kat seksyen 7. bawak motor berdesup je masuk ikut gate belakang. tapi awal-awal pagi dengan motor-motor bersepah atas jalan, kereta lagi... memang serabut la.

hari jumaat ada Avatar, The Last Airbender. seronok tengok cerita ni. tapi tu la... kelas started at 10 am. pukul 9.45 am baru terhegeh nak pergi kelas. hari jumaat pulak selalunya ada satu or dua kelas je. kalau ada kelas ganti lama la sikit. dalam seminggu tu ada la kelas yang packed gila. tapi hari-hari lain dah boleh bertenang.

dah tiga tahun aku dok tengok cerita ni tayang kat tv3 dengan astro. kalau kat tv3 tu selalu je ulang. part yang aku dah tengok pun diulang sampai 4-5 kali. naik jemu pulak. nak tahu jugak macam mana kesudahan cerita ni kan. dua tiga bulan lepas la baru dapat engok ending. perh... lama gila nak habiskan Avatar ni saja!!! kenapa dok ulang aku pun tak tahu.

baru-baru ni keluar Avatar dalam bentuk 3D kan? tak sempat lagi nak tengok. nak carik CD je la tengok dengan anak-anak kat rumah. tak pun aku je tengok sorang. mana-mana pun boleh la. tak ada hal punya.


my foot: kamu suka tengok kartun? ngeee....


pic credit from Google Image file


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. pernah tengok.. :) tapi dah lama tak tengok kartun ni. duk tengok shin chan je hehe... kak, jum bekpes

    ReplyDelete
  2. ha ah, macam dini..selalu tgk sinchan ngan upin ipin jer..ekekeke

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign