Fresh from the owner...

01 September 2010

Apa ada dengan semalam? Ops Pujuk bermula. Huhuhu...


semalam encik suami balik ke Johor after long cuti. erk? long ke? lama la tu. encik suami balik sabtu dan balik ke sana semula selasa. bila aku tanya kenapa balik... dia cakap nak jugak sesekali berbuka dan bersahur dengan family kecik dia ni.

aku tak kisah sangat kalau dia tak balik pun. faham!!! (okay! memang faham tapi tak kisah tak balik tu tipu okay. hahaha... kisah kalau dia tak balik. tapi dah jauh ni kena buat macam tak kisah la. huhuhu...) dan semalam adalah operasi memujuk si kecik yang dua orang tu.

kalau sebelum ni time aku nak memasak for berbuka, encik suami yang pegangkan, dukungkan dia orang. tapi bila dah encik suami tak ada... dia orang expect benda yang sama aku boleh bagi pada dia orang. memang tak dapek nak bagi.


kalau dah dua-dua nak berdukung, nak pegang senduk belanga macam mana? Anis... letak je dalam walker, menangis. nak berdukung. Alya pun sama. cuma Alya dah besar. dah boleh fikir sikit-sikit. boleh la pujuk-pujuk walaupun kadang-kadang tu tak makan dek pujuk.

tension? boleh tahan la. hahaha... budak-budak ni kalau time puasa memang uji temper ibu dia ni. kadang-kadang geram. tapi lebih pada kesian sebab dia orang nak abahnya tapi abahnya tak ada. nak buat macam mana kan?

apa yang pasti... kalau encik suami ada, aku senang sikit nak buat apa-apa. dapat berehat la jugak. sebab waktu siang memang dia orang nak dengan encik suami. tapi bila malam je cari ibu. dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. baik Alya or Anis... sama je patennya!!!


nak update blog ke hape ke memang tak dapat la kalau dia orang dah start memeel. huhuu... tapi tak apa la. dua tiga hari lagi okay la tu. mula-mula kena tinggal memang macam tu la. sabar je la kan. kesian kat anak-anak. sob... sob... sob...



my foot: anak-anak cepat terasa. sebab tu kalau parents divorce, paling kesian kat anak-anak kan? cuma kes mak bapak teruk tu... divorce la bagus. apa-apa pun... dalam banyak hal, fikirkan la pasal anak-anak sebab kalau kita pernah lalui zaman yang best, biar la dia orang lalui benda yang sama jugak!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ha ah... budak2 memang mudah terasa... huhuu... tak pe.. diorang ni cekal :)

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira

    harap-harap sampai ke besar la cekalnya tu.
    ngeee...

    ReplyDelete
  3. betul tu, kena jaga betul2 anak2 ni

    Namewee

    ReplyDelete
  4. @ Sharinginfoz

    yup...
    zaman sekarang ni anasir tak baik mudah sangat diserap...

    ReplyDelete
  5. camne la perasaan orang yg duk berjauhan ni kan..mmng tabikla..kalau saya dah serender dah..

    ReplyDelete
  6. @ amirah

    sabar kena lebih.
    tapi ada anak-anak tak terasa sangat.

    bila sesekali balik tu la...
    time cuti nak habis tu rasa macam tak nak bagi balik je suaminya.
    ngeee...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign