Fresh from the owner...

28 September 2010

Anak sulung Sosilawati kecewa dengan laporan media. Kenapa ya?


anak sulung Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan laporan segelintir media yang membuat pelbagai andaian mengenai pembunuhan kejam ibunya serta penyebaran mengenai nilai aset yang dimiliki ibunya.

katanya lagi, ada spekulasi yang tersebar membuatkan dirinya tidak selesa kerana sumbernya tidak dirujuk kepada pihak polis tetapi datangnya daripada pihak lain. 


“Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami.
“Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya.
“Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya.
Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka. -mstar online

 betul la tu sepertimana yang dikatakan. bab-bab harta berjuta tu tak payahlah nak cakap dengan orang. tak payah sebarkan pun. daripada orang tak tahu, dah jadik tahu. walaupun benda tu betul sekalipun, ada benda yang tak patut jadik bahan berita utama.
boleh jejaskan keselamatan dia adik-beradik. penjenayah bukan ada seorang je kat Malaysia ni. bukan ada seorang je yang ganas. bukan ada seorang je yang berhati kering. tapi sebab benda tu bahan berita, kita tolak tepi faktor-faktor lain. tak patut kan?
apa-apa pun... buat anak allahyarham, kena sabar banyak-banyak. ni semua dugaan buat diri kamu.
berita tentang ini ada di sini.

my foot: setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan?!
pic from Google Image file
news from mstar online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. setuju. dlm keadaan camni, tak yah la media kompang kan harta.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign