Fresh from the owner...

23 September 2010

Anak-anak semacam apakah ini? Aduhai... tergamaknyalah mereka-mereka ini!!!

gambar hiasan


susulan tiga gadis hilang semasa keluar beraya yang lalu. aku sempat tengok tv. menangis mak-maknya merayu si anak pulang dan lupakan sengketa yang ada. mak-maknya ada cakap yang apa je kesalahan dia orang dah dimaafkan. 

sebetulnya bebudak tu bukan hilang tapi melarikan diri. alahai... kecik-kecik lagi dah pandai lari daripada rumah. advance betul budak sekarang. mungkin sebab mak-maknya tak setuju dia orang berpacaran kot. tak tahulah. tapi sampai menangis mak-maknya merayu balik. apalah bebudak tak cukup umur tu fikir agaknya.

dalam akhbar metro hari ni ada cerita pasal kes si budak kembar tu. maknya kata geram tengok gambar si lelaki jongos yang buat anak kembarnya macam tu. tapi nak salahkan budak lelaki tu tak boleh jugak. si kembar tu turut sama terlibat. hakikatnya... budak-budak lelaki tu salah sebab tak guna otak, dan si kembar tu pun salah jugak sebab... err... sebab apa ye? termakan pujukan? atau memang sama-sama bengap?

sekarang ni banyak kes budak lari daripada rumah... seks bebas dah jadi macam benda biasa pada budak-budak sekarang. takut pulak nak hadapi masa mendatang ni. tambahan pulak bila kita sendiri ada anak-anak perempuan. huhuhu...

ceruta lanjut tentang budak kembar tu ada di sini.


my foot: berusahalah untuk jadi ibu bapa yang baik. menjadi sahabat kepada anak-anak. bukan ibu bapa semata-mata. dilindungi Allah SWT sentiasalah hendaknya...

pic from Google Image file
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign