Fresh from the owner...

18 September 2010

Alhamdulillah... New Post dan laptop kembali okay. Saya senang hati. Yahooo...


semalam hantar laptop ke kedai untuk diservis. setelah menggunakan ia selama hampir dua tahun... tak pernah servis lagi. tu yang berkoyan-koyan virus ada kat dalam. hantar tengahari semalam. tu pun kena menunggu kejap. baru la ada orang layan.

brother yang incharge aku tu aku rasa orang baru la. sebab ada benda yang dia terpaksa tanya brother yang seorang lagi. brother tu aku tengok cuit sikit je laptop aku ni. pastu dia kata okay. touch pad aku ni dah hampir setahun lebih jugak tak berfungsi. tak tahu kenapa. tapi bila hantar untuk servis, segala macam benda yang tak kena pada laptop ni aku bagitahu.

alang-alang dah hantar sservis kan? hehehe...sebenarnya laptop ni kena format semula. nak format kejap je. tapi dah segala macam benda hilang, dia kena la re-check. dan tengahari tadi, dia called bagitahu dah siap laptop kesayangan aku ni. bergegas la aku pergi tengok, check dan bayar.

bila on je... semua okay. format biasa la. mana yang termampu dibackup...aku backup. yang tak mampu tu tak boleh nak buat apa la. redha saja la. cuma ada masalah dengan line je. entah apa kena la si biru ni. dah bayar awal pun line sama je. kata kalau bayar boleh elakkan gangguan. dah bayar pun ada gangguan jugak. tak ke sakit jiwa dibuatnya.

sekarang ni semua dah kembali normal. including Google Chrome yang selama ni tak boleh nak loading langsung. tapi banyak benda la yang hilang. software photoscape... segala macam benda kat bookmark tu. huhuhu... yang tu memang tak ada backup. tak cukup space.kena acari external hardisk jugak satu. tak la terluka sangat perasaan ni kalau nak format semula laptop.



my foot: spacebar ni pun ada masalah la pulak. geram je rasa. mati mood je nak berblog. huh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. buang jo lappy tu.. boli baru.. kalu mampu. kah3

    ReplyDelete
  2. spacebar memang cepat rosak kak.. ramai kawan dni punya laptop rosak benda tu.. huhu.. agaknya sebab yang tu kita selalu tekan

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign