Fresh from the owner...

21 September 2010

Alahai... rasa macam nak rembat satu je!!! Huhuhu...



sekarang ni aku sangat suka nak kumpul brooch. tak tahu la kenapa tapi brooch selalu menarik perhatian aku ni. kat Mydin ada jugak brooch yang cantik-cantik. tapi tahun ni punya macam kureng sikit. nak kata tak ada stok... bersepah brooch aku tengok kat kedai-kedai lain. even kat pekan sehari pun ada jual. murah dan cantik pulak tu. 

kalau ikutkan... boleh je nak buat brooch sendiri. tapi malas je lebih. bulan puasa tu hari ada 4 ke 5 pasang brooch jugak yang aku beli. menggantikan brooch lama yang dah rosak, tercabut maniknya. sekarang ni kan macam-macam paten ada. daripada tak berjuntai kepada bunga besar gedabak... macam-macam la ada. nanti nak tambah koleksi lagi la.



semalam jugak baru si budak kecik berdua ni ke kedai RM2. kat sebelah kedai RM2 ada kedai 2N Shop. macam kedai RM2 jugak. cuma ada barang-barang dia yang berharga lebih daripada RM2. terpandang beg galas kecik kaler oren. ada gambar kartun Mickey Mouse kat depan. memang beg macam tu la yang aku nak belikan untuk Alya. tapi kena tanya encik suami dulu. 

macam tu jugak dengan kerusi. memang kecik comel. geram je aku tengok. Alya dah tentu pilih kaler pink. dia kan suka pink. baru-baru ni abah dia belikan croc baru dengan selipar. dua-dua dia pilih pink. kasut raya pun dia pilih pink. baju raya tahun ni pun ikut selera dia kaler pink okay!!! hahaha... tahun ni tahun Alya. tahun depan mungkin tahun Anis pulak.


untuk kerusi dengan beg tu, walaupun aku berkenan dan suka sangat... aku cakap dengan Alya tunggu abah balik la baru beli. kalau beli banyak-banyak barang nanti, nak pindah dah tentu kena angkut semua. alahai... banyak tu barang nak bawak. nak tinggal kat sini pun bukan ada budak kecik lagi dah. huhuhu... tapi kalau tak beli kat sini, kat tempat lain belum tentu ada sama macam yang aku nak kan? ^__^

apa-apa pun... kena wait and see la. boleh ke tak, kita tunggu ye!!!


my foot: hmmm... jadik parents ni banyak benda yang buat kita rambang mata. semua nak beli untuk anak-anak. ngeee....


pics credit to Google Image file

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. dni ponn! sejak raya duk beli brooch je :D

    ReplyDelete
  2. eh..samele kita..hubby pun tanya, kan baru beli jer aritu?hehehe...kalau boleh semua warna nak beli

    ReplyDelete
  3. @ ardinihumaira

    tu la... seronok tengok brooch banyak dalam simpanan. hehehe...

    ReplyDelete
  4. @ BIONIC WOMEN

    kira saya beruntung sikit la sebab hubby siap tanya... nak beli ambik la. hehehe...

    selalunya saya tolak. dia suruh beli saya tak beli. tapi kalau dia tak suruh beli saya beli la...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign