Fresh from the owner...

23 September 2010

Akhirnya... hukuman setimpal pada ulangtahun yang ke-28!!!


pembunuh adik Syafiah Humaira akhirnya ke tali gantung. inilah akibat daripada perbuatannya yang tidak berhati perut terhadap budak kecil seusia 3 tahun. apa sangatlah budak sebesar tu tahu. dipijak dan ditendang tu bukan perbuatan manusia. bukan jugak perbuatan haiwan. kalau pun ada... dah tentu namanya pun haiwan. tak ada akal berbanding dengan manusia yang Allah berikan kelebihan pelbagai ni.

yang menarik perhatian adalah kenyataan ibu mangsa yang menyatakan masih sayang kepada tertuduh. aduhai... si kekasih hati tu dah la membunuh anak yang dikandung selama ni. BUNUH! bukan pukul. ANAK SENDIRI. bukan anak kucing. tapi dia kata masih sayang.


“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.


mungkin dia ibu yang mudah memaafkan. tapi kalau akulah... tidak sama sekali. ini baru kekasih. kalau dah jadik suami mungkin tak kisah langsung agaknya. sedangkan kita, kalau suami sendiri yang bunuh anak tu... memang berkerat rotanlah. sampai mati agaknya kita berdendam. mungkin la kan. inikan pulak kekasih. huhuhu...

cerita panjang pun tak guna kan? boleh terus ke sini jika mahu tahu lebih lanjut.


my foot: barangkali sayangnya pada si kekasih lebih daripada sayangnya pada anak sendiri. wallahualam!!!

pic and story credit to mymetro online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. manusia akhir zaman..
    moga kita ambik iktibar drpada apa yg telah berlaku..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign