Fresh from the owner...

02 September 2010

Aduh!!! Tersangatlah tensionnya kalau macam ni. Rasa macam nak baling ikut tingkap.


dah jenuh rasanya dok main kejar-kejar dengan line internet ni. tak sampai lima minit dah disconnect. jangankan nak post entri. nak loading muka depan blog pun tak dapat. sempat keluar kaler blog je before line ni membengongkan dirinya sendiri.

kurang sabar pulak dibuatnya. memang hujung bulan masalahnya macam ni. tak tunggu hujung bulan pun sama jugak. kalau cakap dengan encik suami, dia akan cakap macam ni: “lambat bayar memanglah macam tu!” 


ngeh… ngeh… ngeh… mungkin itu ada kebenarannya. bil belum bayar sebab malas nak bayar lagi. esok baru nak keluar bayar bil. harharhar… padan dengan muka aku dan si biru. dia lambat dapat duit, aku dapat line yang teruk dan hampeh ni. okay la… fair and square!!!

bulan puasa ni jadik malas nak pergi ke mana-mana. tambahan pulak dengan cuaca dan si kecik aku yang dua orang tu. duduk rumah je lagi best. tu yang jadik tertangguh je nak bayar bil. online? nak online macam mana kalau baru sekerat jalan dah putus linenya.

kalau bayar kat dealer, mesti dia orang kira untuk bulan ni sekali. maknanya bil untuk dua bulan la. tapi aku akan bayar untuk bil bulan lepas je. sebabnya kalau bayar untuk dua bulan, linenya cun-melecun tak apalah jugak. kalau hampeh dan sama je macam biasa… baik tak payah. buang karan. hahaha…


p/s: ingat best ke guna broadband ni?
bandar besar boleh la.
mesti connection okay.
kalau kena ala-ala kampung macam ni? 




my foot: kena buat surat aduan kat PM. kesian kat orang kampung beliau ni. signal internet teruk. macam mana nak guna jalur lebar kalau macam ni? lebar ke lebur? huhuhu...


pic ni saya jumpa masa godek Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. sies kak. teruk hampeh bokbeng ni. kalo laju memang laju tapi cam siput lebih banyak dari laju. tak adilla.. bayaran sama... tapi kan kak.. kat bandar pun slow. kawan dni cakap sebab kat bandar ramai sangat guna bokbeng tu ianya jadi slow... macam2 halla bokbeng ni

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign