Fresh from the owner...

16 August 2010

Yatim piatu sekelip mata!!! Yatim dan juga piatu... bulan ramadhan akan buatkan anak-anak ini berlinangan air mata!!!



berita akhbar muka depan hari semalam. hampir semua akhbar memaparkan berita yang sama. atas talian mahupun bawah talian. erk?! ada ke? hahaha... printed medias la. berita tentang amukan seorang suami yang menikam mati isterinya sendiri dan mencederakan dua orang anak gadisnya boleh kamu baca di SINI.

mesti trauma budak dua orang tu kan? parents meninggal sekelip mata. bapak bunuh mak dan polis tembak bapak. kita cuma boleh hulurkan rasa simpati tapi mereka yang akan pendam perasaan tu seumur hidup. macam mana la dia orang akan lalui hidup dia orang lepas ni?

kalau meninggal sebab accident tu lain la sikit. tapi bila bapak tikam mak, dan dia orang tengok dan berusaha untuk selamatkan diri sendiri, itu lagi trauma. impak besar pada diri dia orang kan? tambah sedih bila jiran tak bantu. jiran kata takut. bukan suruh keluar rumah pun.

tak ada orang suruh pergi leraikan perbalahan pasangan suami isteri tu. tapi at least contact la polis bila kita rasa ada ancaman pada keluarga tu. jiran pun dah tahu perangai suaminya macam mana. bila berlaku macam tu jangan senyap je. terus buat laporan.

kalau kat luar negara tu, jiran dengar je macam ada ancaman pada jiran dia orang... masing-masing buat laporan. mungkin ada nyawa yang selamat kan? tapi ye la... semua tu takdir. dah macam tu cara kematiannya. tapi sedih dengan sikap jiran. tahu ada ancaman tapi buat tak tahu.

jadik anak yatim piatu di usia muda bukan mudah. banayk halangan dan cabaran. sedih berlipat-ganda. orang tak akan faham perasaan tu. yang ada keluarga sempurna tu... bersyukurlah. hidup tak selalunya indah untuk kita.

hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya!!!



my foot: tersentuh bila tiap kali ramadhan baru anak-anak yatim dihargai. bulan-bulan biasa macam mana ye?


google-google jumpa pic ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. betul kak.. memang sayu je pk anak2 yatim. syukur kita masih berpeluang punya ayah ibu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign