Fresh from the owner...

01 August 2010

Walaupun tidur saya terganggu dan badan saya sakit-sakit... saya tetap kuat!!! Bukan untuk saya tapi untuk kamu dan kamu...


malam ni, dua-dua si kecik aku batuk dan muntah. dua-dua sakit tekak. memanjang batuk.  Anis dengan demamnya yang tak baik lagi tu. Alya batuk pulak malam ni. batuk dan kemudian menangis sebab sakit tekak. Anis pun sama. kalau batuk je mesti menangis. aku rasa dah merah anak tekaknya tu. tapi MA hari tu tak checked pulak.

macam yang dulu-dulu pergi tu, MA yang tu dia checked. dia kata takut merah dan baby rasa tak selesa. nanti lain pulak jadiknya. ini pun, Anis baru je tidur. dok meragam je. tak tahu kenapa. bagi susu pun tak mahu (dia still menyusu badan). ada la dalam lima minit je dia *ngombeng*. kemudian dia menangis sebab batuk dia tu la. dua tiga kali keluar masuk buai. yang last ni la baru dia tidur elok sikit.


Alya pun sama. bila batuk je dia mesti menangis. aku offer air pun dia tak nak. bila batuk dah reda, dia tidur semula. daripada semalam, meragam jugak makcik kecik yang seorang ni. sama naik dengan adiknya. posisi tidur masing-masing pun dah macam-macam gaya. Anis je la baru aku angkat masuk buai. kalau tak kena ikut gaya dia orang la.

usually, aku tidur kat tepi je. dia orang nak berpusing ke... meniarap, terlentang... suka hati dia orang la. aku akan dapat space kecik je. cukuplah. tidur la macam mana sekalipun... okay je pada aku. sakit-sakit badan sikit la sebab space tu kecik je. nak berpusing pun susah. ikutkan anak-anak punya pasal. ngeee...


semalam bawak ke pagi ni, aku bukan tidur mana pun. dapat 10 minit daripada setiap jam tu dah okay. teringat masa Anis demam panas sebelum doc kata dia kena pneumonia... tidur aku atas kerusi rotan yang boleh goyang-goyang tu la. dua tiga malam tidur atas tu je. tak cukup tidur jugak sebab risaukan dia masa tu. baby sangat lagi. baru dua bulan lebih masa detected dia ada pneumonia. mahunya tak haru kejap.

sebab tu kalau melibatkan Anis kena extra care sebab dia senang dapat sakit. Alya walaupun kecik tapi susah nak sakit. bila sakit tu la lama sikit. dan Alya sangat meragam. tu belum ibu lagi yang demam. kalau tak... ibu pun sama meragam. hahaha...

mana ada la. aku, kalau encik suami ada baru meragam lebih sikit. ngeee... kalau sendiri-sendiri ni tak ada maknanya. meragam ke kalau encik suami ada? tak adalah jugak. cuma kalau sakit yang aku tak boleh nak take care anak-anak... aku pass kat dia. kalau dia penat... aku  usahakan jugak sendiri. selagi boleh la. kalau tak boleh, pass kat orang lain pulak. hahaha...

especially kalau kena migrain. walah... memang tak boleh buat apa. kena serangan mendadak, memang out la. cahaya, bunyi bising... memang akan buatkan sakit kepala tambah sakit. aku cuba elak dua benda tu je. bila bangun mula la rasa loya sebab angin naik.

alhamdulillah... setakat aku kena migrain... anak-anak memang okay je. tak ada masalah. cuma kesian la sebab dia orang akan ikut aku terperap dalam bilik je. huhuhu... nak buat macam mana kan?



my foot: suhu badan Anis dah tak cecah 39 tapi masih berada pada tahap 38 ke atas. waktu siang dia aktif. cuma malam je meragam lebih sikit...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Salam.

    Huhu. teringat kat pengorbanan mak masa kecik2 dulu. agaknya die macam ni jugak lah dulu.

    Harap2 dapat jaga mak bila dah tua nanti. Amin

    ReplyDelete
  2. harap2 cepat sembuh la ye .

    ReplyDelete
  3. apa saja untuk anak2 kan?

    ReplyDelete
  4. @ Affan Ruslan

    insyaAllah..
    niat baik akan dibalas kebaikan juga..

    ReplyDelete
  5. @ xazryx

    terima kasih...
    harap-harap macam tu la..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign