Fresh from the owner...

25 August 2010

Walaupun nampak macam mudah... tapi susah jugak sebenarnya bila tak ada sokongan!!!



Alya dengan Anis dalam proses baikpulih daripada demam. flu still ada. batuk pun sama. Alya dah nak hilang suara. makcik kecik tu memang manja. kalau batuk sikit je... kejap lagi hilang la suara dia. tapi dia still boleh maintain jerit. hahaha...

aku rasa budak-budak kecik yang halus ni memang suka jerit-jerit la. dia petite je. macam kakak dengan abang sepupunya. masing-masing kecik je. tapi kalau bab menjerit... memang first class. naik sakit telinga dibuatnya. tambahan ye... Alya ni garang sangat. kecik je orangnya tapi kalau dah dia start perangai sebagai ketua, siaplah!!!

jangankan yang lebih kecik or sebaya dia. yang besar pun dia tibai jugak. Alya dah nak masuk 2 tahun 6 bulan. petah dan alhamdulillah... tak pelat. fast learner. orang kata baby premature ni bright. alhamdulillah... berkat ayat-ayat Quran dan segala macam makanan tambahan kot.


Anis pun macam tu jugak. at the age of 11 months... dia dah boleh mintak kalau nak something. ada dengar a few words. Alya boleh bercakap masa 7 bulan. dua-dua si kecik ni ayat pertama yang keluar was 'Abah'. eleh... bukan abah ada pun!!! macam dengki kan?!

dah memahami arahan. usually apa yang encik suami makan dia orang akan mintak. mungkin jugak dia orang tahu apa yang encik suami tu makan memang sedap. memang macam tu la perangai anak-anak kalau melibatkan encik suami.

sekarang ni kalau anak-anak sakit... susah sikit pada aku. si kecik berdua ni bukan nak dengan orang lain. dengan mak saudaranya tu pun boleh la kejap. nak masuk bilik air pun melalak dia orang kat luar. nak berurusan dengan bilik air pun susah. huhuhu...

kalau encik suami ada, senang la sikit. anak-anak kalau tak nak pun kejap je. lepas tinggalkan... okay la. dah tentu abah dia orang jugak. tapi yang ni... kalau tinggalkan memang boleh dengar la tangisan syahdu nan merdu tu daripada dalam bilik air. last-last buat urusan pun tergesa-gesa. tak sampai hati dengar nangis lama-lama.


memang boleh handle anak-anak. tapi jenis yang dah biasa dimanjakan abahnya tu la yang susah sikit. kesian sebab dia akan carik apa yang encik suami buat pada aku. nak layan 100% memang tak dapat. Alya suka panjat-panjat belakang. sakit kalau kena tulang. menyirap jugak la masa tu. hehehe...

tu la... kalau encik suami ada kan ke senang. kesian kat ibu anak-anak. kurang kasih sayang la pulak. tapi nak buat macam mana. belum ada rezeki untuk ikut sama. sabar je la dulu. huhuhu...



my foot: harap-harap anak-anak ni okay-okay je. dan encik suami pun sihat-sihat jugak kat sana. ibu? okay je. tak okay pun kena okay jugak!!! muahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. semoga anis dan alya membesar menjadi yg solehah bt agama, bangsa, dan negara..akk doakan sy cpt tawen eh...lariiiiiiiii..kikiki

    ReplyDelete
  2. tu la, i pn cenggitu in case my Alya x sehat..
    huhuh, kl de somi leh ringan sket tugas tu kan.. hihihi :P
    sabau aje al.. =)

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah.
    Owh, anisalya tu gabungan nama anak.

    huhu. seronok baca kisah org prmpn jaga anak2 sendiri, teringat kat pengorbanan mak, ntah2 masa kecik lagi teruk. haha

    ReplyDelete
  4. @ ain shalalala

    InsyaAllah... harapannya pun macam tu la...

    ain nak kawin ke? akak doakan ek?
    hehehe...

    ReplyDelete
  5. @ ardinihumaira

    masih cuba untuk jadik ibu yang lebih baik.

    huhuhu...

    ReplyDelete
  6. @ ♥Leily|Ummi Alya Husna♥

    tu la kan...
    ringan sikit beban kalau ada encik suami ni.

    ReplyDelete
  7. @ Affan Ruslan

    yup! gabung nama si kecik saya.

    tu la... besar jasa mak ni kan?
    tapi zaman sekarang ni pun ada mak yang tak ada perasaan belas pada anak jugak...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign