Fresh from the owner...

01 August 2010

Wah... macam-macam ada!!! Perak, Gula Batu, Rakyat, Gading? Anak-anak dah pergi sekolah? Hehehe... Merah, kuning... pilih sajalah!!!

musim durian kat rumah ayah aku ni dah habis. dah tak ada buah lagi. pokok dengan daun-daun durian je ada. mahu??? boleh bakar apa daun-daun yang kering tu buat halau nyamuk. kalau yang muda-muda tu boleh buat 'duit'. hahaha...

sekarang ni dah tiba musim rambutan. macam-macam ada. daripada warna merah kepada kuning. warna biru tak ada. tapi kalau cat, boleh jadik rambutan biru. ngeee... kat rumah ayah aku ni ada la dalam tiga pokok. dua rambutan perak dan satu lagi tu gula batu. rambutan gading tak ado ye.

kamu-kamu tahu ke jenis-jenis rambutan ni? anak sekolah je la kamu tahu ek? ke tahu makan je? hahaha... tahu makan tu dah dikira okay apa. rambutan ni banyak jenis la pulak. masa aku kecik-kecik dulu, rambutan rakyat yang masam-masam manis tu arwah mak la suka buat jem. sedap!!!

tapi sekarang ni dah tak ada dah. pokoknya dah kena tebang. cuma bar-baru ni anak-anak buah aku bawak balik setangkai dua. ambik daripada rumah kawan kata dia orang. memang sedap la sebab lama tak makan kan? hehehe...

dia orang tanya, "Acu, sedap ke?", "Acu nak lagi? Nanti kita ambik lagi kat rumah kawan." hehehe... petang tu, satu beg plastik dia orang bawak balik rambutan rakyat tu. masam-masam manis dia tu la yang sedap.

sekarang ni kalau nak makan rambutan je... aku pergi petik kalau malas nak mengait. pokoknya bukanlah rendang. tapi dahannya tu rendah. kena lompat untuk dapatkan ranting. tarik ke bawah la untuk petik buahnya. wah...

hari tu abang aku tutuh dahan pokok rambutan gula batu tu. dapat la dua bakul besar rambutan. memang banyak gila. tak tahu siapa nak habiskan. budak-budak ni bawak ke sekolah bagi kat cikgu dia orang. mana-mana cikgu yang tak ada pokok rambutan tu suka la kalau dapat rambutan daripada anak-anak murid.

tak payah beli. free of charge. murid-murid pulak memang suka bagi. ambik hati cikgu yang dia orang suka. kebetulan buah meamng banyak. sedekah sajalah. dapat pahala asalkan niat memberi tu betul dan ikhlas kan?



my foot: dah nak masuk ramdhan. buah banyak lagi. siapa nak makan??? orang-orang kampung ni banyak tanam rambutan dan buah-buahan seagala apa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. wow merahnya rambutan... comelll! hehe.. suka makan rambutan. ralit ;D

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira

    meamng pun...
    sampai kena marah dok makan rambutan je...
    hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign