Fresh from the owner...

02 August 2010

Terima kasih ye!!! Maaf sebab tidak follow kamu sepertimana yang kamu mahu....


disebabkan line ni kejap-kejap okay, aku bukak jugak la blog ni selepas checked emel. kalau sempat boleh jugak blogwalking. bukak-bukak je blog... tengok ada daripada sahabat blogger yang dah tarik diri daripada menjadi follower aku. hehehe...

sepertimana sebelum ni aku ada cakap, menjadi follower bukan satu kemestian buat aku. tidak mengapa kalau kamu mahu tarik diri. itu hak kamu. tapi kalau kamu tarik diri kerana aku tidak follow kamu... terima kasih dan maaf jugalah.

terima kasih kerana pernah jadikan aku sebagai rakan blogger kamu. dan maaf kerana aku tidak follow kamu kerana kamu mahukan aku begitu. aku tidak mengamalkan prinsip, aku follow kamu dan kamu follow aku kembali.

aku follow kamu kerana aku mahu dan aku juga mahukan sikap yang serupa daripada kamu. bukan semata-mata nak tambah follower. untuk apa ada ramai followers kalau kamu tidak betul-betul ikhlas untuk follow?

aku ikuti kisah kamu tapi kadang-kadang sebagai silent reader. bukan tidak mahu tinggalkan jejak atau komen. tapi line internet ni membataskan segala-galanya.

apa-apa pun... terima kasih juga kepada yang ikhlas mahu follow.


my foot: mahu tidur selepas ini sementara si kecil berdua ini masih tidur!!! belum mahu upload pics...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Owh, ok patutlah.
    insyaALLAH saya cuba optimizekan lagi blog saya :)

    ReplyDelete
  2. ;)
    dni kalau nak follow dni follow. tak suka follow orang paksa follow2 ni. bila sekali dia sebut please follow me back, terus tak ado mood nak follow. tak tahu kenapa... kan kak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign